Friday, 15 August 2014

[CERPEN RAYA SPECIAL] Misi Cah Mengorat Acap

Cah ketap bibir. Jam di pergelangan tangan dia tengok berulang kali. Bahang matahari buat hati yang panas bertambah panas. Dia mengeluh. Telefon bimbit dia capai lalu speed dial nombor satu dia tekan. Selepas seketika, panggilannya bersambut namun tak sempat dia nak memberi salam, orang di sebelah sana sudah berbisik, keras, "I'm in a meeting, Cah! Later!"
Cah kepal penumbuk sebaik saja si kerek tadi sudah memutuskan talian! Grrr! "Cikgu Solehah?"
"Cikgu Hazruqi," Cah spontan mengukir senyum.
"Tunggu suami ke?" 
Cah sengih tak bersalah, "Taklah, tunggu flight mendarat."
Hazruqi geleng kepala, sedar dia telah dikenakan oleh Cah, "Kalau Cikgu Solehah nak tumpang saya balik, boleh aje."
"Eh, tak apa ke? Tak menyusahkan?"
"Tak apa. Jomlah! Lagipun kita duduk setaman," Cikgu Hazruqi ukir senyum. Sejak mereka berkahwin empat bulan lalu, Cah mengikut Acap berpindah ke sebuah rumah teres dua tingkat di daerah yang sama dengan kampung mereka.
Cah mengangguk, "Kalau macam tu, saya tumpang cikgulah ya?"
Hazruqi mengangguk, "Cikgu tunggu sini dulu, saya ambik kereta kat belakang."
Cah mengangguk sambil tersenyum. Nasib baiklah ada Cikgu Hazruqi. Kalau dia tunggu Acap, entah sampai raya kot Acap tak datang ambik!

Cah tengok jam di dinding. Sudah pukul 7.30 malam tapi bayang Acap tidak kelihatan. Dah nak masuk waktu berbuka, takkanlah meeting tak habis lagi. Rungut hati Cah.
Sudah seminggu umat Islam menyambut Ramadan tapi sudah seminggu juga Cah berbuka puasa sendirian. Cah mengeluh. Telefon di atas meja dia capai. Speed dial nombor satu dia tekan, dan dia menunggu panggilannya bersambut.
Selepas beberapa deringan, panggilannya bersambut, "Hello. Ab..."
"Cah? Kenapa? Abang nak buka puasa dengan kawan-kawan abang ni. Lepas buka puasa abang baliklah," Ujar Acap tanpa sempat Cah buka mulut. 
"Ab..."
"Dahlah. Cah letaklah telefon, dah nak buka puasa ni," Acap bersuara lagi,
Entah kenapa Cah rasa sedih. Baru dia nak buka mulut lagi sekali, satu suara yang menyeru Acap buat dia rasa sedih bertimpa-timpa, "Zaf, dah azan. Letaklah telefon tu."
"Abang letak dulu," dan tanpa pamitan atau ucapan selamat berbuka, Acap mematikan panggilan.
Cah hela nafas, mencuba untuk membuang rasa sebak. Azan yang berkumandang dari surau berdekatan tanda sudah masuknya waktu berbuka. Kurma di dalam piring dia capai lalu dia membaca doa berbuka puasa. Saat kurma itu mencecah mulutnya, air matanya menitis. Selamat berbuka, Asyraff Zafran.

Cah sedang menonton drama entah apa di televisyen sewaktu Acap balik. Berkali-kali Acap bagi salam tapi Cah tak bergerak pun dari tempat duduknya. Salam Acap pun dia jawab dalam hati aje.
Saat Acap buka pintu, dia tercengang bila nampak Cah lepak di depan televisyen dengan muka kosong. Tiba-tiba dia rasa geram dengan Cah.
“Cah!"
Senyap. Cah buat bodoh.
“Cah!" Panggil Acap sekali lagi tapi Cah tetap buat tak tahu
“Isya Solehah!"
Cah berpaling lalu kening dijungkit sikit, bertanya kenapa.
“Kenapa tak buka pintu? Penat abang tunggu depan pintu tu dari tadi, tahu?"
Cah jungkit bahu, “Cah malas nak bangun."
“Apa punya jawapan tu?" Acap dah mencerun, marah.
“Habis, abang ingat Cah tak penat tunggu suami Cah ambik Cah dekat sekolah? Abang ingat Cah tak penat tunggu abang nak berbuka puasa sama-sama dengan Cah?" Cah dah berdiri. Wajahnya masam.
Acap senyum sinis, “Cah nak balas dendamlah ni? Sejak bila pandai mengungkit ni?"
“Sejak Cah kahwin dengan Asyraff Zafran."
“Cah!"
“Cah tertanya-tanya kenapa abang kahwin dengan Cah? Nak kata sayang, macam tak sayang," Cah dah senyum tapi tawar, “Dah seminggu kita berpuasa, berapa kali abang buka puasa dengan Cah? Nil! Sifar! Tak pernah. Abang prefer buka puasa dengan kawan-kawan abang. Tapi tak apa, lepas ni abang buatlah apa abang nak buat. Cah tak nak ambik peduli." 
Acap mati kata. Terkedu dia. Dia tak sedar Cah makan hati dengan dia.
“Mulai malam ni, Cah tidur kat bilik bawah. Abang bolehlah bawak kawan-kawan abang tidur dalam bilik tu. Kawan-kawan abang kan SANGAT BERHARGA, kan? Tak macam Cah, kan?"
“Cah cakap apa ni?" Acap dah gelabah ayam.
“Esok, abang bangun sahur sendiri. Tak pun suruhlah kawan-kawan abang kejut. Cah dah malas nak ambik peduli. Sebelum ni Cah peduli, abang buat tak tahu. Sekarang Cah dah bagi kebebasan untuk abang buat apa saja," ucap Cah sebelum berlalu tinggalkan ruang tamu.
Acap pula termangu di ruang tamu. Kena bangun sahur sendiri?! Haish...

Cah mencedok lauk gulai ayam ke dalam pinggannya. Sayur baby kailan goreng disudukan juga ke dalam pinggannya. Doa makan dibaca sebelum dia menyuap nasi ke dalam mulutnya. Dalam hati sebenarnya ada rasa bersalah sebab tak mengejutkan Acap bangun sahur tapi dia pun ada hati dan perasaan. Acap pijak-pijak hati dia macam hati dia ni tak ada nilai.
Bunyi derap kaki dari ruang tamu buat Cah mengunyah nasi di mulutnya laju-laju. Tak nak nampak sangat yang dia sedang fikirkan Acap.
Kerusi di depannya ditarik oleh orang yang berjalan tadi. Cah masih buat muka tak peduli. Ini Cah, tahu? Dah kebal!
“Cah...” seru Acap, memanggil Cah.
Dulu kalau Acap panggil dia macam tu, mesti dia menyahut, ‘Ya?’. Sekarang? Memang taklah!
“Cah...”
Cah angkat muka, “Kenapa?”
“Nanti pergi sekolah dengan apa?”
Sejak kahwin dengan Acap, Cah dah tak bawak keretanya. Keretanya dia tinggalkan di rumah mama dan sejak hari tu, Cah pergi sekolah, balik sekolah, Acap yang bawa dan ambil. Sebenarnya Acap selalu saja on time kalau ambil dia dari sekolah tapi sejak Acap dah dapat projek baru, Acap dah selalu ‘terlupa’ nak mengambilnya. Nak bawak kereta, Acap tak bagi. Kononnya demi nak menjaga keselamatan Cah.
“Kenapa? Tak boleh hantar Cah dah?” Soalan Acap, Cah balas dengan soalan juga.
“Cah sampai bila nak layan abang macam ni? Cah buat macam ni, dah kira derhaka tau?” Sengaja Acap berkata macam tu, nak bagi Cah takut.
“Habis Cah ajelah menderhaka? Abang tu, tanggungjawab letak kat mana? Kaki?” Ujar Cah bersahaja. Dia tahu aku menderhaka tapi kalau dia tak buat perangai, aku pun takkan buat macam nilah!
“Cah...” Seru Acap, keras.
“Salah Cah, abang nampak. Salah abang, abang tak nampak pulak!” Cah bangun. Pinggan berisi nasi dia angkat dan dia bawa ke sinki. Seleranya mati terus! Pagi-pagi pun nak cari gaduh! Sisa-sisa makanan yang ada di pinggan dia buang sebelum pinggan itu dibasuh, “Lepas makan, biar aje meja tu. Jangan kemas. Nanti Cah kemaskan. Pinggan abang tu, abang basuh sendiri.”
Tak sempat Acap nak bersuara, Cah dah berlalu tinggalkan ruang dapur. Acap pandang nasi yang belum bersentuh. Apa yang jadi ni... salah dia ke?

