Thursday, 7 August 2014

[CERPEN RAYA SPECIAL] Buka Hati Untuk Dia

Aku sengih saja bila Juwa menjeling aku apabila nenda membebel kepadanya dari tadi. Bukan tak nak membantu tapi nenda kalau tengah membebel, jangan dikacau, nanti tak pasal-pasal sampai ke waktu berbuka dia membebel.
"Ha, apa yang kamu jeling-jeling? Elok sangatlah menjeling pada suami macam tu?"
Juwa menikus. Aku hela nafas. Kesian pula tengok Juwa dibebel. Tak tahulah kenapa, sejak aku menikah dengan Juwa dulu sampai dia dah dapat cicit sorang, nenda sangat tak ngam dengan Juwa. Tak tahulah di mana silapnya. Kadang-kadang di depan sanak-saudara, relaks saja nenda memarahi Juwa. Juwa selalu kata yang nenda jadi begitu kerana kami ni tidak sekufu. Bak kata Juwa, 'Abang anak raja, Juwa rakyat marhaen. Mana boleh jalan seiring.'
Padahal aku bukanlah berdarah diraja pun. Bonda saja berpangkat tengku, sedangkan ayahku bukan golongan diraja. Aku menggeleng kepala, kesian pada Juwa, "Nenda, jelingan Juwa itulah yang buat Faris jatuh suka."
"Kamu jangan nak membela sangat isteri kamu ni. Apa nenda cakap, semuanya untuk kebaikan kamu juga...." dan nenda terus memulakan tazkirahnya mengenai hukum-hakam rumahtangga kepada kami berdua. Aku nak buka mulut, nak menghentikan bebelan nenda namun isyarat mata Juwa yang menyuruh aku diam, terus aku tak jadi nak bersuara. Penyudahnya, aku dan Juwa dibebel hingga petang menjelma.

"Siapa yang hiris timun kasar-kasar ni? Mana sedap nak makan laksa kalau timun dihiris macam ni!" Suara nenda yang lantang dari dapur buat aku mengeluh. Nenda mula lagi.
"Aku pantang sungguh orang yang tak reti buat kerja rumah ni! Baik tak usah jadi perempuan!" Mendengar suara nenda yang semakin tinggi nadanya buat aku resah. Setahu aku, yang hiris timun tu tadi isteri aku, Juwa! Ah, sudah!
"Siapa yang hiris timun ni, bik?" Suara nenda naik satu oktaf lagi.
"Kenapa abang terhendap-hendap kat tangga ni?" Bahuku ditepuk dari belakang membuatkan aku tersentak. Bila aku berpaling, Juwa sedang berdiri elok di belakangku.
"Juwa ke yang hiris timun untuk laksa?"
Juwa mengangguk.
"Siapa?!" Suara nenda yang semakin tinggi membuatkan kami berdua sama-sama tersentak.
Juwa pandang aku lalu dia tuding jari kepada wajahnya, "Nenda tanya pasal orang yang potong timun tu ke? Dia tanya pasal orang ke?"
Aku mengangguk.
Juwa hela nafas lalu dia ukir senyum, "Here goes nothing."

Juwa menunduk saja. Mulut nenda masih tak henti-henti berkicau. Sesekali aku pandang Juwa. Kesiannyalah isteriku ini. Sepupu-sepupuku semuanya ikut menunduk cuma dua tiga saja yang berani. Yang berani tu semuanya kroni nenda. Memandang Juwa dengan senyuman sinis. Cis!
"Bonda, sudahlah tu! Dah dekat waktu berbuka pun. Takkanlah sebab ulam timun tu bonda nak membebel tak sudah-sudah," bondaku bersuara, mahu menghentikan bebelan nenda pada Juwa.
"Kamu apa tahu, Safiah?! Selera aku terbantut tahu nak makan laksa. Hilang selera aku! Tak pandai memasak tapi nak tunjuk pandai! Macam gitulah!" Nenda menjeling Juwa, tajam. 
Aku merengus lalu aku genggam tangan Juwa, "Apa yang nenda tak puas hati sangat dengan Juwa? Kalau Juwa tak buat kerja, nenda kata dia pemalas. Kalau Juwa buat kerja, nenda condemn semua kerja yang dia buat. Nenda nak apa sebenarnya? Kesempurnaan? Nenda pun tak sempurna mana, nenda."
Juwa tepuk tangan aku, "Abang..."
"Baguslah tu! Dah pandai melawan cakap nenda kan, kamu sekarang! Siapa ajar? Si Juwalah kan?!" Nenda dah berdiri.
Aku hela nafas lalu aku pandang bonda, "Bonda, Faris dengan Juwa nak berbuka di luar. Tolong jagakan Faliq, ya?"
Bonda aku mengangguk dan tanpa kata, tangan Juwa aku tarik. Sungguh aku geram pada nenda. Apa lagi yang harus kubuat supaya nenda menerima Juwa apa adanya dia? Bagaimana harus kubuka hati nenda untuk Juwa?

Aku melangkah ke arah Juwa dengan dua bungkus roti ikan bilis, sebotol air mineral dan dua tin air cincau. Aku duduk di sisi Juwa yang kelihatan termenung jauh.
"Tengok apa?"
Juwa menggeleng lalu dia rebahkan kepalanya dibahuku, "Juwa ni cucu menantu yang teruk, kan?"
"Tak pun. Juwa cucu menantu yang paling baik nenda ada tahu? Nenda aje yang tak sedar."
"Abang..."
"Hmm...?"
"Tak baik abang tinggikan suara pada nenda tadi. Mesti nenda terasa. Berdosa, abang. Kita balik nanti, abang minta maaf terus pada nenda, ya?"
Aku mengangguk. Roti bilis aku hulurkan kepada Juwa dan dia sambut dengan senyuman. Kenapalah nenda tak boleh nak jatuh suka pada Juwa seperti mana aku jatuh suka kepada Juwa?
Seruan Azan yang berkumandang menandakan masuknya waktu Maghrib. Lantas aku segera membaca doa sebelum aku dan Juwa sama-sama menjamah roti di tangan.
Dalam hati aku bertekad, aku akan buat nenda buka hatinya untuk Juwa. InsyaAllah!

