Friday, 22 August 2014

Roti Gardenia Sambal Bilis

Zeek duduk di bawah pokok besar yang dah jadi port kegemarannya sejak dia pindah dari Selangor ke Kedah. Sketch book dibuka. Tangan kanannya menggagau beg sandangnya, mencari pensil kayu yang selalu dia gunakan. Yeah! Jumpa! Zeek senyum sebelum dia memandang sekeliling. 
Sepasang pasangan separuh abad yang duduk di bangku yang mengadap tasik buat dia mengangguk. Target dah dijumpai. Pensil kayu mula berlari di atas sketch book. Sesekali matanya memandang ke arah pasangan itu. Tua-tua masih nampak mesra.
“Wah, cantiknya awak lukis!"
Tangan Zeek terhenti terus dari melukis. Dia panggung kepala, melihat gerangan yang menegur. 
Si manusia yang berbaju kurung kapas itu ukir senyum serba-salah, “Er...sorry! Saya ganggu awak, ke?"

Zeek spontan mengangguk. 
“Sorry! Sorry!" Si baju kurung kapas senyum serba salah.
Zeek angkat tangan kanan, menyuruh si gadis berhenti meminta maaf.
“Saya duduk sini, boleh?" Si baju kurung kapas bertanya.
Zeek angkat bahu tanda tak kisah.
“Saya Nurul Ain."
Zeek pandang si gadis sekilas sebelum angkat jari telunjuk kanan ke mulut, menyuruh si gadis diam.
Nurul Ain angguk kepala tanda faham. Sedari tadi mamat ni senyap. Bisu ke dia? Tanpa sedar, dia terleka merenung si pelukis bisu. Ceh, Ain! Awal-awal lagi kau dah bagi dia gelaran!
Zeek yang sedar dirinya diperhatikan kalih ke kanan. Nurul Ain tersentak. Oh, dia tak selesa. 
Nurul Ain menggeleng, “Sorry kalau awak rasa tak selesa."
Zeek angkat kening memandang Nurul Ain.
“Saya nak tahu apa nama awak."
Zeek menulis sesuatu di atas sketch book sebelum dihulur kepada Nurul Ain.
`Muhammad Afif Zikry @ Zeek.'
Nurul Ain angguk kepala. Zeek. Muka kacak tapi sayang, bisu. Tak apalah Ain, manusia itu tak semua sempurna sifatnya.
“Awak lapar tak, Zeek?"
Zeek yang baru nak meneruskan lukisannya, angkat kening. Dia mengaku dia agak lapar tapi kerana dia tak nak buat baik sangat dengan si gadis banyak mulut, dia menggeleng.
Nurul Ain mengangguk saja lalu bekal di dalam begnya dibawa keluar. Roti Gardenia saiz kecil diletakkan di depannya. Kemudian, sebiji tupperware bersaiz sederhana besar diletakkan di sebelah roti Gardenia.
Zeek sempat mengerling isi tupperware yang dibawa si gadis baju kurung kapas. Eh, sambal bilis! Sedap baunya.
Tanpa sedar, bibirnya terukir senyum. Si gadis sudah mula makan roti berintikan sambal bilis. Dia terasa macam nak tukar target. Dia terasa nak lukis gambar si gadis baju kurung kapas yang mulutnya penuh dengan roti Gardenia sambal bilis. Zeek senyum. Comel!

Zeek hempaskan badannya ke atas sofa yang ada di ruang tamu rumah. Seharian dia duduk di taman tasik itu. Berkenalan pulak dengan si gadis baju kurung kapas. Tengok gaya si gadis tu, macam muda lagi.
“Along?"
Zeek yang bersandar terus duduk tegak, “Umi."
“Pergi mana tadi?"
Zeek senyum, tak menjawab.
“Dah makan?" Umi tukar soalan lain.
“Dah, umi. Adik-adik mana?"
“Acha tidur rumah kawan dia. Amli pergi main bola. Karang baliklah dia. Along dah solat?"
“Dah, umi," Zeek senyum lalu dia pandang bilik tidur utama yang pintunya bertutup, “Abah tidur, ya umi?"
Umi mengangguk, “Lepas makan ubat tadi, tidurlah dia. Along pergilah mandi dulu. Kejap lagi, jenguklah abah. Tadi abah tanya pasal along."
Zeek angguk lalu dia bangun. Beg sandangnya dia buka dan bekas tupperware milik Nurul Ain dihulur pada umi, “Umi, tolong hangatkan sambal bilis ni, boleh?"
Umi mengangguk tapi umi ukir senyum mengusik, “Mana dapat ni?"
Zeek ketawa lalu menggeleng. Umi dah dapat idea luar alam ni, “Kawan bagilah, umi. Umi jangan fikir lain pulak."
Umi senyum, “Umi tak cakap apa-apa pun."
Zeek geleng kepala namun bibirnya masih menguntum senyum, “Along masuk bilik dulu, umi."

Nurul Ain tolak daun pintu rumah neneknya, “Assalamualaikum!"
“Waalaikumussalam," satu suara menjawab salamnya.
“Tok wan! Ain dah balik!"
“Ya, tok wan ada di dapoq ni!" 
Nurul Ain senyum. Tok wan mesti tengah masak. Dah masuk tiga tahun dia duduk dengan tok wan, menggantikan pak su yang menyambung pelajaran di luar negara. Anak-anak tok wan semuanya bagi pelbagai alasan, tak boleh menjaga. Akhirnya ibu dia yang bersetuju untuk menjaga tok wan, yakni ibu mertuanya. Pelik kan? Sedangkan ayahnya sudah meninggal lima tahun lepas.
“Ain, mai tolong tok wan sat!" Suara tok wan dari dapur mematikan lamunannya.
“Tolong apa, tok wan?" Nurul Ain berlari ke dapur selepas pintu depan ditutup dan dikunci.
“Tolong tumbuk sambai ni sat. Tok wan nak pi solat."
Nurul Ain mengangguk, “Tok wan, ibu ada telefon tak hari ni?"
Tok wan mengangguk, “Ada. Ibu Ain habaq, esok dia balik."
Nurul Ain mengangguk. Yeay! Ibu balik esok. Dah dekat seminggu dia tak jumpa ibu sebab ibu berkursus. 
Tiba-tiba fikiran dia teringat pada si pelukis bisu. Mula-mula dia agak je si Zeek tu bisu, rupanya si Zeek memang betul-betul bisu. Kesiannya dia!
Oh ya, dek kerana tadi dia ganggu Zeek melukis, dia terus bagi bekas sambal bilis yang masih banyak berbaki kepada Zeek. Kenapa dia bagi?  Entahlah! Mungkin sebab dia nak cari satu alasan supaya dia boleh jumpa Zeek, agaknya...

Zeek senyum mendengar abahnya bercerita. Walaupun butir katanya tidak jelas namun dia tetap mendengar bagai dia mengerti cerita abahnya itu.
“Lepas tu, abah?” Zeek bertanya, apabila abah berhenti bercakap.
“Abvah phenat,” sedikit pelat, abahnya bersuara. Zeek senyum lagi.
“Abah nak air? Abah bercerita banyak sangat ni,” ujar Zeek, menggeleng. Masih mengukir senyum.
Abah mengangguk.
Zeek segera mencapai jag air lalu dituang ke dalam gelas, “Abah dah pandai minum pakai straw, kan?”
Abah mengangguk lagi. Zeek terus hulurkan muncung straw ke mulut abah. Air masak yang dituang penuh ke dalam gelas itu, sedikit demi sedikit susut isipadunya. Bila abah keluarkan straw dari mulutnya, Zeek bertanya lagi, “Abah nak air lagi?”
Abah menggeleng, “Abvah laphar...”
Zeek mengangguk, “Umi tengah masakkan bubur untuk abah. Tunggu kejap, ya?”
Abah mengangguk.
“Abah nak along suap ke, umi suap?”
“Along shuaph...” abah ukir senyuman meskipun bibirnya sedikit herot.
Zeek mengangguk, “Kejap ya, abah? Along pergi dapur, tengok dah siap ke belum.”
Abah mengangguk, mengizinkan. Saat Zeek berdiri, pintu bilik tidur abahnya terbuka. Wajah Amli, terjengul, “Abah!”
“Amvli...” tangan kiri mengamit Amli agar mendekatinya.
“Amli jaga abah kejap. Along nak tolong umi.”
Amli angguk lalu dia duduk di kerusi yang Zeek duduk tadi. Tangannya mencapai tangan abah, “Abah, nak dengar cerita tak?”
Zeek lihat abah mengangguk lalu dia hela nafas. Dia segera keluar dari bilik abahnya. Sebak bertamu tiba-tiba...
“Along, kenapa ni?” Tepukan di bahu buat Zeek tersentak.
“Umi...”
“Kenapa termenung depan bilik ni?”
Zeek menggeleng lalu dia ubah topik, “Umi dah siap masak bubur abah? Abah dah lapar.”
“Belum. Umi nak tunggu sejuk sikit, lepas tu baru blend. Along pergilah makan dulu. Amli dengan umi dah makan. Umi nak naik solat, kejap.”
Zeek mengangguk namun dia tiba-tiba dia menyeru uminya, “Er... umi!”
“Kenapa?”
“Roti ada?”
Umi kerutkan dahi, “Along tak nak makan nasi ke?”
Zeek ukir senyum, “Nak tapi nak makan roti dengan sambal bilis jugak.”
Umi ketawa, “Roti ada di dalam kabinet atas dapur tu. Cuba tengok.”
“Kenapa umi ketawa?”
“Umi pelik tengok anak umi. Sejak bila anak umi ni pandai makan roti dengan sambal bilis? Selalu sambal bilis tu along makan dengan nasi.”
“People change, umi!” Balas Zeek, bergurau sebelum berlalu ke dapur. Umi tersenyum. Along terkena panahan cinta siapa ni, long?

Nurul Ain termenung merenung bulan. Teringat dia dengan Zeek, si pelukis bisu. Zeek walaupun bisu, dia nampak sangat mesra. Bila Nurul Ain berceloteh, dia ukir senyum. Bila Nurul Ain makan comot, jemari Zeek akan menunjuk ke hujung bibirnya, konon nak beritahu Nurul Ain yang bibir Nurul Ain comot. Bila Nurul Ain merenung Zeek melukis, pasti wajah lelaki itu akan kelihatan tersipu-sipu. Comel aje! Jarang Nurul Ain tengok lelaki tersipu macam gitu.
Nurul Ain tersenyum sendiri. Muhammad Afif Zikry. Sebenarnya dah lama dia perhatikan si pelukis bisu itu. Sudah hampir tiga minggu rasanya dia perhatikan Zeek di taman tasik itu tapi dulu dia tak berani nak pergi menegur si pelukis bisu. Kononnya malu dan takut mengganggu tapi entah dari mana dia dapat keyakinan nak pergi tegur si Zeek petang tadi.
Dan dia tak sangka langsung Zeek menerima perkenalannnya dengan baik. Ingatkan Zeek tak suka! Nasib baik. Lepas ni, bolehlah dia tegur Zeek tanpa perlu ragu-ragu macam dulu.
“Ain?”
Nurul Ain berpaling ke pintu biliknya saat terdengar tok wan menyeru namanya.
“Awat tok wan?”
“Tolong urut kaki tok wan, boleh? Rasa lenguhlah.”
Nurul Ain senyum lalu mengangguk, “Boleh tok wan.”
Nurul Ain mendekati tok wan yang sudah duduk di birai katil. Minyak hijau yang ada di atas meja solek, Nurul Ain capai sebelum dia duduk di lantai, mengadap tok wan,”Kaki kiri ka kaki kanan, tok wan?”
“Kaki kiri. Lenguh sungguh. Tak taulah pasaipa.
Nurul Ain mencebikkan bibirnya sebelum tersenyum. Tangannya lincah mengurut betis tok wan yang kurus, “Konon tak tau pasaipa padahai tok wan tu banyak berjalan. Kalah orang muda!”
“Amboi, mengata tok wan!” Tok wan menjegilkan matanya sebelum tersenyum, hambar, “Ain, awat Ain baik sangat dengan tok wan?”
Nurul Ain kerutkan dahi lalu dia panggung kepala memandang tok wan, “Awat kata lagu tu tok wan? Mestilah Ain baik dengan tok wan. Tok wan kan nenek Ain? Opah belah ibu dah tak dak, Ain ada tok wan saja, nak menumpang kasih sebagai cucu tok wan.”
Tok wan tersenyum. Matanya berkaca, “Awatlah cucu tok wan yang lain tak macam Ain?”
Nurul Ain tersenyum, mengusik, “Eh, mestilah depa tak macam Ain. Kalau depa macam Ain, nanti Ain dah tak istimewa dah dekat mata tok wan.”
“Ain, tok wan nak tanya boleh?”
Nurul Ain mengangguk.
“Ain dah ada boyfriend ka?”
Ain terus pandang tok wan lalu dia ketawa, “Mana nak ada boyfriend lagi tok wan. Tak dak sapa mau kat Ain ni.”
“Rugilah depa hat tak mau kat Ain tu!” Tok wan ketawa.
Nurul Ain ketawa lalu menggeleng. Tangannya masih lincah mengurut kaki tok wan.
“Betuilah yang Ain tak dak boyfriend lagi?”
“Betui, tok wan! Ain tunggu orang masuk meminang ja. Tak payah boyfriend-boyfriend ni.”
Tok wan ukir sengih mengusik, “Dah tu, tadi tok wan tengok Ain dok tenung bulan tu macam nak tembuih ja, lepas tu dok tersengih-sengih. Serupa orang dok bercinta. Ha, habaq lekaih kat tok wan. Ain dok teringat kat sapa tadi?”
Wajah Nurul Ain berubah terus. Tok wan nampak ke tadi? “Er...” Lidahnya kelu terus. Pipinya terasa panas sendiri. Malunya!
“Amboi, merahnya pipi cucu tok wan ni!” Tok wan ketawa, mengekek. Sukanya dia bila dapat mengusik Nurul Ain.
Nurul Ain mencebik, “Tok wan!”