Cah membetulkan tudung sarung di kepala. Keronsang berbentuk hati dipinkan di bahu kiri dan kanan. Pelembab bibir dioleskan sedikit ke bibirnya, biar nampak berseri.
Sewaktu keluar dari bilik, Cah hampir terjerit apabila melihat Acap bersandar pada dinding yang berdepan dengan bilik Cah.
“Dah siap?” Acap bertanya, bersahaja.
Cah angguk dan dia terus berjalan ke pintu rumah. Acah mengekori langkah Cah. Dia tak tahu macam mana nak pujuk Cah. Semalam dia ada bertanya kepada kawan baiknya, Muaz apa yang patut dia buat. Kata Muaz, jangan dilayan sangat rajuk Cah tu. Setakat merajuk mengada-ngada tu, buat tak tahu aje. Senanglah dia cakap! Bukan bini dia!
“Termenung kat pintu tu tak boleh buat kereta ni berjalan sendiri, tahu?” Ujar Cah, separuh menjerit apabila dia lihat Acap termenung jauh di pintu.
Acap tersentak lalu dia berjalan ke keretanya. Cah terus masuk kereta. Acap menghidupkan enjin kereta dan tanpa sepatah kata, dia memandu kereta keluar dari kawasan rumah mereka.
“Cah tak ada apa-apa nak cakap dengan abang?” Tanya Acap, tiba-tiba.
Cah kerutkan dahi, “Bukan abang ke yang patut cakap sesuatu dekat Cah?”
“Obviously, I don’t have anything to say to you. Bukan abang yang buat perangai,” balas Acap.
“Abang ni memang tak faham ke apa yang Cah cakap semalam?”
“C’mon, Cah! Pasal abang tak buka puasa dengan Cah pun perlu ke dijadikan isu?” Acap bersuara, tegas, “Bukannya abang tak balik rumah, kan? Abang balik jugak kan?”
Cah mengeluh lalu dia meraup mukanya, “Cah ni siapa? Siapa lagi penting dalam hidup abang? Cah atau kawan-kawan abang? Betul, abang ada hak nak have fun dengan kawan-kawan abang tapi tak boleh ke abang spend time masa dengan Cah juga? Cah ni langsung tak ada hak ke untuk meminta masa abang?”
“Kenapa Cah tak nak faham abang?” Acap bersuara separuh mengeluh.
“Kenapa abang tak cuba faham Cah?” Ujar Cah sebelum memandang Acap, “Macam mana kalau ni Ramadan terakhir kita bersama? Tak boleh ke Cah minta masa abang yang terhad tu untuk Cah sorang?”
Acap tersentak! Ramadan terakhir? “Cah jangan merepek, boleh?”
“Cah pun teringin nak berbuka puasa dengan suami Cah. Cah pun nak rasa pergi solat terawih dengan suami Cah tapi apa Cah dapat? Habuk pun Cah tak dapat!” Balas Cah, separuh lirih. Ketika itu kereta Acap sudah pun memasuki kawasan sekolah Cah.
Acap senyap tak menjawab. Wajah Cah yang memandang dia pun dia tak pandang. Cah mengeluh, “Nanti tak payah susah-susah nak ambik Cah. Cah dah penat nak tunggu abang. Terima kasih sudi hantar Cah lagi pagi ni. Esok pagi, Cah pergi sendiri. Assalamualaikum,” Cah terus keluar kereta. Tidak bersalaman dengan Acap seperti selalunya.
Setiap langkah Cah dia pandang. Dia mengeluh. Bila dengar Cah merintih tadi, dia sedar... dia yang tak tahu bersyukur punya isteri sebaik Cah! Tapi Cah tak tahu... dia terpaksa.

“Zaf, you busy?” Acap angkat muka dari dokumen di depannya dan matanya terus terarah pada pintu masuk biliknya.
Tanpa menunggu kata-kata Acap, Puteri Aleeya duduk di kerusi yang tersedia di depan Acap.
“You kenapa masuk bilik I?” Acap bertanya. Lepas dia berhenti kerja dulu, dia terus kerja di syarikat yang sekarang. Lepas sebulan di tempat baru, tiba-tiba Puteri Aleeya pun masuk kerja di syarikat itu juga. Alahai!
“Saja. Petang ni nak buka puasa sekali?” Puteri Aleeya ukir senyuman semanis mungkin.
Acap menggeleng, “Sorry, I can’t! I nak berbuka dengan wife I. Kesian dia, asyik berbuka puasa sorang-sorang aje.”
“But, hari ni Dato’ Ali nak berbuka dengan kita semua,” Puteri Aleeya melunakkan suaranya, memujuk Acap.
“I’m sorry! I have to declined the invitation. My wife is more important,” balas Acap sebelum menunduk, berpura-pura membaca dokumen di atas meja, “Kalau you dah tak ada apa-apa nak cakap, you dipersilakan keluar dari bilik I. I need to focus on my work, right now!”
Puteri Aleeya mencebikkan bibirnya, merajuk kononnya apabila permintaannya tak dilayan, “I keluar dulu.”
Tanpa mengangkat muka, Acap mengangguk. Baguslah pun you keluar. Sejurus selepas Puteri Aleeya keluar, Acap bersandar terus pada kerusi empuknya. Macam mana nak pujuk Cah ni? Cah yang sekarang ni nampak sangat keras hatinya. Mesti dah selalu sangat dia sakitkan hati Cah sampai Cah pun dah nak give up dengan dia. Acap mengeluh. Dari mana aku kena mula ni?

“Encik Asyraff ni suami Cikgu Solehah, kan?” Acap yang duduk di bangku panjang yang ada di laluan penjalan kaki sekolah Cah terkejut.
Bila dia berpaling pada yang menegur, dia spontan ukir senyum tak berapa manis, “Cikgu Hazruqi?”
“Ya, saya. Encik tunggu Cikgu Solehah ke?”
“Ya, saya!” Acap ukir senyum tapi dalam hati dia menyindir, mestilah tunggu isteri aku, takkan tunggu guru besar sekolah ni pulak.
“Cikgu Solehah dah balik tadi. Dia tumpang Cikgu Aini. Katanya hari ni dia nak balik rumah mama dia,” ujar Cikgu Hazruqi sebelum dia mengukir senyum, “Ai, takkan Cikgu Solehah tak bagitahu kot.”
Acap rasa tercabar dengan senyuman dan kata-kata Cikgu Hazruqi ukir senyum selamba, “Mungkin dia ada mesej saya tapi saya tak baca kot. Tak apalah. Terima kasih ya, Cikgu Hazruqi untuk info tadi.”
Cikgu Hazruqi mengangguk dan Acap terus berlalu masuk ke Hyundai Elantra miliknya. Dia merengus. Cah ni, pergi rumah mama tak cakap!

