Monday, 5 May 2014

[CERPEN] Akil+Aina=Cinta

Aina tongkat dagu menunggu kehadiran si adik-adik kembarnya yang ada kelas tambahan pada petang ini. Sekali sekala, dia menyanyi rendah lagu entah apa-apa yang ada di radio.
Dari kejauhan dia nampak Azim dan Anim berjalan ke arah keretanya. Akhirnya, keluar juga budak-budak ni.
“Kakak! Kenapa tak masuk dalam? Penat Anim nak kena jalan, tahu?” Anim membebel sebaik saja dia duduk di tempat duduk belakang.
Aina mencebik bibir, “Exercise la sikit! Azim tak merungut pun macam Anim!”
“Eleh, kakak tu memang! Suka sebelahkan Azim. Kenapalah Anim tak ada abang? Boleh membela Anim.”
“Bisinglah, Anim! Senyap sekejap, tak boleh ke? Pening kepala aku dengar suara kau,” keras Azim menegur.
“Alah, kau memang! Selalu tak puas hati dengan aku!”
“Sudahlah tu! Bergaduh apa korang ni? Kakak tinggal kat sini, balik jalan kaki dua-dua orang!” Senyap terus budak berdua tu bila ditegur Aina.
Saat kereta sudah pun meluncur laju di atas jalan raya, Anim tiba-tiba mencuit bahu Aina, “Kakak...”
“Hmm...?” Balas Aina.
“Mama tu...” Anim senyap sebelum menyambung, “Tak nak kahwin lain ke? Papa dah lama pergi. Mama tak sunyi ke?”
Aina angkat bahu, “Ada Anim, haruslah mama tak sunyi!”
“Kakak! Orang serius ni,” Anim menepuk bahu Aina lalu dia bersuara kembali, “Anim tengok mama macam sunyi je.”
“Kakak lagi suka mama tak kahwin lain.”
“Kenapa?” Serentak Azim dan Anim bertanya.
“I don’t like to add some more chaos in the house. Karang kalau dapat ayah tiri gatal, merenyam, lagi kesian kat mama, tau? Tak pun ayah tiri kaki dera ke? Tak nak kakak!”
Anim dan Azim sama-sama tepuk dahi, “Kakak! You are such a pesimist person-lah!”
Aina angkat bahu sambil tertawa.




”What?" Aina membuntangkan matanya memandang mama. Mama ni biar betul?”
"Kenapa?" Mama jungkit kening.
Aina raup muka, “Ma, you're talking about marriage, you know?"
Mama angguk, “I know, kakak."
“Who's that guy? What did he do for his living? Single or married man?"
“Dia duda with two sons and his sons are singles too."
“Mama..." Aina bersuara penuh amaran.
Mama ketawa lalu menyambung, “He owns an engineering company. Nama dia, Tengku Arsyad."
Aina dah berkerut dahi, “If you get married to this Tengku Arsyad guy, will we be living with them?"
Mama angguk kepala sambil tersenyum lebar, “Of course, kakak. You'll get new dad and new siblings. Aren't you excited?"
Aina picit dahi yang berdenyut tiba-tiba. Teruja kebenda? Kalau umur aku 12 tahun, ya aku nak teruja, “Anak dia umur berapa?"
“Yang paling tua, 28 tahun. Yang paling muda, sebaya kakak rasanya."
“You say what?!" Aina terkejut. Aku ingatkan umur baya-baya Azim dengan Anim. Oh man, lepas ni duduk rumah berbungkuslah jawabnya.
“Kenapa kakak macam tak suka je? Kakak tak suka mama kahwin lagi?”
Aina mengeluh lantas dia menggeleng. Bukan dia tak suka tapi...
“Kakak takut mama lupakan arwah papa?”
Spontan dia mengangguk.
Mama senyum lalu dia pegang tangan anaknya yang sulung itu, “Mama takkan pernah lupakan arwah papa, kakak. Dia cinta pertama mama...”
Aina merebahkan kepalanya di riba mama, “Mama suka ke dekat Tengku Arsyad tu?”
Mama mengangguk, “Entahlah. Dia... bagi satu rasa yang pernah mama rasa waktu mama dengan papa dulu.”
Aina mengukir senyum, “So, dia ada anak lelaki huh?”
“Kenapanya?”
Aina sengih, “Kakak kena berkelubunglah keluar bilik nanti, ma.”
Mama dan Aina sama-sama ketawa namun dalam tawa, terbit sebuah keresahan dalam hati Aina. Perbualan dengan Anim dan Azim tiga bulan lepas kembali ke ingatannya. Ah, galau!

Aina bermain dengan jari jemarinya di bawah meja. Resah, gelisah... semua ada. Tengku Arsyad, merangkap bakal ayah tirinya tersenyum melihat tingkah laku serba tak kena Aina, “Kakak, relakslah. Bukan kakak yang nak jumpa bapak mentua. Uncle ni yang patut resah gelisah, bukan kakak.”
Aina spontan tersengih, “Kenapa uncle nak resah gelisah pulak?”
“Takut kakak, Anim dengan Azim tak dapat terima uncle.”
Tak sempat Aina membalas, Anim terlebih dahulu menyampuk, “Macam mana uncle kenal mama?”
Aina mencerun, “Anim, behave! Jangan menyampuk bila orang yang lebih tua bercakap.”
Anim mencebik lalu dia duduk bersandar, menunjukkan protes. Tengku Arsyad senyum. Gaya garang Aina mengingatkan dia pada seseorang, “Kakak memang tegas macam ni ke dengan adik-adik?”
Aina mengangguk, “Dah terbiasa.”
“Kakak bukan tegas tapi garang nak mampus,” gumam Azim sebelum Aina mencubit tangan Azim.
“Sakitlah, kakak!”
Tengku Arsyad ketawa. Dia tahu mereka sekeluarga akan gembira dan bahagia. InsyaAllah, dengan izin dariNya.

“Kahwin, ayah?” Aiman yang bersandar terus duduk tegak, “Kahwin as in, nikah ijab dan kabul tu?”
Tengku Arsyad mengangguk, “Ya. Ayah rasa dah lama sangat ayah menduda. Nanti along dengan angah kahwin, tinggal ayah terkontang-kanting.”
Aiman sengih kelat, “Along lambat lagi nak kahwin, ayah.”
“Akil tak balik lagi?”
“Kejap lagi sampailah tu. Rindulah tu,” Aiman ketawa.
“Anak ayah, harus ayah rindu.”
“Ala, ayah dah kahwin nanti, kenalah rindu isteri ayah tu.”
Tengku Arsyad ketawa, “Along setuju ayah kahwin balik?”
Aiman mengangguk, “Apa saja andai itu buat ayah bahagia.”
“Ayah bahagia sebab apa?” Suara di pintu rumah buat dua beranak itu berpaling ke pintu. Si lelaki lengkap beruniform mendekati sofa lalu disalam terus tangan tua yang duduk di sebelah abangnya.
“Kau tanyalah ayah sendiri,” Aiman sengih, lebar.
Akil ketawa, “Kenapa, ayah?”
“Ayah nak kahwin balik.”
Peak cap yang dipegang tadi terlepas dari tangannya, “Hah?! Dengan siapa?! Bila?!”
Tengku Arsyad senyum, “Nanti ayah kenalkan dengan kamu berdua.”