Zeek menggosok permukaan kaca kaunter yang sudah berhabuk. Jam di tangan dia pandang. Sudah pukul 9.45 pagi. Alif masih belum sampai lagi. Selesai kerjanya, dia terus capai kepingan gambar yang sudah siap dicuci dari minggu lepas lalu dia menyusun gambar-gambar itu di dalam album. Kejap lagi pasti tuan pemilik gambar itu akan datang mengambil gambarnya di kedai.
“Assalamualaikum!”
Zeek angkat muka dari album gambar. Tanpa kata, Zeek mengangkat tangan. Salam yang Alif bagi, dia jawab dalam hati.
“Ni gambar yang minggu lepas tu ke?” Alif bertanya, sebaik sahaja dia berdiri di depan Zeek.
Zeek mengangguk. Tangannya cekap memasukkan gambar ke dalam album.
“Dah makan?”
Zeek mengangguk lagi. Alif menggeleng. Hailah! Berat mulut sungguh si Zeek ni, “Aku ada beli nasi lemak tadi. Aku beli lebih. Kalau sat lagi hang lapaq, hang makanlah.”
Zeek angguk, “Gambar majlis kahwin yang minggu lepas tu, kau dah cuci?”
Alif geleng, “Belum. Sat lagi aku cucilah. Awat? Pengantin tu dah telefon hang?”
“Taklah! Aku tanya aje,” Zeek senyum nipis segaris.
Alif tepuk bahu Zeek, “Zeek, aku nak tanya boleh dak?”
Zeek pandang Alif seketika sebelum mengangguk, “Tanyalah.”
“Awat hang pendiam, hah?”
Zeek jungkit kening sebelum dia menggeleng dengan senyuman, “Itu je kau nak tanya?”
Alif mengangguk.
“Aku lebih suka mendengar. Faham tak maksud aku?”
Alif tercengang sebelum mengangguk, “Hang unik.”
Zeek ketawa, “Tell me something I don’t know.”
“Aku ingatkan hang tak suka bercakap sebab takut orang jatuh cinta dengan hang.”
Zeek pandang Alif dengan muka kelam. Apa maksud mamat ni?
“Suara hang tu. Kalau orang perempuan dengaq, boleh cayaq hang tau?”
Zeek ketawa. Merepek!
“Tu! Hang gelak macam ni pun suara hang merdu. Kalau aku perempuan, dah lama aku pi meminang hang!” Alif buat muka minta penampar pada Zeek.
Album gambar yang sudah penuh berisi gambar tadi dilibas ke bahu Alif sebelum dia berlalu ke belakang kedai gambar milik mereka berdua, “Kalau kau perempuan, dah lama aku lari!”
“Cis! Hang memandang rendah pada aku!” Alif menjerit pada Zeek sebelum ketawa berdekah-dekah.

Nurul Ain mengeluh. Diturut juga langkah Dini yang kalut nak ke kedai gambar. Mahu menangkap gambar untuk letak dalam resume, katanya.
“Nilah kedai dia!” Dini senyum bila tiba di Afif@Alif’s Pictures, “Jom, masuk!”
“Sat! Tunggu sat!” Nurul Ain angkat tangan kanan, menyuruh Dila menunggu, “Kenapa tak pergi kedai apek?”
“Malaslah pergi kedai apek tu! Anak dia tu suka pandang-pandang aku,” ujar Dini sambil mengibas rambutnya mengurai tak berikat.
Nurul Ain mencebik. Malasnya nak layan si Dini ni! “Dah hang pakai seksi sangat. Dia pandanglah!”
“Hang ni...” Dini buat muka. Nak sindir akulah tu.
“Dahlah! Lekaihlah. Sat lagi aku nak pi kerja pulak.”
Dini terus tarik tangan Nurul Ain masuk ke kedai gambar yang nampak eksklusif tu. Bukan main betul tempat budak ni nak tangkap gambar.
“Selamat datang!” Si lelaki jaga kaunter ukir senyum selebar mungkin. Pelanggan masuk maa... kenalah layan elok-elok.
Dini ukir senyum, manis. Handsome gilak orang ni! Terus dia berbisik dengan Ain di sisinya, “Wei, Ain!”
“Apa?”
“Handsome gila wei! Aku rasa aku dah jatuh cinta!” Ujar Dini, malu-malu.
“Hang jangan nak merepek dengan aku! Pi lekaih tangkap gambar tu. Sat lagi aku debik hang, hang jangan tanya pasaipa.”
Dini mencebik lalu dia terus ke kaunter. Nurul Ain terus memerhati sekeliling kedai itu. Di dinding kedai gambar itu ada tergantung beberapa lukisan ala potret. Ada juga lukisan berlatar belakangkan bandaraya Alor Setar. Cantik.
“Cik berminat dengan lukisan potret?”
Nurul Ain pandang orang yang menegur. Eh! “Taklah. Saya tengok-tengok ja.”
“Partner saya yang lukis semua ni. Kalau cik nak buat lukisan potret, boleh buat di sini,” si lelaki yang tersenyum dari tadi mula buat promosi untuk kedainya.
Nurul Ain pantas menggeleng, “Tak apalah! Terima kasih. Saya tengok ja. Serius!”
Si lelaki akhirnya mengangguk. Tahulah dia si gadis tak mahu mengganggu lalu dia segera berlalu ke kaunter. Kebetulan, ada pelanggan baru masuk ke kedai.
Selepas seketika, Dini keluar dari tempat mengambil gambar yang terletak di sebelah dalam kedai. Bahu Nurul Ain dicuit, “Wei, jomlah!”
“Gambaq hang dah siap?”
“Belum. Sat lagi petang baru aku mai ambik.”
Nurul Ain mengangguk. Saat dia dan Dini melangkah keluar dari kedai, sempat dia kerling ke belakang. Bukan untuk melihat mamat di kaunter tadi tapi sebab dia rasa ada aura lain macam dari gambar-gambar lukisan yang tergantung di dalam kedai itu. Nurul Ain menggeleng tiba-tiba. Perasaan kau saja, Ain...

Pukul 9.30 malam, Alif dan Zeek bersiap-siap nak tutup kedai. Hari ni rezeki mereka agak masyuk! Zeek menyapu lantai yang agak berpasir selepas pelanggan keluar dan masuk seharian hari ni.
“Zeek, esok hang masuk kerja macam biasa?” Alif yang sedang mengemas kaunter bertanya tanpa memandang Zeek.
Zeek yang mendengar soalan Alif mengangguk tanpa sebarang kata.
Alif kerut dahi. Mamat ni dengar ke tidak? “Wei! Hang dengaq dak aku tanya tadi?”
Zeek angkat muka lalu dia mengangguk.
“Dah awat hang tak jawab?” Alif merengus. Hailah! Berat mulut sungguh!
“Aku dah angguk tadi!”
Alif tepuk dahi. Alahai... “Dude, sesekali cuba guna mulut jugak wei.”
Zeek senyum lalu dia menggeleng, “Malas.”
Alif buat muka menyampah, “Zeek...”
“Hmm...?”
“Abah hang macam mana?”
Zeek berhenti menyapu lalu dia bersandar pada dinding kedai. Perlahan, dia mengeluh, “Macam tu jelah.”
Alif mengangguk. Dulu, Zeek bekerja sebagai photographer terkenal untuk sebuah majalah popular di Malaysia tapi selepas abahnya diserang stroke, dia berhenti kerja dan terus pindah balik ke Kedah untuk menjaga abahnya. Dulu Zeek hanyalah pelabur untuk kedai mereka ini, sekarang dia masih melabur untuk kedai gambar ini tapi melabur kudrat pulaklah. Dulu, dia ada masalah dengan modal bila dia nak memulakan bisnes kedai gambar ni tapi nasib baik Zeek tolong. Alhamdulillah. Tak ada Zeek, mungkin tak ada kedai gambar ni...
“Esok hang kena bawak abah hang pi fisioterapi, kan?”
Zeek mengangguk, “Esok lepas lunch, aku balik sekejap. Lepas abah aku habis fisio, aku datang semula kedai.”
“Hang balik teruih pun tak apa esok. Kesian kat hang nak berulang-alik.”
“Sayang jugak kau kat aku?”
Alif buat muka, “Memang aku dah lama sayang hang. Hang ja tak sayang aku! Meluat!”
Zeek ketawa, “Gila!”
Alif turut ketawa. Lega dia melihat Zeek ketawa. Dia kesian pada Zeek tapi dia sendiri tak berupaya nak membantu. Yang dia mampu hanya berdoa supaya keluarga Zeek sentiasa di bawah rahmatNya. Bertabahlah Zeek, aku sentiasa ada untuk hang...

Hari Sabtu! Zeek capai beg sandangnya. Kamera digital dimasukkan ke dalam begnya. Buku lakaran yang sudah separuh berconteng turut dimasukkan dengan cermat ke dalam beg sandang jenama Adidas itu. Bekas pensil kotak-kotak miliknya turut dicampak masuk ke dalam beg sandang itu. Hoodie yang bertulis Zeek’s disarung ke tubuhnya lalu dia keluar dari bilik. Sempat tangannya memetik suis lampu dan kipas untuk menghentikan aliran eletrik kepada dua komponen penting di dalam biliknya itu.
Zeek terus berjalan masuk ke dapur, “Umi! Along nak keluar pergi taman tasik ni.”
Umi yang sedang menggoreng karipap mengangguk, “Balik pukul berapa?”
“Macam biasa,” Zeek perhatikan karipap yang baru dimasak, “Umi...”
“Ya?”
“Karipap ni bungkuskan untuk along, boleh? Letak dalam tupperware yang hari tu.”
Umi kerutkan dahi lalu umi tersenyum, “Nak membalaslah ya?”
Zeek ketawa lalu dia angkat bahu, “Along nak jenguk abah kejap.”
Tanpa menunggu balasan umi, dia segera ke bilik abah yang tertutup rapat. Di dalam bilik itu ada Acha dan Amli. Bibir Zeek terukir senyum saat dia lihat Acha membebel kepada abah tentang hal sekolahnya sambil memotong kuku abah yang sudah panjang.
Amli pula sedang mencukur misai abah yang sudah tiga minggu tidak dicukur. Zeek tanpa kata mendekati adik-adiknya.
Acha yang baru sedar kehadiran Zeek mengukir senyum, “Along, nak keluar?”
Zeek mengangguk. Acha kemudiannya mengangguk. Tak perlu ditanya along ke mana kerana mereka semua sudah tahu, along akan ke taman tasik. Konon mencari ilham.
“Acha nanti pergi tolong umi kemas rumah, ya? Amli pula nanti mandikan abah, ya?” Zeek memandang adik-adiknya silih berganti.
Acha senyum lalu mengangguk, “Beres, bos!”
Amli turut mengangguk, “Arahan diterima.”
Zeek menggeleng lalu tangan kanan abah dicapai lalu dia kucup tangan yang sudah kurus itu, “Along keluar, abah. Nanti petang along balik, ya?”
Abah mengangguk. Sempat Zeek kucup dahi abah sebelum dia keluar dari bilik abahnya.
“Along?” Umi keluar dari dapur dengan memegang bekas tupperware yang berisi karipap, seperti yang Zeek mahukan tadi.
Zeek ukir senyum, “Terima kasih, umi.”
“Drive elok-elok. Kirim salam dekat menantu umi tu, ya?” Umi jungkit kening, mengusik.
Zeek senyum lalu menggeleng. Tangan umi dicapai lalu dikucup, “Assalamualaikum, umi!”
“Waalaikumussalam!” Umi perhati saja langkah Zeek yang sudah keluar dari rumah. Perlahan uminya mengeluh. Teringat perbualannya dengan suaminya semalam. Dalam pelat, suaminya berkata dia teringin nak tengok Zeek kahwin. Dia teringin nak ada menantu. Umi cuma membalas Zeek masih belum bertemu jodoh namun dia tahu, berkahwin tidak menjadi keutamaan Zeek ketika ini.
Dia juga tahu, Zeek tidak ada kawan perempuan yang rapat. Cuma seminggu dua ini saja Zeek kelihatan sedikit pelik kerana dia suka makan roti berintikan sambal bilis. Dan tupperware berwarna merah jambu yang bertulis nama Ain di belakangnya membuatkan dia tertanya, siapakah Ain yang memberi sambal bilis kepada Zeek minggu lepas? Apa hubungannya dengan anak terunanya yang seorang itu? Kawan atau lebih dari itu?

Nurul Ain tengok jam di tangan. Dah sejam dia menunggu tapi kelibat Zeek masih tak kelihatan. Selalunya setiap hari Sabtu, bermula dari 11 pagi sampai ke petang, Zeek akan duduk di bawah pokok besar mengadap tasik dan melukis tapi sekarang dah pukul 12.30 tengahari, bawah pokok besar itu masih kosong tak berorang. Haih...
Nurul Ain mengeluh. Tiba-tiba, ada orang mencuit bahunya.
Bila dia berpaling, Nurul Ain tergamam. Zeek!
Zeek angkat kening, wajahnya kelihatan keliru. Dia menulis di sesuatu di atas buku lakarannya lalu diunjukkan kepada Nurul Ain, ‘Tunggu siapa?'
Nurul Ain tersengih, “Mana ada tunggu sesiapa."
Zeek senyum. Tiba-tiba Zeek menuding jari telunjuk kanannya ke muka sendiri. Keningnya terangkat sedikit.
Nurul Ain tersipu sendiri. Dia tahu apa maksud Zeek, sebenarnya! `Awak tunggu saya?’
Cis! Obvious sangat ke? Nurul Ain rasa nak terjun tasik sekarang! Warghh! Malunya!
Zeek tersenyum nampak Nurul Ain tersipu macam tu. Manis! Dia tak tahu kenapa dia tidak membuka mulut, untuk menegur Nurul Ain tadi. Dia rasa macam malu tiba-tiba. Sudahnya, dia secara spontan menulis terus pada buku lakarannya. Jujurnya, lidahnya kelu.
“Awak baru sampai?” Tanya Nurul Ain.
Zeek menggeleng.
Nurul Ain kerut dahi. Aik? “Kiranya dah lama sampai?”
Zeek mengangguk.
“Tadi awak duduk mana?” Tanya Nurul Ain lagi.
Zeek senyum lalu dia tunjuk bangku yang berada tidak jauh dari tempat duduk Nurul Ain.
Nurul Ain garu kepala. Oh! Duduk situ... “Kenapa duduk situ?”
Zeek senyum saja. Tak ada tanda-tanda nak menjawab. Sketch book yang dipegang tadi diselak sebelum diunjukkan kepada Nurul Ain.
Nurul Ain terkelu. Eh! Dia lukis gambar aku? “Er... awak perhatikan saya ke tadi?”
Tanpa ragu, Zeek mengangguk. Ya, saya perhatikan awak tadi!
Sekali lagi Nurul Ain tersipu dan wajahnya memerah, menahan malu. Huwaa! Tok wan, Ain menyesai mai sini hari ni! Malunyaaaaaaaaaaa!!! Mesti dia nampak aku terjenguk-jenguk bawah pokok besar tu! Adeh!
Zeek ketawa dalam hati. Comel!

