Saturday, 17 January 2015

[MINI NOVEL] FLY (BAB 14)

“Kau ingat aku ni ada superpower ke?” Johanna jegilkan mata, “Plus, kau boleh inform aku kot semalam yang kau nak buat mentor mentee hari ni!”
“Semalam?” Hadi kerutkan dahi lalu dia ukir senyum senget, “Hmm... semalam aku tak rasa nak buat mentor mentee. Pagi ni baru terdetik hati aku nak buat mentor mentee.”
Johanna merengus, “You are so unbelievable, Hadi!”
“I know,” balas Hadi ringkas, “Soalan past year mana?”
Johanna mengeluh, keras! Mamat ni tau tak aku penat! Grr!!! Beg sandang di yang disangkut pada sebelah bahu dibuka lalu plastik yang berisi soalan past year yang diberi Hadi hari ini itu dihempaskan ke atas meja! “There!”
Hadi tanpa suara m
“Tak nak!” Laju Johanna membalas.
“Aku nak check setiap satu jawapan kau, Johanna. It will be a long day.”
“Kau check ajelah kalau kau nak check. Aku nak balik, please...”
“No!” Balas Hadi tanpa memandang Johanna, “Sit down. Aku janji, kita buat ni sampai pukul 12.00 je. Lepas tu, kau nak buat apa, kau buatlah.”
Johanna merengus. Kerusi ditarik, kasar. Balik rumah, kena kongkong. Balik sini, ada Hitler! What a life!
“Lapar ke?”
Johanna menggeleng saja. MP3 dari poket dikeluarkan. Earphone dipasang ke telinga.
Hadi yang melihat tingkah Johanna menggeleng. Jam di tangan dikerling. Sudah pukul 11.30, “Johanna.”
Johanna yang baru nak tekan butang play angkat muka. Wajah Hadi dipandang, “Yes?”
“Kau faham ke tak apa yang aku ajar kau hari tu pasal redox reaction?”
Johanna garu kening sebelum dengan yakinnya mengangguk, “Faham.”
“Then kenapa kau buat the same mistake over and over again?”
Johanna buat muka, “People make mistakes, okay?”
“And people should learn from their mistake, you know?” Hadi menggeleng. Kertas soalan itu dihulurkan pada Johanna, “Buat semula.”
“Kau ni memang ada bau-bau bacang dengan Hitler ke, hah?”
“Buat soalan tu semula, Johanna!”
Johanna buat muka. Eleh, tak nak mengakulah tu ada pertalian darah dengan Hitler! Kertas yang dihulurkan Hadi tadi diambil lalu tangannya laju mencoret jawapan yang dia sendiri tak tahu betul ke salah.
“Abang Hadi!”
Johanna panggung kepala. Hadi yang sedang membelek kertas soalan Biologi milik Johanna turut memanggungkan kepalanya, “Jannah. Kenapa?”
“Kak Rena pesan suruh bagitahu abang Hadi yang petang nanti BPP ada meeting untuk dinner Form Five.”
“Petang tu pukul berapa?” Hadi kerutkan dahi, “Lagipun, sejak bila BPP buat meeting tak bagitahu majlis tertinggi?”
“Oh, arahan Kak Rena ni, abang Hadi! Kami cuma ikut arahan Kak Rena aje,” gadis bernama Jannah menjawab, takut-takut. Sesekali matanya mengerling Johanna yang nyata sudah menyambung kerjanya semula. Malas nak ambik tahu, bukan ada kaitan dengan dia, “Petang ni pukul 5.00 petang dekat bilik gerakan.”
Hadi mengangguk saja. Gadis yang bernama Jannah itu segera berlalu.
“Kenapa kau tak couple dengan Rena aje, Head Boy?”
Hadi panggung kepala dari kertas past year lalu wajah Johanna dipandang, "Kenapa aku kena couple dengan dia?"
"Dia suka kau, kau dengan dia compatible apa. Sama-sama pegang jawatan tertinggi dalam BPP, sama-sama pandai, sama-sama..."
"Aku tak suka orang yang sama serba-serbi macam aku. Aku suka mee kari, dia suka mee kari. Aku suka warna hijau, dia suka warna hijau. Bosan," balas Hadi sambil tangannya kembali menyelak kertas past year itu.
Johanna mencebik, "Dah, takkan kau nak suka minah yang serba-serbi lain dari kau?"
"Kalau ya, kenapa?" Hadi jungkit kening pada Johanna.
Johanna buat muka bersahaja. Tangannya kembali menulis jawapan untuk soalan proses pertukaran elektron, "Kau skema, perempuan yang kau suka mesti..."
"Rebellious macam kau."
Pap! Mata pensil tekan Johanna patah, terkejut dengan jawapan Hadi. Johanna panggung kepala, "Kau cakap apa tadi?"
"Rebellious macam kau. Kenapa? Terkejut?" Hadi senyum senget, "Tapi kau jangan risau, aku memang suka orang rebellious tapi bukan kaulah orangnya."
Wajah Johanna berubah sedikit, "Ceh, kau ingat aku heran?!"
Hadi sembunyikan senyum yang nak menguntum. Johanna... Johanna...