“Cah dah bagitahu Acap, Cah balik rumah mama?” Mama pandang Cah yang sedang elok duduk di depan televisyen menonton rancangan Temptation of Wife di TV3.
“Tak,” balas Cah, pendek. Dia pergi mana-mana pun mana bagitahu Cah.
Mama menggeleng kepala, “Cah bergaduh dengan Acap, ya?”
“Mana ada.”
“Dah tu, kenapa tak bagitahu Acap yang Cah balik rumah mama?”
“Nanti Cah bagitahulah dia.”
“Isya Solehah, berdosa tahu isteri ke mana-mana tanpa izin suami.”
Cah mengeluh, “Acap mesti izinkan Cah datang rumah mama.”
“Mana Cah tahu Acap izinkan? Kalau dia tak izinkan, macam mana?”
Cah terdiam. Sedang dia memikirkan kebenaran kata-kata mama, bunyi kereta di luar mengejutkan dia dan mama. Dia bangun dari sofa lalu terus atur langkah ke pintu depan. Tercengang dia dua saat bila nampak Acap keluar dari keretanya. Kerana tak mahu mama syak yang bukan-bukan, dia turun ke bawah untuk menjemput Acap.
“Kenapa datang?” Tanya Cah bila dia dah menghampiri Acap.
“Kenapa tak bagitahu nak pergi rumah mama?”
“Mana tahu Cah ada kat rumah mama?”
“Kenapa tak telefon minta izin datang rumah mama?”
“Sebelum ni tak pernah kisah pun, kenapa hari ni tiba-tiba nak ambik tahu segala?”
“Abang tunggu Cah dekat sekolah tadi, tahu?”
Cah angkat bahu, “Pagi tadi Cah dah cakap kan tak payah jemput Cah. Lagipun selalunya kan abang meeting sampai ke petang. Mana nak ingat untuk jemput Cah, kan?”
“Cah, don’t start!” Acap bersuara, tegas.
“Siapa yang mula dulu?” Tanya Cah, malas.
“Abang datang nak betulkan semua salah abang.”
Cah juihkan mulutnya, “Dah terlepas keretapi, baru nak terhegeh-hegeh mencari?”
“Cah...” Acap menyeru, lembut.
“Masuklah rumah dulu. Nanti apa kata mama,” ucap Cah lalu dia tinggalkan Acap di belakang. Sempat dia mengerling tingkap rumah yang terbuka. Mama berdiri di situ, menggeleng melihat pertengkarannya dengan Acap. Mesti mama dah dengar, kan?

“Acap nak makan apa untuk buka puasa hari ni?” Tanya mama bila Acap sudah duduk di sofa di ruang tamu.
“Apa-apa pun boleh, ma. Acap tak kisah.”
Cah buat muka, “Hari ni tak berbuka dengan kawan-kawan ke, abang?”
Acap berdehem apabila dia sedar Cah menyindirnya, “Tak. Hari ni abang nak buka puasa dengan Cah.”
“Cah ada majlis buka puasa di sekolah hari ni.”
“Abang ikut!”
“Buat apa nak ikut?”
“Dah Cah pergi, abang kenalah temankan.”
“Selama ni abang berbuka puasa dengan kawan-kawan abang, tak ada pun Cah menyibuk nak pergi,” balas Cah.
“Dah Cah tak cakap Cah nak ikut.”
“Nak ikut macam mana, abang bukan bagitahu Cah pun!”
“Sudah!” Mama tiba-tiba bersuara lalu dia pandang wajah Cah dan Acap, “Kenapa bergaduh macam budak tadika berebut pensel ni? Peninglah mama!”
 “Dia mula dulu!” Serentak mereka menuding jari ke arah masing-masing.
“Kalau nak gaduh, jangan gaduh dalam rumah mama! Pergi gaduh tempat lain. Lagi satu, majlis berbuka puasa Cah tu hari Jumaat, kan? Jangan tipu suami kamu tu! Berdosa!”
Cah dah buat muka bila ditegur mama, Acap pula dah ukir senyum mengejek kepada Cah.
“Hah, kamu Acap! Kamu kalau tak sayang Cah, jangan dibuat dia tu macam alat mainan kamu pulak! Tak sayang, pulangkan balik dekat mama! Kamu kalau sakitkan hati Cah, siaplah! Mama report ibu kamu! Baru tahu langit tinggi ke rendah!” Bebelan mama kepada Acap buat Acap rasa bersalah. Haih...
“Maaf, mama...” ucap Acap.
“Bukan pada mama kamu kena minta maaf,” balas mama sebelum dia memuncungkan mulutnya ke arah Cah, “Dia itu yang kamu kena minta maaf!”
Acap pandang Cah. Cah palingkan muka  pada tempat lain, “Cah dah tak ada maaf nak bagi. Sorry!”
Acap mengeluh. Wajah mama dia pandang, “Cah yang tak nak maafkan.”
Mama menggeleng. Macam budak-budak, “Cah tu merajuk aje. Kalau kamu pandai buat dia merajuk, kamu kenalah pandai pujuk hati dia.”

Acap ekori setiap langkah yang Cah atur. Cah ke kanan, dia pun ke kanan. Cah ke kiri, dia pun ke kiri. Cah turun bawah, dia turun bawah. Cah masuk toilet, dia tunggu di luar. Cah masuk bilik, dia pun ikut masuk bilik.
“Tak bosan ke ikut Cah?” Cah bersuara tanpa memandang Acap yang berdiri di pintu.
“Tak.”
“Kenapa ikut Cah?”
“Abang nak pujuk Cah.”
Cah senyum sinis, “Bila ikut Cah macam tu, dah kira pujuklah?”
“Belum,” Acap geleng, “Abang tahu abang salah, abang silap. Abang tak fikir perasaan Cah, abang fikir pasal diri abang aje. Maaf.”
Cah jungkit kening, “Kan dah cakap Cah dah tak ada maaf nak bagi.”
“Cah nak abang buat macam mana lagi?" Acap bersuara separuh mengeluh.
“Cah tak suruh abang buat apa-apa pun," balas Cah bersahaja.
“Cah, abang tak suka Cah layan abang dingin macam ni."
“Cah pun tak suka tapi abang yang buat Cah jadi dingin macam ni."
“Macam mana abang nak dapatkan balik Cah abang yang dulu?"
Cah angkat bahu dan terus berlalu. Acap yang ditinggalkan terduduk di birai katil. Lama dia berfikir sebelum bibirnya mengukir senyum.
Misi Acap Memujuk Cah bermula! Tapi... macam mana nak pujuk Cah? Sekarang pujuk pun macam tak lut aje. Haih!
Senyuman Acap mati dan dia terus berbaring, memikirkan macam mana nak pujuk Cah yang merajuk.

Acap tengok jam di tangan, dah pukul 4.30 petang. Tadi Cah kata tak payah jemput dia dekat sekolah. Dia ada mesyuarat dekat PPD dan tumpang Cikgu Aini. Acap keluarkan barang-barang yang ada di dalam bonet kereta. Hari ni dia dah cadang nak masak untuk berbuka puasa petang ni. Salah satu cara nak pujuk hati Cah. Cah pernah cakap dulu, dia teringin nak rasa masakan Acap. Jadi, inilah masanya dia nak tunjuk skill memasak dia, kan?
Barang-barang di dalam plastik itu dia letakkan di atas meja. Buku resipi yang ada di dalam laci kaunter dapur diambil. Resipi Parmigiana Chicken dibaca berkali-kali. Dia nak cuba masakan ala Western hari ni. Kepingan dada ayam yang dia beli tadi dia keluarkan lalu dia basuh sebersih-bersihnya sebelum diletakkan di atas pinggan yang bersih.
Telur ayam yang ada di tepi sinki, dia ambil dua biji  dan dia basuh sebelum dia memecahkan telur itu ke dalam sebuah mangkuk sederhana besar. Kemudian dia buka kabinet atas sinki lalu dia mengambil bekas berisi serbuk roti lalu dia tuang ke dalam sebuah bekas besar. Ayam yang sudah dibasuh tadi dia taburkan dengan lada hitam dan garam. Ayam yang sudah diperasakan dengan garam dan lada hitam itu kemudiannya dia salut dengan telur dan seterusnya dimasukkan ke dalam bekas berisi serbuk roti. Dia melakukan perkara yang sama untuk kepingan dada ayam yang satu lagi.
Acap kemudian pergi ke oven dan oven itu dipanaskan terlebih dahulu. Dia kemudiannya mengeluarkan buah-buahan yang dia beli di pasaraya tadi. Buah strawberri, buah anggur dan buah kiwi. Tiga jenis buah semuanya! Bibirnya ukir senyum. Resipi desert paling mudah. Tangannya pula mengeluarkan whipped cream yang turut dibeli di pasaraya tadi. Desert hari ini, pavlova! Dan cadangnya dia nak buat pavlova bentuk hati. Acap sudah berangan-angan tentang masakan-masakannya. Dia harap usaha dia untuk memujuk Cah dengan makanan-makanan ini akan membuahkan hasil!

