Tuesday, 5 August 2014

[CERPEN RAYA SPECIAL] Aina+Akil=Cinta

"Tak boleh!"
Akil raup muka, "Aina, please! Ini kerja abang."
"Aina tahu memang kerja abang tapi Aina tak nak bagi abang pergi! No way!"
"Jangan degil, Aina!" Akil dah berdiri. Penat layan kerenah Aina yang tak pernah mahu faham.
"I can't stand losing my husband! MH17 kena tembak, MH370 hilang entah ke mana! Aina tak nak jadi one of those wives yang hilang suami! Aina tak nak! Tambah ni raya kita yang pertama sama-sama, sebagai suami isteri!"
"Aina, MH17 ditembak, takdir Allah. MH370 hilang, takdir Allah. Itu semua takdir Allah, Aina! Lagipun, bila-bila masa aje abang boleh dijemput Ilahi!" Akil menaikkan suaranya.
"Berhenti jadi pilot, abang. Please!" Rayu Aina sambil memegang lengan Akil. Wajahnya sudah merah tanda mahu menangis. 
"NO! Aina ni kenapa?" Akil rentap lengannya dari pegangan Aina.
"Kenapa abang tak nak faham Aina?" Aina bersuara sambil memandang Akil, sayu.
"Aina tu yang tak nak faham abang!" Akil menuding jari di muka Aina, tanda geram!
Aina tersentak apabila jari telunjuk Akil betul-betul ada di depan hidungnya! Akil dah melampau! Aina menepis jari Akil, "Ikut abanglah! Up to you!"
Tanpa mempedulikan Akil, Aina terus keluar dari bilik. Wahai suami, kenapalah kau tak mahu memahami hati seorang isteri?


"Ai, diam aje suami isteri ni? Selalu kecoh je," mama bersuara sambil mengerling ayah yang duduk di kerusi sebelah. Mereka terdengar tadi, pergaduhan antara Akil dan Aina. Jarang nak dengar mereka bergaduh, selalunya bergaduh-gaduh manja saja. Tapi tadi pergaduhan mereka kedengaran sangat serius.
"Mana ada, ma. Biasa aje," Akil ukir senyum sebelum memandang Aina yang lambat-lambat menyuap nasi ke mulut. Tak betah sebenarnya tak bercakap dengan Aina tapi,,,
"Kakak?" Mama jungkit kening pada Aina yang tunduk saja. Selalu dia banyak berceloteh sewaktu berbuka puasa. Hari ni senyap aje.
"Kakak dah sudah. Kakak naik dulu, ye?" Tanpa memandang sesiapa, Aina angkat pinggannya lalu dia terus ke dapur.
"Angah?" Ayah jungkit kening memandang Akil sebaik sahaja Aina naik ke tingkat atas.
"Angah kerja malam raya. Hari raya keempat baru balik Malaysia."
"Patutlah kakak marah sangat."
"On top of that, dia suruh angah quit jadi pilot sebab insiden MH17 baru-baru ni," Akil mengeluh.
"Kalau macam tu, tak boleh ke cakap baik-baik dengan dia? Dia kan tengah mengandung? Suara angah tadi, tinggi sangat volumenya," ayah menegur, tegas.
"Angah tak sengaja."
"Kakak tu bukan apa. Dia risau, angah," mama memandang Akil penuh simpati. Kesian menantunya ini, pasti berada di dalam dilema.
Akil mengeluh lagi. Dia pandang Azim dan Anim yang memandangnya. Pasti budak-budak ini dengar suaranya yang naik beberapa oktaf tadi.