“Wei, tema dinner kita aku dah tau!” Ujar Nida sebaik saja dia menerjah masuk ke biliknya.
Johanna, Nuha dan Elly yang sedang mengunyah kerepek pisang mengalih pandangan ke arah Nida, “Salam mana, woi?”
“Assalamualaikum wahai rakan sebilikku yang aku kasihi dan aku sayangi,” ucap Nida sebelum melabuhkan punggung di sebelah Elly.
“Waalaikumussalam. Ha, kan manih macam tu? Baru jadi Perempuan Melayu Terakhir ala-ala Vanida Imran,” ujar Nuha sebelum meletakkan tangannya di dahi, membuat pose ala-ala model majalah.
“Sejak bila Vanida Imran pose macam gitu? Kau tak beragak nak membongak, Nuha!” Ujar Elly sebelum bahu Nuha dipukul.
Nida dan Johanna dah ketawa terbahak-bahak. Nuha... Nuha...
“Eh, Nida! Hang cerita pasai apa tadi? Dinner?”
“Oh yes! Tema dinner kita...” Nida meleretkan suaranya. Elly dan Nuha dah buat muka teruja. Johanna pula terus mengunyah kerepek pisang, tak ambik peduli.
“Temanya, Klasik dan Tradisional!”
Nuha sengih, “Aku pakai baju kurung Kedahlah gitu. Klasik pun klasik, tradisional pun tradisional.”
“Aku kalau pakai kebaya ala Saloma, ada nampak klasik tak?” Elly senyum mengusik.
“Beranilah kau nak pakai. Kena pancung dulu dengan Cikgu Lah nanti!” Ujar Nida sebelum mereka semua ketawa namun tawa mereka terhenti saat terlihat Johanna yang senyap, tak memberi respon.
“Jo, hang nak pakai baju apa dinner nanti?” Tanya Nuha sambil menyiku Johanna.
Johanna pandang Nuha, lama seolah-olah sedang berfikir. Bibirnya tiba-tiba terukir senyum, “Seluar jeans, t-shirt Linkin Park tu kira klasik tak?”
Elly tepuk dahi, “Kau betul ke ni?”
“Klasik tu memang klasik, Jo tapi hang kena kejaq dengan Hadilah lepaih tu!” Nuha angkat peace pada Johanna.
Nida dan Elly masing-masing tahan ketawa nak meletus. Macam tak ada nama lain Nuha ni nak sebut. Minah tu dahlah berbulu lagi dengan Hadi!
“Kalau tak boleh pakai macam tu, makanya...”
“Makanya?” Nida jungkit kening.
“I’m not going!” Ujar Johanna sebelum bangun dari duduknya, “Aku nak pergi beli jajanlah dekat koop. Nak pesan apa-apa tak?”
Elly dan Nuha menggeleng. Nida pandang Johanna yang sedang menukar seluar tiga sukunya kepada seluar tracksuit kelabu berjalur hitam, “Kau serius ke tak nak pergi, Jo?”
“Yup! You see, dinner is not my thing. Aku tak reti nak makan ala-ala sopan, konon kenyang padahal lapar lagi. Nak tambah tapi malu dekat orang lain yang tak tambah makanan. Aku tak pandai berlakon macam tu.”
“Dinner kita tak formallah, Jo. Kan Nida?” Elly cuba memujuk Johanna sebelum dia memandang Nida untuk kepastian.
“Er... tak. Dinner kita formal. Ada protokol yang kita kena patuhi,” ujar Nida, serba-salah.
“See, Elle! Dahlah, aku nak turun ni. Betul tak nak apa-apa?”
Mereka bertiga cuma mengangguk. Johanna jungkit bahu, “Aku pergi kejap, eh?”
Sebaik saja Johanna berlalu keluar dari bilik, mereka bertiga saling berpandangan, “Wei, macam mana ni? Jo tak nak pergi pulak.”
Nuha mengeluh. Baru je nak happy sebelum SPM, cipta kenangan. Nida pula menongkat dagu. Macam mana agaknya nak bagi Jo nak pergi jugak dinner tu?