Aina senyum pada saudara-saudara mama yang ada di ruang tamu. Penat berkemas kat belakang. Hailah, walaupun sekadar majlis makan-makan biasa-biasa, penat tetap terasa.
“Ha, mama dah kahwin lain. Kakak bila nak kahwin?” Aina yang baru nak bersandar di sofa terus menegakkan badan. Apa cerita pasal kahwin ni?
“Lambat lagilah kakak nak kahwin. Kakak baru nak bina kerjaya ni,” balas Aina sambil tersengih-sengih.
“Ish, kakak! Kalau tak ada calon, mak ngah boleh carikan,” wanita yang menggelar dirinya mak ngah bersuara, serius.
Serentak Aina menggeleng, “No! No! Kakak tak puas lagi hidup bujang.”
“Eh, kakak!” Bahu Aina dicuit oleh Kak Dila di sebelah, “Anak-anak ayah tiri Aina tu boleh tahan, kan? Yang sulung, arkitek kan? Yang nombor dua tu kerja apa?”
Aina kerut dahi. Boleh tahan? Boleh tahan celah hidung! Hmmph! “Entah, pemandu bas dekat langit kot.”
“Hah? Pemandu bas? Mana ada orang bawak bas dekat langit, kakak! Janganlah main-main.”
Aina garu kepala yang dilitupi selendang, “Pilotlah kak. Pilot!”
Mak ngah tiba-tiba sengih, “Ha, mak ngah suka kalau kakak dengan yang nombor dua tu. Sepadan.”
Aina buat muka. Sepadan? Mintak jauh! Mintak jauh! “Mana ada, mak ngah. Tak nak kakak!”
“Lah, kenapanya?” Kak Dila pula berkerut dahi, “Dia kacak apa? Bergaya, senyum menawan, suara pun sedap. Kak Dila dengar waktu dia iqamat semalam. Aduh, luruh jantung Kak Dila ni, kakak!”
Aina mencebikkan bibirnya. Huh, Kak Dila tak kenal lagi perangai sebenar mamat tu! Dia bajet je lebih, kak! Teringat balik Aina pada satu kejadian yang berlaku minggu lepas, dua hari selepas mama dan ayah bernikah.
Kaki di atur ke ruang tamu bahagian atas rumah besar milik ayah tirinya. Saat di situ, dia terlihat bayangan Akil, yakni anak kedua ayah sedang duduk di atas sofa sedang menonton televisyen.
Tergaru-garu dia di situ. Nak melepak di depan televisyen jugak. Malam ni ada movie best tapi mamat ni ada kat sini. Dekat ruang tamu bawah, Aiman, Azim dan ayah bantai menonton bola. Memang taklah dia nak join! Lantaklah! Kakinya diatur jua ke arah sofa lalu dengan selamba dia duduk di sofa. Oh, bukan duduk yang biasa-biasa sebaliknya dia bersila di atas sofa. Alah, buat apalah nak buat gaya sopan benar? Dah memang dia macam ni pun sejak kecik.
Bibir Aina serentak mengukir sengih bila melihat tayangan filem yang ada di skrin televisyen itu. Mamat ni tengok cerita yang sama dia nak tengok! Yeehaa! Suara Sudin dan Ajis yang berdialog membuatkan dia ingin ketawa namun dia tahan saja. Malu pulak rasa dengan mamat sejuk beku di sofa yang satu lagi. Entah kenapa, antara dua orang anak ayah, yang nombor dua ni sangatlah sombong dengan dia. Ya, dengan dia SAHAJA! Dengan Anim, Azim, okey je.
“Ehem...” sengaja dia berdehem. Nak cuba buat baik dengan mamat ni.
Akil jungkit kening pandang Aina tapi tak lama, adalah dalam lima saat saja.
“So...”
Akil pandang Aina sekali lagi sebelum kembali melarikan pandangan kepada skrin televisyen.
“Saya Aina. Mama kata awak sebaya dengan saya. Sebenarnya saya tak tahu nak panggil awak apa tapi tadi dengar along panggil awak angah. Saya pun patut panggil awak angahlah, kan? Saya...”
“So?” Laju Akil memotong namun suaranya tetap bernada dingin.
“So...” Aina ukir sengih kurang ikhlas. Apa mamat ni bajet sangat ni?! “I’m basically kakak. Awak boleh panggil saya kakak.”
“Tak tanya,” balas si lelaki itu, datar.
Aina buat muka. Bajet...
“Kakak! Termenung pulak!” Aina tersentak saat bahunya ditepuk.
“Kenapa?” Aina jungkit kening pada sepupunya yang ada di sebelah.
“Kenalkanlah mamat tu dengan aku!”
“Siapa?”
“Anak ayah tiri kau tu. Yang nombor dua,” Lina menarik-narik lengan baju kurung Aina.
Aina buat muka, “Pergilah berkenalan sendiri. Tak kuasa aku nak kenalkan dengan kau.”
“Ala...”
“Dah, aku nak naik mandi! Letih, tahu?” Segera dia buka langkah naik ke tingkat atas. Malas nak bercampur dengan saudara-maranya yang masih lagi bergosip sedari tadi.
Entah macam mana, di tangga, Aina terserempak dengan Akil. Dia mahu ke kanan, Akil juga ke kanan. Dia ke kiri, Akil juga ke kiri.
Aina ketap bibir, “Tepilah!”
“Kau tu patut ke tepi!”
“Apahal pulak?!” Aina buat muka. Suaranya masih dalam kawalan.
Akil tolak Aina ke tepi dengan sebelah tangannya sebelum berbisik, “Sebab kau tu gemuk, habis cover satu tangga ni.”
Aina kepal penumbuk! Ei, mama! Kenapa anak tiri mama ni perangai serupa hantu?!!

Aina buka pintu biliknya. Kebetulan, orang yang menginap di bilik berdepan biliknya turut membuka pintu.
Kacak! Dengan uniform seorang juruterbang, lelaki itu nampak sangat sempurna.
“Kau apahal usha aku? Dah terpikat?” Akil angkat kening pandang Aina. Tak berkelip langsung usha anak teruna orang.
“Eh, manusia? Ingat monyet,” Aina buat muka sebelum berlalu. Terpikat? Kirim salamlah hoi! Menyesal puji dalam hati tadi. Luar je kacak, dalam hodoh. Serupa Gremlins!
Akil ketap bibir. Budak ni memang nak kena picit kot dengan aku!

Aina capai balang berisi gula lalu empat sudu gula disudukan sebelum dimasukkan ke dalam jag. Air panas dituangkan ke dalam jag, sedikit sebelum dikacau. Larut saja gula di dalam jag tersebut, tangan Aina lincah mencapai kordial berperisa anggur dan dituang sedikit ke dalam jag. Air masak dimasukkan sebelum dikacau.
Sedang dia mengacau air, bahunya ditepuk dari belakang. Aina kalih, mama senyum kepadanya.
“Kakak, panggilkan angah dengan ayah makan.”
Aina pandang Anim yang sedang potong buah kemudian pandangannya beralih ke arah Azim yang sudah duduk di meja makan, ”Kakak tengah buat air, ma. Tu Azim ada, boleh tolong panggilkan."
“Tak apa, air ni biar mama sambung buatkan. Kakak tolong panggilkan ayah dengan angah."
Aina mengeluh dalam hati. Nak panggil ayah turun makan, dia okey je. Ayah sempoi je dengan dia tapi yang angah tu... Grr! Angah Mengah tu tak boleh turun sendiri ke?
“Termenung apa lagi tu, kak? Pergi panggil ayah dengan angah."
Tersentak Aina ditegur mama lalu dia segera atur langkah naik ke tingkat atas tapi di tangga, dia terserempak dengan ayah yang baru nak turun.
“Kakak nak pergi mana ni, kak?" Tegur ayah sambil ukir senyum.
“Kakak nak panggil ayah dengan angah turun makan."
Ayah angguk kepala, “Oh, tak apalah. Kakak pergilah panggil angah turun makan. Ketuk kuat sikit pintu bilik dia tu."
Aina sengih lalu mengangguk. Memang kalau nak panggil mamat tu kena ketuk kuat sikit. Mamat tu pekak!
Setibanya dia di depan pintu yang bertulis 'DO NOT DISTURB' itu, dia mengetuk pintu bilik itu, kuat.
Kali ketiga mengetuk, masih tiada sahutan lantas dia memutarkan tombol dan terus dia menolak daun pintu.
Serentak, dua pasang mata bertemu. Dan...
“Aaaaaaaaaa!" Kedua-dua orang manusia yang bertentang mata itu sama-sama menjerit, kuat!

