Friday, 22 August 2014

Roti Gardenia Sambal Bilis

Zeek duduk di bawah pokok besar yang dah jadi port kegemarannya sejak dia pindah dari Selangor ke Kedah. Sketch book dibuka. Tangan kanannya menggagau beg sandangnya, mencari pensil kayu yang selalu dia gunakan. Yeah! Jumpa! Zeek senyum sebelum dia memandang sekeliling. 
Sepasang pasangan separuh abad yang duduk di bangku yang mengadap tasik buat dia mengangguk. Target dah dijumpai. Pensil kayu mula berlari di atas sketch book. Sesekali matanya memandang ke arah pasangan itu. Tua-tua masih nampak mesra.
“Wah, cantiknya awak lukis!"
Tangan Zeek terhenti terus dari melukis. Dia panggung kepala, melihat gerangan yang menegur. 
Si manusia yang berbaju kurung kapas itu ukir senyum serba-salah, “Er...sorry! Saya ganggu awak, ke?"

Friday, 15 August 2014

[CERPEN RAYA SPECIAL] Misi Cah Mengorat Acap

Cah ketap bibir. Jam di pergelangan tangan dia tengok berulang kali. Bahang matahari buat hati yang panas bertambah panas. Dia mengeluh. Telefon bimbit dia capai lalu speed dial nombor satu dia tekan. Selepas seketika, panggilannya bersambut namun tak sempat dia nak memberi salam, orang di sebelah sana sudah berbisik, keras, "I'm in a meeting, Cah! Later!"
Cah kepal penumbuk sebaik saja si kerek tadi sudah memutuskan talian! Grrr! "Cikgu Solehah?"
"Cikgu Hazruqi," Cah spontan mengukir senyum.
"Tunggu suami ke?" 
Cah sengih tak bersalah, "Taklah, tunggu flight mendarat."
Hazruqi geleng kepala, sedar dia telah dikenakan oleh Cah, "Kalau Cikgu Solehah nak tumpang saya balik, boleh aje."
"Eh, tak apa ke? Tak menyusahkan?"
"Tak apa. Jomlah! Lagipun kita duduk setaman," Cikgu Hazruqi ukir senyum. Sejak mereka berkahwin empat bulan lalu, Cah mengikut Acap berpindah ke sebuah rumah teres dua tingkat di daerah yang sama dengan kampung mereka.
Cah mengangguk, "Kalau macam tu, saya tumpang cikgulah ya?"
Hazruqi mengangguk, "Cikgu tunggu sini dulu, saya ambik kereta kat belakang."
Cah mengangguk sambil tersenyum. Nasib baiklah ada Cikgu Hazruqi. Kalau dia tunggu Acap, entah sampai raya kot Acap tak datang ambik!

Thursday, 7 August 2014

[CERPEN RAYA SPECIAL] Buka Hati Untuk Dia

Aku sengih saja bila Juwa menjeling aku apabila nenda membebel kepadanya dari tadi. Bukan tak nak membantu tapi nenda kalau tengah membebel, jangan dikacau, nanti tak pasal-pasal sampai ke waktu berbuka dia membebel.
"Ha, apa yang kamu jeling-jeling? Elok sangatlah menjeling pada suami macam tu?"
Juwa menikus. Aku hela nafas. Kesian pula tengok Juwa dibebel. Tak tahulah kenapa, sejak aku menikah dengan Juwa dulu sampai dia dah dapat cicit sorang, nenda sangat tak ngam dengan Juwa. Tak tahulah di mana silapnya. Kadang-kadang di depan sanak-saudara, relaks saja nenda memarahi Juwa. Juwa selalu kata yang nenda jadi begitu kerana kami ni tidak sekufu. Bak kata Juwa, 'Abang anak raja, Juwa rakyat marhaen. Mana boleh jalan seiring.'
Padahal aku bukanlah berdarah diraja pun. Bonda saja berpangkat tengku, sedangkan ayahku bukan golongan diraja. Aku menggeleng kepala, kesian pada Juwa, "Nenda, jelingan Juwa itulah yang buat Faris jatuh suka."
"Kamu jangan nak membela sangat isteri kamu ni. Apa nenda cakap, semuanya untuk kebaikan kamu juga...." dan nenda terus memulakan tazkirahnya mengenai hukum-hakam rumahtangga kepada kami berdua. Aku nak buka mulut, nak menghentikan bebelan nenda namun isyarat mata Juwa yang menyuruh aku diam, terus aku tak jadi nak bersuara. Penyudahnya, aku dan Juwa dibebel hingga petang menjelma.

Tuesday, 5 August 2014

[CERPEN RAYA SPECIAL] Aina+Akil=Cinta

"Tak boleh!"
Akil raup muka, "Aina, please! Ini kerja abang."
"Aina tahu memang kerja abang tapi Aina tak nak bagi abang pergi! No way!"
"Jangan degil, Aina!" Akil dah berdiri. Penat layan kerenah Aina yang tak pernah mahu faham.
"I can't stand losing my husband! MH17 kena tembak, MH370 hilang entah ke mana! Aina tak nak jadi one of those wives yang hilang suami! Aina tak nak! Tambah ni raya kita yang pertama sama-sama, sebagai suami isteri!"
"Aina, MH17 ditembak, takdir Allah. MH370 hilang, takdir Allah. Itu semua takdir Allah, Aina! Lagipun, bila-bila masa aje abang boleh dijemput Ilahi!" Akil menaikkan suaranya.
"Berhenti jadi pilot, abang. Please!" Rayu Aina sambil memegang lengan Akil. Wajahnya sudah merah tanda mahu menangis. 
"NO! Aina ni kenapa?" Akil rentap lengannya dari pegangan Aina.
"Kenapa abang tak nak faham Aina?" Aina bersuara sambil memandang Akil, sayu.
"Aina tu yang tak nak faham abang!" Akil menuding jari di muka Aina, tanda geram!
Aina tersentak apabila jari telunjuk Akil betul-betul ada di depan hidungnya! Akil dah melampau! Aina menepis jari Akil, "Ikut abanglah! Up to you!"
Tanpa mempedulikan Akil, Aina terus keluar dari bilik. Wahai suami, kenapalah kau tak mahu memahami hati seorang isteri?