“Jo, hang sungguh ka tak mau pi dinner tu?”
Johanna pandang Nuha sekilas lalu menggeleng, "Malaslah. Aku nak lepak dalam bilik aje nanti."
"Tak syoklah macam tu! Jomlah pi!" Lengan Johanna dipegang lalu digoyang-goyangkan.
Johanna geleng, "Orang Kedah kata tak mau, orang Kelantan kata tok sir, orang Terengganu kata tak mboh!"
Nuha mencebikkan bibirnya, "Meluat!"
Johanna ketawa.
"Jo, pergilah Jo! Nanti kita buat performance sekali. Bila lagi nak jamming sekali," D.O. berpaling ke belakang.
"Malaslah, wei! Aku tak suka makan-makan malam ni," balas Johanna dengan sengih, “Ala, untuk performance, suruh aje si Nuha ni menyanyi lagu Seloka Negeri Kedah dia tu. Confirm tip-top!”
"Wei, hang  jangan nak merepek! Aku luku kepala hang satgi!”
Johanna ketawa namun suara Hadi mematikan tawanya, "Kalau Johanna ni buat performance, haruslah dinner tu jadi dinner black metal."
“Nerd, kau apahal?!”
“I’m just saying. Kau menyanyi lagu Drowning waktu camping hari tu pun dah bunyi macam lagu metal, for sure kalau kau menyanyi waktu dinner semua orang balik telinga pekak sebelah.”
Johanna ketap bibir. Ai, Hadi Azraff ni! "Macam mana kalau aku buat performance lebih baik dari hari tu?"
“Nope, aku tak rasa kau akan buat lebih baik.”
“Kau tengah cabar aku ke, Head Boy?”
"Kau rasa tercabar ke?" Tanya Hadi tanpa memandang Johanna.
"Kalau aku buat performance malam tu dan performance aku lebih baik dari jangkaan kau, apa kau nak bagi aku?"
Hadi berpaling pada Johanna, "Whatever you want, Johanna!"
Johanna menganggukkan kepalanya, “Fine! D.O., lepas asar petang ni kita practice.”
D.O. yang mulanya tercengang sengih lalu mengangguk. Matanya memandang Nuha lalu mereka saling bertukar isyarat mata! Hadi ni... pandai betul buat Johanna setuju nak pergi dinner! Yeayyy!!!!