Aina menjeling si lelaki yang t-shirt kelabu-ungu yang duduk di sofa hujung sana. Nyata si lelaki itu turut memandang kepadanya.
Aina buat muka. Akil julingkan mata.
Mama dan ayah saling memandang. Tadi, lepas Aina dan Akil dan sama-sama menjerit, mereka bergegas ke tingkat atas. Di situ Aina dah tekup muka, Akil pula sudah menutup bahagian atas tubuhnya yang terdedah.
“Apa yang jadi tadi sebenarnya?” Mama pandang Aina.
“Kakak...” Aina hela nafas, “Kakak cuma nak panggil angah turun makan. Kakak ketuk pintu bilik angah, tak ada jawapan. Kakak bukak terus pintu and kakak...” Dia gigit bibir pula, “Kakak bukan sengaja nak tengok badan angah. Kakak ingatkan angah tengah mandi.”
Akil ketap bibir. Dia berpeluk tubuh. Bukan sengaja? Oh, tak mungkin minah ni tak sengaja, “Bukan sengajalah sangat.”
“Pardon?!” Aina berdiri dari duduknya. Nak kena mamat ni!
“Kau memang sengaja, kan?!" Suara Akil, naik satu oktaf.
“Eh, kebulur sangat aku nak tengok badan kau!" Aina turut menaikkan suaranya. Hilang habis kata nama yang dia guna selama ni. Eh, selama ni dia guna pun sebab mama yang suruh.
“Haha!" Akil gelak sinis, “Memang kau kebulur pun nak tengok badan aku sebab tu kau pakai terjah je bilik aku!"
“Euw, please! Dari tengok badan kau, baik aku tengok badan Mr. Bean! And, aku dah ketuk pintu bilik kau tiga kali, okey?"
“Kakak! Angah! Sudah! Yang bergaduh teruk sangat ni kenapa?" Ayah bersuara, tegas. “Angah, kakak tu tak sengaja pun. Lagipun, bukan angah tak pakai seluar. Angah tak pakai baju je, kan? Yang buat gaya macam kena cabul tu kenapa?" Aina, “Oh, trust me! Dia memang sengaja."
“Angah..." ayah leretkan suara, bergetar amaran. “Kakak, lain kali... kalau angah tak buka pintu, jangan main terjah je. Angah bukan mahram kamu, kalau kamu nampak benda-benda apa yang tak sepatutnya, memang ayah bagi kamu dua kahwin."
Terbuntang mata Aina dan Akil, lantas mereka bersuara sambil menuding jari ke arah satu sama lain, "Kahwin dengan dia? NEVER!"
Anim dan Azim di dapur dah ketawa terkekeh-kekeh. Tak dapat mereka bayangkan kalau Akil dengan Aina berkahwin. Mesti kecoh gila rumah!

Aina garu kepalanya yang tak gatal. Dia kerling jam di tangan. Dah lambat nak pergi pejabat. Ayah dah keluar awal lagi. Mama dah pun pergi hantar si kembar, Anim dan Azim ke sekolah. Dia? Tadi dia terlewat bangun, makanya dia terlambat jugak nak ke kerja. Baguslah Aina! Hebat! Hebat!
"Kau ni apahal ni jadi tugu negara depan rumah ni?"
Suara Akil buat Aina menjelingnya tajam, "Sibuk kenapa?"
"Aku tak ada masa nak menyibuk dengan hal kau. Aku tanya sebab aku nak kau blah dari tempat kau berdiri ni, aku nak reverse keretalah!"
Aina buat muka, "Reverse jelah. Apa masalahnya?"
Akil jegil mata, ni buat-buat tak faham ke memang jenis tak faham langsung? "Kau tu halang laluan, mak cik! Karang aku langgar je, patah kaki, patah tangan aku yang kena marah dengan ayah."
Aina merengus lalu dia beranjak sikit dari tempat yang dia berdiri tadi, "Hah, undurlah kereta tu cepat!"
"Tak payah cakap, aku buat sendiri. Sungguhlah, aku patut langgar je kau tadi!"
Aina buat muka donno. Berambus kau, berambus!
"Muka lawa, otak letak kat lutut," bisik Akil, sinis.
"Muka handsome, otak letak kat siku," balas Aina, tak nak kalah.
"Kau!" Akil angkat jari telunjuk betul-betul di depan muka Aina.
"Apa?! Kau ingat kau je ada jari?!" Aina pun angkat jari telunjuk betul-betul di depan muka Akil.
"Angah! Kakak! Kenapa ni?" Suara mama buat dua-dua tersentak lalu mereka ukir senyum tak ikhlas.
"Tak ada apa-apa, ma. Bergurau di pagi hari," ujar Akil bila Aina cuma diam dan mengukir senyum.
"Oh, baguslah! Jangan gaduh-gaduh lagi. Kakak, tak pergi kerja lagi?"
Aina geleng kepala, "Kereta rosak."
"La, ye ke? Rosak apa?"
"Entah!" Aina angkat bahu. 
Akil menjeling Aina lalu perlahan, dia bersuara, "Dasar perempuan lembik, bawak kereta reti. Kereta rosak, jadi tugu negara."
Aina menjeling Akil, “Kau kisah apa?”
Akil angkat bahu, “Tak kisah pun!” Dan dia terus berlalu ke keretanya. Baik aku blah!
“Angah!” Jeritan mama menghentikan langkah Akil.
Aina kerut dahi. Apa mama panggil mangkuk ayun tu?
“Kenapa, ma?” Dia sudah kembali mendekati mama dan Aina.
“Ni, tolong hantarkan Aina pergi kerja kejap. Mama ada appointment dengan customer. Boleh kan?”
Akil tercengang. Hah? Kena hantar minah ni pergi kerja?
“Eh, mama. Mamalah hantar kakak! Tempat kerja kakak dengan butik mama kan one way. Angah mungkin ada kerja lain kot,” Aina cepat-cepat membantah. Memang taklah aku nak pergi kerja dengan mamat ni.
“Mama punya appointment dekat Shah Alam, sayang. Dekat butik cawangan sana. Angah boleh kan, tolong hantar kakak? Mama dah lambat ni.”
Akil ukir senyum separa ikhlas, “Boleh, ma.”
Aina mengeluh. Kenapalah mamat ni harus cuti hari ni? Kenapa?!

Aina buang pandang ke luar tingkap. Akil pula begitu fokus dengan pemanduannya padahal taklah fokus mana pun.
“Kau ada tiga ratus ringgit tak?” Dingin saja suara Akil kedengaran di telinga Aina. Aina kerut dahi. Aik, takkan nak mintak duit dekat aku? Bukan pilot banyak duit ke?
“Kau dengar tak aku tanya ni?”
“Tak ada. Gaji tak masuk lagi.”
Akil buat muka, “Dah tu, tak reti pakai tali pinggang keledar? Kau ingat aku banyak sangat duit nak bayar saman atas kesalahan kau?”
Aina merengus, “Cakap direct tak boleh?”
“Boleh tapi dengan kau, tak payah direct! Bukan kau faham pun, otak kau kan letak kat lutut,” balas Akil. Sinis.
Aina buat muka! Oh, cepatlah sampai ofis. Muak dah aku duduk satu kereta dengan mamat ni!