Aku dan Juwa pulang ke rumah nenda sebaik sahaja kami selesai menunaikan solat tarawih di surau berdekatan rumah bonda. Selepas berbuka puasa tadi, kami berdua terus ke surau. Langsung tidak pulang ke rumah nenda.
Aku genggam tangan Juwa, memberikan kekuatan. Sedari tadi dia senyap, tak cakap apa-apa.
"Juwa...?"
"Hmm?" Juwa pandang aku.
"Kenapa senyap?"
Juwa senyum tawar, "Juwa takut..."
"Everything will be fine. Abang kan ada?" 
Juwa mengangguk lantas dia mengeratkan genggaman tangan kami.
"Amboi, berasmaradana pula korang kan?" Suara dari depan buat aku terkejut. Sepupuku, Puteri Aleya memeluk tubuh di pintu besar. 
"Kau kenapa?" Aku jungkit kening pada Aleya.
"Kita ada mesyuarat keluarga. Isteri kau tu, kau letak dalam bilik! Dia tak termasuk dalam mesyuarat kita," dan dengan jelingan, Aleya terus masuk ke dalam rumah semula.
"Jomlah masuk! Nanti apa pula kata nenda," Juwa senyum.
Aku hela nafas, "Nanti Juwa duduk dengan abang. Jangan naik atas. Kalau kata mesyuarat keluarga, Juwa pun mesti turut serta."
"Tapi..."
"Selagi jari jemari kita ni bertautan, selagi maut tak memisahkan kita, Juwa isteri abang. Dan Juwa adalah sebahagian dalam keluarga abang yang pelik dan banyak kerenah ni," bidas aku, panjang sebelum Juwa mula bersuara.

"Kamu buat apa dekat sini?! Naik atas! Aku tak nak tengok muka kamu," nenda tiba-tiba menjerkah Juwa saat dia duduk di sisi aku.
"Dia isteri Faris," aku tegaskan suara tapi masih dalam nada yang lembut.
"Aku nenda kamu!"
"Dia menantu saya, bonda. Keluarga saya. Dia patut ada di sini!" Bonda tiba-tiba bersuara. 
Nenda akhirnya merengus, kemarahan! "Baguslah! Semua orang dalam rumah ni dah pandai melawan cakap aku! Dah pandai membantah aku! Itulah aku tak suka keturunan kita ni bercampur! Habis semua orang dalam rumah ni rosak!"
Aku hela nafas. Nenda ni!
"Dahlah dengan ayah long kamu tu tak tahu nak balik langsung sejak kahwin dengan janda anak tiga tu! Tambah sejak si Akil tu kahwin dengan anak si janda tu! Macam tak ada orang lain nak dikahwinnya. Nak juga dengan anak janda tu!" Mulut nenda masih berkicau. Sekarang pasal sepupuku pula. Si Akil tu! 
"Dah jodoh Akil dengan Aina, bonda. Lagipun bonda yang tak bagi keluarga along balik ke rumah bila along buat keputusan nak kahwin dengan kak Aisyah," mak ngah bersuara, membela keluarga ayah long. 
"Kamu pun nak melawan cakap aku, ngah? Kamu nak melawan cakap bonda kamu ni?! Sebelum kamu nak nasihatkan aku, kamu suruh anak kamu si Aleya tu menikah dulu! Umur dah lanjut, tapi tak kahwin-kahwin! Nak tunggu jugak si jurutera kampung tu? Kenapalah kamu semua ni pilih orang-orang kebanyakan jadi pasangan kamu? Dah tak pandai memilih yang mana permata, yang mana kaca?" Nenda membebel lagi. Kali ni Puteri Aleya pula kena. Kan dah cakap, kalau ada sesiapa yang mengganggu proses bebelan nenda, pasti orang tu pula kan menjadi mangsa seterusnya.
"Sudah-sudahlah tu bonda! Itu kan jodoh ketentuan Allah. Siapa kita nak menafikan hakNya?"
Nenda merengus! Masih marah nampaknya. Aku pandang Juwa. Juwa tersenyum manis, seperti selalu seolah-olah kata-kata nenda itu tak berbekas di hatinya. Ya Allah, bantulah aku buka hati nenda untuk terima isteriku...

"Faris, nanti temankan bonda ke pasar ya? Petang ni bonda nak buat nasi kerabu."
Aku mengangguk lalu aku pandang bonda yang sedang menyusun bunga di dalam pasu, "Bonda..."
"Ya?"
"Apa yang Faris patut buat supaya nenda boleh terima Juwa?"
Bonda tersenyum tawar, "Hati nenda tu keras. Kalau hubungan bonda dan ayah kamu pun masih dia persoalkan sampai sekarang, inikan pula hubungan kamu. Ayah Faris pernah nak ceraikan bonda kerana dia tak nak nenda terus menekan bonda tentang hubungan kami tapi dia tak lakukan kerana kasih sayang kami kuat. Bonda tak tahu nak nasihat Faris macam mana sebab hubungan bonda dan ayah juga masih tidak mendapat restu nenda. Bonda cuma boleh pesan kepada kamu untuk tidak berputus asa. Walau apa pun jadi, jangan pernah lepaskan Juwa dan teruskan berdoa kepada Tuhan supaya hubungan kamu direstui nenda nanti."
"Nenda tak suka ayah?" Spontan aku bertanya pada bonda.
"Entahlah, Faris. Bonda pun tak tahu."
Aku mengeluh. Mungkin nenda memang tak suka pada ayah. Kalau tidak, masakan ketika ayahku meninggal, nenda tak hadir. Kerasnya hati seorang Tengku Mustika rupanya...