Acap pandang Parmigiana Chicken yang ada di atas meja makan. Kemudiannya mata lekat pula pada pavlova berbentuk hati itu. Walaupun rupanya tak cantik sangat tapi dia harap sangat rasanya okey. Dia pandang pula Caesar Salad dan kentang lenyek yang menjadi hidangan sampingan untuk menu berbuka puasa hari ni. Air jus oren yang ada ada di jag melebarkan senyuman yang sedari tadi mengukir senyum manis. Semuanya berjalan seperti yang dia harapkan. Walaupun tadi dia ada terhiris jari sendiri dan dia ada terbakar tangan sendiri, dia rasakan semuanya berbaloi. Untuk Cah, harus semuanya berbaloi, kan?
Jam di dinding dia kerling. Waktu sudah menginjak ke pukul 7.00 malam. Senyuman yang memekar di bibir, tiba-tiba pudar. Cah masih belum pulang! Dia resah sendiri. Telefon pintar yang ada di dalam poket, dia bawa keluar lalu nombor Cah didail.
Kali pertama didail, deringan kedengaran. Baru satu deringan yang berbunyi, panggilannya di-reject Cah. Acap mengeluh. Dia mendail sekali lagi nombor isteri kesayangannya itu.
Sekali deringan, di-reject lagi. Acap garu kepala yang terasa gatal. Cah ni memang sengaja ke macam mana? Nombor Cah di dail sekali lagi. Kali ini, lima kali deringan berbunyi baru panggilannya disambungkan.
“Hello, Cah?"
“Waalaikumussalam. Ya, kenapa telefon?"
Acap terdiam bila disindir Cah. Cis, Acap belum apa-apa dah terkena! “Cah balik pukul berapa ni? Tak nak balik rumah ke? Lagi setengah jam aje lagi nak berbuka."
“Abang tunggu Cah ke? Sorry, Cah berbuka dekat luar hari ni. Okeylah, abang. Selamat berbuka," dan talian Cah matikan.
Acap tercengang sebelum dia perlahan-perlahan meletakkan telefon pintarnya di atas meja. Makanan yang ada di atas meja dia pandang. Ini rupanya yang Cah rasa bila Cah tunggu dia nak berbuka puasa. Acap mengeluh. Rasakanlah Asyraff Zafran... dulu kau buat kat Cah, sekarang Cah buat kat kau.
Acap ukir senyum tawar. Entah kenapa, dia rasa sedih. Cah dulu, rasa sedih macam ni jugak ke? Cah dulu, rasa macam kena khianat macam ni jugak ke? Selamat berbuka isteri Asyraff Zafran. I miss you, sayang...

Cah renung telefon bimbitnya yang taliannya sudah dia matikan. Dia rasa bersalah tapi egonya lebih tinggi dari rasa bersalahnya. Dia mahu Acap rasa apa dia rasa dan dia berjaya akhirnya! Tapi kenapa dia tak gembira?
Bungkusan roti di tangannya dibuka. Azan yang berkumandang di corong radio, menandakan telah masuknya waktu Maghrib. Doa berbuka puasa dia baca sebelum roti itu dimasukkan ke dalam mulut. Berbuka puasa di luar? Ya, di luar rumah tapi di dalam kereta. Sesekali matanya mengerling rumah teres dua tingkat yang didiaminya dengan Acap. Dia mengeluh. Roti di dalam mulut umpama kertas. Nak dikunyah, tapi liat. Nak ditelan, terasa kesat. Dia sebenarnya pergi ambil kereta di rumah mama selepas habis mesyuarat di PPD. Dia nekad, esok dia tidak mahu pergi lagi dengan Acap. Balik pun dia mahu balik sendiri tanpa perlu dijemput Acap.
Mulanya mama membebel kepada dia bila dia kata dia masih buat tidak tahu pada Acap tapi mama akhirnya pesan, ‘Cah dok merajuk macam gini, jangan menyesal kalau Acap dah tak berpaling pada Cah lagi.’
Dan dia? Mestilah buat tak tahu saja pada pesanan mama. Dia masih belum puas merajuk dengan Acap. Dia mahu beri pengajaran yang setimpalnya pada suaminya yang bernama Asyraff Zafran itu! Hmmph!

Cah melangkah masuk ke dalam rumah bila dia nampak kereta Acap keluar dari porch rumah. Keretanya dia tinggalkan di bawah pokok mangga di seberang jalan. Tadi dia nampak Acap lengkap berbaju melayu maroon dan berkain pelikat hitam-kelabu-ungu. Mungkin Acap pergi sembahyang terawih kot.
Sewaktu Cah nak naik tangga untuk ke bilik, perutnya tiba-tiba berbunyi. Alahai, perut ni...! Cah mengeluh. Dari nak naik ke tingkat atas, langkah kakinya diubah masuk ke dapur. Tudung saji di atas meja ditarik. Hatinya tertanya-tanya Acap berbuka puasa apa hari ini?
Tudung saji di tangan terlepas jatuh ke bawah. Hidangan di atas meja itu nampak sangat masih belum bersentuh. Hidangan ayam yang dia tak tahu masak apa itu masih berbaki dua keping. Cah tarik kerusi lalu dia capai pinggan yang tersedia di atas meja. Salad yang masih nampak segar itu diletakkan sedikit ke dalam pinggan. Kentang lenyek yang turut ada di dalam mangkuk di atas meja itu turut diambil sedikit.
Cah membaca doa makan lalu dia menyuap salad yang ada di dalam pinggan. Romaine salad yang ada di dalam mulutnya dikunyah, perlahan-lahan. Walaupun rasanya masam sungguh (mungkin Acap terlebih perah jus lemon), Cah rasa terharu. Saat dia menyuap kentang lenyek, air matanya menitis. Walaupun kentang lenyek tu masih terasa berbutir dan sedikit tawar, ini hasil tangan Acap. Hasil tangan Asyraff Zafran, si jurutera kerek dan bajet bagus. Hasil tangan Asyraff Zafran, suaminya yang memasak untuk memujuknya. Cah, kau masih mahu merajukkah? Tanya dia pada hatinya sendiri...