Nurul Ain duduk di sebelah Zeek yang sudah mula melukis permandangan di kawasan itu. Tak mahu mengganggu konsentrasi Zeek, Nurul Ain keluarkan buku nota yang agak tebal dan sebatang pen warna biru. Sesekali matanya mengerling Zeek. Dia tiba-tiba kerutkan dahi, “Zeek...”
Zeek memandang Nurul Ain sekilas. Kening kanan dijungkit, bertanya kenapa.
“Awak tak panas pakai baju tu?” Nurul Ain menuding ke arah hoodie yang tersarung di badan Zeek.
Zeek tengok badan sendiri lantas dia menggeleng.
Nurul Ain anggukkan kepala. Aku yang panas tengok dia. Baru dia mula nak menulis, bahunya tiba-tiba dicuit.
Dia berpaling kepada Zeek. Tanpa memandang kepada Nurul Ain, Zeek mengunjukkan tupperware berisi karipap yang umi goreng tadi kepada si gadis.
“Oh, bekas sambal bilis hari tu ke?”
Zeek angguk.
Nurul Ain capai tupperware warna merah jambu itu. Dia buka pula beg sandangnya lalu sebungkus roti Gardenia dikeluarkan. Sebiji tupperware lagi turut dikeluarkan dari begnya.
Zeek mengerling dari hujung mata. Ain bawa sambal bilis lagi? Hampir saja dia tersenyum namun senyumannya tak jadi memekar bila Nurul Ain membuka penutup tupperware. Isi di dalamnya tak seperti yang dia harapkan.
“Awak nak?” Nurul Ain bertanya bila dia nampak Zeek pandang saja roti dan sardin yang baru dia keluarkan.
Zeek pantas menggeleng. Tak nak roti dengan sardin. Dia nak roti dengan sambal bilis.
“Sebenarnya saya tak suka sangat sardin sebab dia hanyir tapi sebab stok ikan bilis kat rumah tok wan dah habis, saya bawa ajelah sardin,” tanpa dipinta Nurul Ain bersuara, “Saya tak gemar sangat roti makan dengan sardin. Saya lagi suka makan roti dengan sambal bilis.”
Zeek tersenyum mendengar celoteh Nurul Ain. Saya pun suka roti dengan sambal bilis... sejak saya kenal awak.

Sabtu berikutnya...
“Awak ada berapa orang adik-beradik?" Tanya Nurul Ain pada Zeek.
Zeek angkat empat batang jari.
Nurul Ain mengangguk, "Saya anak tunggal. Satu-satunya kesayangan ayah dan ibu."
Zeek mengangguk tanpa memanggung kepala. Tangan cekap melukis gambar seorang pengunjung taman itu yang memancing di tasik.
“Kenapa awak suka melukis?”
Zeek pandang Nurul Ain sekilas sebelum dia angkat bahu. Dia tak ada jawapan untuk itu. Kenapa dia suka melukis eh? Entah! Sebab dia sukalah kot!
“Awak kerja apa?" Nurul Ain bertanya lagi tanpa memandang Zeek. 
Tangan Zeek yang sedang melukis terhenti seketika. Haih, banyak cakap sungguh budak ni! Macam Alif. Dia pandang Nurul Ain lalu dia senyum, “Jurugambar."
Nurul Ain mengangguk. Oh, jurugambar... EH?! Nurul Ain berpaling kepada Zeek yang dah kembali melukis. Matanya membulat, “Awak... boleh bercakap?"
Zeek kerut dahi lalu dia angguk, “Bila saya beritahu awak saya bisu?"
Nurul Ain rasa nak pitam. Si pelukis bisu ni tak bisu rupanya! Dan.. dan... suara pelukis bisu ni sangat merdu. Alahai... “Er...”
Zeek senyum. Kening dijungkit sikit. Wajahnya kelihatan sangat nakal, “Selama ni awak anggap saya bisu?”
Nurul Ain mengangguk, “Dah awak tak bercakap pun! Saya assume lah awak bisu.”
“Never assume. Ask,” ujar Zeek sebelum kembali melukis.
“Dah? Awak nak saya tanya terus, awak bisu ke? Tak ke macam kurang ajar?”
Zeek ukir senyum lalu dia mengangguk. Nurul Ain kerut dahi, “Kenapa awak tak pernah nak buka mulut pun selama ni?”
Zeek jungkit bahu, “Malas.”
Nurul Ain makin kerutkan dahi. Malas? Malas?! “Awak...”
“Saya lebih suka mendengar, saya tak suka bercakap.”
Terus Nurul Ain mengangguk. Macam tu pulak. Peliklah Zeek ni tapi... pelik yang comel! Baru dia nak senyum sorang-sorang, Zeek cuit bahu dia dengan pensil.
“Kenapa?”
“Sambal bilis... ada?” Zeek bertanya.
Nurul Ain senyum, “Ada!”

Nurul Ain tersenyum sendirian. Entah kenapa, setiap kali dia berjumpa Zeek, dia rasa itulah hari paling gembira untuknya. Sambal bilis yang masih berasap, dia letakkan di dalam bekas. Hari ni dah genap enam minggu dia dan Zeek berkenalan. Dia tengok jam di tangan. Sudah pukul 9.30 pagi. Tak sabarnya nak jumpa Zeek. Sejak dia dapat tahu Zeek tu boleh bercakap, dia rasa macam nak dengar Zeek tu bercakap setiap hari. Merdu dan sedap suaranya. Kadang-kadang dapatlah dia tengok Zeek ketawa tapi sangat jarang. Selalu pun dia senyum saja.
“Hai, anak ibu! Masak apa ni? Sedap bau. Masak nasi lemak ke?”
Nurul Ain berpaling ke belakang. Ibu sedang tersenyum memandang dia, “A’ah, ibu. Ibu nak makan?”
Ibu mengangguk, “Boleh juga.”
“Ibu tunggu kejap, ya? Biar Ain hidang dulu.”
Ibu mengangguk lalu dia duduk di meja makan. Tiba-tiba dia terpandang bekas tupperware yang berisi sambal bilis di atas meja, “Ain...”
“Ya, ibu?” Tanpa memandang ibunya, Nurul Ain menyahut.
“Sambal bilis dalam tupperware ni untuk siapa? Banyak sungguh ni,” komen ibu.
Nurul Ain tersentap. Alamak! “Er... Ain nak pergi taman tasik, ibu.”
“Nak berkelah ke?”
Nurul Ain menatang mangkuk berisi nasi lemak ke meja makan lalu dia sengih pada ibu, “Taklah berkelah pun. Mencari ilham,” dan jumpa Zeek! Sambung Nurul Ain dalam hati.
“Ilham menulis?”
Spontan Nurul Ain mengangguk.
Ibu ukir senyum, “Bila agaknya ibu dapat tengok buku anak ibu di kedai buku, ya?”
Nurul Ain jungkit bahu. Dia sendiri tak tahu bila. Sudah banyak kali dia menghantar manuskrip ke syarikat penerbitan tapi semuanya ditolak. Mungkin manuskripnya masih kurang rasa dan kurang jiwa. Mungkin, “Tak ada rezeki Ain lagi, ibu.”
Ibu mengangguk. Nurul Ain, satu-satunya permata yang dia ada hasil perkongsian hidupnya bersama arwah suaminya. Anak itu punya cita yang sama seperti arwah ayahnya yakni untuk menjadi seorang penulis. Walaupun Nurul Ain belajar dalam bidang pengurusan hotel tetapi dia lebih suka menulis. Pernah dia baca karya Nurul Ain. Cerita Nurul Ain semuanya bagus tapi terasa bagai kurang sesuatu. Entah apa yang kurang, dia pun tak tahu.
“Ain?”
“Ya, ibu?”
“Ibu harap Ain takkan berputus asa untuk menulis.”
Nurul Ain mengangguk, “InsyaAllah ibu.”

Pada waktu yang sama...
Zeek baru bersiap untuk keluar ke taman tasik sewaktu Amli membuka pintunya dari luar, “Along!”
Zeek terkejut. Dia buat wajah tegang tanda tidak suka dengan cara Amli yang menerjah masuk ke biliknya, “Kenapa?”
“Abah!” Amli tahan air mata yang nak keluar dari kolam matanya, “Abah tak sedarkan diri, along! Abah tak sedarkan diri!”
Riak wajah Zeek terus berubah. Beg sandang yang di tangan terus dicampak lalu dia bergegas ke bilik abah. Umi dan Acha kelihatan menangis di sisi abah, “Umi...”
“Abah, along...” umi menangis, sungguh-sungguh umi menangis.
Zeek tak menunggu lama. Dengan kudrat yang dia ada, dia mencempung tubuh kurus abah, “Amli! Buka pintu kereta. Acha tolong kemas barang abah. Umi, jom!”
Amli segera berlari. Air matanya tak dapat ditahan, terus mengalir laju. Acha pula bergegas mengemas barang-barang abahnya dengan pipi basah.
Umi mengangguk. Beg tangan yang ada di kabinet sebelah katil suaminya, diambil dan segera dia mengikuti langkah Zeek yang sudah keluar dari bilik.

Nurul Ain bersandar pada pokok besar yang menjadi tempat perjumpaan dia dan Zeek setiap minggu. Lengan baju kurung diselak, jam di pergelangan tangan dia tatap. Sudah hampir dua jam dia menunggu Zeek di situ tapi bayang Zeek langsung tidak kelihatan. Ada juga dia pandang sekeliling, kot Zeek buat stunt ala dulu, perhatikan dia dari jauh tapi kelibat si pelukis bisu yang tak bisu tu langsung tak ada.
Satu keluhan dia lepaskan. Nombor telefon Zeek dia tak ada dan nombor telefon dia pun Zeek tak ada. Roti Gardenia dia keluarkan dari beg, bekas berisi sambal bilis turut dia keluarkan. Tiba-tiba dia teringat dua minggu lepas, Zeek menegurnya pasal roti Gardenia.
“Setiap kali awak datang, awak mesti bawa roti Gardenia. Kenapa mesti Gardenia?”
Nurul Ain kerutkan dahi, “Awak tak suka roti Gardenia?”
Zeek mengeleng, “Saya tanya aje.”
“Oh!” Nurul Ain mengangguk. Ingatkan dia tak suka, “Kenapa saya suka roti Gardenia ek?”
Zeek mengangguk.
“Arwah ayah saya suka roti Gardenia. Banyak-banyak roti, dia sangat sukakan Gardenia. Oleh sebab itu, saya terikut ayah saya. Makan roti Gardenia. In fact, roti Gardenia makan dengan sambal bilis ni pun favourite food ayah saya.”
Zeek mengangguk, “Mesti awak rindu ayah awak.”
“Sangat!” Nurul Ain mengangguk. Dia mengerling Zeek di tepinya. Dan awak nak tahu tak Zeek? Awak punya karakter sama seperti ayah. Pendiam tapi suka tersenyum. Itu yang buat saya suka... pada awak.
Tiba-tiba Nurul Ain rasa ada titisan air jatuh ke lengannya. Titisan air hujan itu menghilangkan lamunannya lalu dia dongakkan kepala ke langit. Mendung dan gelap! Tak menunggu lama, Nurul Ain berkemas dan terus berlalu meninggalkan kawasan itu. Mungkin... Zeek tak datang kot hari ini.

Zeek tunduk dengan tangan menekup muka. Jiwanya resah! Tadi dari bahagian Kecemasan, ayahnya di bawa ke Unit Pengimejan Diagnostik untuk menjalankan CT Scan di bahagian kepala. Kata doktor, ada kemungkinan ayahnya diserang strok kali kedua. Ya Allah! Besarnya dugaanMu kepada kami. Dan sekarang... ayahnya telah dimasukkan ke bilik bedah untuk menjalani pembedahan membuang darah beku, kali kedua.
Bunyi derap kaki yang menghampirinya buat dia panggung wajah. Alif datang bersama adiknya yang dia minta Alif jemput di Jitra, “Angah!”
Si gadis yang dipanggil angah terus meluru kepadanya, “Along! Macam mana abah?”
Zeek tak menjawab. Dia cuma mampu menggeleng, tanda tidak tahu.
“Along!” Adni menggoncangkan lengan Zeek! “Macam mana abah?”
Nyata, Adni tidak mengerti maksud gelengan Zeek tadi! Walaubagaimanapun, Zeek masih kaku. Tiada tanda mahu menjawab.
“For God’s sake, along! How’s abah?!” Adni meninggikan suara, buat pertama kalinya pada Zeek, “Susah sangat ke along nak buka mulut?”
Zeek terpempan! “Along tak tahu! Along dah menggeleng tadi, kan?!” Zeek turut meninggikan suaranya!
“Along ingat along geleng macam tu, angah faham maksud along?!” Adni masih terus memuntahkan amarahnya kepada Zeek meskipun air matanya masih mengalir, “C’mon lah, along! Cuba jangan jadi berat mulut sangat waktu macam ni!”
“Angah! Dahlah tu! Along kan memang macam tu,” Acha yang sedari tadi hanya jadi pemerhati, memegang lengan Adni, menahan Adni dari terus memarahi Zeek, “Let it go, angah! Abah tengah bertarung nyawa kat dalam tu! Perlu ke angah dengan along nak bergaduh sekarang?”
Adni terdiam! Dia dah tersedar, dia sudah terlebih. Zeek pula tanpa kata terus meninggalkan ruang menunggu! Dia tidak betah di situ! Dia jarang marah tapi hatinya jadi panas tadi. Sikap Adni yang seperti itu tadi telah menaikkan darahnya dan dia perlu pergi dari situ untuk menenangkan dirinya. Biasalah! Waktu tegang seperti ini, syaitan mula membisikkan kata-kata hasutan supaya dia hilang kesabaran. Sebelum dia betul-betul hilang sabar, lebih baik dia pergi mencari ketenangannya semula.