"Bonda, nanti beli ikan siakap tu ya? Faris teringin nak makan masak tiga rasa," aku tersenyum bila bonda menggeleng.
"Semuanya Faris teringin. Faris mengandung ke apa?" Bonda melangkah meninggalkan aku.
Aku pula terkaku. Keras di tempatku berdiri. Mengandung? Takkanlah Juwa...
Tak sempat aku nak habiskan ayat di dalam mindaku, telefon bimbitku berlagu di dalam poket seluar jeans. Saat aku melihat skrin telefon bimbitku, bibirku menguntum senyum. Juwa! Panjang umur!
"Hello? Assalamualaikum!" Aku hulurkan salam dengan nada paling ceria yang aku pernah bagi.
"Abang!" Suara Juwa yang kuat mengejutkan aku. Aik, bagi suara ceria pun kena marah ke?
"Abang...! Abang kat mana?! Nenda, bang... Nenda! Tolong!" Suara Juwa yang resah, kelam-kabut dan aku dapat dengar esakkan Juwa.
"Kenapa ni? Nenda halau Juwa keluar rumah ke?" Aku bersuara, serius! Kalau betul nenda buat macam tu, memang melampau!
"Bu.. bukan... nenda tak halau Juwa."
"Dah, kenapa menangis ni?"
"Nenda... nenda jatuh tangga. Darah banyak. Juwa takut!" 
Ya Allah! Nenda! "Juwa kat mana ni?"
"Dekat hospital. Juwa telefon ambulans. Abang... datang sini, Juwa takut..." dan esakan Juwa makin kuat.
"Tunggu situ! I'll be there!"

Ketika aku sampai, semua orang sudah ada di situ. Bonda bingkas mendapatkan nenda yang kepalanya berbalut. Macam mana nenda boleh jatuh ni?
"Faris, aku nak cakap dengan kau!" Luqman, membuat isyarat mata kepada pintu bilik nenda. 
"Jomlah!" Aku melangkah mendahuluinya keluar dari bilik nenda. Kami mengambil tempat di bangku di luar bilik nenda, "Kenapa?"
"Macam ni... bukan niat aku nak menuduh tapi semua orang pun berpendapat yang sama."
"Apa kau cuba cakap ni?" Aku jungkit kening.
"Tadi waktu kau pergi pasar dengan bonda kau, siapa yang tinggal kat rumah? Aku tahu orang lain dah keluar. Jadi siapa yang tinggal?"
"Nenda dengan Juwa dan bibik. Apa kau nak sampaikan dekat aku ni?"
Luqman kulihat hela nafas panjang sebelum menepuk bahuku, "Aku dengan yang lain bukan nak tuduh tapi kami syak Juwa tolak nenda. Tak mungkin nenda boleh terjatuh tangga, Faris. Nenda tu manusia paling kuat dalam keluarga kita."
Aku tersentak, "Kau jangan cakap bukan-bukan. Setiap apa kau cakap tu, kalau salah dah jadi fitnah, Luqman."
Luqman hela nafas, "Betul tapi kau fikir sendirilah. Tak mungkin nenda boleh jatuh dengan kuat, melainkan ada yang menolak."
Aku tersandar di kerusi. Luqman mencekak bahu aku, kejap sebelum bangun meninggalkan aku. Tak mungkin Juwa buat macam tu.
Tapi... ada kemungkinan juga Juwa yang buat tapi kenapa? Takkan sebab tak tahan dibebel nenda? Ya Allah, Faris! Jangan mudah terpengaruh dengan cakap-cakap orang!

Pintu dibuka dari luar. Serentak semua orang mengangkat wajah memandang pintu. Juwa melangkah masuk dengan wajah sugul. Puteri Aleya bangun dan menarik tangan Juwa dekat dengan katil nenda, "Puas hati kau, kan? Nenda dah terlantar macam ni?! Puas kau kan?!"
"Tak... Juwa tak..."
"Kau pergi mana tadi? Lari dari semua orang sebab takut orang tahu kau tolak nenda?"
"Juwa pergi surau! Sumpah, nenda jatuh sendiri! Bukan Juwa tolak!" Berkali-kali Juwa bersuara, menafikan sebelum dia memandang aku, "Abang, tolong Juwa! Bukan Juwa!"
Aku meraup wajah. Nafas aku hela. Aku dekati Juwa dan Puteri Aleya lantas tangan Juwa aku rentap dari pegangan tangan Puteri Aleya, "Dia isteri aku! Biar aku handle!"
Tangan Juwa aku tarik keluar dari bilik nenda. 
"Abang, sakit..." adu Juwa, perlahan.
Tanpa mempedulikan aduannya, aku tarik dia sampai ke keretaku, "Masuk!"
Juwa pandang aku dengan wajah keliru, "Pergi mana? Nenda kat dalam lagi."
"Balik!"
"Tapi..."
"Kita balik! Nenda kalau nampak muka Juwa, lagi sakit nenda nanti!" Balas aku, dingin.
"Abang...?" Juwa tarik aku mengadapnya, "Apa maksud abang ni?"
"Kenapa Juwa buat nenda macam tu?"
"Hah?!"
"Kenapa Juwa tolak nenda?"
"What?! Abang pun percaya cakap Puteri Aleya tu?!"
"Nenda tak mungkin jatuh tangga tiba-tiba melainkan ada yang menolak! Juwa ke tolak nenda? Jujur dengan abang!" Bahu Juwa aku goncang berkali-kali.
"Abang gila ke?! Juwa ni waras lagi tau! Tak mungkin Juwa tolak nenda! Apa motif Juwa pun nak tolak nenda?" Dia meninggikan suara.
Aku angkat bahu sebelum memandangnya, tajam, "Sebab Juwa berdendam dengan nenda! Juwa kan selalu kena bebel dengan nenda, Nenda kan tak suka hubungan kita. Itu motif Juwa!"
Juwa tekup mulut sebelum berundur beberapa langkah menjauhi aku. Air matanya menitis tiba-tiba. Aku cuba mendekati dia sebelum dia mengangkat tangan meminta aku berhenti, "Don't! Jangan dekat dengan Juwa!"
Langkahku terhenti. Entah kenapa, aku tak sedap hati melihat tangisan Juwa.
"Juwa ingatkan abang akan sentiasa di sisi Juwa. Bila orang lain kata bukan-bukan tentang Juwa, Juwa ingat abang akan bela Juwa tapi tak. Yalah, siapalah Juwa dengan abang? Abang anak raja, Juwa rakyat marhaen! Pipit mana boleh terbang bersama enggang. Tak padan!" dia tersenyum sinis lantas menggeleng sebelum berlari meninggalkan aku di tempat parking.
Aku tersentak. Tak sempat nak menahan langkah Juwa. Aku raup muka. Apa aku dah buat ni?!