Cah masuk ke bilik tidurnya dan Acap yang dah hampir seminggu dia tak jejakkan kaki ke situ. Bilik masih kemas seperti dia tinggalkan dulu. Cah senyum bila dia nampak gambar perkahwinan dia dan Acap yang dulu diletakkan di almari kecil di sebelah katil ada di atas katil.
Dia fikir dia sudah mahu berhenti dari main tarik-tarik tali dengan Acap. Penatlah! Dah dua minggu dia tak bermanja dengan Acap seperti selalunya. Dan dia akui, dia rindu nak baring atas riba Acap sambil menonton drama Melayu di televisyen. Dia rindu nak makan aiskrim bersuap-suap dengan Acap. Dia rindu nak tengok bintang di balkoni bilik dengan Acap. Senang cerita, Cah rindu Acap. Apa? Cah lembut hati? Tak cukup seksa Acap lagi? Buat apa nak seksa lama-lama bila hati Cah sendiri terseksa? Cah sayang Acap, tahu?
Baru Cah nak duduk di atas katil, telefon pintar Acap yang ada di meja solek berbunyi. Laju Cah mendekati meja solek. Baru dia nak jawab panggilan yang masuk, jemarinya yang baru nak tarik icon hijau di skrin itu termati sendiri. Nama Puteri Aleeya naik di skrin. Hati Cah yang ala-ala lembut kapas terus jadi keras balik! Oh, dengan dia nilah si Acap buka puasa sekali hari tu! Yang dok panggil Zaf! Zaf! tu! Grrr! Telefon pintar Acap dia campak ke dinding lalu isi telefon pintar itu terburai langsung!
“Cah!”
Cah berpaling ke pintu dan dia tergamam. Acap!
“Kenapa Cah baling telefon abang?” Keras saja suara Acap.
Cah mendengus, “Saja.”
“Isya Solehah! Jangan melampau, boleh tak?”
“Cah tak sangka langsung abang dengan Puteri Aleeya tu masih berhubung, kan?”
“Jadi?” Acap jungkit kening. Dia sangat geram dengan Isya Solehah! Nak merajuk, merajuklah tapi jangan sampai baling telefon dia tu!
Cah senyum sinis, “Jadi? Hahaha! Cah nak tanya satu aje...”
Acap buat tak peduli. Geram pada Cah masih bersisa. Telefon yang terburai isinya tadi dikutip semula.
“Hati Cah ni dah pecah sama macam telefon abang tu, tau?!” Cah bersuara, separuh menjerit! Geram bila Acap buat tak tahu. Geram bila dapat tahu Acap masih berhubung dengan si tuan puteri berlagak tu. Air matanya laju menitis di pipi.
Acap pandang Cah. Dia terkesima lihat air mata di pipi Cah namun dia ketatkan wajah. Cah menangis?
“Yang tujuh hari abang buka puasa di luar tu...” Cah gigit bibir, menahan sedih, menahan geram, “... dia ada sekali ke?”
Acap mengangguk tanpa rasa, “Kenapa? Cemburu?”
Cah berjalan dua tapak ke depan dan dia berdiri betul-betul di depan Acap, “Perempuan bodoh aje tak cemburu bila tahun pertama berpuasa bersama-sama, suaminya yang baru dia nikahi empat bulan lalu memilih untuk berbuka puasa bersama-sama perempuan yang terang-terang ada hati pada suami dia! Abang ingat Cah ni apa? Batu? Tak ada perasaan?”
Acap terdiam. Cah makin marah! Great, Acap! Great!
“You know what? Pergilah buka puasa dengan perempuan tu tiap-tiap hari! Kalau boleh, kahwin terus dengan dia! Boleh terus bersahur sekali, berbuka sama-sama!” Cah berjalan melepasi Acap. Dia sudah tak betah nak berdiri di depan Acap tapi sempat dia bersuara, perlahan, “Cah rasa Cah tahu kenapa abang risau sangat pada telefon tu! Abang risau abang tak dapat contact dengan dia lagi, kan?”
“Cah!” Acap tarik tangan Cah, menahan Cah dari melangkah.
“Abang risaukan telefon pintar abang yang abang boleh beli dua tiga biji lagi dari jenama yang sama. Tapi hati Cah yang dah hancur berderai ni, abang risau tak?” Ujar Cah tanpa memandang Acap. Acap tergamam. Dia dah buat silap lagi!
“Cah nak balik rumah mama esok. Cah nak tinggal sana sampai raya!”
“Cah...” Acap menyeru nama Cah dengan suara sehabis lembut.
“Cah dah betul malas nak peduli! Cah nak sangat maafkan abang tadi tapi hari ni, bila nampak abang lebih risaukan telefon tu dari Cah... Cah... Cah rasa...” Cah menangis sungguh-sungguh. Sedihnya! “Cah rasa... Cah tak boleh nak dekat dengan abang.”
“Cah...”
“Hati Cah ada satu aje dan ia tak ada ganti. Sekarang hati Cah dah hancur, abang rasa... abang boleh tak belikan Cah hati yang baru?”
Acap terdiam dan dia biarkan saja Cah berlalu dari bilik tidur mereka. Telefon pintar di tangannya dia campak semula ke dinding! Geram dengan diri sendiri! Geram dengan kebodohan sendiri!

Cah keluar dari bilik tidur barunya dengan beg baju di tangan kanan dan beg berisi buku latihan anak muridnya. Di tangan kirinya ada kunci rumah dan kunci kereta. Baru dia nak berjalan menuju ke pintu rumah, lengannya ditarik dari belakang.
“Cah ambik kereta kat rumah mama ke, semalam?”
Cah tak menjawab.
“Cah nak balik rumah mama, kan?” Acap masih tak berhenti bertanya.
“Biar abang hantar Cah ke sana.”
“Habis Cah nak pergi sekolah, balik sekolah macam mana? Jalan kaki?” Cah berpaling mengadap Acap.
Acah ukir senyum semanis mungkin padahal hati dia sedih. Siapa tak sedih bila tengok isteri yang dibawa sendiri masuk ke rumah, sudah tidak mahu duduk serumah dengan si suami yang tak pernah faham hati si isteri, “Abang hantar. Abang jemput.”
“Tak payah susah-susah!” Cah mendengus. Baru dia nak angkat kaki, lengannya dipegang kejap oleh Acap.
“Izinkan abang untuk hantar dan jemput Cah. Itu aje abang mintak,” rayu Acap. Dia tahu dia salah. Dia tahu dia banyakkkkkkkkkkk silap dengan Cah.
Cah merengus, “Ikut abanglah!”

Acap belek album gambar dia pada zaman kanak-kanan hingusan dulu. Ada satu gambar yang diambil ketika usianya baru menginjak masuk lapan tahun. Dia ingat lagi, gambar itu diambil ketika ayahnya buat majlis rumah terbuka di rumah mereka. Gambar di mana dia pandang Cah tapi Cah pandang kamera. Cah di dalam gambar itu bertocang dua. Comel!
Kemudiannya dia menyelak ke muka surat seterusnya. Gambar ketika dia di tingkatan tiga dan Cah di tingkatan dua. Gambar sambutan majlis hari raya yang dianjurkan di sekolah mereka. Dia ingat lagi waktu tu, Cah beri dia sebekas penuh kuih raya yang kononnya Cah buat sendiri. Tapi dia tak sempat nak makan bila kawan-kawan sekelasnya dah ambil dulu dan mereka habiskan. Gambar yang diambil secara curi-curi ini adalah hasil tangkapan dari Muaz, kawan baiknya dulu.
Acap menutup album gambar di ribanya lalu dia mengeluh. Apa yang dah jadi dengan dia dan Cah? Dia rindu Cah. Dia rindu nak usik si garang itu! Dia rindu nak peluk Cah dari belakang bila Cah memasak. Dia rindu segala-galanya tentang Cah. Dia tahu dia salah tapi macam mana dia nak tebus semula semua kesalahan dia pada Cah? Ramadan cuma tinggal lagi tujuh belas hari. Dia dah buntu nak mencari jalan untuk memujuk Cah.
Sudah genap empat hari juga dia menjadi pak supir Cah. Pagi-pagi, dia dah tercongok di depan rumah ibu mertuanya untuk mengambil Cah dan tengahari pula, dia sudah siap sedia di perkarangan sekolah untuk menjemput Cah pulang. Tanpa sedar, Acap bersandar pada sofa lalu dia mengeluh, kuat! Ada sesuatu yang dia tak bagitahu Cah. Dia nak bagitahu Cah tapi macam mana nak sampaikan berita itu bila seorang ke utara, dan seorang lagi ke selatan?
“Hai, Acap! Bergaduh dengan Cah ke?" Acap yang tengah bersandar di sofa terus duduk tegak. Abang iparnya yang mungkin baru pulang dari kerja duduk betul-betul di sofa berdepan dengan sofanya. Abang iparnya dulu bekas engineer di Petronas tapi dia berhenti sebab nak duduk di kampung bersama isteri dan anaknya. Sekarang dia kerja apa? Abang longnya sekarang buka bengkel di kampung mereka ini.
“Abang long," dia ukir senyum nipis segaris.
“Dah abang long tengok Acap semedang aje di rumah ibu! Tak balik langsung ke rumah yang di pekan tu. Lagi satu, Acap tak kerja ke?”
“Acap cuti abang long.”
“Gaduh dengan Cah?” Tebak abang  long lagi.
“Bukanlah gaduh,” separuh menggumam, Acap bersuara, “Ada gaduh sikit tapi entahlah! Acap pun tak tahu.”
“Abang long faham. Perempuan memang complicated, abang long tak nafikan!” Abang long senyum.
“Abang, heard that!” Tiba-tiba Along menjerit dari bilik membuatkan Acap ketawa.
Abang long masih lagi tersenyum, “Orang perempuan ni, suka dibelai dan dimanjai. Tapi jangan selalu sangat, nanti naik lemak! Tipulah kalau kata orang perempuan tak suka dimanjai dan abang long tengok Cah tu, walaupun garang tapi dia manja sebenarnya. Betul, kan?”
Acap mengangguk.
“Cah tu cuma mahukan perhatian Acap tambah kamu baru berkahwin.”
Acap angguk kepala. Dia tahu. Dia dah sedar.
Abang long senyum, “Perempuan ni, Cap... hatinya sukar diduga. Kadang-kadang muka ketat, muka masam tapi hati dia suka. Contoh kalau Cah cakap jangan ambik dia dari sekolah tapi kalau dia nampak Acap tunggu dia, hati dia akan melonjak gembira! Kalau bukan melalui perbuatan, cuba beri perhatian dengan berkomunikasi dengan dia. Macam sekarang, Acap dengan Cah duduk rumah asing-asing, hantar mesej selamat malam atau pun mesej sayang ke cinta ke apa-apa ajelah. Kalau nanti kamu dah berbaik, sentiasa tanya dia tentang aktiviti harian dia. Kalau di tempat kerja, sekurang-kurangnya hantar mesej tanya dia dah makan ke belum, ada budak  nakal kacau dia tak kat sekolah. At least, that! Mesti Cah suka! Tapi ingat, jangan excessive sangat hantar mesej tu. Karang dia rimas pulak.”
Acap mengangguk lagi. Baru dia sedar, dia memang kurang beri perhatian pada Cah. Terlalu asyik dengan dunia dia sendiri sampai terlupa tentang Cah. Sepatutnya dia tinggalkan dunia lamanya dan terus bina dunia baru dengan Cah dan sama-sama harungi segalanya.
“Satu pesan abang, Acap jangan pernah putus asa pujuk Cah. Abang long pernah jugak jadi macam Acap, terlalu asyik dengan kawan-kawan, sampai along merajuk dua minggu dengan abang long. Dua minggu jugak abang jadi macam Acap. Gundah, resah sentiasa. Selesaikan semua salah faham korang dan abang long nak tengok korang berdua kat rumah ni raya nanti. Abang long doakan yang terbaik untuk Acap dan Cah.”
Acap sengih tapi hatinya gundah. Along merajuk dua minggu tapi si Cah ni... dah tiga minggu merajuk dengan dia.
“Hah, Acap! Duduk lagi kat sini? Tak pergi ambik si Cah ke?” Along keluar sambil bercekak pinggang.
Acap tersentak. Jam di dinding dipandang. Astaghfirullah! Dah pukul 2.30! Mesti Cah dah tunggu dia.