Alif mendekati Zeek yang sedang menyarung kasut Vans sebaik sahaja dia keluar dari surau hospital, “Zeek!”
Zeek panggung kepala dan dia ukir senyum tawar.
“Hang kuat, bro! Hang kuat!” Ujar Alif sambil menepuk bahu Zeek.
Zeek tunduk. Tanpa dapat ditahan lagi air matanya mengalir, “Abah aku, Alif! Abah aku...”
Alif turut merasakan sebak di dalam dadanya. Dia duduk di sebelah Zeek lalu dipeluk bahu sahabatnya itu, “Hang kena kuat, untuk umi hang. Untuk adik-beradik hang dan yang pasti untuk abah hang! Hang tak boleh macam ni.”
“Aku takut, Alif... aku takut!” Tanpa menghiraukan pandangan mata orang, Zeek merebahkan kepalanya di bahu Alif.
Alif tak dapat menahan air matanya mengalir. Rintihan sahabat baiknya itu buat dia hilang kata-kata. Dia tahu, di depan semua orang Zeek selalu mengukir senyum dan jarang bersuara. Dia tahu Zeek tahan suaranya kerana dia tak mahu merintih dan mengeluh. Dia tak mahu adik-adiknya dan uminya tahu rasa hatinya yang sebenar. Sebagai yang sulung, dia harus tunjuk dia kuat dan sentiasa tenang sedangkan dia tidak begitu! Tiada siapa tahu, Zeek sebenarnya selalu menangis di dalam solatnya.
Di hujung solatnya, pasti akan ada air mata yang mengalir ke pipi seorang Muhammad Afif Zikry. Dia manusia biasa, punya rasa. Siapa yang mampu kekal tenang bila lihat abah sendiri terlantar di atas katil? Siapa yang mampu kekal tenang bila keluarga yang selama ini bergantung dengan seorang lelaki bergelar ayah dan suami, jadi kelam-kabut apabila ketua keluarga itu jatuh sakit? Sebenarnya beban yang tergalas di bahunya terasa sangat berat. Berat untuknya menjadi ketua keluarga menggantikan abahnya tapi apa pilihan dia ada? Allah pilih dia menjadi yang sulung di dalam keluarga maka dia harus menjadi ketua! Umi perlukan dia, adik-adik perlukan dia dan abah pun perlukan dia!
“Alif, aku takut kalau abah aku...” Zeek ketap bibir. Dia mati kata. Tak sanggup rasanya nak meluahkan apa yang bermain di mindanya kala itu.
“Doa yang baik-baik saja. Doa pada Allah. Ujian ini Dia bagi kat hang sekeluarga sebab Dia nak hangpa satu keluarga untuk terus berdoa dan meminta kepada Dia. Dia menguji sebab Dia sayangkan kita. Dia mendengar setiap doa kita, Zeek!” Alif hela nafas, panjang. Berat hatinya nak cakap tapi harus dia cakap juga, walaupun dia tahu Zeek pasti sudah tahu, “Dan andai kata Allah tarik nyawa abah hang, hang kena reda. Hang kena terima walaupun pahit.”
Zeek telan liur yang terasa kesat. Kenyataan dari Alif itu buat dia semakin takut menerima hakikat. Andai itu benar terjadi... mampukah dia terima hakikat itu dengan hati lapang?
Tiba-tiba telefon pintarnya bergetar di dalam poket seluar dan segera dia capai. Nama Amli terpampang di skrin. Jantungnya terus berdegup laju. Jarinya menarik icon hijau di atas skrin lalu telefon dilekapkan ke telinga. Baru dia nak buka mulut, kata-katanya mati sendiri. Telefon pintar itu terjatuh dari tangannya. Matanya dipejamkan. Setitis air mata jatuh ke pipinya. Abah...
“Along... abah dah tak ada...” kala itu, suara Amli berselang-seli dengan sendu yang kuat.
Hanya sebaris ayat itu, dia tahu. Abah sudah pergi dan tidak akan kembali lagi...

Zeek melangkah laju ke bilik yang menempatkan arwah abahnya. Alif tak terkejar langkah Zeek yang laju itu. Namun langkah Zeek terhenti sebaik saja dia berdiri di muka pintu. Umi, dia lihat menangis di bahu Adni yang turut menangis. Amli pula menangis di tingkap di hujung bilik. Acha pula hanya berdiri kaku dengan tangan sekali-sekala mengesat air mata.
Perlahan-lahan Zeek mendekati katil yang ada tubuh kaku milik abahnya. Semalam, abah masih bergerak. Semalam, abah masih galak bercerita. Semalam, abah masih mampu tersenyum tapi hari ini... abah dah terbujur kaku. Tiada lagi tangan abah yang bergerak, memegang tangannya. Tiada lagi suara abah bercerita meskipun butir bicaranya kadang-kala tidak difahami. Tiada lagi senyuman abah yang sentiasa menghiasi bibir abah.
Zeek ketap bibir. Menahan tangis. Tangan abah yang tak bergerak itu dia capai lalu dia kucup. Bagai terasa lagi kehangatan tangan abah. Air matanya tak dapat di tahan lagi. Dia kesat air matanya yang mengalir di pipi lalu dia kucup dahi abah. Abah, tenanglah abah di sana. Along akan sentiasa doakan abah...
Zeek terasa bahunya diusap lembut. Saat dia berpaling, umi mengesat matanya yang masih basah. Seperti saat dia masih berusia enam tahun, dia rebahkan kepalanya di bahu umi. Menghamburkan tangisan yang dia tahan sedari tadi. Sukar untuk dia terima pemergian abah. Dia tahu, bila-bila saja abah akan pergi tapi dia tak jangka secepat ini. Masih ada kata yang dia simpan di dalam hati. Masih ada rasa yang tidak dia luahkan kepada abah tapi dia sudah terlambat. Dia sudah terlambat...

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan
                                                                                                                                
Urusan pengkebumian dilakukan pada hari itu juga. Bacaan Surah Yasin kedengaran di segenap isi rumah. Jenazah abah sudah siap dikapankan. Semua urusan memandikan jenazah hingga ke mengkafan, semuanya diuruskan oleh Zeek dan Amli, dengan bantuan orang-orang masjid di kawasan perumahannya.
“Nak sembahyangkan jenazah di mana, Afif? Di rumah ka di masjid?” Seorang lelaki berkopiah, bercermin mata menegur Zeek yang baru selesai mengucup dahi abah.
Zeek hela nafas, “Di masjid, Bang Li.”
Lelaki yang dipanggil Bang Li itu menganggukkan kepala, “Nanti saya panggilkan imam untuk mengimamkan...”
Tak sempat Bang Li itu menghabiskan ayatnya, Zeek menyampuk, “Saya imamkan. Saya nak imamkan jenazah abah saya. Ini khidmat saya yang terakhir yang boleh saya bagi pada abah saya, Bang Li.”
Bang Li menepuk bahu Zeek berkali-kali, “Arwah sangat bertuah punya anak seperti Afif.”
Zeek ukir senyum hambar. Saya yang bertuah punya bapa sebaik abah...
“Kalau macam tu, biar Bang Li buat apa yang patut dulu.”
Zeek mengangguk, “Terima kasih, Bang Li.”
Bunyi tangisan yang pecah tiba-tiba buat Zeek berpaling ke arah Acha dan Adni. Acha, si bongsu sudah terduduk di sisi jenazah abah. Umi yang tak betah melihat tangisan Acha turut menangis di bahu Amli. Zeek ketap bibir. Sebak melihat adik-adiknya masih menitiskan air mata. Sebak juga dia melihat umi yang bagaikan sudah hilang punca. Perlahan-lahan dia dekati Acha yang masih terduduk.
“Acha...”
Acha berpaling kepada Zeek lalu dia memegang lengan Zeek lalu digoncang berkali-kali, “Along, Acha nak abah! Acha nak abah!”
Zeek merangkul tubuh Acha yang kelihatan sangat rapuh ketika itu, “Tak baik, Acha. Tak baik meratap macam ni! Kesian abah, dik!”
“Acha rindu abah!”
Zeek mengangguk lalu ditepuk belakang Acha berkali-kali, menenangkan Acha yang semakin kuat menangis, “Along tahu!”
Adni yang tadi berdiri kaku, turut duduk di sisi Zeek dan Acha lalu dia kesat air mata Acha, “Acha, jangan menangis. Abah mesti tak suka Acha menangis macam ni.”
“Acha tak puas lagi nak bermanja dengan abah...” separuh lirih, Acha bersuara.
“Angah tahu. Angah pun tapi adik menangis macam ni, abah yang terseksa dik. Jangan macam ni...” Adni bersuara, cuba memujuk Acha yang masih mengalirkan air matanya.
Acha akhirnya menyembamkan kepalanya dibahu Zeek, menahan tangis yang masih mahu keluar. Dia rindu abah!
Adni sempat pandang Zeek lalu mengesat air mata Zeek yang entah bila mengalir, “Along kuat.”
Zeek mengangguk dan dia terus menenangkan Acha yang masih belum hilang sedunya.

Zeek dan Amli bertungkus-lumus menguruskan jenazah abah untuk disemadikan sambil ditolong oleh saudara-mara dan jiran tetangga. Dulu pernah abah berpesan kepada dia dan Amli supaya belajar cara pengurusan jenazah dan setiap kali ada orang di kawasan kejiranan meninggal, abah menggalakkan dia dan Amli menolong ahli keluarga mereka menguruskan jenazah. Sekarang, dia dan Amli pula yang ditolong orang ramai menguruskan jenazah abah dan baru dia tahu betapa pentingnya untuk belajar ilmu menguruskan jenazah.
Selesai jenazah abah ditanam, talkin mula dibacakan oleh imam masjid kawasan itu. Suasana petang itu redup, seredup hati mereka semua. Sesekali, Zeek mengesat matanya yang terasa berair. Dia memandang tepat ke arah tanah yang membukit di depan matanya. Di dalam tanah membukit itu, jenazah abahnya selamat disemadikan. Terbayang-bayang di matanya memori indah bersama abah. Teringat dia ketika dia belajar mengaji bersama abah, juga ketika dia berjaya menggenggam segulung ijazah, teringat dia senyuman abah kala itu. Penuh kegembiraan dan jelas terbias di wajah abah yang abah bangga dengan dirinya.
Usai talkin habis dibaca, dia mula menyiram air di atas kubur abah dan diikuti oleh Amli. Beberapa orang adik-beradik abah yang turut hadir, turut menyiram air. Perlahan-lahan, orang ramai mula meninggalkan kawasan tanah perkuburan. Yang tinggal di situ hanya dia, Amli dan saudara-mara mereka sahaja. Acha dan Adni tidak ikut serta kerana mahu menemankan umi di rumah yang sudah berada di dalam tempoh edah.
Zeek tersentak saat bahunya disentuh dari belakang. Saat dia berpaling, pak long, abang kepada arwah abah mengukir senyum kepadanya. Dia hanya membalas senyuman pak long ala kadar saja sebelum matanya kembali memandang pusara abah.
“Afif, sabarlah nak. Allah menguji kerana Dia sayangkan kita. Lagipun, abah kamu tu dah terlalu menderita dengan sakit dia. Sekarang, biarlah dia berehat di sisi Allah," Zeek hanya menunduk di sisi pusara ayahnya. Kata- kata pak long ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Entah bila, pak long berlalu meninggalkan dia dan Amli.
“Along...” Panggil Amli, tiba-tiba.
“Hmm...?” Zeek menyahut tanpa memandang Amli.
“Jom balik! Umi mesti dah tunggu di rumah.”
Zeek mengangguk namun dia masih kaku di situ. Amli hela nafas sebelum dia berlalu dulu, memberi ruang kepada Zeek kelihatan masih mahu duduk di situ, seketika.
Tanah pusara abah yang berbukit itu dia pegang sedikit, seolah-olah dia sedang memegang tangan abah. Dia sudah rindu pada abah. Sebenarnya, abah sudah beri petanda yang dia akan pergi namun dia yang tak sedar. Hati Zeek bagai dicarik-carik mengingati kata-kata abahnya dua hari sebelum abah meninggal. Memberikan amanah terakhir, juga satu tanda yang abah akan pergi selamanya...
`Along... abvah sherahkan tanggung.... tanggungjawabh abvah dhekat along. Along... jagha keluargha kitha. Along jagha adhik-adhik. Jagha umi...'
Zeek kesat mata yang terasa basah tiba-tiba. Along akan jaga amanah abah sebaiknya. Along janji, bah...

Nurul Ain memeluk lututnya sambil mata terus memandang sepasang pasangan yang agak berusia bergelak-ketawa di sebuah kerusi yang terletak di hadapan tempat duduknya. Si suami kelihatan mengusik si isterinya dan si isteri kelihatan memasamkan mukanya sebelum mengukir senyum buat si suami. Tanpa sedar, bibir Nurul Ain mengukir senyum. Dulu, ayahnya juga suka mengusik ibu sampai ibu merajuk. Ayah, pendiam tapi suka mengusik. Ibu, kuat merajuk. Memang kena sangat. Dulu, ayah pun suka usik dia. Selalu dia menangis pada tok wan lepas diusik ayah. Kali terakhir ayah mengusik dia adalah sejam sebelum ayah pergi tinggalkan dia.
Nurul Ain menggeleng kepala. Membuang rasa sedih yang hadir tiba-tiba. Buku nota separa tebal yang ada di tepinya, dia buka lalu laju pena di tangan kirinya berlari di atas permukaan buku itu.
Selesai dua muka surat dia menulis, dia hela nafas. Lengan baju kurung diselak. Jam sudah menginjak ke dua petang. Orang yang ditunggu masih belum kunjung tiba. Dia tertanya-tanya, berapa lama lagi harus dia menunggu? Haruskah dia menunggu hingga ke petang? Atau haruskah dia pulang saja?
Dua minggu sudah berlalu. Masuk minggu ini, sudah tiga minggu  dia tidak berjumpa si pelukis bisu. Sudah tiga minggu, tupperware yang dibawa ke taman tasik, penuh berisi dan tidak bersentuh langsung apabila dia pulang ke rumah. Sudahnya, tok wan buat sambal bilis dia tu lauk nasi lemak yang dia jual setiap pagi itu.
Nurul Ain mengeluh. Dia rindu.
Rindu dengan senyuman Zeek.
Rindu dengan kerlingan mata Zeek.
Rindu dengan suara Zeek.
Dia rindu segala-galanya tentang Zeek.
Dan dia rindu Zeek.
Sangat rindukan Zeek...
Nurul Ain mengeluh. Di mana Zeek? Sihat ke dia? Zeek, awak tak nak datang jumpa saya ke?