Aku melangkah masuk ke bilik nenda dengan penuh kekesalan. Bukan niatku nak menuduh Juwa. Aku sebenarnya geram dengan Puteri Aleya dan sepupuku yang dari tadi menghentam Juwa di depanku sebelum Juwa masuk ke bilik nenda. Sayangnya geramku pada mereka, aku lepaskan pada Juwa. 
Masuk saja dalam bilik nenda, mataku terus bertemu dengan mata nenda. Nenda dah sedar? Alhamdulillah! 
"Hah, kamu tegak berdiri kat situ kenapa? Tak nak jumpa aku?" Nenda bersuara. Sinis macam selalu. Sungguhlah nenda tak ada apa-apa, kalau tidak takkanlah dia boleh bersuara dingin ala Mika.
Aku senyum lalu aku dekati katil nenda, "Nenda macam mana? Sakit lagi ke dahi nenda?"
"Kalau aku dah sedar macam ni, mestilah aku dah sihat! Mana Juwa? Aku dah jatuh tergolek macam ni, dia tak datang melawat pun?" Nenda memerhatikan sekeliling sebelum matanya mati pada wajahku, “Mana isteri kamu?"
Aku mati kata. Aku sendiri tak tahu Juwa ke mana tadi.
“Dia takut nak tunjuk mukalah tu," Puteri Aleya bersuara, sinis. Sempat dia menjeling aku, tajam.
“Kenapa dia takut pulak? Bukan aku bangun-bangun nak membebel dekat dia," nenda merenung Puteri Aleya, meminta jawapan.
“Kan ke dia yang tolak nenda jatuh tangga? Tu yang gelabah itik tu," Puteri Ayesha pula bersuara.
“Kamu semua ni, bulan puasa pun mulut rancak memfitnah? Bila masa dia tolak aku? Aku tiba-tiba pitam waktu nak turun tangga. Dia yang tolong aku, nak harapkan anak cucu...hmm mati dulu aku kat rumah besar tu!" Nenda menggeleng kesal sebelum memandang aku, “Faris, kamu pun tuduh dia ke? Sebab tu dia tak ada kat sini, hmm?"
Aku terkedu. Tebakan nenda, tepat! "Er..."
Nenda menggeleng lagi, "Mana pergilah hati budi kamu semua? Menuduh orang tanpa usul periksa. Semuanya belajar tinggi-tinggi, tapi pemikiran masih di tahap budak pra-sekolah. Malu aku nak mengaku kamu semua ni anak cucu aku!"
Semuanya diam tak menjawab. Pipiku ibarat ditampar berkali-kali. Orang lain pun merah mukanya terutama Puteri Aleya, Puteri Ayesha dan Luqman!

Sebaik saja kereta diparkir di perkarangan rumah, nenda tanpa sepatah kata terus keluar. Sejak dia tahu anak cucunya menuduh cucu menantunya yang seorang itu, mulut nenda tak berkicau macam selalu. Habis membebel yang tadi tu, terus nenda senyap.
"Bonda, mari angah pimpinkan," mak ngah cuba memegang lengan nenda namun nenda merentap tangannya.
"Aku boleh jalan lagi. Tak payah susah-susah."
Semuanya cuma memerhatikan. Tak berani nak bersuara langsung. Menikus aje semuanya.
Aku dekati pintu rumah. Baru nak tekan loceng, pintu rumah sudah dibuka dari dalam. Aku sangkakan Juwa yang membuka pintu namun telahan aku salah. Wajah separuh abad bibik yang terjengul di balik pintu.
"Puan besarnya gi mana? Udah sihat Tuan Faris?"
Aku anggukkan kepala sambil mengukir senyum, "Puan Juwa ada pulang ke rumah?"
Bibik mengangguk kepala namun wajahnya nampak sedikit resah, "Ia, Puan Juwanya ada pulang tapi... tapi..."
"Kenapa, bik?" Nenda dekati aku lalu memandang bibik, tajam.
"Maaf Tuan Faris, Puan Besar! Puan Juwanya udah pergi tadi sama Nak Faliq. Katanya sudah tawar hati mahu duduk di rumah besar ini. Dia juga ada bilang rumah ini besar tapi hati orang yang ada di dalam ini semuanya kecil."
Aku terpempan. Juwa dah pergi?! "Pergi ke mana bik?"
"Nggak tahu, Tuan. Puan Juwa pulangnya nangis-nangis tadi. Udah saya tahan tapi dia terus saja keluar dari rumah."
Tiba-tiba nenda di sebelahku rebah! Tubuhku laju menyambut tubuh nenda. Ya Allah, apa dah jadi ni? 
"Faris?" Bonda bergegas ke sisiku. Ahli keluarga yang lain turut mendekati aku dan nenda.
"Juwa... dah pergi dengan Faliq!" Aku bersuara, rendah.