Aina kaut nasi yang masih berasap ke dalam pinggan. Bengangnya pada Akil sejak pagi hingga ke petang tadi masih bersisa. Tadi Akil bertanya dia balik pukul berapa. Ingatkan dia nak datang ambik, dia pun tunggulah macam patung cendana kat bawah ofis. Entah macam mana, nasib dia sangat baik bila ketuanya, Puan Hazirah mahu menumpangkan dia pulang dan sampai saja di rumah, Akil lepak di depan peti televisyen langsung buat muka selamba. Tak ada rasa bersalah langsung! Arghh! Dia tak sepatutnya percaya dengan mamat senget tu! Bengong!
Lamunan Aina hilang saat kerusi di depannya di tarik. Saat dia angkat muka, wajah Aiman, abang kepada Akil sedang senyum memandang dirinya, “Kakak masak ke?”
Aina laju menggeleng, “Mana... mama yang masaklah.”
Aiman mengangguk. Dia perhatikan saja lincah tangan Aina yang mencedok nasi ke atas pinggan. Dalam pada itu mindanya mula menerjah ke pertemuan dia dengan si kekasih hati tadi.
Aiman mengeluh tiba-tiba, penat. Letih dengan keinginan pihak sana. Rasa macam tak dihargai pun ya juga.
"Along, ayah kata jangan mengeluh depan rezeki," Aina ukir sengih sebelum meletakkan pinggan berisi nasi putih di depan Aiman.
Aiman tersenyum. Aina yang mencedok nasi di pinggan lain dipandangnya, lama.
"Kenapa Along pandang budak tu macam tu?" Aiman tersentak. Aina panggung kepala. Akil berdiri di pintu dapur dengan wajah ketatnya, seperti biasa.
"Lah, pandang adik sendiri. Salah?" Aiman ukir sengih bila Aina dah pandang dia lain.
"Adik yang boleh dikahwini, along. Jangan lupa hakikat tu," ujar Akil sebelum tarik kerusi di sebelah Aiman.
Aina ketap bibir. Ni dua orang manusia ni sembang macam aku pekak pulak. Aku boleh dengar kot!
"Along tak lupa, ngah. Beruntunglah along kalau kahwin dengan Aina, " Aiman sembunyi senyum yang menguntum bila Aina jegilkan mata kepadanya dan Akil yang berubah langsung wajahnya.
"Siapa yang nak kahwin dengan kakak? Ayah dari ruang tamu boleh dengar, along," ayah muncul dengan wajah keliru.
"Angah! Angah yang nak kahwin dengan Aina," serentak, tiga pasang mata memaku pandangan pada Akil. Akil angkat kening. Aku salah cakap ke? Seketika kemudian, dia bagaikan tersedar. Aku cakap apa tadi?!!
Aiman ketawa. Gotcha, brotha!
“Betul ke angah?” Ayah dah teruja.
“Mana. Saja mengusik kakak,” balas Akil lalu dia labuhkan punggung di kerusi sebelah Aiman.
Ayah ketawa, “Kalau betul pun, apa salahnya?”
Akil dah ketap bibir. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata... kahwinlah jawabnya. Sempat dia mengerling Aina yang nyata mati kata. Heh, takkannya aku kahwin dengan budak ni!

Seminggu berlalu selepas kejadian Akil kata kononnya nak kahwin dengan Aina. Jadi bahan gelak saja sejak kejadian itu. Siapa yang gelak? Haruslah Anim dan Azim. Benci sungguhlah! Akil pulak, saban masa cari pasal dengan dia. Grrr! Geram!
Aina bersila di sofa ketika pintu rumah dibuka dari luar. Aiman dengan kemeja kerjanya masuk ke dalam rumah dengan wajah yang letih.
“Kakak, tolong buat air untuk along, boleh?”
Aina lantas mengangguk, “Nak air apa, along?”
“Anything can do. Sejuk, eh?”
Aina mengangguk sebelum laju meninggalkan Aiman yang sudah bersandar di sofa sebelum keluar semula dengan segelas air jus oren di tangannya, “Along, ni airnya.”
Aiman senyum lantas gelas itu dicapai dan diteguk terus isi gelas itu sebelum meletakkan gelas itu di atas meja kopi. Badannya disandar pada sofa. Letihnya!!
“Along...” Panggil Aina, sengaja meleretkan suaranya. I need to ask along something!
“Ye, kakak?” Aiman menyahut tanpa membuka mata.
“Along dengan angah memang adik beradik ke?" Soal Aina pada Aiman yang masih bersandar di sofa, kepenatan.
“Maksud kakak?" Aiman pandang Aina, sekilas.
Aina angkat bahu, “Tak adalah. Kakak tanya macam tu sebab along baik gilaaaa tapi,angah tu jahat nak mampusss."
Aiman ketawa mendengar komen Aina, “Angah tu adik kandung alonglah. Angah tu baik jugak. Kakak baru kenal dia, nanti dah lama-lama mesti kakak pun kata dia baik gilaaa."
Aina mencebikkan bibirnya. Mamat tu baik? Dalam mimpi pun belum tentu jadi, “Baik? Macam susah nak percaya. Kakak tak faham, along. Kenapa dengan Anim dengan Azim, dia baik je. Kenapa dengan Aina dia buat macam musuh?”
Aiman angkat bahu, pura-pura tak tahu tapi sebenarnya dia dapat agak kenapa Akil melayan Aina seperti musuh, “Kakak buat baiklah dengan angah. Mana tahu, nanti angah jadi baik dengan kakak. Entah-entah silap haribulan, angah tu jatuh hati dengan kakak."
Aina ketawa mendengar komen Aiman, “Mintak jauh. Mintak jauh."
“Gelak macam langsuir. Tak ada gaya perempuan langsung."
Aina berpaling ke belakang melihat gerangan yang bersuara. Aina melepaskan keluhan dalam hati. Hantu ni dah balik, hidup aku mesti tak aman nanti, “Macamlah kau ada gaya lelaki sejati. Macam gay je aku tengok."
“Kalau ada sepuluh perempuan dalam dunia ni macam kau, aku rela jadi gay. Mulut puaka," Akil menjeling Aina sekilas dan dia terus berlalu ke tingkat atas. Panas!
Aina buat muka. Dia yang mulut longkang, cakap kat kita.
“Korang memang kuat gaduh macam ni ke?" Aiman bertanya sebaik saja drama sebabak tadi habis. Sumpah dia terkejut bila Akil bersuara semacam itu tadi. Apa yang tak kena dengan dia orang ni sebenarnya?
Aina angkat bahu, “Lagi teruk dari ni pun ada, along..."
Aiman menghela nafas. Dia harus tanya sesuatu pada Akil tapi bukan sekarang. Nantilah...

“Mama...”
“Ni apa merengek ni? Mesti ada benda yang kakak nak ni.”
Aina sengih, lengan mama dipeluk lantas kepalanya di sandarkan pada bahu mama, “Esok kan cuti...”
“Dah tu?”
“Kakak teringin nak makan soto.”
Mama ketawa, “Lah, kakak buatlah.”
Aina pantas menggeleng, “Nak mama buatkan.”
“Buatlah, Ina. Abang pun teringin nak makan soto,” ayah tiba-tiba menyampuk.
Aina dah bersorak dalam hati! Yes, ayah sudah memihak kepadanya!
“Bahannya tak ada. Kakak pergi beli esok pagi, boleh?” Mama pandang wajah anak perempuannya yang merupakan permata hatinya yang sulung bersama arwah suaminya yang dulu.
Aina cepat mengangguk, “Boleh! Boleh! Tapi takkan kakak nak angkut barang-barang tu sorang-sorang,” sengaja dia lunakkan suara, mana tahu mama nak pergi dengannya. Tak bestlah shopping sorang-sorang.
“Mama nak kemas rumah, sayang. Along boleh teman kakak esok?” Mama pandang Aiman yang sedang bersila di atas sofa.
Along lantas menggeleng, “Sorry mama, kakak. Along ada date esok,” matanya dikenyit.
Aina mencebik. Ala... “Anim? Azim? Tak nak ikut kakak?”
Anim yang bersila di lantai menggeleng, “Anim ada praktis bola jaring esok.”
Azim juga turut menggeleng, “Azim ada discussion dekat sekolah.”
Aina pandang ayah, “Ayah...?”
“Sorry, kakak. Ayah kena pergi office. Ada client dari Jepun datang,” ayah angkat bahu.
Aina mengeluh. Ala...
“Kenapa ni?” Akil yang baru selesai makan malam seorang diri (Yelah, mamat ni balik lambat tadi. Orang dah siap makan, dia baru balik. Makan sorang-soranglah kat dapur tu.) mengambil tempat di sebelah Azim.
“Ha, angah! Esok cuti?” Mama senyum memandang Akil.
Akil kerut dahi. Esok? “Cuti. Kenapa ma?”
Aiman terus ukir sengih. Anim dan Azim dah tahan ketawa. Aina pulak dah rasa menyesal sebab minta mama buat soto.
Mama senyum, “Teman kakak pergi beli barang rumah dekat Giant, esok?”
Senyuman Akil yang tadi manis jadi tawar. Bala! Nak menolak? Kecik hati mama, mampus aku! Lantas kepalanya dijatuhkan, “Boleh, ma.”