Dah beberapa hari Aina melancarkan mogok suara dengan Akil. Akil pernah cuba memujuk tapi Aina macam kayu, kerasa saja. Sebelum ni tak adalah susah mana nak pujuk Aina. Pembawakan budak kot.
“Aina..." Akil mengeluh sambil berbaring.
Bunyi pintu dibuka membuat Akil terus duduk tegak. Aina masuk ke bilik lalu almari dibuka. Uniform juruterbang milik Akil ditarik keluar.
“Aina?" Akil pelik dengan tingkah laku Aina.
Aina tak berpaling sebaliknya di terus ke papan penggosok.
“Aina?"
“Abang fly esok, kan?" Perlahan Aina bersuara.
Akil terdiam. Aina tiba-tiba berpaling dan terus dia renung Akil, “Janji dengan Aina..."
Akil diam, memberi ruang Aina menyambung bicara.
“Janji dengan Aina, you'll be back. Safe and sound," ada air mata bertakung di kolam mata Aina.
Akil tak menunggu lama lantas tubuh Aina ditarik ke dalam pelukan.
“Abang tak boleh janji. Andai Allah nak tarik nyawa abang, dia akan tarik juga sayang."
Aina membalas pelukan Akil. Tersedu-sedu dia menangis di dalam pelukan Akil, “Just be safe, abang."
“InsyaAllah..." Akil mengetatkan pelukannya. Dia sendiri takut. Tapi di depan Aina, dia harus berani. Dia tak nak tunjuk pada Aina dia juga takut. Andai Aina tahu, pasti Aina lebih berat mahu melepaskan dia pergi. Dia perlu lakukan sesuatu!

"Aku tak surelah, Akil. Apa-apa nanti aku akan inform kau balik macam mana," suara di talian sana buat Akil mengeluh.
"It's okay! Thank you bro for your help! Apa-apa, kau inform aku semula ya?" Ujar Akil sebelum berpamitan dengan rakannya di talian. 
Dia mengeluh! Tak tahulah kenapa dari awal dia tak cuba menukar jadual penerbangannya dengan mana-mana rakan yang lain. Akil mengeluh lagi. Macam mana ni?
"Abang...?" Akil tersentak sebelum berpaling kepada Aina yang terpisat-pisat mengesat mata.
"Ya, sayang."
"Kenapa tak tidur lagi?"
"Abang terjaga. Alang-alang dah terjaga ni, abang cadang nak buat solat tahajud," balas Akil. Memang dia terjaga pun sebab Rajesh telefon dia tadi.
Aina mengangguk lalu dia mengikat rambutnya, tinggi, "Aina nak solat sekali dengan abang, boleh?"
Akil mengangguk, "Aina pergi bersihkan diri, ambil wuduk dulu."
Tak menunggu lama, Aina terus bergerak ke bilik air. Akil tunduk memandang telefon pintarnya. Semoga Allah mudahkan segalanya...

“Ya Allah, kakak! Kenapa sampai hiris jari ni?" Mama terus tarik tangan Aina yang pegang pisau.
Aina tersentak. Darah yang menitik di atas papan pemotong dia renung tanpa rasa.
”Habis luka, kakak fikir apa ni?" Mama mengelap jari Aina yang masih berdarah dengan tisu basah.
“Aduh, ma! Sakit."
“Tahu pun. Lain kali termenung lagi. Fikir apa, tak tahulah," mama menggeleng kepala, “Dah. Pergi naik atas, cuci luka tu."
Tanpa kata, Aina melangkah meninggalkan ruang dapur dan terus dia atur langkah ke biliknya di tingkat atas.
Aina buka first aid kit lalu plaster diambil. Darah yang masih mengalir dari luka, dia keringkan dengan kapas.
“Kenapa jari tu?" Akil yang baru habis mandi, bertanya.
“Luka. Nak hiris bawang, tak sedar terhiris jari sendiri," Aina ketawa, hambar.
“Teruk ke?" Akil duduk di sisi Aina. Wajah beriak kerisauan.
“Sikit je. Tampal plaster, okeylah," tanpa nada, Aina bersuara.
“Aina, tolong jangan jadi macam ni. Abang serba-salah sangat. Please, sayang," Akil capai tangan Aina.
“Tak payahlah serba-salah. Aina okey je. Abang pergilah siap-siap. Aina nak tolong mama kat bawah," Aina ukir senyuman pada Akil. Pipi Akil diusap perlahan sebelum dia bangun untuk berlalu.
Tapi tak sempat dia nak bergerak, Akil lebih laju memeluk dirinya dari belakang, “I'll be back, Aina. I'll be back."
Aina angguk kepala, “Of course you will. I know you will be back."
Lama mereka dalam keadaan seperti itu sebelum Aina leraikan pelukan dan dia terus berpaling mengadap Akil, “Cepat bersiap, Kapten Akil."
Akil senyum lalu mengangguk. I will be back, Nurul Aina...