Hari ini semuanya suram! Nenda tak mahu turun makan di bawah. Tak mahu berjumpa sesiapa! Dia mahukan cucu menantunya yang aku tak tahu ada di mana.
Tadi, aku telefon ibu mentuaku tentang Juwa. Kata ibu, Juwa tidak pulang ke Kedah. Panggilan dari Juwa juga tiada. Nasib baik ibu tidak memarahi aku bila aku ceritakan apa yang terjadi sebenarnya. 
"Faris..." bahuku ditepuk dari belakang lantas aku berpaling.
"Bonda?"
"Masih tak ada berita tentang Juwa?" Bonda duduk di kerusi berhadapan denganku.
Aku geleng lantas aku meraup wajah! "Semuanya salah Faris, bonda! Sepatutnya Faris lebih berhati-hati. I'm not a good husband."
"Semua buat silap, Faris."
"Tapi kesilapan Faris buat ni... belum tentu boleh dimaafkan."
"Sedangkan nabi pun ampunkan umat, Faris," bonda menggosok bahuku.
Aku tundukkan wajah. Dulu aku dah hilang Dhiya dan Aireen dan kini, aku tak mahu kehilangan si dia, si mata sepet kesayanganku. Aku segera bangun dari dudukku.
"Nak pergi mana malam-malam ni?" Bonda turut berdiri.
"Cari Juwa!"
"Kat mana?"
"Yang pasti dia mesti dalam negeri lagi! Tiket bas dah habis kalau dia nak beli sekarang! Nak naik kapal terbang, Juwa penakut! Dia mesti ada lagi kat sini. Faris yakin!"
Bonda menggeleng, "Kalau dia tak ada?"
"Faris akan terus cari dia walaupun Faris tak tahu dia ada di mana," baru aku nak melangkah, ada satu suara menyeruku, "Faris..."
"Nenda..."
"Cari cucu menantu nenda cepat-cepat. Nenda rindu Juwa dengan Faliq. Nenda rindu nak dengar dia menyanyi sambil buat kerja, nenek rindu nak tengok dia masak-masak dengan bibik," ujar nenda sebelum memeluk aku, "Nenda rindu nak membebel pada Juwa. Walaupun nenda suka membebel pada dia tapi nenda sayangkan dia. Dia saja yang betul-betul kisah tentang nenda. Nenda nak beraya dengan cucu menantu nenda, dengan cicit nenda. Cepat-cepat cari Juwa ya, Faris?"
Aku membalas pelukan nenda. Alhamdulillah! Allah dah buka hati nenda untuk Juwa tapi masalahnya, di mana Juwa?

Dari satu hotel ke satu hotel, aku mencari Juwa dan Faliq. Dari hotel cikai ke hotel tahap lima bintang aku mencari mereka namun tidak aku jumpa mereka berdua. Di radio, berkumandang lagu Anugerah Syawal nyanyian Bunkface. 
Baru aku nak tekan butang off pada radio, suara penyampai radio ERA, Adifashla buat aku kembali menarik tanganku.
"Sesiapa yang ada ucapan hari raya ataupun nak minta maaf kepada insan tersayang bolehlah telefon Adi sekarang di 03-95433355 dan sampaikan ucapan anda! Di jam seterusnya kita ada lagu..."
Tak menunggu lama, aku capai telefon pintarku dan nombor telefon yang disebut Adi tadi aku dail!

Lagu Ayuh Tinggalkan Dia berkumandang dari radio. Aku tengok jam di tangan. Hatiku resah. Mataku melilau memandang ke luar kereta. Hujan lebat membuatkan aku melupakan hasrat untuk keluar dari kereta dan mencari Juwa. Tiba-tiba, di radio suara Adifashla sudah kedengaran. Dalam hati aku segera melafazkan doa agar Juwa mendengar ucapanku.
"Hello, siapa di talian?"
"Saya Faris!"
"Ohho! Faris, selamat hari raya!" 
"Selamat hari raya, Adi."
"Okey, Faris. Ucapan Raya ERA nak ditujukan kepada siapa?"
"Saya nak tujukan ucapan raya ERA saya ni khas buat Juwa, isteri saya. Juwa, baliklah rumah nenda semula! Abang dah tak tahu kat mana nak cari Juwa. Walaupun abang tak tahu Juwa dengar atau tidak ucapan abang ni, abang harap sangat ucapan ini sampai kepada Juwa. Nenda rindu Juwa, bonda rindu Juwa dan abang... abang sendiri rindukan Juwa. Pulanglah, sayang."
"Itu dia ucapan dari seorang suami kepada isterinya. Isteri awak merajuk ke, Faris?"
"Er... berlaku salah faham antara kami dan dia pergi bawa diri."
"Alahai, kepada Puan Juwa! Sudah-sudahlah tu merajuk dan pulanglah ke pangkuan Encik Faris kita ni!"
"Er... Adi?"
"Ya, saya?"
"Boleh mainkan lagu Pulanglah dendangan Aishah tak? Khas buat isteri saya."
"Boleh-boleh! Saya doakan isteri Faris pulang semula ke rumah dan dapat beraya bersama Faris semula, ya?"
"InsyaAllah. Terima kasih Adi."
"Sama-sama. Dan sekarang, mari dengarkan lagu dendangan Aishah, Pulanglah khas buat isteri Encik Faris tadi! Teruskan mendengar ERA, Rentak Muzik Terkini!"
Dan lagu Aishah berkumandang di dalam kereta aku. Sungguh, aku malu telefon ERA untuk merayu Juwa tadi tapi... aku dah tak tertanggung rindu dah ni. Juwa, pulanglah sayang....

Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah
Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga
Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia
Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela ( jiwa raga )
Pulanglah kepangkuan ku oh... sayang
Ku menunggu mu di hari raya

Telefon pintarku berbunyi menandakan ada pesanan masuk. Dari Mika!
'Woi, sweet gilak buat ucapan dekat radio! Anyway good luck, bro! Selamat hari raya dari aku, Dhiya dan anak-anak '
Tiba-tiba pipiku terasa panas. Ciskek! Sejak bila Mika dengar radio ERA ni?
Seketika kemudian, satu lagi pesanan masuk. Dari Akil, sepupuku, 'Dude, you are one crazy guy! Apa kau dah buat sampai kena memujuk-rayu dekat radio? Anyway, good luck pujuk Juwa! Kirim salam mak ndak and Juwa (if kau jumpa Juwa balik)'
Aku rasa nak hentak kepala aku kat stereng kereta sekarang! Sumpah, aku rasa aku nak pengsan, bangun semula terus hilang ingatan!
Tak sampai seminit, satu lagi pesanan masuk dan ianya dari Juwa! Eh, dari Juwa? 'Awak ingat habis sweetlah bagi pesanan dekat radio macam tu? Awak ingat senang-senang je hati saya ni nak terpujuk bila awak request lagu pulanglah tu? Tak payah buang masa awak, pergilah balik ke istana awak! Tak payah susah-susah cari saya. Kot nanti saya balik, kena tuduh bukan-bukan lagi. Ingat saya kebal ke nak hadap tuduhan, bebelan keluarga awak? Selamat hari raya!'
Aku mengeluh. Bila Juwa guna saya awak, harus dia TERAMAT marah. Apa aku nak buat ni?