Aina meneliti kertas di tangannya. Sepeket nasi impit segera jenama Nona di ambil dari rak lalu dimasukkan ke dalam troli.
Akil mengerling gadis di sisinya. Manis. Dia akui itu tapi dia tak betah bila ada di sisi gadis ini. Satu, kerana dia tak suka bila dapat tahu umur Aina sebaya dengannya. Dia terasa bagai Aina bakal mengambil tempatnya di dalam keluarga. Childish? Dah memang itu dia rasa, nak buat macam mana. Keduanya... kerana wajah gadis itu, sangat serupa dengan dia. Dia yang pernah buat Akil sudah tak percaya dengan cinta. Walau Aina dan si dia itu sangat berbeza dari segi pemakaian dan tingkah laku, dia tetap merasakan Aina bagaikan si dia kerana wajah mereka yang serupa.
Saat kali pertama ayah memperkenalkan keluarga mama kepada dia dan Aiman, dia sangat terkejut bila diperkenalkan dengan Aina. Dia ingat lagi, betapa manisnya senyuman Aina ketika itu tapi senyuman itu layu bila dia buat muka ketat.
Lamunan Akil terhenti bila Aina tiba-tiba terjengket-jengket nak mencapai sebungkus mihun jenama entah apa dari rak yang paling atas, “Oi, pendek! Tepi!”
Tersentak Aina bila Akil panggil dia pendek namun dia tetap ke tepi. Yelah, kalau tak siapa nak ambik mihun tu? Dia yang lonjong, sesuka hati panggil aku pendek, “Lonjong...”
“Apa?” Akil kalih memandang Aina sebaik saja dua bungkus mihun selamat masuk ke dalam troli.
Aina pura-pura meneliti kertas di tangannya. Mohon buat tak tahu! Mohon buat tak tahu! “Sekarang, pi cari kicap pulak!”
Akil pandang Aina sekilas lalu dia terus berjalan meninggalkan Aina yang terkial-kial nak tolak troli yang separuh penuh. Aina merengus melihat si lelaki yang berjalan di hadapannya. Kenapalah mama suruh dia dengan mamat mulut longkang ni beli barang dapur sama-sama? Ei, meluat!
“Weh, minah! Cepat sikitlah. Tolak troli pun lembik," Akil berpaling pada Aina di belakangnya yang masih terkial-kial menolak troli.
“Sembang kencang! Kalau dah aku lembik, kaulah tolak. Kau kan mamat bajet macho dan kuat," sinis Aina pada Akil. Sungguhlah aku benci dia!
“Aku tolak troli? Maaf, tak sesuai. Kau sesuailah tolak-tolak troli ni, kau kan ada rupa bibik sikit."
Aina ketap bibir. Ei, rupa macam bibik?! Tak guna punya manusia, “Tak apalah kalau rupa bibik sekalipun, asal bukan gay!"
“Kau nak mengata akulah ni?" Akil dah mendekati Aina. Ei, aku picit-picit jugak budak ni nanti!
Aina senyum sinis, “Lah, terasa kenapa? Aku bukan sebut nama kau."
Baru Akil nak membalas, namanya diseru seseorang, “Hanif? Tengku Akil Hanif?"
Akil dan Aina sama-sama berpaling dan sama-sama tersentak. Akil terkejut melihat Naz yang tersenyum manis dan Aina terkejut melihat seorang perempuan yang wajahnya mirip dengan wajahnya. Aku ada kembar ke?!

“You tak berubah langsung, Hanif,” perempuan tadi mendekati Akil yang nyata kaku di tempatnya sebelum memandang Aina yang ada di sisi Akil, “And you, I’m impressed.”
Aina kerut dahi. Ni siapa minah ni?
Naz senyum melihat wajah keliru Aina, “Hi, I’m Naz! Nazira.”
“Aina. Nurul Aina,” dia ukir senyum juga. Sungguhlah, dia masih dalam mode terkejut bila lihat wajah si Naz ini. Bukan dia nak perasan tapi wajah mereka... sangat serupa.
“Jom, balik!” Tak sempat Naz nak buka  mulut, Akil terlebih dulu bersuara.
Aina buat muka, “Barang ada lagi tak ambiklah!”
“Jadi? Jomlah pergi cari,” Akil tolak terus troli yang ada di depan Aina dan terus berlalu Aina yang masih tak faham apa yang berlaku.
“I’m sorry. I gotta go,” Aina senyum berlari mengejar langkah Akil yang laju. Naz yang ditinggalkan tersenyum cuma. You hate me that bad huh, Hanif?

Aina garu kepala yang tak gatal. Sejak pulang dari Giant tadi, hatinya bagai ada rasa tidak enak, apatah lagi melihat wajah Akil. Tenang tak beriak. Tiada kata-kata sinis mahupun sindiran. Selalunya kata-kata itu yang amat dia benci tapi hari ini dia ternanti-nanti.
“Termenung?” Bahu Aina dilibas sekilas dengan majalah di tangan.
“Along!!” Aina buat muka.
Aiman ketawa sebelum kembali mengadap laptop yang terpasang. Tadi lepas berdating, dia bergegas balik untuk siapkan slide perbentangan hari Isnin ni.
Along, kakak nak tanya sikit boleh?" Aiman yang sedang mengadap laptop mengangguk sebelum matanya memandang Aina.
Aina ketap bibir lalu dia ukir senyum serba-salah, “Siapa Naz? Apa kaitan dia dengan angah?"
Aiman tergamam. Soalan yang dia tak jangka nak terima, “Mana kakak kenal Naz tu?"
“I've met her today. Kat Giant. Waktu tu kakak beli barang dapur dengan angah."
Aiman tiba-tiba ukir sengih, “Aik, keluar dengan angah?"
“Along..." Nada suara Aina ketika itu seolah-olah sedang memberi amaran.
Aiman ketawa, “Angah kenalkan Naz dengan kakak?"
Aina geleng, “Angah tak kenalkan tapi si Naz tu yang kenalkan diri dia."
“Terkejut tak tengok dia tu?"
Aina laju mengangguk, “Muka dia... kakak macam tengok diri sendiri. Bezanya dia free hair."
Aiman senyum, “Mungkin sebab tu angah kureng sikit kot dengan kakak."
“Lah, kenapanya? Kakak bukan Naz."
“Memang tapi angah nampak Naz dalam diri kakak kot," Aiman hela nafas.
“Tapi apa kaitan Naz dengan angah?"
“Naz tu bekas tunang angah."
Aina tergamam. Mamat tu pernah bertunang?! “Ke... kenapa dia orang putus?”
“Panjang ceritanya,” Aiman hela nafas lalu dia menggeleng, “Along tak nak cerita sebab aib orang. Lagipun, angah kalau tahu orang cerita pasal benda ni, mengamuk seminggu. Kita tutup cerita, ya?”
Aina mengangguk walaupun dia masih tidak berpuas hati. Baru dia tahu kenapa Akil layan dia teruk sebab wajahnya yang serupa dengan Naz. Mesti ada sesuatu yang Naz buat, kan? Yang jadikan Akil turut membenci dia.