“Lagu apa kita nak pilih ni, Jo?!” D.O. meletakkan dagunya di atas gitar yang ada di ribanya. Jarinya memetik tali gitar secara rawak.
Johanna kerutkan dahi, “Aku pun tak tahu. Somewhere I Belong, kau nak try?”
D.O. menggelengkan kepala, “Dah siapa nak rap part Mike Shinoda?”
Johanna ketawa. Betul jugak, “Lagu apa yang kau tau chordnya? Tak kisahlah lagu bahasa apa pun.”
“Aku tau lagu Belaian Jiwa, Getaran Jiwa, Lagenda, lagu-lagu Sheila On 7, Flying Without Wings...”
Johanna yang tadinya tekun mendengar memanggungkan wajahnya, “That’s it!”
“Takkan kau nak main semua lagu tu?” D.O. jegilkan matanya.
“No. I mean, lagu Flying Without Wings tu. Lagu tu kan macam lagu yang full of inspiration. Plus, aku ada nak tuju lagu tu untuk someone.”
D.O. angkat kening, “Siapa?”
Johanna buat muka bersahaja, “Adalah.”
“Hadi ek?”
“Kau jangan nak merepek, boleh? Kejadah pulak aku nak tuju lagu tu kat dia. Euwww!” Johanna buat muka menyampah.
“Wei, kata nak practice! Mana latihannya? Dok menyembang ja dari tadi,” Nuha yang baru selesai berjoging bersama Elly menegur Johanna dan D.O.
“Tengah pilih lagu nak perform nanti,” balas D.O. bersahaja.
Elly yang mendengar mengerutkan dahi, “Lagu nak perform? Korang nak perform kat mana? Minggu kebudayaan?”
“Bukanlah!” Nuha sengih. Matanya memandang Johanna yang sedang menyelak buku yang berisi chord-chord lagu yang ditulisnya sendiri, “Jo dengan D.O. nak perform malam dinner nanti.”
“Seriously?! Jo, kau jadi pergi dinner?” Elly dah bertepuk tangan macam singa laut buat persembahan dekat zoo.
Johanna cuma tersenyum nipis sebelum kembali menyelak bukunya.
“Oh my! Oh my! Pandai cari port berdating, Johanna?”
Johanna angkat muka mendengar suara yang menegurnya. Agak dah! Tak ada orang lain, “Nuha, kau ada dengar tak bunyi macam lembu menguak tadi?”
D.O. dan Nuha tersenyum lebar. Padan muka kau, Rena!
“Kau tak ada kerja ke Rena? Asyik nak kacau Jo je! Kau ada masalah apa dengan Jo, sebenarnya?” Elly mengangkat kening pada Rena.
“Kau jangan sibuk boleh, tak?” Rena meninggikan suaranya pada Elly.
Elly menggeleng. Perempuan gila! Johanna yang bengang melihat Elly ditempelak menarik nafas panjang lalu D.O. dipandang, “D.O., kau ada dengan bunyi macam kambing mengembek tak? Makin lama makin kuat bunyinya. Busuk pulak tu bau kambing ni. Macam bau bangkai!”
Wajah putih bersih Rena menjadi merah padam. Nuha ketap bibir, menahan ketawa. Elly menggelengkan kepalanya. Johanna dah mula dah...
“Jom, blah wei! Aku dah nak termuntah bau bangkai. Busuk, Ya Rabbi!” Johanna dah berdiri lalu dia mendekati Rena. Hidungnya dibuat-buat seperti sedang menghidu sesuatu, “La, kau ke yang berbau Rena? Busuk benar baunya, perfume baru ya? Jenama apa? Hasad Dengki?”
Rena mengepal penumbuk dan tak menunggu lama, dia terus berlalu. Johanna pantas bersuara dengan suara yang kuat, “Rena, balik mandi tau! Sental sikit badan kau tu, kasi hilang bau bangkai tu! Kuat sangat baunya!”
Sebaik saja bayangan Rena hilang dari pandangan matanya, dia berpaling mengadap kawan-kawannya yang nyata memandangnya, tajam. Johanna senyum, “What? At least dia dah berambus, kan?”
BERSAMBUNG...
p/s: jo dan hadi <3

7 comments:

  1. Hahaha . Pdan muka ang rena . Ilikeu jo . N hadi mmng bleh buat jo tkar fkiran .dri xnk menjadi nak .. haha . Akk thanx 4 entri .iloveu 😍😘😘

    ReplyDelete
  2. Pandai btl jo halau si rena2, bila hadi simamat skema ngan jo si rebel, rasa sesuai sgt tolak jauh2 si rena2. Hrp harap jo pegi dinner ala wanita melayu terakhir siap perform, mesti gempak kan..kan..kan..

    ReplyDelete
  3. Tgh bygkan jo pakai bj kurung kedah cam nuha..hehe.
    alahai..jo ni hadi povok sikit jer terus jd ye ;)
    padan muka rena lenkali jgn beli perfume Hasad Dengki tu lg yer.. hahaha

    ReplyDelete
  4. die, rena, die! benci rena the langsuir busuk. ... Hadi pun no better, spesies naufal d nopal!

    ReplyDelete
  5. perghhh..ayat mantap la jo..kuikuikui.. two thumbs up!

    ReplyDelete
  6. Jo2 ayat memang pedas.... best sambung lagi...

    ReplyDelete