Acap berhentikan kereta di tempat yang selalu dia berhenti ketika jemput Cah. Matanya terarah pada dua orang manusia yang sedang bergelak ketawa di bawah laluan pejalan kaki itu. Acap ketap bibir. Dia nampak Cah tengah gelak-gelak suka dengan Cikgu Hazruqi. Acap rasa hatinya ibarat dibakar di atas arang. Panas tapi jauh di suduh hatinya, ada juga rasa sedih. Dia dah lama tak nampak Cah ketawa macam itu. Dia rindukan senyuman dan gelak tawa isterinya!
Acap hela nafas, cuba menenangkan diri sebelum dia menapak keluar dari kereta lalu dia mendekati Cah dan Hazruqi. Dia berdehem, cuba menarik perhatian Cikgu Hazruqi dan Cah tapi dua-dua masih asyik bersembang.
Acap merengus dan dia berdehem sekali lagi, "Ehem!"
Cah berpaling dan dia tercengang. Eh, bila dia sampai? Cikgu Hazruqi pula terus berdiri lalu dia menunduk sikit pada Cah, "Saya naik atas dulu, cikgu."
Acap berdiri berpeluk tubuh. Dia hela nafas. Cah dah berdiri di depannya.
"Abang tak kisah Cah nak dingin dengan abang tapi jangan buat abang macam ni. Abang tahu abang ada buat salah dengan Cah tapi jangan balas dendam dengan abang dengan buat abang cemburu. Abang sakit kat sini," tangan kanannya dipegang di dada, "Sakit sangat. Abang tahu, Cah tak rasa bahagia dengan abang. Abang dah lama tak nampak Cah gelak macam tadi tu dengan abang tapi dengan dia tadi, gelak ketawa Cah nampak sangat bahagia. Cah terseksa sangat ke dengan abang?"
Cah terdiam. Mata Acap nampak sangat sedih. Acah dah salah faham! Tadi tu dia dengan Cikgu Hazruqi cuma berbual mengenai morning sickness yang dialami oleh isteri Cikgu Hazruqi, "Ab..."
"Tak apalah. Jom, balik!" Seulas senyuman dia berikan pada Cah sebelum beg kain Cah yang berisi buku latihan anak muridnya dia ambil dari tangan Cah. Acap berpaling ke belakang. Jangan terlalu paksa Cah, Acap! Dia masih perlukan masa. Tanpa menunggu Cah, Acap berjalan terus ke keretanya dan Cah cuma memerhati dari jauh. Cah ketap bibir. Rasa bersalah bertimpa-timpa dalam hati.

Acap keluar dari pintu surau dengan tangan ada di dalam poket baju Melayunya. Saat dia menyarung selipar, matanya tertancap pada ibunya yang sedang bersembang dengan Cah dan ibu mertuanya. Dia hela nafas. Cah nampak comel dalam telekung tu. Hadiah hantaran nikah hari tu. Telekung buatan tangan ibunya, khas buat menantu tercinta.
“Ai, tengok dari jauh aje?” Abang long menyiku Acap lalu Acap sengih tawar.
“Tengok dari jauh aje mampu. Nak dekat, takut dia lari.”
Abang long menggeleng lalu dia berlalu pergi. Namun sempat dia berbisik kepada Acap, “Nak lari apa? Isteri sendiri...”
Di bahagian Cah pula, Cah tak tahu kenapa dia gelisah bila ternampak suaminya dari jauh. Sejak kejadian petang tadi, dia rasa bagai ada batu besar jatuh di atas bahunya. Dia terasa berdosa yang amat pada Acap. Dia ketap bibir. Dia nak pergi terangkan apa yang sebenarnya jadi petang tadi tapi... entah kenapa, dia takut. Dia sebenarnya tertanya-tanya, apakah kesudahan hubungan mereka berdua. Dia akui, dia marah pada Acap tapi tak adalah sampai tahap dia nak bercerai dengan Acap. Dia masih sayangkan Acap...
“Cah, tak kesian pada Acap ke? Mama rasa dia dah betul insaf tu. Lagipun, dia manusia biasa. Mungkin dia khilaf dulu tapi rasanya, dia dah sedar silap dia,” mama menggosok bahu Cah.
“Ibu tak nak campur tapi kalau Cah nak tahu, setiap hari dia belek majalah sekolah, dia belek album gambar, dia tengok gambar kenduri kahwin kamu dulu untuk lepaskan rindu pada kamu. Sekejap dia sengih, sekejap dia ketawa dan ada masa dia mengeluh. Ibu tak pernah nampak anak ibu yang sombong tu serabut macam tu sekali,” ibu mengerling Acap yang bersalaman dengan jemaah surau yang lain.
Cah gigit bibir. Dia rasa nak menangis, “Mama, ibu... Cah balik dulu, ya? Sakit perut!”
Tak menunggu lama, Cah terus berjalan meninggalkan surau. Acap dari jauh hanya memandang langkah Cah. Dia mengeluh. Dia dah tak punya banyak masa....