Aina pusingkan gelas yang ada di tangannya. Mindanya masih memikirkan perihal Akil dan Naz. Dia rasa sangatlah tak puas hati dengan Akil kerana melayan dia teruk hanya kerana wajahnya yang serupa dengan Naz. Ini tidak adil! Gelas di tangannya dihempas ke atas meja.
“Kau apahal? Meroyan?” Akil melangkah masuk ke dalam dapur. Pelik sungguhlah budak perempuan ni.
"You can't treat me like this!"
Akil kerutkan dahi. Kenapa pulak dengan budak mulut puaka ni? "Kau ni kenapa? Tiba-tiba je?"
"Angah..." Aina hela nafas. Dia teringat pesan along supaya berbaik dengan Akil, supaya Akil sedar yang Aina bukan Naz.
"Kau demam ke panggil aku angah ni?"
"Tak, aku gila agaknya!" Gumam Aina, rendah sebelum kembali bersuara pada Akil, "Kakak bukan Naz!"
Muka Akil berubah sikit kemudian dia mengangguk, "Aku tau kau bukan Naz."
"Then stop treating me like I'm Naz!"
"Maksud kau apa ni? Cuba straight to the point."
Aina hela nafas, "Kakak tak suka angah layan kakak teruk hanya sebab muka kakak macam Naz. Kakak bukan Naz!"
Akil ukir senyum nipis, sedikit nakal, "Kau ingat aku layan kau teruk sebab muka kau macam Naz?"
Aina laju mengangguk, "Yelah!"
"Kalau muka kau macam Rozita Che Wan sekalipun, aku tetap akan layan kau macam aku layan kau sekarang."
Aina ketap bibir, geram! "Apa salah kakak dekat angah?"
Akil dekati Aina lalu dia berbisik perlahan di telinga Aina, "Aku tak suka kau bahasakan diri kau kakak. Aku lagi suka kau yang mulut puaka dari kau yang jadi adik aku. Aku tak suka kau panggil aku angah, Aina," Akil senyum dan terus berlalu.
Aina tiba-tiba rasa nafasnya bagaikan tersekat mendengar bicara Akil. Debar hatinya, lain macam saja rentaknya. Perutnya terasa sebu bagaikan ada rama-rama sedang terbang di dalamnya. Kenapa... kenapa aku macam suka dia panggil aku Aina? Kenapa sedap sangat dia sebut nama aku? Takkanlah... Aina cepat-cepat menggeleng, membuang segala rasa yang tidak-tidak yang baru nak menjengah hatinya.

Aina bergolek-golek di atas katil. Entah kenapa, sejak kejadian tadi dia dah macam orang tak betul. Sekejap-sekejap wajah Akil terbayang di mindanya. Aish! Aina bangkit dari bergolek. Kenapa dengan aku ni?
Aina meraup wajah. Dia rasa kusut. Dia rasa serabut. Kenapa mesti ada Akil dalam minda dia ni?
“Kakak?”
Aina turunkan tangan. Anim yang ada di muka pintu merenungnya pelik, “Kenapa, Anim?”
“Kakak okey ke?”
Aina laju mengangguk, “Anim nak apa?”
“Mama panggil tadi.”
“Oh, tak apalah. Nanti kakak turun.”
Anim mengangguk sebelum kembali menutup pintu bilik Aina. Aina mengeluh. I don’t like this feeling.

Akil hampir terjerit kecil melihat Aiman yang tersengih kepadanya sebaik saja dia keluar dari bilik mandi. Ingatkan Aina terjah masuk bilik aku lagi tadi, “Bila kau masuk bilik aku?”
“Tadi lagi.”
“Kau nak apa?”
“Saja, nak lepak dengan kau. Dah lama tak bersembang.”
Akil senyum sinis, “Yelah, nak bersembang apa. Kau kan dah adik baru.”
“Dude, takkanlah kau jealous aku tak bagi perhatian dekat kau?”
Akil campak tuala di tangannya pada Aiman, “Kau nak merepek tak beragak-agak.”
Aiman ketawa, “Dah kau buat ayat touching gedik tu tapi seriuslah, dah lama kita tak sembang.”
Akil angkat bahu. Malas nak layan orang tua ni.
“Ngah...” Aiman bangkit dari katil sebelum dia duduk bersandar pada dinding.
“Hmm...?” Akil yang baru selesai menyarung baju pada badannya mengangkat kening.
“I need to ask you something.”
“Tanya ajelah. Macam tak biasa.”
"Kau suka dia ke?"
Akil pandang Aiman yang duduk berlunjur di lantai sambil tangan memegang gitar, “Dia yang kau maksudkan, siapa?"
“Aina, our beloved stepsister."
"Whoa, man! YOUR beloved stepsister. Adik tiri aku cuma ada dua orang je, Anim dengan Azim. Aina, tak masuk dalam list tu."
"Kenapa kau anti sangat dengan Aina? Sebab muka dia macam Naz? C'mon, move on lah dude!"
"Aku dah lama move on, long."
"Dah tu? Kenapa kau buat Aina tu macam musuh?"
Akil jungkit bahu, "I don't like her. Aku tak tahu kenapa tapi aku tak suka dia, tak suka dengan kehadiran dia, tak suka dia panggil aku angah. Aku just..." Akil hela nafas lalu ukir senyum tawar, "Aku tak suka."
"But why?"
"Entah! Yang aku tau aku tak suka."
"Kapten Akil, jangan asyik cakap tak suka, takut nanti terjatuh cinta. Parah, bro! Dia adik kot."
"Ala, adik yang boleh diikat menjadi isteri. Plus, aku takkan jatuh cinta dengan dialah. I know myself."
Aiman ketawa lalu dia bangkit dari duduknya, "Kau pernah dengar pasal Tingkap Johari?"
"Johari mana pulak?"
"Tingkap Johari ada empat kawasan. Kawasan yang pertama, kawasan terbuka yakni 'open area', sesuatu tentang diri kau yang aku, kau dan semua dalam rumah ni kenal. Contohnya, nama kau, umur kau. Kawasan yang kedua, 'blind area' yakni kawasan buta. Blind area ni adalah sesuatu kawasan mengenai diri kau yang kau tak tahu tapi orang sekeliling kau tahu. Contohnya, mimik muka kau yang kau tunjuk dekat keluarga kita. Kau tak tahu kau buat muka macam mana, tapi semua orang dalam rumah ni boleh baca mimik muka kau."
Akil kerut dahi, "Apa kaitan dengan aku ni?"
"Jangan menyampuk," Aiman mencerun kepada Akil sebelum menyambung, "Kawasan ketiga, 'hidden area' atau bahasa lainnya kawasan tersembunyi. Kawasan tersembunyi ni adalah kawasan di mana kau cuba sembunyikan rahsia kau dari orang lain atau maksud lainnya, sesuatu tentang kau yang kau tahu tapi orang lain tak tahu. Contohnya macam sebab-sebab kenapa kau tak suka pada Aina. Aku tak tahu sebab apa kau tak suka Aina. Cuma kau yang tahu sebabnya walaupun kau jawab entah, kau tak tahu kenapa kau tak suka Aina but deep down, aku tahu kau tahu kenapa kau tak suka Aina."
Akil ketawa lalu menggeleng, "Okey. How about the last area?"
"Last area is the unknown area. Area which something that nobody would know except for The Creator. Contohnya tarikh kematian kita atau tarikh perkahwinan kita. Semua manusia tahu yang kita akan mati one day tapi kita tak tahu bila one day tu akan datang. Entah esok, lusa, tahun depan or dua jam dari sekarang. Kita tak tahu tapi Allah tahu," Aiman senyum pada Akil.
"Okey..." Akil leretkan suara sebelum menyambung, "Apa kaitannya benda ni dengan aku?"
"Ai, aku terang panjang-panjang. Takkan tak dapat tangkap lagi?"
"Nope!" Akil menggeleng, laju.
"In the blind area, kau mungkin rasa kau tak suka Aina, layanan kau dekat dia kasar tapi sebenarnya orang sekeliling kau boleh nampak perasaan sebenar kau dekat dia. Dalam kasar kau melayan dia, kaulah yang paling ambil kisah pasal dia, Akil," Aiman hela nafas dan terus menyambung, "In the hidden area, kau sembunyikan sebab sebenar kau layan Aina buruk. Kau mungkin kata kau tak suka dia tapi bagi aku itu cuma alasan untuk kau tutup perasaan kau dekat dia."
"Hahaha! That is funny, bro!" Akil menggeleng kepala sambil ketawa. Teori apalah Aiman pakai ni?
"Gelaklah puas-puas, Akil. Jangan nanti kau nak menangis-nangis dekat aku kalau Aina tu kahwin dengan orang lain."
Wajah Akil terus berubah, "Dia nak kahwin ke?"
"Gotcha, bro!" Wajah Akil berubah lagi bila Aiman keluar dari biliknya dengan tawa yang panjang. Damn! Aku terkena!