Takbir raya sudah berkumandang di corong radio dan kaca televisyen. Aina tekun memasukkan kuih di dalam balang. Tanpa sedar, dia mengeluh. Baru sejam yang lepas Akil pergi, hati dia sudah rindu. Teringat dia tadi. Akil menyanyi lagu Encik Mimpi, Rindukanlah sebelum van putih milik syarikat penerbangan Akil datang menjemputnya di rumah. Walaupun suaranya tak sedap dan nyanyiannya sumbang-mambang, Aina tetap terharu.
“Kakak, janganlah sedih-sedih. Angah tu pergi tak lama. Lagi dua tiga hari, dia baliklah,“ Anim memeluk bahu Aina sebelum menggosok bahu kakak kesayangannya itu. Sedihnyalah tengok kakak macam gini.
Aina senyum. Itupun kalau dia balik, Anim. Kalau dia tak balik? Ada air mata memenuhi kolam mata Aina namun dia tahan. Dia dah janji dengan Akil takkan menangis. Jadi, dia tak nak menangis.
“Ya Allah!" Jeritan mama di ruang tamu mengejutkan Aina dan Anim. Tiba-tiba Aina rasa tak sedap hati. Takkanlah...
“Kakak, cepat kakak!" Azim tarik tangan Aina yang terkaku. Entah bila Azim masuk dapur, mereka langsung tak sedar. Anim di sisi Aina turut terkaku. Apa dah jadi ni?
“Nak pergi mana?" Nada suara Aina bergetar.
“Angah... Cepat kakak!" Azim menggesa Aina yang masih keras di tempat duduknya.
Angah? Akil? Kenapa dengan dia? Tangannya dia rentap dari pegangan Azim dan dia laju keluar dari dapur. Di ruang tamu, dia terkaku. Air matanya mengalir laju.


Akil tersenyum memandang Aina yang tegak berdiri di tengah-tengah ruang tamu, “I'm back!"
Tak menunggu lama, Aina berlari mendapatkan Akil yang masih lengkap beruniform, “Kenapa? Macam mana?"
“Rajesh volunteer untuk gantikan tempat abang tapi dengan syarat Deepavali nanti, abang pulak kena gantikan dia,"Akil sengih lantas dia meraih Aina ke dalam pelukannya, “Selamat hari raya, Nurul Aina."
Aina membalas pelukan Akil, “Selamat hari raya, Tengku Akil Hanif."
“Woi, nak drama-drama pergi masuk biliklah!" Aiman yang baru sampai ketawa di pintu masuk. Pelukan Akil dan Aina terlerai.
“Sibuklah, along!" Serentak Akil dan Aina bersuara.
Aiman tarik muncung panjang. Akil ketawa sebelum kembali menarik Aina ke pelukannya. Dalam hati, Aina melafazkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kurnianNya di malam raya ini. Alhamdulillah...