Cah melambung-lambungkan telefon bimbitnya dengan tangan kanannya. Bibirnya sekejap digigit, sekejap dikemam, sekejap dimuncungkan menunjukkan dia resah. Sudah pukul 11.00 malam. Dia hela nafas. Bibirnya melafazkan bismillah sebelum dia menaip mesej. Hanya tiga perkataan dan dia terus tekan butang ‘send’.
Seminit.
Dua minit.
Sepuluh minit.
Cah mengeluh, hampa. Acap tak balas mesej dia! Acap dah putus asa dengan dia ke? Rasa nak menangis kuat-kuat macam dulu-dulu! Baru dia rasa nak menangis. Tingkap biliknya tiba-tiba berbunyi seperti ada orang membaling batu.
Thud!
Cah duduk kaku. Dia rasa takut tiba-tiba!
Thud! Thud! Thud!
Cah hela nafas, panjang. Menenangkan hati yang dah kecut tu. Cah, relaks! Hantu, syaitan semua kena ikat bulan puasa ni! Tangan kanannya mengusap-usap dada, menenangkan debaran jantung yang menggila. Dia melangkah mendekati tingkap yang dibaling batu itu. Saat tingkap itu dibuka, matanya terbuntang luas. Tangan kanannya menekup mulut, tanda tidak percaya.
Acap yang melihat reaksi Cah yang habis terkejut, terus mengukir senyum, “Abang pun rindu Cah.”
Cah tak tunggu lama. Dia terus berlari keluar dari biliknya. Pintu rumah mamanya dia buka dan dia berlari turun ke tanah. Tanpa menyarung selipar, dia berlari mendapat Acap dan tubuh lelaki itu dipeluk.
“Cah rindu abang sangat ke?” Tanya Acap, nakal.
Cah menggeleng! Sungguh-sungguh dia menggeleng.
“Cah rindu abang sangat-sangat ke?”
Cah geleng lagi.
“Habis tu?”
Cah leraikan pelukannya lalu dia pegang pipi Acap, “Cah rindu abang sangat, sangat, sangat, sangat....sangat!”
Acap mengukir senyum namun hatinya masih gundah! Kalau Cah tahu perkara itu, dia marah tak?
“Amboi, anak menantu dok buat drama melayu kat luar rumah! Nak berpeluk-peluk sakan, ailebiu, ailebiu mai masuk rumah dulu! Jangan dok buat gaya orang putih sangatlah!”
Serentak Cah dan Acap pandang mama yang berpeluk tubuh di pintu rumah. Mereka berdua ketawa, tak sengaja nak buat dramalah pulak!

Cah bersandar pada badan Acap, lalu dia ukir senyum. Semalam, lepas habis buat drama, dua-dua naik atas rumah dan teruk kena bebel dengan mama. Tapi biasalah, dah tengah bahagia masuk telinga kanan, keluar telinga kirilah jawabnya. Dan pagi esoknya, selepas bersahur di rumah mama, mereka balik semula ke rumah mereka di pekan.
“Kenapa senyum?” Tanya Acap bila Cah asyik tersenyum.
“Saja. Teringat mama membebel semalam.”
“Ramadan dah nak habis,” Acap bersuara, separuh mengeluh.
Cah mengangguk, “Kita sia-siakan ramadan kita dengan bergaduh.”
Acap mengangguk sebelum dia memeluk Cah, “Cah...”
“Hmm...?”
“Abang ada benda nak cakap ni.”
“Cakaplah,” ujar Cah sambil jemarinya bermain dengan jemari Acap.
“Abang takkan beraya sekali dengan Cah tahun ni.”
Badan Cah keras. He said, what?
“Cah...” panggil Acap, lembut.
“Tipu!” Cah dah berdiri dari duduknya lalu dia berpaling mengadap Acap.
Acap yang duduk turut berdiri. Kedua-dua belah tangannya memegang bahu Cah, “Abang tak tipu. The reason kenapa abang tak berbuka sekali dengan Cah awal puasa hari tu bukan sebab abang berbuka dengan kawan pun. Cuma sekali saja abang berbuka dengan kawan-kawan abang. Yang hari sebelum-sebelum tu, abang siapkan kerja di pejabat. Abang kena pergi Australia untuk projek syarikat abang raya ni.”
“Cah tak faham...”
“Abang siapkan kerja di pejabat dua minggu awal sebab abang apply cuti dua minggu, nak spend time dengan Cah sebab raya abang tak ada di sini. Sebab tu abang sibuk dan selalu cakap abang meeting tapi abang tak meeting pun. Abang siapkan kerja semata-mata sampai terlupa nak ambil Cah di sekolah.”
“Sejak bila abang cuti?” Cah cari mata Acap. Mencari kejujuran kata seorang suami.
“Abang dah mula cuti pada hari yang Cah baling telefon abang ke dinding.”
Cah tekup wajahnya dengan kedua-dua belah tangannya. Air matanya menitis laju, “Kenapa tak cakap pada Cah?”
Acap gosok leher, “Abang nak cakap malam tu, hari yang kita mula-mula perang dingin.”
Cah menangis sampai bahunya terhincut-hincut menahan sedu. Acap tarik Cah ke dalam pelukannya, “Janganlah menangis macam ni.”
“Kenapa tak cakap awal-awal? Kita dah bazirkan banyak masa dengan bergaduh, perang dingin.”
“Abang nak cakap tapi bila Cah tak buka pintu hari tu, abang geram. Abang penat, letih tapi Cah buat perangai. Abang terlupa waktu tu, Cah berhak buat perangai macam tu.”
Cah menangis lagi teruk. Kalaulah dia tak buat perangai malam tu... “Semua ni salah Cah!”
“Syush, sayang! Cah tak salah apa pun. Semua salah abang. Sepatutnya dari awal lagi abang berterus-terang.”
Cah menangis bersungguh-sungguh sehingga basah baju t-shirt Acap.
“Abang pergi tak lama. Dua minggu lebih saja.”
“Nan... nanti abang pergi... Cah... Cah nak raya dengan siapa?”
Acap senyum. Cah yang manja, Cah yang garang. Kalaulah dia cakap dengan Cah dari awal... “Cah rayalah dengan mama, abang long, abang ngah dengan semua orang. Dengan ibu, ayah, family kak long, dengan Munirah yang manja tu. Cah boleh raya dengan dia orang.”
“Tapi tak sama dengan abang...” Cah merengek. Air matanya masih mengalir laju.
“Sayang, abang pergi sekejap saja. Lepas dua minggu dekat sana, abang balik. Kita beraya sama-sama ya?”
Cah mengangguk, “Tuan puteri tu pergi juga ke?”
Acap senyum. Cah cemburu! “Tak! Dia kena dok Malaysia, jaga nenek dia sakit.”
“Nanti Cah mesti rindu abang.”
“Abang pun akan rindukan Cah,” ucap Acap separuh mengeluh.

Cah termenung. Hari ni dah raya ketujuh belas. Acap masih belum balik dari Australia. Dia dah rindu gila dah ni! Raya dia tak macam raya. Raya dia terasa hambar. Hari ni dia ada majlis sambutan hari raya di sekolah.
“Cikgu, kenapa cikgu tak pakai baju raya?”
“Cikgu, kenapa cikgu pakai baju hari tu?”
“Cikgu, Munirah kata cikgu kahwin dengan pak su dia. Betul ke cikgu?”
“Cikgu, duit raya tak ada ke cikgu?”
Bertalu-talu soalan dilontarkan kepada dia oleh anak-anak muridnya yang nakal. Senakal dia dan Acap ketika di sekolah rendah dulu. Cah mengeluh lagi. Dia rindukan Acap.
“Cikgu, ibu saya kata tak baik mengeluh-mengeluh,” anak muridnya yang memakai tag nama Amira itu ukir senyum.
Cah pegang pipi Amira, “Cikgu penat sikit.”
“Munirah kata cikgu rindu suami cikgu. Rindu tu apa cikgu?” Adi, muridnya yang paling nakal bersuara.
Cah buntangkan mata sebelum menggeleng, “Amboi! Awak ni Adi...”
Tak sempat dia habiskan ayat, Munirah tiba-tiba tarik tangannya, “Mak su!”
“Muni, kita kan kat sekolah, mana boleh panggil mak su ni mak su. Muni kena panggil mak su, cikgu.”
“Ala, hari ni hari berkecualilah!”
“Mana boleh!”
“Ala,” Munirah memuncungkan mulutnya, “Cikgu... jom ikut Muni kejap.”
“Muni nak pergi mana?” Cah bertanya.
“Ala, jom jelah!”
Cah menghela nafas panjang. Nasib baik di dewan ini, ada cikgu lain juga. Dia ikut langkah Muni sampailah ke Dewan Cengal.
“Nak buat apa ke Dewan Cengal ni, Muni? Ni kan dewan jamuan murid darjah enam.”
“Cikgu Juki dah tukar tempat jamuan untuk budak darjah enamlah, mak su.”
“Dah tu, Muni bawak mak su ke sini buat apa?”
Munirah sengih, “Mak su masuklah dulu.”
Cah mengeluh. Munirah ni banyak akal, sama macam pak sunya. Haih, rindu tu menyapa lagi.
Saat kakinya melangkah masuk ke dalam Dewan Cengal. Bunyi petikan gitar kedengaran dari pentas dewan. Saat dia berpaling. Cikgu Hazruqi sedang memetik gitar dan di sisinya berdiri seorang lelaki yang sangat Cah kenali.