Aina buka pintu bilik. Rasa mengantuk dah menjengah tapi dia masih berjaga untuk menyiapkan lukisan hiasan dalaman untuk rumah pelanggan syarikatnya. Sempat dia kerling bilik yang bertentangan dengan biliknya. Sunyi.
Langkah kaki diatur ke dapur. Tudung sarung yang melekat di kepalanya dibetulkan sikit. Di pintu dapur, langkah kakinya terhenti. Perlahan-lahan, bibirnya menguntum senyum. Sudah tiga hari dia tidak bertemu dengan si mulut longkang ini. Tanpa sedar, ada rindu menguntum.
 “Hah, buat apa tu?!" Sergah Aina, lantang!
“Aduh!" Serentak Akil menjerit.
“Eh, kenapa?" Aina mendekati Akil yang masih membelakanginya.
“Kau tak reti bagi salam ke, minah?!" Akil meninggikan suara pada Aina. Luka di jarinya dia pandang, lama.
“Kau nak buat apa ni? Tak pandai guna pisau, janganlah guna! Ish!" Aina bersuara kalut. Rasa bersalah menebal dalam dirinya namun rasa risau lebih tinggi dari rasa bersalah, “Baru kena sergah sikit, dah bising. Macam perempuan,“ tanpa sedar, Aina mencapai jari Akil yang berdarah lantas dia menghisap darah yang masih menitis dari luka akibat terhiris itu. Spontan.
Akil terkaku melihat perilaku Aina. Hatinya tiba-tiba bergetar, “Aina..."
Aina angkat wajahnya lantas mata mereka saling bertemu. Mengundang debaran yang menggila dalam hatinya.
Perlahan Akil menarik Aina agar mendekati dirinya. Perlahan-lahan, wajahnya di dekatkan dengan wajah Aina. Aina pula terkaku, tidak menolak. Semakin dekat, semakin dekat dan...
"Seronok ke pegang tangan orang bukan mahram?" Perlahan Akil berbisik . Aina tersentak. 
"Tak. Aku... tak... kakak.... " Aina tergagap-gagap. Apa aku buat tadi? Ya Allah!
"Jangan buat macam tu lagi. Jangan CUBA buat macam tu lagi. Jangan buat baik dengan aku. Jangan CUBA buat baik dengan aku. Sekali aku tak suka, selamanya aku tak suka. Jangan ingat kalau kau buat baik dengan aku, aku akan terima kau sebagai adik tiri aku. Sampai bila-bila aku takkan terima."
"Ke... ke... kenapa?" Aina terpempan.
"Aku tak suka kau! Titik! Oh by the way, jangan buat baik dengan aku macam kau buat baik dengan along! Aku geli! Pakai tudung tapi tergedik-gedik dengan along. Macam perempuan murah. Aku ingatkan kau lain dari Naz tapi nyata, kau sama saja. Busuk, baik luar mahupun dalam," bisik Akil, perlahan. Entah kenapa, lidahnya tajam bersuara. Usai berkata sedemikian, dia berlalu meninggalkan dapur yang masih bersepah. Hilang terus mood nak masak maggi tadi.
Di dapur, Aina rasa matanya panas. Pipinya panas. Teruk sangatkah aku di mata dia? Tergedik-gedik? Selama ini dia kawal setiap tingkah lakunya, dengan along. Dengan Akil saja dia jadi tidak sopan, tapi kenapa... Ya Allah. Aina terduduk di lantai dapur, mula tersedu-sedan. Papa... kakak nak papa...

Entah kenapa, sarapan pagi pada pagi itu terasa hambar. Akil tengok Anim dan Azim yang menyuap makanan tanpa bersuara langsung. Selalunya ada saja yang budak kembar berdua ni nak celotehkan.
“Morning,” Aiman yang baru turun, bersuara ceria namun tiada siapa yang membalas. Aiman kerut dahi. Kenapa suram aje pagi ni? Kerusi di sebelah Akil ditarik lantas dia berbisik pada Akil, “What’s wrong?”
“Entah. Aku turun je, mama dengan ayah buat muka serius.”
“Mama, ayah... ada apa-apa yang tak kena ke?”
Mama pandang Aiman yang bertanya, “Kakak...”
Akil terasa jantungnya berdegup kencang. Kenapa dengan dia?
“Kenapa dengan kakak?” Aiman mengerling Akil yang sudah berubah wajahnya.
“Mama pergi dapur nak buat sarapan tadi, nampak kakak terkulai dah kat lantai dapur. Mata bengkak macam lepas menangis. Bila ditanya, menggeleng dan menangis.”
Akil tersentak. Ya Allah, apa aku dah buat? “Sekarang... Aina dekat mana?”
Ayah hela nafas, “Dia ada kat atas. Tidur. Tadi badannya panas jugak. Ayah cadang nak ambik cuti, boleh bawak kakak ke klinik.”
“Dia menangis sebab apa?” Aiman bertanya.
“Mama tak tahu. Yang dia sebut cuma ‘Nak papa! Nak papa!’. Risau mama,” mama mengeluh.
Aiman hela nafas, “Ayah tak payahlah ambik cuti. Biar along je bawak kakak ke klinik.”
“Tak apa ke, along? Kerja kamu?”
Aiman senyum, “Alah, apalah sangat kerja tu dengan adik sendiri.”
Akil yang baru nak menawarkan diri, terus tak jadi nak bersuara. Hatinya digayuti rasa tidak enak. Kenapa along ni baik sangat dengan Aina?!

Aiman hela nafas. Wajah lesu Aina di kerusi belakang, ditatapnya lama. Apa kau dah buat ni, angah?
“Aiman?”
“Syu...”
“Risau betul you dengan dia, kan?”
Aiman tarik muka, “Syu...”
“I main-main jelah. Nanti terus hantar Aina balik, tahu?”
Aiman sengih, “Yelah, doc.”
Syu geleng kepala. Sengih nakal seorang Aiman. Kalau dia tak kenal, mesti dia tak percaya Aiman ni anak sulung, “I kena masuk klinik balik. Ni ubatnya.”
“Thanks, sayang.”
“Baliklah! Kesian Aina tu!” Wajah Syu dah memerah, menahan malu.
Aiman mengangguk, “Syu, plan I untuk awal bulan depan... okey, kan?”
Perlahan-lahan Syu mengangguk, “InsyaAllah. Kedatangan you dan keluarga, I alu-alukan.”
“Alhamdulillah. Jumpa nanti, ya?” Ucap Aiman sebelum masuk ke dalam keretanya. Syu mengangguk sebelum melambai kepada Aiman yang sudah menghidupkan enjin kereta.