Zeek buka mata! Terkejut! Dia terasa bagai ada satu suara berbisik di telinga, menyerunya! Di pandang sekeliling sebelum dia meraup muka. Nafas dihela. Dia tengok jam di dinding, sudah pukul 2.15 petang. Zohor belum lagi ni, bisik hati kecilnya. Dia bingkas bangun dan berlalu ke bilik air.
Usai membersihkan diri dan berwuduk, sejadah dibentang menghadap kiblat dan dia mula mengangkat takbiratulihram. Empat minit kemudian, Zeek memberikan salam ke kiri dan ke kanan, mengakhiri solatnya. Kedua-dua belah tangannya mula menadah tangan. Sedang Zeek berdoa, pintu biliknya tiba-tiba dibuka.
Zeek cepat-cepat menghabiskan doanya dan meraup wajahnya. Dia bangun dari sejadah lalu sejadah itu dia tarik dan dia lipat sebelum dia letakkan di atas katil, “Kenapa, Amli?”
“Suhu badan umi, tak turun-turun lagi. Makin panas, long. Umi meracau-racau panggil abah.”
Zeek bergegas ke bilik tidur umi. Baru dia nak masuk ke bilik umi, pintu bilik umi dibuka dari dalam. Adni muncul dengan wajah yang basah dengan air mata, “Along, kita bawa umi pergi hospital ya?”
Zeek mengangguk, “Angah tunggu di rumah, ya? Tunggu Acha balik dari sekolah. Acha tu bukan kuat mana sekarang. Along pergi dengan Amli je, apa-apa nanti, along call.”
Adni mengangguk sebelum dia kembali masuk ke bilik umi. Zeek pandang Amli, “Tolong kemaskan apa yang patut and tolong start enjin kereta along.”
Amli mengangguk dan terus berlalu. Zeek hela nafas. Dia rasa lelah tapi dia tak boleh tunjukkan di depan adik-adiknya. Kau kena kuat, Zeek! Kena kuat!

Alif senyum pada Zeek yang baru melangkah masuk ke kedai gambar mereka. Namun senyuman Alif tidak dibalas oleh Zeek. Wajahnya sugul dan mendung. Saat Zeek duduk di kaunter dan meletakkan kepala di atas kaunter, Alif menggeleng kepala, “Umi hang dah keluaq wad?”
Zeek angguk, “Sudah tapi malam-malam, umi meracau lagi. Dok panggil abah aku.”
“Dia rindu tu...” balas Alif.
Zeek ukir senyum yang bukan dari jiwa, “Tahu.”
“Tabah, Zeek!” Alif senyum.
“InsyaAllah,” Zeek mengangguk, “Kau ada beli nasi lemak? Aku lapar. Tak sempat nak sarapan.”
Alif sengih, “Ada kat ataih meja kat dalam. Hang ambiklah, aku saja beli lebih.”
“Kenapa kau suka beli nasi lemak tu lebih, hah?”
“Sebab aku sayang hang,” Alif buat muka minta penampar macam selalu.
Zeek ketawa, “Maaf, tak ada ruang dalam hati aku untuk kau.”
“Blah! Pi makan, nuh! Gambaq ada lagi yang tak cuci,” Alif menghalau Zeek, konon berpura-pura marah kerana cintanya ditolak. Konon.
Zeek terus berlalu ke ruang belakang kedai. Nasi lemak yang dibalut dengan daun pisang itu dia tarik keluar dari plastik. Sudu yang tersedia di atas meja dia capai, dia malas nak guna tangan sebab dia malas nak cuci tangan. Bungkusan nasi lemak itu dia buka. Dia gaul sikit nasi dan sambal bilis yang ada di dalam bungkusan itu. Bibirnya sempat membaca doa makan sebelum sesudu nasi lemak dimasukkan ke dalam mulutnya.
Dikunyah perlahan sebelum mulutnya berhenti mengunyah. Rasa sambal bilis ni...! “Alif!”
“Hoi! Awat?” Alif menjengulkan kepalanya dari tirai yang memisahkan kawasan depan dan kawasan belakang kedai.
“Mana kau dapat nasi lemak ni?”
“Awat? Sedap kan? Nasi lemak tok wan Lijah tu memang marvellous! Hotel pun kalah. Tambah sambai dia tu! Ya Allah! Memang...”
“Whoa!” Zeek angkat tangan, “Kau tak menjawab soalan.”
“Oh, aku beli kat warung dekat dengan rumah aku. Sambai dia sedap sungguh, kan? Rasa pedas, masam, manis, masin... semua cukup. Tip top!”
Zeek telan liur. Dalam tak sedar dia mengangguk. Ya, sambal bilis ni semua cukup. Sambal bilis ni buat aku teringat pada orang yang sama pernah ajar aku makan roti dengan sambal bilis. Nurul Ain...

“Gambaq sapa ni?” Zeek menoleh pada Alif yang bertanya. Darahnya berderau saat melihat tangan Alif menyelak buku lakarannya yang ada di atas meja.
“Tu... er...” Zeek mati kata.
Manih! Aku rasa kan macam pernah tengok budak perempuan ni tapi aku tak ingat kat mana,” Alif mengetuk dagunya, memikir di mana dia pernah lihat gadis di dalam potret lakaran Zeek.
Zeek cuma diam. Tak mahu komen lebih-lebih.
“Wei, banyak gila gambaq dia hang lukih! Sapa dia ni sebenaqnya? Sejak bila hang ada marka? Tak habaq kat aku pun!” Alif bersuara, teruja sambil tangan menyelak helaian-helaian di dalam buku lakaran milik Zeek itu. Sungguh, memang banyak betul gambar potret milik si gadis yang telah dilukis oleh Zeek.
Baru dia menyelak satu lagi helaian, buku lakaran di tanganya dirampas oleh Zeek kembali. Terus dia buat muka, “Hang ni! Aku tak tengok habih lagilah!”
“Dah! Lagha semua ni! Pi buat kerja,” ujar Zeek sebelum berlalu ke kaunter semula.
“Wei, siapa perempuan dalam gambaq tu? Ceritalah dengan aku!” Alif tiba-tiba menarik kerusi lalu dia duduk di sebelah Zeek.
“Just a friend of mine!”
“Hang nak muhong aku tak beragak! Hang mana lukih muka member-member, wei!” Alif mencemuh. Itu hakikatnya! Zeek suka melukis potret wajah orang tetapi bukan kawan-kawan mahupun ahli keluarganya sendiri.
Zeek diam. Malas nak melayan Alif. Nanti lama-lama dia senyaplah sendiri.
“Hang suka perempuan tu ka?”
Tangan Zeek yang baru nak memotong sekeping gambar, terhenti terus, “Alif...”
“Zeek...” dengan nada yang sama, Alif bersuara.
Zeek hela nafas, “Dia someone yang aku kenal waktu aku lepak taman tasik.”
“Hah?”
“How special she is to you?”
Zeek angkat bahu. Very special, jawabnya dalam hati.
“Hang suka dia?”
Zeek ukir senyum tawar, “Suka tu bukan boleh bawak kemana pun, Alif.”
“So, betuilah hang suka dia?”
Zeek diam tak menjawab. Dia kembali memotong gambar yang ada di tangannya.
“Sunting dia jadi permaisuri hati hang,” Alif ukir sengih.
Zeek menggeleng, “Aku banyak kekurangan, tak layak dengan dia.”
“Lah, apa yang kurang dengan hang? Cer habaq mai!
Zeek angkat bahu, “Tanggungjawab aku besar sekarang. Aku kena fikir keluarga aku dulu sebelum aku fikir pasal diri aku dan aku takut nak tambah tanggungjawab aku kalau aku sunting dia nanti. Aku takut aku terleka dan ada di antara tanggungjawab aku tu, aku terambil ringan.”
“Tapi hang suka dia.”
Zeek senyum, “Suka, cinta tak bermaksud kita kena memiliki. Antara cinta dan keluarga, aku pilih keluarga. They are my everything! Adni dengan Acha belajar lagi. Amli pun pernah korbankan pelajaran dia demi abah. Sekarang, biarlah aku pulak berkorban. Aku nak Amli teruskan balik pengajian dia yang terhenti.”
“Hang nak korbankan rasa hang untuk perempuan tu?”
“Kalau ada jodoh aku dengan dia nanti, tak kemana jugak kan?”
Kata-kata Zeek buat Alif terus diam. Dia faham maksud Zeek. Itu pilihan Zeek dan dia sendiri pasti, kalau dia sendiri di tempat Zeek, mesti pilihan yang sama akan dia pilih. Demi keluarga, dia pun rela korbankan segalanya...

Nurul Ain mengikut langkah Dini yang laju seperti bullet train. Tak tahulah apa yang dikejar sangat oleh si Dini. Hari ini, Nurul Ain dikejutkan dengan penampilan NurDini. Berbaju kurung Pahang dan lengkap berselendang! Dah gaya macam peserta Gadis Melayu dah. Kasut tumit tinggi yang selalu dia pakai, pun dah digantikan dengan ballet plat dengan corak polka dot. Dari gaya moden habis ke gaya gadis Timur yang sopan.
“Dini, hang kalut ni nak pi mana sebenaqnya?” Nurul Ain menarik tangan Dini yang laju ke hadapan.
“Nak pi tangkap gambaq passport!”
“Dah pulak! Hari tu kan dah tangkap?”
“Ish, tu gambaq aku zaman jahiliyah.”
Nurul Ain ukir senyum, “Amboi, apa yang dah buat NurDini berubah sampai jadi lagu ni?”
Dini buat muka, “Perli! Perli! Jomlah lekaih.”
Nurul Ain menggeleng namun dia tetap mengikut langkah NurDini yang laju kehadapan, “Hang jatuh cinta ka, wei?”
“Diamlah!” Dini buat muka.
“Hang jatuh cinta ka? Hah? Hah?” Nurul Ain terus-terusan menggiat Dini sehinggalah mereka masuk ke kedai Afif@Alif’s Pictures.
Di kedai gambar Afif@Alif’s Pictures, Zeek angkat muka sebaik sahaja dengar pintu kedainya ditolak. Baru dia nak ukir senyum, dia rasa dia jadi beku tiba-tiba. Si gadis yang tadi asyik menyiku temannya turut terkaku. Eh?!
“Hai!” Dini melambai tangannya di wajah Zeek bila dia lihat Zeek terkaku memandang dia dan Nurul Ain.
“Oh, hai!” Spontan Zeek ukir senyuman manis. Nurul Ain yang memandang, ketap bibir. Senyuman Zeek tu... dia rindu dan pada masa yang sama, dia cemburu pada Dini!
“Saya nak tangkap gambar passport. Nak yang lapan keping punya,” Dini kerdipkan matanya kepada Zeek.
Zeek menganggukkan kepala, “Cik boleh ke belakang dulu. Kejap lagi saya pergi.”
Dini kerutkan dahi, “Eh, mamat yang kaunter hari tu mana eh?”
Zeek kerut dahi seketika sebelum tersenyum, “Dia ada urusan di luar. Nanti dia balik.”
Dini mengangguk. Wajahnya jelas terbias rasa hampa sebelum dia berpaling kepada Nurul Ain, “Ain, hang tunggu sat noh!
Nurul Ain yang berada di dalam dunianya sendiri, sedikit tersentak bila Dini memanggil namanya, “Okey.”
Sebaik saja Dini pergi ke bahagian belakang kedai, Nurul Ain bergerak ke kaunter, “Kenapa?”
Zeek buat muka kelam.
“Kenapa dah lama tak pergi taman tasik?”
Zeek angkat bahu dan terus berlalu ke bahagian belakang kedai. Sepotong senyuman pun tidak dia berikan kepada Nurul Ain. Nurul Ain hela nafas. Kenapa Zeek jadi macam ni? Tangannya terus mencapai sekeping kertas yang ada di dalam beg tangannya dan pen yang ada di atas kaunter kedai terus diambil. Dia menulis sesuatu di atas kertas itu sebelum meninggalkan kertas itu di atas meja kaunter dengan pen menjadi penindih kertas itu.
‘Sabtu ni saya tunggu awak di taman tasik. Saya akan tunggu sampai awak datang!’

Zeek duduk termenung merenung kertas yang dia dapat pada hari Khamis hari tu. Separuh hatinya ingin pergi ke taman tasik, separuh lagi hatinya melarang keras. Jujurnya, sejak kehadiran Nurul Ain di kedainya, hatinya jadi berbelah bagi. Ingin saja dia luahkan apa yang terpendam di dalam hati tapi...
Bunyi ketukan di pintu bilik buat dia panggung kepala. Pintu bilik terbuka dan Adni menjengulkan kepalanya dari balik daun pintu, “Along.”
“Angah,” Zeek senyum, “Kenapa?”
“Saja. Along tengah buat apa?”
“Nothing. Tadi kemas bilik sikit.”
“Oh!” Adni mengangguk.
“Kenapa angah? Angah macam nak cakap something je dengan along.”
Adni ukir sengih serba salah, “Er...”
Zeek angkat kening, “Kenapa?”
“Amli dengan Acha mengadu dekat angah.”
Zeek kerutkan dahi, “Mengadu pasal apa?”
“Pasal along.”
“Hah? Along tak jalankan tanggungjawab along dengan baik ke?”
“No! Along, apa skema sangat ni?” Adni geleng kepala.
Zeek sengih sebelum dia kembali seriuskan wajahnya, “Jadi, apa masalahnya?”
“Kenapa along dah tak ke taman tasik?”
Zeek terpempan namun dikawal riak wajahnya, “Dah bosan.”
Adni hela nafas, “You are not yourself, along.”
“Along... rasa dari buang masa dekat situ, lebih baik along duduk rumah. Jaga umi, tolong umi, tolong adik-adik along.”
“You’re hiding something, kan?”
“Mana ada,” Zeek menafikan.
Adni akhirnya mengangkat bahu. Dah give up dari sesi soal siasat dengan Zeek. Sebelum dia keluar dari bilik Zeek, dia berpaling, “Semalam, angah ternampak kertas kat atas meja along. Along nak biar dia tunggu sampai bila? It’s going to rain soon.”
Zeek terpempan. Dia terus pandang ke luar tingkap. Betul. Langit di luar gelap, tanda hujan bakal turun. Hoodie yang selalu dia pakai terus dicapai. Kunci kereta, dompet dan telefon pintarnya diambil dan terus dia keluar dari bilik.
“Along, nak ke mana? Nak hujan ni,” umi yang baru keluar dari dapur, bertanya.
“Along nak keluar. Kejap je! Nanti along balik,” Zeek capai tangan uminya lalu dia kucup belakang tangan umi, “Assalamualaikum!”
Umi hela nafas, “Waalaikumussalam...”