Aku berjalan ke lobi Hotel Permai. Aku tak rasa nak pulang ke rumah nenda selagi aku tak jumpa Juwa. 
"Selamat datang encik, ada buat tempahan?"
Aku geleng kepala, "Tak ada."
"Berapa lama encik bercadang nak tinggal di hotel kami?"
"I'm not sure myself. Bagi bilik single bed, ya?"
"Sure!" Staff yang bernama Lina itu mengangguk, "Sepanjang bulan Ramadan ni, hotel kami ada buat promosi untuk sahur dan berbuka puasa. Untuk sahur, encik boleh turun bermula pukul 4.00 pagi ataupun encik boleh juga order melalui room service."
Aku mengangguk, "Okey."
"Ini kunci bilik encik di tingkat dua. Enjoy your stay here, sir!"
"Thank you," aku menundukkan sedikit kepala sebelum berlalu ke lif yang tersedia di ruang lobi itu. Aku hela nafas panjang. Kat mana Juwa agaknya? 
Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Nombor bonda yang tertera di skrin telefon buat aku tak sedap hati, "Hello?"
"Faris,.. Faris ada kat mana?"
"Ada di Hotel Permai. Kenapa bonda?"
"Dah jumpa Juwa?"
"Belum. Kenapa suara bonda semacam aje ni? Ada apa-apa tak kena ke?"
"Faris, datang hospital dulu ya?"
Jantungku terasa berdegup lebih kencang dari biasa, "Kenapa ni bonda?"
"Nenda...." tangisan bonda tiba-tiba pecah, "Nenda masuk ICU! Tiba-tiba kena serangan jantung! Doktor kata, nenda mungkin tak akan survive! Faris datang hospital, ya? Kalau boleh, bawa sekali Juwa..."
Tak menunggu lama, aku berlari dari lobi ke tempat parkir hotel. Setelah mematikan talian, sebuah pesanan ringkas aku hantar pada Juwa, 'Juwa, where are you? Please respond! Urgent!'
'Why?' Pesananku dibalas.
'Nenda kena serangan jantung. Doktor kata nenda maybe tak boleh survive.’
Seminit kemudian, panggilan telefon dari Juwa masuk ke telefonku, "Juwa, where are you?"
"You're not lying, kan?" Suara Juwa bergetar.
"Sayang, I won't play around with nenda's live."
"Juwa nak jumpa nenda! Juwa kat Hotel Permai. Abang datang ambik Juwa, boleh?"
Hotel Permai?! Aku pejam celik mata. Juwa ada kat hotel ni? Oh ya! Tadi aku tak tanya staff yang bertugas tentang Juwa, Bangangnya kau, Faris! "Juwa turun sekarang. Abang dekat tempat parking Hotel Permai!"
"Sekejap!" Dan talian mati. Dalam hati, aku melafazkan syukur! Alhamdulillah, aku dah jumpa Juwa.

Di dalam kereta, tiada sepatah kata keluar dari mulut kami. Aku nak minta maaf tapi lidahku kelu. Juwa kelihatan risau. Faliq di pangkuannya sudah terlena.
Sesampai saja di hospital, kami bergegas wad unit rawatan rapi tapi di situ, aku dan Juwa saling berpandangan. Tiada seorang pun ahli keluargaku di kawasan menunggu. Takkanlah...
Seorang nurse yang baru nak masuk ke unit rawatan rapi, aku tahan, "Tumpang tanya, nurse! Ada tak pesakit bernama Tengku Mustika dimasukkan ke unit rawatan rapi tadi?"
Nurse itu kerutkan dahinya sedikit sebelum menggeleng, "Setahu saya tak ada pesakit bernama Tengku Mustika dimasukkan ke unit rawatan rapi."
Aku tercengang lalu aku pandang Juwa, "Oh, tak apalah macam tu. Terima kasih."
Juwa pandang aku. Wajahnya marah, "Abang tipu Juwa?"
Aku mengeluh, "Demi Allah, abang tak tipu! Bonda sendiri yang telefon abang tadi."
Juwa merengus, "Telefonlah bonda."
Aku mendail nombor bonda lalu telefon aku lekapkan di telinga. Tak sampai dua deringan, panggilan ku berangkat, "Bonda?"
"Faris..." bonda meraung di talian buat aku tercengang. Juwa turut memandang aku. Sudah pasti dia juga turut mendengar suara bonda meraung.
"Bonda ada kat mana?"
"Faris, balik sekarang!" Suara bonda berganti dengan suara Luqman. Suara Luqman yang kedengaran sengau buat aku tak sedap hati. Aku pandang Juwa. Entah bila, air mata menitis di pipiku. Nenda....
Ku lihat Juwa menekup mulut lantas dia meraih aku ke pelukannya, "Sabar, abang..."