Sama-sama kita sama
Rindu sama kasih pun sama
Sama rasa sama jiwa
Ukiran cinta sama setia

Mana kasih ku
Mana sayang ku
Mana kata-kata yang selalu ku
Tunggu

Hanya wajahmu
Dalam mataku
Hanya namamu ada dalam
Hatiku

Kasihku takkan berubah
Meskipun ramai mencoba
Hatimu kan ku jaga
Selama-lamanya

Kasihku jangan berubah
Meskipun ramai menggoda
Ku tahu kau di sana
Kan selalu mencinta
Kerna hati kita sama

Lagu ni Cah tahu! Acap pernah sharekan lagu ini di Facebook Cah dua tiga hari lepas. Nyanyian Encik Mimpi. Wah, bukan main suami Cah sekarang ni! Cah tak mampu tahan senyum yang memekar di bibirnya. 

Sama-sama kita sama
Rindu sama kasih pun sama
Sama rasa sama jiwa
Ukiran cinta sama setia

Mana kasih ku
Mana sayang ku
Mana kata-kata yang selalu ku
Tunggu

Hanya wajahmu
Dalam mataku
Hanya namamu ada dalam
Hatiku

Kasihku takkan berubah
Meskipun ramai mencoba
Hatimu kan ku jaga
Selama-lamanya

Kasihku jangan berubah
Meskipun ramai menggoda
Ku tahu kau di sana
Kan selalu mencinta
Kerna hati kita sama

Cah senyum lebar. Rasa nak menangis dan tersengih pada waktu yang sama. Bila engineer suara katak menyanyi, mau ribut sekolah rendah ni. Acap bersalam dengan Cikgu Hazruqi sebelum dia turun mendapatkan Cah, “Suprise!!”
Cah ketawa. Dia rasa hari ni hari dia paling gembira! Wajah Acap nampak penat gila tapi matanya penuh kasih sayang yang dia tahu, miliknya, “Bila abang sampai?”
“Pukul lima pagi tadi. Dari KLIA, abang terus ke sini. Berlatih lagu tadi tu dengan Cikgu Hazruqi. Abang plan benda ni sebelum abang pergi Australia hari tu. Nasib baik Cikgu Hazruqi nak tolong abang.”
Cah mengeluh lalu pipi Acap dia pegang, “Abang nampak sangat penat. Patutnya abang balik terus aje ke rumah dari KLIA, tak payah nak buat kejutan macam gini.”
“Abang rindu Cah,” cukup dengan tiga perkataan itu, Cah faham. Penat macam mana sekalipun, hati Acap takkan mampu tenang selagi tak nampak wajah Cah.
“Selamat hari raya, abang!” Cah tiba-tiba tunduk mencium tangan Acap. Dia sebak. Suaminya yang sebelum ini dia nampak penuh dengan kekurangan sebenarnya punya banyak kelebihan, “Cah mohon ampun, zahir dan batin dengan abang. Tambah dengan apa yang berlaku pada bulan puasa hari tu, banyak dosa dan salah Cah pada abang.”
Acap angkat dagu Cah dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuknya. Air mata yang bertakung di mata Cah dia kesat lalu dia kucup mata Cah, “Semua sudah abang maafkan, sayang. Sejak dari awal kita bernikah. Semuanya abang maafkan, zahir dan batin.”
Cah ukir senyum. Tangan Acap dia genggam erat, bagai tidak mahu dilepaskan lagi, “Abang nak makan apa? Jom makan dekat kelas Cah. Ada Munirah. Hah, cakap pasal Munirah! Dia join pakatan abang, ya?”
Acap ketawa, “Dah abang bagi duit raya RM50, takkan dia tak nak masuk pakatan pak su dia.”
Cah mencebik, “Abang, Cah ada satu permintaan.”
“Apa?”
“Lepas ni, jangan menyanyi dah tau? Suara abang tak sedap!” Cah ketawa.
“Amboi, baru tadi minta maaf, kan?”
“Kata dah maafkan!” Cah jeling Acap.
Acap ketawa lalu kepala Cah yang berlapik tudung dia usap, “Bukan dah maafkan. Sentiasa maafkan.”
Cah senyum. Walaupun mereka hanya dapat beraya bersama-sama pada raya ketujuh belas, Cah sudah rasa sangat bersyukur. Walaupun dah terlewat, sekurang-kurangnya Acap sudah ada di sisinya. Bukankan itu lebih bermakna bagi seorang isteri? Acap mungkin tak sempurna, tapi dia tetap terbaik untuk Cah dan Cah dah tak mahu yang lain. Cukuplah Acap seorang!

TAMAT

p/s: yeay! dah tamat! hah, siapa yang marah sangat si Acap tu? hahaha! Acap sweet kot! Oh, by the way, lirik lagu tu ciptaan ayah Encik Mimpi, kalau nak dengar boleh pi youtube Encik Mimpi dan cari lagu SAMA :). Dan terima kasih Aryssa Najwa, my twin for the cute cover :)

20 comments:

  1. dh x mrah dh kt acap .. happy ending

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay! acap dah disayangi semula. hahaha

      Delete
  2. mula 2 memang rasa nak marah acap sebab tak sensitif hati cah tapi apa yang dia buat nak pujuk cah tu buat ai terharu....sweet. ada hikmahnya perkara ni jadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sebenarnya akan rasa marah aje dekat si kicap tu eh acap! sebab dia tak cuba faham apa yang cah nak. biasalah baru kawen, phase kenal hati budi lagi kata orang :)

      Delete
  3. Raya ke 17 tu.kesian ke cah.hehehe.
    Suka cite cik penulis.teruskan menulis n selamat hari raya maaf zahir n batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...kesian cah, kesian acap...pengajaran buat mereka supaya tidak sia-siakan ramadan mereka denga pergaduhah.hehe

      Delete
    2. oh, selamat hari raya maaf zahir batin jugak :)

      Delete
  4. pancaroba dunia orang baru kahwin gitu ahhh... selalu ada miss understanding n miss communication! oppsss... komen mcm org baru khwin.. kekkee... nice one wa! labayu muah..

    bkn semua org mampu menikmati ramadan sebaiknya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi, komen macam ada pengalaman. hahaha! thank you sara. lebiu too. hehehe <3

      betul, ramadan ni kalau terleka...dia pergi macam gitu aje. dah tak boleh berpaling nak pandang dia dah. tunggu dia datang tahun depan ajelah.

      Delete
  5. alo...aloooo suwiiitttnya...

    sentap weiii br kahwin dah busy ngn kerja.
    Tahniah najwa... best story...

    nextt....

    ReplyDelete
  6. graf perasaan asyik trun naik bila bca n3 kali ni...tp mmg best! sy sukee... :D

    ReplyDelete
  7. berkecamuk perasaan baca. marah, sedih, happy semua ada. hahaha.
    acap ni saje je tau. Nasib sweet. Cah jangan sedih2 dah eh. Hehehe.

    ReplyDelete
  8. bila baca semua perasaan keluar... marah, sedih, suka... swettt... ni baru namanya rempah ratus kehidupan berumahtangga... semua org x sempurna sebab tu kita kena sling melengakapi biar dia nampak sempurna... besttttt

    ReplyDelete
  9. Mmg x pnah mengecewakan..thanks najwa :-) best sgt..sy dah ulang 2 kali bca..hehe
    mga cah & acap kekal bahagia smpai syurga<3

    ReplyDelete
  10. Wawa awat la si aleya gedik turn pn nk nyibuk gak...hahaha

    ReplyDelete
  11. Nmpk benor cik writer ni mmg minat kt en mimpi ye..btw smue cerpen cik writer mmg sweettt... Best sgt2..

    ReplyDelete
  12. perghhh...tetiba teringat dgn acap. tp acap aku bkn engineer tp qs. haha. btw, i'll give 10/10.

    ReplyDelete