Nurul Ain berpeluk tubuh di bawah pohon besar. Sesekali dia memerhatikan sekeliling, mana tahu Zeek ada tapi dia hampa. Nurul Ain mendongak ke langit. Langit gelap. Tengok gaya, hujan pasti akan turun bila-bila masa sahaja.
Angin yang bertiup kencang buat Nurul Ain memeluk tubuhnya dengan lebih erat. Sejuk! Hati Nurul Ain hampa. Sangat hampa. Nurul Ain betulkan letak beg di bahunya sebelum berpaling untuk berlalu namun dia terkaku.
Zeek berdiri di situ. Wajahnya tenang tak beriak.
“Zeek!” Spontan dia menyeru nama Zeek. Gembira di hati hanya dia dan Allah saja tahu.
“Kalau saya tak datang tadi, awak nak terus tunggu?”
Nurul Ain tercengang. Kasar suara Zeek buat dia keliru. Kenapa dengan Zeek?
“Saya...”
“Nurul Ain, hentikan semua benda ni. Berhenti tunggu saya setiap Sabtu, berhenti berharap saya akan duduk di bawah pokok besar ni dengan awak.”
Nurul Ain makin keliru, “Apa awak cakap ni? Kenapa awak cakap macam ni?”
Zeek menggeleng, “Baliklah. Saya pun dah nak balik.” Dia berpaling ke belakang namun suara Nurul Ain menghentikan langkahnya.
“Zeek, saya suka awak!”
Zeek perlahan-lahan berpaling mengadap Nurul Ain.
“Saya suka awak. No, saya rasa lebih dari suka! Saya tak tahu tapi saya senang bila dengan awak. Saya rindu awak sejak tiga minggu lepas. Saya akui, saya kedengaran sangat desperate tapi saya suka awak. Saya nak keep on jumpa awak tiap-tiap minggu, macam sebelum ni. Saya suka bila awak melukis, saya suka bila awak senyum, saya suka bila awak tanya ada sambal bilis tak, saya suka semuanya.”
Zeek hela nafas, “Awak tak boleh suka saya.”
“Why not?”
“Sebab saya tak suka awak! No, wait! This is so wrong, Nurul Ain. Awak, saya... sekarang bukan masa yang sesuai untuk cakap pasal hati dan perasaan. Awak muda lagi, Ain. Awak akan dapat yang lebih baik daripada saya. Hidup saya masih serba kekurangan. Maafkan saya."
Nurul Ain ketap bibir. Rasa hatinya ditolak. Kali pertama merasa rasa ini tapi sayangnya rasa dia tidak berbalas.
"Takkan sedikitpun dalam hati awak tak terdetik yang awak suka saya?"
Zeek hela nafas, "Saya suka awak tapi cuma sebagai kawan. Maaf."
Nurul Ain angguk kepala, "Kita masih boleh berkawan, kan?" Masih dia simpan sedikit harapan di dalam hatinya. Mana tahu nanti rasa itu akan ada di dalam hati Zeek untuk dia.
"Saya..." Zeek pandang Nurul Ain. Maafkan saya, Ain! "Saya tak boleh. Saya tak nak bagi awak harapan. Awak akan lebih terluka. Ada baiknya kita tak payah berjumpa. Kalau kata terserempak dekat mana-mana pun, awak buat tak kenal aje saya dan saya akan buat perkara yang sama."
Nurul Ain tersenyum. Matanya terasa panas. Tahulah dia, Zeek menolak dia terus, "Terima kasih, Zeek." Dan tak menunggu lama, dia berlalu dari taman tasik itu meninggalkan Zeek yang hanya berdiri kaku di tempat tadi.
Zeek mengangguk. Setiap langkah Nurul Ain dia perhatikan. Maafkan saya, Ain. Antara cinta dan keluarga, saya pilih keluarga... mereka perlukan saya lebih dari saya perlukan awak. 
Zeek raup wajah. Kali pertama dia rasa suka tapi dia terpaksa tolak semua rasa itu kerana dia takut dia lalai, dia takut dia terleka. Hari ini dalam sejarah, sejak perkenalannya dengan Nurul Ain, ini kali pertama dia banyak bersuara tapi sayangnya, setiap kata yang terkeluar telah melukakan hati Nurul Ain. Dia hela nafas. Jaga diri, Nurul Ain. Saya harap, awak akan bertemu bahagia awak walaupun bukan dengan saya...
Setitis demi setitis air hujan mulai turun membasahi bumi. Mata Zeek masih memerhatikan laluan yang dilalui Nurul Ain tadi walaupun bayangan si gadis yang berbaju kurung kapas itu sudah hilang. Maafkan saya, Nurul Ain. Andai ada jodoh di antara kita selepas ini, insyaAllah kita akan bersama juga...

Sumpah tak ada lagi
Kesempatanku untuk bisa bersamamu
Kini ku tahu bagaimana caraku
Untuk dapat trus denganmu

Bawalah pergi cintaku
Ajak kemanapun kau mau
Jadikan temanmu
Temanmu paling kau cinta

Disini ku pun begitu
Terus cintaimu di hidupku
Di dalam hatiku
Sampai waktu yang pertemukan kita nanti

Sumpah tak ada lagi
Kesempatanku untuk bisa bersamamu
Kini ku tahu bagaimana caraku
Untuk dapat trus denganmu

Bawalah pergi cintaku
Ajak kemanapun kau mau
Jadikan temanmu
Temanmu paling kau cinta

Disini ku pun begitu
Terus cintaimu di hidupku
Di dalam hatiku
Sampai waktu yang pertemukan kita nanti

Bawalah pergi cintaku
Pada kemanapun kau mau
Jadikan temanmu
Temanmu paling kau cinta

Disini ku pun begitu
Terus cintaimu di hidupku
Di dalam hatiku
Sampai waktu yang pertemukan kita nanti


Nurul Ain membuka pintu rumah tok wan dengan tangan terketar-ketar, sedih bercampur sejuk. Saat dia tolak daun pintu rumah tok wan, wajah ibu dan tok wan terpampang di depan mata.
“Ya Allah! Nurul Ain, awat basah lencun ni?” Tok wan dah berlalu ke bilik, mencari tuala.
Ibu pula mendekati Nurul Ain, “Kenapa Ain nampak sedih sangat ni, hmm?”
Tanpa menjawab pertanyaan ibu, Nurul Ain terus memeluk tubuh ibu dan dia terus menghamburkan tangisannya di bahu ibu.
“Ain, kenapa ni?”
Nurul Ain terusan menangis, “Sakit sangat kat dada Ain ni, ibu! Sakit sangat!”
“Ain?”
“Ain sakit sangat, bu!” Nurul Ain tiba-tiba jatuh terduduk. Menangis sambil menekup wajah.
Tiba-tiba Nurul Ain dipeluk dari belakang, “Awat dengan cucu kesayangan tok wan ni?”
“Tok wan!” Nurul Ain berpaling lalu terus dia memeluk tok wan, erat.
“Ain...? Bagitau kat ibu, pasaipa ni sayang?”
“Ibu, kita tinggalkan Kedah, boleh? Ain tak mau tinggal dekat sini lagi boleh? Tok wan ikut Ain dengan ibu pindah, ya? Boleh ya, bu?” Dalam tersedu-sedan, Nurul Ain bersuara.
Tok wan terpempan, ibu tercengang. Apa dah jadi dengan Nurul Ain?

Zeek raup muka. Terbayang lagi di depan matanya, wajah mendung Nurul Ain. Mata bundar yang menakung air mata itu, bagai menghantui dirinya. Dia dah lepaskan Nurul Ain dari hidupnya tapi kenapa hatinya ibarat luka yang diletak garam? Pedih dan sakit!
“Along, nak makan?”
Zeek angkat muka memandang umi lalu dia menggeleng.
“Muka along pucat ni,” umi duduk di sisi Zeek lalu dahi Zeek dipegang. Panas! “Itulah, kan umi dah cakap tadi cuaca kat luar nak hujan. Along keluar juga, balik tadi dah basah lencun. Ni dah demam pulak.”
Zeek ukir senyum tawar, “Mana ada demam. Along kuatlah, umi!”
Umi menggeleng, “Mana kuat? Kalau kuat, tak adalah muka pucat macam ni, badan panas. Dah, pergi masuk bilik. Nanti umi tuam dahi along dengan air sejuk. Ni nak jalan masuk bilik, boleh ke? Nak umi pimpinkan?”
Zeek menggeleng, “Along jalan sendiri, umi.”
Umi mengangguk saja. Setiap langkah Zeek dipandang, “Along...”
“Ya, umi?” Zeek berpaling lalu dia tersenyum.
“Along nak makan apa? Umi buatkan.”
Zeek terdiam lalu dia pandang umi, “Roti Gardenia sambal bilis, boleh umi?”
Umi mengangguk, “Masuklah bilik dulu.”
Zeek mengangguk dan terus berlalu ke bilik tidurnya. Umi hela nafas. Roti Gardenia dengan sambal bilis...

Seminggu berlalu
Nurul Ain tersenyum memandang buku-buku novel yang tersusun elok di atas rak yang disediakan oleh pihak Popular Bookstores. Selepas seminggu dia hilang diri akibat cinta ditolak, hari ini dia mencari semula dirinya di kedai buku Popular di Star Parade, Alor Setar.
Buku Kerana Satu Janji karya Ameera Ameer dicapai. Di dalam Facebook hangat orang bercerita pasal novel ni. Pasti ceritanya berjaya memikat hati ramai orang! Dia berjalan lagi lalu dia mencapai buku Cooper-K karya RodieR. Dah lama dia cari buku ni! Haih, berkurun lamanya dia mencari, hari ni baru berjumpa. Dia berpusing-pusing lagi di rak yang penuh bersusun novel itu. Dia berhenti seketika di rak buku yang penuh buku keluaran Kaki Novel. Buku Guy Next Door karya Rose Harissa di tarik lalu dia ukir senyum. Banyak review positif pasal buku ini yang membuatkan dia teruja untuk memilikinya.
Nurul Ain kemudiannya ke rak buku yang penuh dengan buku terbitan Karyaseni dan Penulisan2u. Di saat tangannya mahu mencapai novel’ Benci Amat, Sayang Sangat’ karya Ezza Mysara tiba-tiba ada tangan lain mencapai buku yang sama dengannya lalu dengan pantas dia menarik tangannya, “Eh, sorry!”
Si pemilik tangan turut meminta maaf! “Eh, sorry jugak! Awak ambiklah dulu buku tu.”
Nurul Ain pantas menggeleng, “Eh, awak ambiklah dulu!”
“Zarith Adni!”
Spontan, mereka berdua berpaling pada si pemanggil. Nurul Ain terasa jantungnya bagai berhenti berdegup.
“A...” Baru Adni nak buka mulut, tangan Zeek terus menarik lengan Adni.
“I’ve been looking for you, dear!” Perkataan dear itu ditekan sedikit. Sempat matanya mengerling Nurul Ain. Wajah putih bersih itu nampak resah dan sudah pasti itu kerana dia.
“Al...” Sekali lagi Zeek mematikan kata-kata Adni.
“Umi has been looking for us, sayangku. Jomlah.”
Adni tercengang. Along ni demam ke nak bersayangku bagai? And sejak bila umi keluar sekali dengan dia orang ni? Along ni dah kenapa?
Nurul Ain cepat-cepat alih pandangan ke arah rak buku. Novel ‘Benci Amat, Sayang Sangat’ itu dicapai, “Saya ambik dululah, ya?”
Adni yang masih keliru dengan perlakuan alongnya hanya mengangguk, “Sorry again.”
Nurul Ain senyum tawar, “It’s okay! Saya yang patut minta maaf,” sebab ada hati pada kekasih awak.
Adni geleng kepala, “It’s okay!”
Nurul Ain senyum dan dia terus berlalu. Kenapa? Dalam banyak-banyak tempat dalam Star Parade ni, mereka harus bertemu di Popular Bookstores? Terbantut terus hasratnya nak ambik novel lain.
Zeek pula terus menarik Adni dari rak buku novel ke kaunter pembayaran. Usai membayar, mereka berdua berpapasan keluar dari kedai buku itu.
“Along, sayangku? Seriously?”
Zeek buat muka.
Adni ketawa! “Sayangku is one of the rare things that ever come out from your mouth!”
“Cut it out, ngah!”
“Along kenal ke perempuan tadi?”
Zeek buat muka tak faham, “Perempuan mana?”
“The one yang berebut buku dengan angah.”
Zeek geleng, “Entah! Tak pernah nampak pun.” Kakinya melangkah laju meninggalkan Adni yang terpinga-pinga.
Nurul Ain yang memerhati dari dalam gedung Pacific pegang dadanya. Dia ingat dia dah okey. Dia ingat akan okey tapi semuanya hancur bila dia nampak Zeek dengan si perempuan tadi. Semoga awak bahagia, Muhammad Afif Zikry!

“Liza, mak risau tengok Nurul Ain tu,” tok wan bersuara sebaik sahaja ibu Nurul Ain melabuhkan punggung di atas kerusi.
“Awat mak?”
“Hari tu, dia balik qheyau-qheyau. Sampai demam-demam. Dalam lena pun dia qheyau. Ni dia balik dari pekan, berkurung dalam bilik. Tak keluaq-keluaq. Mak risau.”
Ibu Nurul Ain hela nafas, “Liza pun risau, mak. Dah lama Liza tak nampak dia sedih sampai macam ni sekali.”
Tok wan mengangguk, “Ain tu dah ada kawan ka?”
“Tak tahulah mak. Serasa Liza, tak dak lagi! Awat mak tanya?”
Tok wan menggeleng lalu dia tersenyum tawar, “Dulu, waktu Liza pi kursus tu Ain banyak menung tapi dia tak sudah-sudah dok sengih. Nampak gembira, nampak bahagia. Berlainan sungguh dengan dia hari ni. Liza tak cuba tanya dia?”
“Tak, mak. Liza nak tanya tapi takut dia lagi teruk. Biaq dululah.”
Tok wan mengangguk. Sesekali matanya mengerling pada bilik Nurul Ain yang pintunya bertutup rapat.
Di dalam bilik itu. Nurul Ain duduk di kerusi, mengadap komputer riba yang terpasang. Entah bila, air matanya mulai gugur. Jari-jemarinya berlari-lari di atas papan kekunci, mencipta ayat. Tak tahu kenapa, semakin laju jemarinya mencipta ayat, semakin laju air matanya mengalir hingga dia tiba-tiba berhenti lalu wajahnya ditekup dengan tangan, melindungi tangis yang semakin deras. Kenapa mesti ada rasa sakit di hati? Kenapa mesti ada dia di hati? Kenapa dia dipertemukan dengan Zeek? Dia tak kuat! Dia tak kuat....