Aku memandu dengan hati yang tak tenteram. Beberapa kali aku dihon pemandu lain kerana cara pemanduanku yang kurang berhemah pada malam ini. 
Sewaktu aku memutarkan stereng untuk masuk ke simpang, tangan kiriku digenggam oleh tangan kanan Juwa, "Sabar, abang."
Hati yang resah tadi tiba-tiba jadi nyaman. Pujukan lembut dengan hanya sebaris kata itu cukup buat aku tenang, "I'm sorry," ucap aku, lembut sambil mataku ini melirik kepada Juwa.
Juwa memandang aku, "Untuk?"
"Untuk tuduhan yang tak berasas abang, untuk kebodohan abang yang tak mempercayaikejujuran Juwa, untuk keraguan abang atas ketulusan hati Juwa. Untuk semua salah abang selama abang jadi suami Juwa. I should have known you better. Hati seorang Juwa, tak sebusuk macam apa yang sepupu-sepupu abang cakap. Hati seorang Juwa sangat mulia, semulia diri Juwa tapi abang senang aje percaya cakap-cakap orang," aku menggeleng, kesal.
Juwa hela nafas, "Juwa mengaku, hati Juwa sangat terguris, sangat terluka dengan abang, keluarga abang tapi..." dia tarik tanganku ke ribanya lalu digenggam erat, "...tapi hati Juwa ni walaupun terguris, terluka, berdarah bernanah, dia tak mampu nak ubah kenyataan."
"Kenyataan apa?"
"Walaupun terluka, hati ini akan sentiasa memaafkan abang sebab Juwa sayang abang, keluarga abang."
Aku membalaskan genggaman tangan Juwa. Kan aku dah kata, hati Juwa ni mulia? "Terima kasih Juwa."
Juwa tersenyum lalu mengangguk!

Rumah nenda kelihatan meriah dengan lampu lip-lap-lip-lap, pelita di lama rumah. Aku pandang Juwa, Juwa pandang aku kembali. Aik, ceria benar rumah nenda malam ni!
"Tadi bonda meraung, kan?" Juwa jungkit kening pada aku.
Aku mengangguk, "Juwa dengar sendiri kan?"
"Tapi..." Juwa gigit bibir.
"Kenapa...?" aku sambung ayat Juwa.
"Rumah..."
"Nenda..."
"Meriah..."
"Ceria..."
"Sangat...?" Kami saling berpandangan. 
Aku tarik tangan Juwa lalu aku menariknya ke pintu rumah. Aku lekapkan telingaku ke permukaan pintu, cuba mencari bunyi bacaan Yasin atau ayat-ayat suci lain. Aku pandang Juwa lalu aku menggeleng.
Tiba-tiba pintu rumah nenda terbuka, luas. Aku dan Juwa sama-sama tercengang. Nenda berdiri di depan kami bersama dengan ahli keluarga kami yang lain dengan senyuman manis, "Dah balik cucu menantu nenda?"
Juwa tekup mulut pandang aku, "Nen... nenda..."
Aku pandang nenda dengan mata yang bertakung dengan air mata, "This is not funny, nenda."
"I'm not trying to be funny," nenda dekati aku dan Juwa yang masih tak melangkah masuk ke dalam rumah, "Nenda cuma nak jumpa cucu menantu nenda, cicit nenda semula. Nenda tahu, dengan penipuan yang macam ni baru dia nak balik tengok nenda, kan Juwa?"
Juwa tunduk. Kedengaran esakan Juwa, "Nenda tak baik tahu menipu! Dosa!"
"Juwa tak mau peluk nenda?" Nenda bersuara, perlahan.
Faliq didukungan Juwa aku ambil, "Nenda rindu Juwa..."
Tak menunggu lama, Juwa memeluk nenda! Erat, "Jangan buat lawak macam ni dah, nenda! Tak kelakar."
"Sayang juga kamu dengan nenda, ya?" Nenda mengusap belakang Juwa, beberapa kali.
"Juwa sayang je dengan nenda. Nenda yang tak sayang Juwa, nenda suka bebel-bebel dekat Juwa," tanpa sedar, Juwa merengek pada nenda seperti dia merengek kepadaku apabila dia merajuk! Comel!
"Siapa kata nenda tak sayang? Juwa sorang saja dalam rumah ni yang kisahkan pasal nenda. Yang tak melawan cakap nenda, yang tak pernah merungut bila nenda suruh itu ini, yang selalu dengar nenda membebel, yang malam-malam masuk bilik nenda minta maaf konon-konon takut layanan Juwa pada nenda terkurang. Cuma Juwa sorang saja yang nak melayan orang tua ni," nenda menangis di bahu Juwa, "Nenda mengaku, nenda memang tak suka bila Faris pilih Juwa tapi lama-lama nenda akur, pilihan Faris memang terbaik. Bila nenda buka mata hari tu, tak nampak Juwa, nenda takut kalau nenda tak sempat nak minta maaf pada Juwa. Nenda sayang Juwa, kalau bukan sebab Juwa mungkin nenda dah tak ada dalam dunia."
Kerana kata-kata nenda itu, semakin kuat esakan Juwa dan aku turut terasa sebak. Dalam diam, aku menguntum senyum. Kata-kata nenda buat aku gembira. Allah akhirnya sudah buka hati nenda untuk Juwa!