Akil senyum bila Aina membetulkan letak baju melayu di badannya. Wajah Aina sejak dia tak jadi terbang semalam sangat berseri! Umpama model berjalan di runaway dan semua cahaya spotlight menghala ke wajahnya.
"Aina sangat happy!" Ayat penyata ni!
Aina jungkit kening pandang Akil, "Kenapa?"
"Dah lama tak nampak muka Aina berseri macam gini. Senyuman Aina pun dah lama abang tak nampak terutamanya sejak abang cakap abang kena kerja malam raya."
Aina terus ukir senyum. Lebar! "Macam ni ke?"
Akil ketawa! Cheeky! "I'm glad my Aina dah datang semula."
"Aina minta maaf, abang!" Aina mencium belakang tangan Akil, lama, "For everything I have done and said. Tambah-tambah apa yang jadi beberapa hari lepas. Aina patut lebih faham abang, kerjaya abang."
Akil mengusap belakang kepala Aina, "Abang pun ada salah juga. Dah tahu nak raya, tak atur jadual kerja betul-betul."
Aina senyum, "Lepas ni Aina takkan halang abang punya kerja lagi. Hati Aina tetap risau tapi Aina percaya pada takdir Allah. Aina percaya pada abang."
Akil turut tersenyum, "Dahlah tu. Jom kita turun bawah. Mesti semua orang dah tunggu."
Aina mengangguk sebelum berjalan dengan jemarinya saling bertautan dengan jemari Akil. Tiba-tiba pintu bilik mereka terbuka, wajah Anim terjengul, "Angah! Kakak!"
"Anim, where's your salam?"
"Tak sempat nak bagi salam! Sorry! Ni, ada benda nak cakap ni."
Akil jungkit kening pada Anim, "Apanya?"
"Tengahari karang..." Anim tarik nafas, panjang. Mengatur nafas yang tersekat-sekat dari tadi.
"Kenapa tengahari nanti?" Aina pandang Akil dengan wajah hairan.
"Nenda angah..."
Wajah Akil dan Aina berubah. Nenda? "Kenapa dengan nenda?"
"Nenda nak datang beraya ke rumah kita dengan mak ndak, abang Faris, kak Juwa dan baby Faliq. Nenda cakap dengan ayah yang nenda rindu along, angah dan kita semua. Termasuk Aina, Anim dan Azim!" Azim muncul di belakang Anim sambil tersengih, "Dan..."
"Dan...?" Aina dan Akil pandang Azim, penuh tekun.
"Nenda paling rindu dengan kakak dan kak Syuhada."
Aina mengukir senyum walaupun matanya sudah bertakung dengan air mata, "Alhamdulillah!"
Akil memeluk bahu Aina dan dia menggosok perlahan bahu Aina, "Akhirnya, nenda dah boleh terima kita."
Aina mengangguk dan dia melafazkan kesyukuran terhadap hadiah yang paling bermakna di Syawal ini! Sesungguhnya, inilah Syawal terbaik dalam hidupnya! Alhamdulillah...


TAMAT :)


p/s: tamat satu cerpen! Pheww! Selamat Hari Raya kesayangan semua! Maaf zahir dan batin, ya? Love you all and remember to keep praying for Gaza, Syria and other Muslims around the world. Kita mungkin tak boleh bantu mereka berperang, tapi kita boleh bantu mereka dengan doa. InsyaAllah :)

11 comments:

  1. Akil dan Aina :)
    always make me smile and smile and smile.

    ReplyDelete
  2. #senyumlebar ..best n3... tq cik penulis.. ;D

    ReplyDelete
  3. Terrbaikk!! Hahaha..sangat best dan sweet..
    Can't stop smiling :)

    ReplyDelete
  4. wahhh.. nenda dah mula baik hati.. tapi ayat yang keluar dari mulut dia ttp x brsirim jugak...

    ReplyDelete
  5. Nak lagi nak lagi. Hehe.

    -akuZan-

    ReplyDelete
  6. macam x cukup panjang ja... nak lagi boleh...

    ReplyDelete
  7. Yesss hadiah bulan syawal. Thanks a lot kak najwa-lyana

    ReplyDelete
  8. Dekat mane yg ade pasal nenda tu???
    Ada cerpen akil+aina=cinta kedua kee????

    ReplyDelete
  9. salam kakwa,ni nenda tu watak mane eh????boleh cakap tak?????tak tahu ponnn
    tahu2 azim cakap nenda nak jumpa terus...

    ReplyDelete