Nurul Ain hela nafas. Dia pandang sekeliling bilik yang telah dia huni sejak lima tahun lepas. Kosong. Sudah sampai masanya dia berlalu. Dia tidak mahu terus hidup dengan bayangan Zeek. Dia mahu bebas. Cukuplah! Dia sudah penat.
“Ain, dah siap?” Pintu biik yang separuh terbuka itu, dibuka luas oleh ibu.
“Dah, ibu!” Nurul Ain berdiri. Baju kemeja kotak-kotak yang tersarung di tubuhnya dibetulkan.
“Ibu rasa berat nak lepas Ain pergi,” ujar ibu lalu mendekati Nurul Ain.
 Nurul Ain senyum lalu dia pegang pipi ibu, “Ala, tak lama! Kontrak Ain dengan hotel tu setahun aje. Nanti ada cuti Ain baliklah sini.”
Ibu mengangguk, “Ibu doakan anak ibu.”
“Ain akan rindukan ibu...”
“Ibu pun akan rindukan Ain,” ibu menarik Ain ke pelukannya. Sukar dia nak lepaskan Ain tapi demi masa depan anaknya, dia harus redha.
“Tok wan, Ain tak mau rindu ka?” Suara lirih di muka pintu bilik buat Nurul Ain tersenyum. Pelukannya dengan ibu dileraikan lalu dia mendekati tok wan yang mengesat air matanya dengan lengan baju kurung Kedahnya, “Tok wan, apa dok qheyau ni? Tak segak langsung!”
“Ainlah! Nak tinggai tok wan kat Aloq Setaq ni. Tok wan qheyaulah, nak berdrama! Kotlah Ain tukaq fikiran,” ujar tok wan, berseloroh. Dia tak tipu. Dia sedih bila cucu kesayangannya ini memilih untuk meninggalkan dia demi mencari rezeki.
“Lepaih ni sapa nak urut tok wan macam Ain dok buat?”
Nurul Ain senyum, “Ala, Ain urut bukannya rasa sangat pun.”
“Tok wan nanti mesti rindukan, Ain.”
Nurul Ain menganggukkan kepalanya lalu dia memeluk tok wan, “Ain pun!”

Dini pandang Nurul Ain yang sedang duduk di kerusi menunggu dengan wajah penuh serba-salah. Dia harus cakap sekarang tapi dia tak tahu nak mula dari mana.
Nurul Ain hela nafas, “Hang nak cakap apa, Dini?”
“Mana ada aku...”
“Muka hang tu pun aku dah tau. Spill!” Tanpa memandang Dini, Nurul Ain bersuara.
“Ada orang pesan kat aku supaya bagi benda ni kat hang,” beg kain yang dibawa sejak tadi, Dini hulurkan pada Nurul Ain.
“Apa benda ni?” Nurul Ain mengerutkan dahinya.
“Kawan aku bagi.”
“Kawan yang mana?”
Dini ketap bibir, “Kawan kat Secret Recipe yang kau tak sempat nak jumpa hari tu!”
Nurul Ain tersentak. Mindanya terus lari ke peristiwa minggu lepas. Kawan Dini?
"Ain, aku nak kenalkan hang dengan seseorang."
Nurul Ain kerut dahi, "Siapa? Hang ni! Suka tarik-tarik aku macam ni. Tadi kata nak teman aku pi beli baju kemeja, ni aku yang macam teman hang ni!"
"Ala, sat ja! Jomlah. Segan gila kalau pi sorang."
Nurul Ain mengeluh, "Okey! Tapi aku tak boleh lama, sat lagi aku nak pi ambik ibu."
Dini mengangguk lalu dia menarik Nurul Ain ke Secret Recipe yang ada di dalam bangunan City Plaza. Nurul Ain kerutkan dahi. Sesak yang amat City Plaza hari ni! 
"Dini!" Satu suara memanggil Dini membuatkan Nurul Ain berpaling pada arah suara itu. Dia nak cakap pada Dini pasal lelaki yang memanggil Dini tetapi lidahnya kelu melihat kawan kepada si lelaki tadi. Riaknya bersahaja tetapi wajah yang selalu tersenyum dulu, kelihatan kosong tak bereaksi bila matanya bertemu dengan mata Nurul Ain.
Nurul Ain telan liur. Dari riak si lelaki dia tahu, dia tak suka. Dari riak si lelaki dia tahu, dia tak selesa.
"Ain..." Baru Dini nak buka mulut, Nurul Ain menarik tangan Dini keluar dari kedai itu. Dini yang tercengang bila ditarik keluar, kerutkan dahi, "Hang pasaipa tarik aku keluaq ni? Kawan aku kat dalam tulah."
"Aku kena balik! Aku teringat yang Tok Wan ada mesej aku tadi. Dia nak pi buat IC baru," tipu Ain, jangan tak tipu!
Wajah Dini berubah terus, "Lah! Pulak dah!"
"Sorry! Aku balik dulu, noh Dini? Sorry noh!"
Dini memasamkan mukanya sebelum mengangguk, "Belanja aku cendoi kedai Pak Abu."
Nurul Ain tersenyum, "Beres! Aku pi dulu noh. Sorry!"
Dini mengangguk dan Nurul Ain terus berlalu. Sempat dia mengerling si lelaki yang masih setia memerhatikan dia. Apa pandang-pandang? Cucuk mata, kasi buta baru tahu! Huh!
“Ain?” Dini menggawangkan tangannya di depan muka Nurul Ain.
“Eh, ha! Sorry! Okey, kenapa dengan kawan hang?”
“Alif kata...”
“Alif?” Nurul Ain kerut dahi.
“Kawan aku!”
“Oh, okey. Awat dengan dia? Pasaipa dia bagi benda alah ni dekat aku?” Nurul Ain pandang beg kain sederhana besar itu.
“Alif kata, apa saja yang Zeek buat. Apa saja yang Zeek pernah cakap dekat hang, semua tu tipu.”
Nurul Ain tersentak! Zeek?! “Apa kaitan dengan Zeek pulak ni?”
“Alif, kawan baik Zeek. Dia kenal Zeek luar dalam. Alif kata, kalau hang tengok apa yang ada dalam beg tu, hang akan faham maksud dia.”
Nurul Ain memandang beg kain di tangannya. Baru dia nak buka beg itu, Dini menepuk tangannya, “Bas hang dah sampai!”
Nurul Ain pandang Dini lalu dia berdiri. Sudahnya isi beg kain itu langsung tidak dia tengok. Dia berpelukan dan berpamitan dengan Dini sebelum dia tinggalkan ruang menunggu Shahab Perdana itu.
Sebaik saja dia duduk di tempat duduknya di dalam bas, beg kain tadi dibuka lalu isinya ditarik keluar. Kertas minyak yang menjadi kertas pembalut kepada barang itu, dia buka berhati-hati. Bila isinya sudah terpampang di depan mata, tangan kirinya menekup mulut! Gambar miliknya! Gambar miliknya yang pernah dilukis Zeek! Gambar dia sedang memegang roti yang berintikan sambal bilis. Mata terasa panas, dadanya terasa sebu! Dan saat dia terbaca coretan yang ada dihujung kiri, bahagian bawah gambar itu, air matanya menitis tanpa sempat dia tahan.
‘Jika aku bukan jalanmu,
Kuberhenti mengharapkanmu.
Jika aku memang tercipta untukmu,
Ku kan memilikumu.
Jodoh kita pasti bertemu, Ain.’
Nurul Ain menggeleng! Zeek sayangkan dia juga tapi kenapa Zeek buat dia begini? Kenapa? Dan ketika itu, pembesar suara bas dua tingkat itu tiba-tiba memainkan lagu Sesal Separuh Nyawa nyanyian Alyah. Tanpa dapat ditahan, air mata Nurul Ain semakin laju mengalir. Gambar itu dibawa rapat ke dada. Zeek, saya rindu awak...

Andai Pastinya Ku Tahu
Takkan Aku Tinggalkanmu
Namun Masih Keliru Teringat Masa Lalu

Tetap Tiada Ku Lupakan
Indah Setiap Sentuhan
Cinta Yang Kau Tinggalkan
Kekalnya Berdampingan

Mana Harusku Hamparkan
Rindu Tiada Kesudahan
Sesal Biar Separuh Nyawa
Takkan Hilang

Masih Terasa Nafasmu
Lembut Menusuk Jiwaku
Dengan Dihembus Bayu
Membawa Khabar Rindu

Tapi Sulit Ku Teruskan
Engkau Jauh Ke Hadapan
Aku Tabah Berjalan Sembunyikan Harapan

Mana Harusku Hamparkan
Rindu Tiada Kesudahan
Sesal Biar Separuh Nyawa
Takkan Hilang

Separuh Sayangmu Dihati
Separuh Lagi Kau Bawa Pergi
Tiada Arah Jodoh Kita
Tuhan Tentu...Kannya

Mana Harusku Hamparkan
Rindu Tiada Kesudahan
Sesal Biar Separuh Nyawa
Takkan Hilang

Setahun berlalu...
“Along, tolong tengokkan mesin basuh tu. Dah kosong belum? Tadi umi suruh Acha sidai baju. Umi tak tahu dia dah sidai ke belum,” arah umi sebaik saja Zeek masuk ke dapur untuk minum air. Dari nak minum air, dia ubah haluan kakinya ke bilik air yang menempatkan mesin basuh. Bila dia buka saja penutup mesin basuh automatik itu, dia pantas menggeleng. Dia terus keluar dari bilik air itu lalu dia ke dapur.
“Acha dah sidai baju?” Tanya umi bila nampak Zeek duduk di kerusi meja makan.
“Belum, umi. Penuh lagi mesin basuh tu.”
Umi menggeleng, baru umi nak melangkah ke depan memanggil Acha, Zeek pegang tangan umi, “Biar along yang panggil Acha. Umi sambunglah kerja umi tadi.”
Umi mengangguk lalu tersenyum. Zeek atur langkah ke ruang tamu. Di situ Acha sedang duduk bersila di atas sofa sambil membaca novel. Zeek geleng kepala. Acha ni dah terikut perangai si Adni, jadi minah novel, “Acha!”
“Ya, along?" 
"Baju dah sidai?"
Spontan Acha berdiri dan terus dia letakkan novelnya di atas sofa, “Eh!!"
Zeek menggeleng sambil tersenyum, “Pergi sidai baju nuh! Itulah, mengadap novel aje."
Acha mencebik, “Eleh! At least, Acha tak jadi anti-sosial macam along tu!"
Zeek buat muka dan sempat dia menarik rambut Acha yang ditocang dua! Acha terjerit kecil sebelum dia berlalu ke ruang belakang rumah, sempat menghentak kaki, tanda protes.
Saat dia nak duduk di sofa, novel yang ditinggalkan oleh Acha tadi dia capai. Tajuk novel dan caption novel itu buat dia tergamam, 'Roti Gardenia Sambal Bilis.'
`Aku ibarat roti Gardenia yang lembut, kau ibarat sambal bilis yang pedas. Walaupun kita berbeza, aku tetap jatuh cinta...'- Nurul Ain.
Dia selak ke muka surat belakang, mencari biografi penulis. Gambar yang menjadi gambar profil untuk biografi penulis itu buat dia rasa nak pengsan. Gambar potret yang dia lukis setahun lepas telah diletakkan sebagai gambar profil si penulis!
“Along... baca novel?” Teguran umi buat Zeek tersentak lalu terus dia tutup buku sederhana tebal itu.
Dia berpaling kepada umi lalu dia menggeleng, “Taklah. Saja tengok apa yang best sangat pasal novel ni sampai si Acha tu tak berhenti baca langsung.”
Umi menggeleng, “Dari baca buku tu, baik along tolong umi kejap kat dapur. Umi tak sampai nak ambil periuk kat kabinet atas tu.”
“Yelah, umi!” Zeek senyum lalu novel itu diletakkan kembali di atas sofa dan dia terus berlalu ke dapur.

“Umi, along kena pergi Kuala Lumpur minggu depan!” Beritahu Zeek pada umi sebaik saja umi duduk di sofa yang ada di ruang tamu.
“Eh, nak buat apa ke sana?”
“Along ada dapat job jadi jurugambar sementara untuk majalah yang along pernah kerja tu,” ujar Zeek.
“Berapa lama?” Umi bertanya lagi.
“Seminggu saja, umi. Tak lama pun,” Zeek ukir senyum namun matanya mengerling pada Adni dengan Acha yang sedang bercerita tentang novel yang ada di tangan Adni.
“The ending was... very unexpected, ngah!” Suara Acha kedengaran sangat teruja.
“Ye ke? Kenapa?” Adni tutup buku di tangan lalu dia berpaling mengadap Acha.
“Si heroin kena reject dengan si hero."
“What?! No way hero tu reject! Bukan dia suka jugak ke dengan si heroin ke?" Angah buat muka dramatik habis, saya-tak-percaya-hero-reject-heroin-tu.
“Serius. Awal-awal lovey-dovey je tapi di akhir cerita, si hero ni reject si heroin. Kesian heroin."
“Kenapa si hero tu reject, Acha?”
Acha buat muka, “Entah! Katanya si hero tu tak nak terleka dan terlalai dengan tanggungjawab yang dia pegang!”
Tiba-tiba Zeek menyampuk, “Si hero bukan sengaja reject si heroin. Dia mesti ada tanggungjawab lagi besar dari dia balas cinta si heroin."
“Mana along tau?" Acha pandang Zeek dengan mulut terlopong.
“Along baca novel?!" Dini membuntangkan matanya memandang Zeek. Amli dan umi juga turut memandang Zeek, pelik.
Zeek tersentak. Sedarlah dia, dia dah terlepas kata, “Along nak keluar kejap. Jumpa Alif,” dengan senyuman, Zeek bangun dan terus berlalu.
Umi hanya memandang saja langkah Zeek yang menjauh. Buku Roti Gardenia Sambal Bilis di tangan Adni dipandang. Dia tahu ada sesuatu tentang buku itu yang buat Zeek jadi seperti itu. Dia tahu si Nurul Ain, penulis buku itu adalah punca kenapa Zeek tak tentu arah setahun ini. Dan dia juga tahu sebab lain kenapa si hero melepaskan si heroin pergi...