Pagi raya,
Aku tak dapat menahan air mata dari menitis apabila aku lihat nenda bersungguh-sungguh menyiram pusara arwah ayahku. Nenda tak pernah benci ayahku cuma ketika ayahku meninggal, nenda terlalu terkejut sehingga menyebabkan tekanan darah nenda naik mendadak. Nenda sendiri kesal kerana tak dapat menghadiri majlis pengkebumian ayahku.
Saat bonda memimpin nenda untuk ke pondok yang berdekatan, aku duduk di pusara ayahku. Tanpa dapat ditahan, air mataku menitis laju. 
"Abang, jangan menangis macam ni. Juwa tak suka tengok abang menangis," Juwa memeluk bahuku sebelum menggosok lembut bahuku, "Yang dah pergi, akan tetap pergi. Kita kena teruskan hidup. Lagipun tak baik meratap macam ni."
Aku tunduk, menyorokkan air mata yang mengalir di pipi, "Ab... abang rindu..."
Juwa kulihat mengetap bibir, menahan sebak lalu dia peluk bahuku lebih erat, "Juwa tahu. Juwa tahu..."
Aku pegang batu nisan milik ayahku lalu aku gosok permukaan batu nisan itu, perlahan-lahan sambil bibir perlahan membaca surah al-Fatihah. Walaupun sudah hampir lapan tahun ayah pergi, perasaan sayu dan sedih itu pasti akan datang menjengah tanpa mengira waktu dan ketika.
"Dahlah tu, abang! Nenda dah tunggu. Jom," Juwa hulurkan tangannya padaku. Bibirku menguntum senyum lalu huluran tangan Juwa aku capai.
Saat aku berdiri setentang dengannya, Juwa mengesat sisa air mata yang ada di mata dan pipiku sebelum dia tersengih nakal, matanya yang sepet semakin sepet, "Tak hero langsung menangis!"
Aku ketawa sebelum pipi Juwa aku tarik, "Jomlah!"
Sesampai saja kami di pondok tempat nenda berehat tadi, nenda menguntum senyum lalu dia capai tangan Juwa.
"Aik? Tangan Juwa aje nenda tarik?"
iNenda mencebikkan bibirnya, "Kamu pergi manja-manja dengan bonda kamu, Juwa nenda kamu jangan kacau."
Ceh, nenda ni! Juwa nenda konon! Ni Juwa Farislah, nenda! Namun dalam aku merungut dalam hati, bibirku tetap terukir senyum.
"Faris nak balik ke kampung Juwa bila?" Nenda tiba-tiba bertanya.
"Esok petang, insyaAllah. Kenapa nenda?"
Nenda senyum lalu dia pandang Juwa sebelum kembali memandang aku, "Nenda teringin sangat nak beraya di rumah Ayah Long kamu. Boleh kamu bawa nenda ke rumah Ayah Long kamu? Nenda nak berkenalan juga dengan cucu menantu nenda yang sana. Mana tahu boleh buat geng macam Juwa."
Juwa ketawa, "Nenda nak pergi bila?"
"Petang ni, boleh?" Nenda pandang aku penuh berharap, "Lagipun nenda dah telefon Ayah Long kamu."
Juwa pandang aku meminta jawapan. Aku menganggukkan kepala, "Boleh, nenda. Nak bertolak sekarang pun, boleh."
Nenda ketawa lalu dia bertanya, "Boleh ke?"
Bonda tiba-tiba buat muka,"Tak boleh! Kita balik rumah dulu. Rehat-rehat dulu, bonda tu baru nak sihat. Jangan nak aktif sangat."
Aku dan Juwa ketawa, "Jomlah, kita balik rumah dulu."
Bonda perlahan-lahan memimpin nenda keluar dari perkarangan kubur. Aku dan Juwa jalan beriringan di belakang nenda dan bonda tapi Juwa tiba-tiba pegang tangan aku.
"Kenapa?"
"Allah dah kabulkan doa Juwa."
Aku pandang Juwa, "Apa doa Juwa?"
"Juwa berdoa supaya Allah buka hati nenda untuk Juwa," dia senyum.
Aku membalas senyumannya lalu aku genggam erat tangannya, "Allah juga dah makbulkan doa abang."
"Apa doa abang?" Juwa pandang aku.
Aku tarik tangannya supaya berjalan bersama denganku sebelum aku memeluk bahunya, "Abang berdoa Allah bukakan hati nenda untuk terima hubungan kita, untuk terima Juwa dan..."
"Dan...?"
"Dan semoga Juwa terus tersenyum macam sekarang."
Juwa ketawa, gembiira, "InsyaAllah, senyuman ini akan terus mekar bila Juwa dengan abang. Abang kan pengukir senyuman Juwa."
Senyuman aku melebar. Kalau abang ini pengukir senyuman Juwa, Juwa adalah bahagia abang. Abang cuma akan bahagia bila abang dengan Juwa dan keluarga kita. Terima kasih Juwa kerana buka hati Juwa untuk abang, terima kasih juga kerana masih mahu maafkan segala kesalahan abang pada Juwa, I love you, Juwa... to the infinity and beyond!

TAMAT

p/s: Thank you Aryssa Najwa for such a beautiful cover :) 

12 comments:

  1. Best sangat...gud job writer.
    Mmg sedih la klau ada di tmpt juwa.
    Mujurlah juwa tabah hadapi karenah keluarga faris
    Berkat sabar akhirnya bahagia

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih :)

      orang yang bersabar, akan dapat rasai kemanisannya di akhirnya :)

      Delete
  2. Rupanya diorang ni semua berkait kan? Mika kawan Faris, Akil sepupu Faris. Adakah Insyirah sepupu Aina? Hehehe

    ReplyDelete
  3. Best sangat2... good job cik writter.

    ReplyDelete
  4. Terbaik... gembira akhirnya
    tahniah...

    ReplyDelete
  5. best sangattttt. sweet je diorang. :D

    ReplyDelete
  6. TT,tiba2 teringat kat buzz lighyear,toy story.....mmg tebaeklah ctr ni

    ReplyDelete
  7. cite dia best..sweet je ~ nurfee

    ReplyDelete
  8. Meleleh air mata baca cerpen ni....

    ReplyDelete
  9. AGEN DOMINO Terpercaya di Indonesia VIPQIUQIU99.COM Merupakan Situs dengan Server Terbaik serta Permainan yang Fair dan Nyata, 200%(NOROBOT). Proses Transaksi Deposit & Withdraw Tercepat dengan Tingkat Keamanan Terpercaya. VipQiuQiu99.com juga Menyediakan 6 Games yang dapat Dimainkan hanya Menggunakan Satu ID :
    - Play Domino99
    - Play AduQ
    - Play BandarQ
    - Play Poker
    - Bandar Poker
    - Capsa Susun
    - Sakong
    Untuk Deposit & Withdraw hanya Rp,20.000
    Member juga bisa mendapatkan Bonus yang sudah kami sediakan yaitu :
    - Bonus Refferal 10%+10% Setiap Jum'at
    - Bonus Turnover 0,3% Setiap Senin
    Untuk Keterangan Lebih Lanjut Atau Jelasnya Silahkan Hubungi Kami Melalui :
    - Live Chat
    - No.Hp (+85570931456)
    - Bbm (2B48B175)
    - Fecebook (VIPQIUQIU99)
    Buruan Bergabung Bersama kami Di VIPQIUQIU99.COM atau Klik Link Kami : https://goo.gl/pAGgYe dan Nikmati Berbagai Permainan Serta Promo yang telah Kami sediakan untuk Para Pecinta Judi Online!!!

    ReplyDelete