Alif meniup lens kamera sebelum dia lap dengan kain khas. Zeek keluar dari bahagian belakang kedai lalu dia letakkan kepingan gambar yang baru dia cuci di atas meja kaunter.
“Gambaq si pengantin cerewet tu ka?”
Zeek mengangguk, “Dialah!”
“Mai sekeping kat aku! Aku nak bakaq. Geram aku kat dia, dok ada lagi tau?” Alif buat muka geram. Zeek pula ketawa. Dia tahu, Alif masih bengang dengan si pengantin cerewet yang nak serba-serbi sempurna. Amboi, dia tak tahu ke manusia ni semuanya tak sempurna? Setiap gambar yang ditangkap, dia nak telitikan dulu. Kalau tak kena dengan apa yang dia nak, dia suruh Alif tangkap balik. Memang mengamuklah si Alif tu!
“Gelak apa?! Dok gelak kat aku, bukan nak bela aku! Meluat!”
Zeek senyum lalu menggeleng, “Alif, minggu depan seminggu aku cuti tau."
“Hang nak pi mana? Jangan kata hang nak menikah. Aku taboh free ja satgi!" Berbaur amaran Alif bersuara.
Zeek ketawa, “Aku ada job sikit. Majalah tempat aku kerja dulu kurang photographer so dia orang cari aku."
Ali senyum, “Wah, masyuk! Jumpa artis ka?"
Zeek menggeleng, “Bukan artis. Novelis rasanya untuk bahagian Inspirasi Si Cantik."
“Lah, ingat artis. Takpalah tapi kalau hang jumpa Rita Rudaini, kirim salam tau."
Zeek ketawa, “Belum tentu Rita Rudaini nak layan salam kau tu! Cik Dini ya nak layan kegilaan kau tu!”
Alif buat muka! Kureng punya member!

Zeek ukir senyum bila rata-rata staff di set mengangkat tangan kepadanya. Ada juga yang datang menegur dia. Sangka dia, mereka sudah tidak kenal pada dia tapi dia silap. Mereka masih mengenali dia.
“Hai, Afif!” Tegur seorang gadis yang memakai blouse bunga-bunga, “You kerja balik dekat sini ke?”
Zeek menggeleng, “Sementara waktu je.”
“Ala, I miss working with you!” Si gadis ukir senyum manja, konon menggoda.
Zeek angkat bahu. Tak nak melayan sangat, nanti menjadi-jadi pulak.
“You tahu tak untuk Inspirasi Si Cantik hari ni, krew panggil penulis kepada novel yang you baca ni!” Zeek berpaling ke belakang, mencari suara mereka yang bercakap-cakap.  Si jurumekap dengan penjaga wardrobe rupanya.
“Really? Oh my! Novel dia sangat sedih you tau? Sampai sekarang I tak faham kenapa si Afif tu tolak cinta si Nurul tu.”
“Novel dia ending tergantung ke?” Si jurumekap bertanya.
“Yup, tergantung dan tak bersambung! I harap sangat si Fiza tu tanya kenapa dia buat ending tergantung macam tu.”
Zeek yang mendengar geleng kepala. Jam di tangan dia tengok. Dah nak mula tapi orang yang dia nak tangkap gambar tu tak datang lagi.
“Afif!”
Zeek berpaling saat namanya dipanggil dari belah kanan. Saat dia berpaling, dia rasa jantungnya berhenti berdegup untuk lima saat.
“Cik Nurul, sebelum kita mula saya nak kenalkan Cik Nurul dengan Afif, our photographer. Afif, this is Cik Nurul Ain, our guest and Cik Nurul Ain, this is Afif Zikry, our photographer,” Si wartawan, Fiza ukir senyum manis.
Nurul Ain terkaku. Kenapa mesti di sini? Hari ni?
Zeek ukir senyum, “So, this is the famous author of Roti Gardenia Sambal Bilis, right?”
Nurul Ain tak tahu nak buat muka macam mana. Dia cuma mengangguk. Itu pun tanpa senyuman.
“Afif ni kita orang punya bekas jurugambar tapi dia berhenti sebab nak jaga arwah abahnya dulu. Sekarang, kita orang offer balik jadi jurugambar sini, dia tolak. Konon cinta dia ada di Alor Setar. Jiwang, kan?” Fiza buat muka mengusik pada Zeek.
Zeek geleng namun matanya menikam mata Nurul Ain. Manis, dia masih manis seperti dulu, “Bukan jiwang. Aku setia!”
Nurul Ain alih pandangan ke tempat lain. Apa pandang-pandang dia ni?
“Fiza!” Suara si jurumekap memanggil nama Elia buat mereka bertiga serentak berpaling.
“Sorry, Nurul! I nak pergi make-up dulu. Nanti nyah tu bising. You guys borak-boraklah dulu!”
Tak sempat Nurul Ain nak tahan, Fiza terus berlalu. Nurul Ain rasa canggung habis! Jiwanya jadi resah tiba-tiba. Ish!
“So...” Zeek ukir senyum nipis segaris, “Awak dah jadi novelis.”
Nurul Ain pandang Zeek, kening dia angkat, “Do I know you?!” Tak menunggu lama, Nurul Ain terus berlalu ke tempat lain.
Senyuman Zeek padam terus! Dia tercengang lalu dia ukir senyum tawar. Nurul Ain...

“Cik Nurul, kenapa you buat ending dia tergantung?” Si penjaga wardrobe bertanya apabila Nurul Ain duduk di kerusi yang telah disediakan oleh krew majalah.
Nurul Ain angkat bahu, “Sebab Nurul tu tak jumpa dah si Afif. Jadi, ending tergantung macam tu ajelah.”
“Kalau Afif dan Nurul tu berjumpa semula, awak akan sambung semula cerita tu?”
Nurul Ain tersentak. Dia pandang pada si dia yang bertanya, “Tak! Lagipun Afif pernah kata, kalau mereka terserempak di mana-mana, buat-buat tak kenal saja.”
Wajah Zeek berubah sikit sebelum dia ukir senyum, “Nurul kan sayangkan Afif, dia mesti akan bagi Afif peluang untuk membalas kembali rasa yang dia rasa tu.”
Nurul Ain menggeleng, “Mana awak tahu Nurul sayang Afif? Lagipun, dulu Afif yang lepaskan Nurul, kenapa perlu Nurul bagi peluang yang pernah Afif lepaskan satu ketika dulu?”
“You know, Afif ada reason dia sendiri untuk tak sambut rasa cinta Nurul dulu.”
“Mana awak tahu?”
“Sebab saya tahulah!”
Nurul Ain buat muka, “Oh really? Mana awak tahu? Awak baca novel? Bukan awak cuma suka melukis ke?”
“Saya tak perlu baca novel. Saya tahu sendiri! And yes, saya still suka melukis.”
“Tahu sendiri? Awak ingat awak Nujum Pak Belalang?”
“Saya tahu perasaan Afif pada Nurul bukan sebab saya Nujum Pak Belalang tapi sebab saya Afif. Takkan saya tak tahu perasaan saya sendiri.”
Nurul Ain buat muka, “Oh, awak sekarang dah makin cakap banyak kan? Dulu senyap, diam!”
“People change!” Bidas Zeek sebelum matanya memandang tepat ke arah mata Nurul Ain, “But my feelings towards you never change.”
Wajah Nurul Ain berubah. Mereka yang lain yang turut ada di situ, terdiam terus. Pelik melihat perbalahan antara Nurul Ain, si novelis dan Zeek, si jurugambar sementara untuk majalah mereka.
“Er... do you guys know each other?” Fiza bertanya.
“No!”
“Yes!”
Serentak mereka menjawab. Nurul Ain buat muka sebelum berpaling memandang Fiza, “Saya balik dulu, Fiza. Thanks for inviting me for this interview.”
Baru dia nak melangkah pergi, Zeek menahan langkah Nurul Ain, “Saya takkan benarkan awak pergi lagi!”
Nurul Ain buat tak layan. Dia bergerak ke kanan, Zeek turut bergerak ke arah itu. Dia bergerak ke kiri, Zeek turut mengikut langkahnya, “Awak nak apa, Zeek?”
“Isn’t it obvious?”
Nurul Ain buat muka kelam, “What?”
“I want you!”
Semua orang di situ bersorak! Nurul Ain pula mencerlung marah!
“Awak ingat saya ni mainan? Bila tak nak, buang macam setahun lepas. Bila nak, datang kutip balik! Lepas tu, cakap nak saya macam saya tak ada ibu aje! Kalau betul-betul nak, masuklah meminang!” Usai berkata-kata, Nurul Ain terus berlalu. Zeek pula terkaku. Ain suruh masuk meminang?

Nurul Ain pandang lelaki yang duduk di sebelahnya, “Mana nasi minyak? Kenapa bukan nasi minyak? Kenapa roti yang ada kat dalam pinggan depan kita ni?”
Zeek ukir senyum lalu dia angkat bahu, “Tak ada nasi minyak untuk pengantin. Saya request roti Gardenia dengan sambal bilis dekat katerer hari tu. Kita makan ni je untuk makan beradab.”
“Ni bukan makan beradab, awak. Ni makan biadap namanya!” Nurul Ain buat muka.
Zeek ketawa! Akhirnya, dia sah menjadi suami kepada Nurul Ain. Setahun selepas dia buat keputusan meninggalkan rasa cintanya buat Ain untuk keluarga. Hari ini dia menggenggam kembali rasa cinta itu. Sebenarnya, potret milik Nurul Ain yang diberi oleh Alif kepada Dini itu, dia yang berikan kepada Nurul Ain. Dia yang minta Alif sampaikan bagi pihak dia.
Dia akui, sukar untuk dia nafikan rasa yang bertamu di dalam hatinya walaupun berkali-kali dia cuba buang. Apatah lagi sejak dia menolak Nurul Ain, semakin kerap pertemuan antara dia dengan Nurul Ain terjadi. Jadi, dia buat keputusan untuk hadiahkan gambar itu kepada Nurul Ain, supaya Nurul Ain tahu rasa hatinya dan jangan pernah berputus asa dengan rasa yang bertamu di dalam hati.
Sebenarnya dia setuju untuk bekerja sementara di majalah tersebut bukan kerana dia nak membantu majalah tersebut sebaliknya dia menerima tawaran yang diberi oleh majalah tersebut selepas editor majalah yang menghubungi dirinya menyebut nama Nurul Ain sebagai orang yang bakal diwawancara oleh Fiza untuk Inspirasi Si Cantik.
“Awak! Termenung kenapa?” Zeek berpaling pada Nurul Ain bila lengannya disiku.
“Tak ada apa. Kenapa?”
“Saya nak makan nasi minyak, tak nak makan roti dengan sambal bilis.”
“Lah, kenapa? Kalau bukan sebab roti Gardenia dengan sambal bilis ni, tak mungkin saya jatuh hati pada awak, tahu?”
Nurul Ain buat muka, “Mana ada kenduri kahwin, pengantin makan roti dengan sambal bilis.”
“Sebab tak ada, kita adakan. Barulah rare!”
“Saya lagi suka Zeek yang pendiam, senyap, tak cakap banyak, suka tersenyum dari Zeek yang...” tak sempat Nurul Ain habiskan ayat, Zeek dah berbisik di telinganya.
“Saya diamkan awak dekat sini nanti, baru tahu!”
Nurul Ain buat muka lalu peha Zeek dia tepuk! Gatal! Zeek mengaduh kesakitan. Mak aih, tangan kecik je tapi sekali pukul, kebas!
“Ain...” Panggil Zeek, perlahan.
“Apa?”
“I love you,” tiga perkataan itu buat Ain terus berpaling pada Zeek manakala Zeek memandang terus ke kamera yang ada di depan meja makan pengantin dengan senyuman manis.
“Nice shot!” Alif angkat ibu jari tangan kanannya! Tahniah Zeek! Akhirnya, kau capai juga bahagia yang kau pernah korbankan.

TAMAT

p/s; dah habih dah cerita hat panjang nak mampoih ni! Cik Penulis sakit kepala tak hilang lagi. Harap terhibur dengan cerita tak seberapa ni :) Love you all :) Jangan lupa, sedekahkan al-fatihah kepada krew penerbangan dan penumpang-penumpang MH17, MH370 dan saudara seIslam kita yang sudah pergi. Have a nice day, kesayangan :)

33 comments:

  1. Replies
    1. Part 2? ehehehe...pening kepala balik

      Delete
  2. bestnyeeeeee. afif dah banyak cakap. lagi banyak dari ain. :D

    ReplyDelete
  3. nice story...suka sangat :)

    ReplyDelete
  4. Best...something different. Keep it up!!

    ReplyDelete
  5. Nak lagi boleh, hehe.
    Nanti buat story dini alif pulak ye :)

    ReplyDelete
  6. Cerita ni buat sy terkenang arwah abah dan adik lelaki yg meninggal 3 bln lepas.. sy setuju dgn zeek, lepaskan cinta demi tgjawab pada keluarga.. dan skrg sy pun terpaksa buat benda yg sama.. lepaskan kerjaya dan balik kampung jaga bonda..

    ReplyDelete
  7. nak cakap, dalam banyak-banyak cerpen yang sy bca kat sini, cerpen ni la yang buat sy menangis, part abah...deep, sampai kelubuk hati

    ReplyDelete
  8. Sedih bace...but best cerpen ni...keep up the good work yeah? ☺

    ReplyDelete
  9. Best!! Hehe. Tak sia sia akak buat novrl panjang2. Keep it up! ;-)

    ReplyDelete
  10. Cer akak buat utk edisi raya pulak. Mesti daebak punyeeeee :D

    ReplyDelete
  11. waaa..zeek..so my type!!! hehehehe good job kak^^

    ReplyDelete
  12. Besttttt...tapi kenapa mata nie asik msk habuk......

    ReplyDelete