“How is she?” Tanya Akil sebaik saja Aiman keluar dari bilik Aina.
“Kau kisah sebab...?” Aiman jungkit kening.
“Ai, nak kisah pasal adik sendiri, tak boleh?” Akil mengerutkan hidungnya. Payah betul ada abang macam gini.
“Baik kau cakap betul-betul dengan aku, apa yang kau dah buat dengan Aina?”
“Apa yang aku buat? Aku tak buat apa-apa pun.”
Aiman geleng kepala, “Then tell me kenapa dia asyik meracau tanya kenapa angah buat kakak macam ni?”
Hah?! Did she really say that? Muka Akil berubah terus, “Aku...”
Aiman tepuk bahu Akil, “Ingat Tengku Akil Hanif, Nurul Aina bukan Fatin Nazira. Ingat tu!”
Akil tersentak. Apa aku dah buat ni?
“By the way ngah...” Aiman berpaling pada Akil yang seolah-olah hilang kata, “Dia meracau waktu dalam kereta tadi. Kau patut bersyukur dia dah tak meracau macam tadi.”
Akil terduduk sebaik saja Aiman berlalu. What have you done, bangang? Memanglah mulut kau mulut longkang, Akil!!

Akil melangkah keluar dari biliknya dan dia terkaku. Aina yang baru keluar dari bilik terkaku sama. Aina buat tidak nampak Akil lantas terus kembali masuk ke dalam bilik. Akil tercengang lalu dia mengeluh. Peak cap disarung ke kepala. Beg hitam miliknya ditarik. Dia harus terbang ke Bandung hari ini. Sebelum melangkah, sempat dia mengerling pada bilik yang penghuninya baru mengelak dari bertembung dengannya. Sorry, Aina...
Aina di dalam bilik menghela nafas panjang-panjang. Ingatkan lelaki itu sudah pergi, rupanya baru nak pergi. Dia nampak riak terkejut di wajah lelaki itu. Air mata tiba-tiba mengaburi matanya. Dia hela nafas lagi. Sangkanya dia sudah okey tapi sebenarnya tidak. Dia masih lagi terkesan dengan apa yang Akil katakan. Aina masih berkecil hati...

Akil merebahkan badannya di atas sofa. Penatnya! Malas nak menapak ke tingkat atas tapi takkan nak terbongkang tidur kat sini.
“Angah!!” Akil kalih pandangan pada pintu rumah. Anim dan Azim dah ketawa melihat Akil. Baru seminggu Akil pergi, mereka sudah rindu.
Akil senyum pada pasangan kembar itu. Hampir senyumannya mati bila terlihat Aina yang turut berdiri di muka pintu. Wajah gadis itu tenang, tidak beriak.
“Naik atas, mandi. Solat asar jangan lupa,” Aina bersuara pada kedua orang adik kembarnya. Kembar berdua itu yang baru teruja nak berjumpa dengan Akil, akur dengan arahan Aina. Kenapa teruja? Haruslah teruja, Akil kalau pergi mana-mana, mesti ada hadiah untuk mereka berdua.
Tanpa mempedulikan Akil di sofa, Aina terus berlalu ke dapur. Dia sedikit terkejut sebenarnya nampak si Akil tadi tapi dia buat tak peduli. Malas nak ambil tahu.
Akil yang tadi mengantuk terus hilang mengantuk. Nafasnya dihela, perlahan. Aina masih belum memaafkan dia. Yalah, nak memaafkan macam mana. Dia pun tak mintak maaf secara proper tapi dia sendiri rasa malu nak mintak maaf. Betullah kata Elton John, sorry seems to be the hardest words.

Ketukan di pintu buat Akil buka mata terasa kelat. Dia bangkit dari baringnya dan menuju ke arah pintu. Sempat dia mengerling jam di dinding. Sudah pukul 10.45 malam. Lepas isyak tadi, dia terus hanyut.
Pintu bilik dia buka. Wajah Aiman yang ceria terpampang di ruang matanya, “Kenapa kau?”
“Rindu...” balas Aiman, mengada.
“Blah!” Akil buat muka sebelum kembali berlalu ke katilnya.
“Ala, kau...” Aiman ketawa sebelum duduk di birai katil Akil, “Kau tak turun makan malam tadi, kenapa?”
“Aku penatlah, along.”
Aiman geleng kepala, “Kakak masak sedap tau...”
Jantung Akil berdetak laju. Aina masak? “Eleh, ye je kau. Kau kalau Aina, semua sedap, semua baik. Semua tentang dia, elok di mata kau.”
Aiman terdiam sebelum kembali bersuara, “Kau ni... kenapalah suka sangat buruk sangka dekat kakak tu?”
“Mana ada aku buruk sangka,” balas Akil, malas melayan. Ini adalah satu sebab kenapa dia tak suka dengan kehadiran Aina. Aiman selalu saja membela Aina seolah-olah Aina itu adik kandungnya sedangkan Akil, ada saja tak kena.
“Kau tak suka aku baik dengan kakak?”
Akil jungkit bahu, “Entahlah. Aku rasa tergugat dengan dia. Semua tentang dia baik. Aku? Aku rasa macam tak dihargai pun ada. Aku rasa macam tempat aku dalam keluarga ni, dia dah ambik.”
“Kau merepek apa ni? Jangan cakap macam perempuan PMS, boleh? Sejak bila kau berfikir macam kanak-kanak tak cukup umur ni, Akil?” Aiman mengeluh.
“Entah. Sejak aku kenal Aina, kot.”
Aiman menggelengkan kepalanya. Dalam mindanya merangka sebuah rencana buat Akil, “Kau tak payah risau dah pasal kedudukan kau tu. Alang-alang dah ada orang masuk meminang Aina minggu lepas, kau tak payah risau. Aina dah nak bertunang pun. Lepas ni, dia takkan bermanja dengan family ni dah. Dia bermanja dengan husband dia je lepas ni.”
Akil tersentak! “What do you mean Aina nak bertunang?" Akil pandang Aiman yang nampak bersahaja. Baru seminggu dia terbang ke Bandung, tiba- tiba dia dapat berita mengejutkan ni.
“La, Aina nak bertunanglah. Dah ada orang meminang hari tu. Aina dah setuju nak bertunang."
“Kenapa tiba-tiba?" Akil pegang dada yang terasa sakit.
“Entah. Kau kenapa tanya macam-macam ni? Kau patut happy, orang yang kau tak suka, orang yang kau kata nak rampas tempat kau dalam rumah ni dah nak bertunang. Lepas tunang, kahwin. Confirm dia pindah rumah suami dia..."
Tak sempat Aiman menghabiskan kata. Akil laju memotong, “Siapa yang datang meminang tu?"
Aiman ukir senyum, “Aku."
Dan Akil terlopong. What the hell? “Tak beragak langsung nak tipu aku!”
“Lah, kau tak percaya cakap aku? Wei, aku dah beli rumah tau. Lepas kahwin nanti aku nak pindah sana terus. Kau pun tak payah mengadap dah muka Aina.”
Akil terdiam terus. Hilang kata-kata. Dikerling Aiman yang tersengih-sengih sendiri. Dadanya terasa sesak. Kenapa... kenapa mesti Aiman, Aina? Kenapa bukan orang lain?

Akil melangkah masuk ke dapur untuk makan malam namun langkah kakinya terhenti bila ternampak Aina yang sedang membasuh sesuatu di sinki.
Aina yang terderap kaki berjalan menuju ke dapur kalih ke belakang dan dia tergamam sesaat sebelum kembali mengadap pinggan mangkuk kotor yang masih berbaki di dalam sinki.
Akil hela nafa, panjang. Dia perlu tahu sesuatu, “Aina...”
Aina buat pekak. Tangannya semakin laju membasuh pinggan mangkuk. Cepat selesai, cepat dia masuk bilik. Tak payah mengadap mamat bajet kat belakang dia ni.
"Kenapa terima peminangan tu?" Akil terus bertanya meskipun Aina tidak peduli langsung dengan kehadirannya.
Aina kerutkan dahi. Peminangan apa? Alah, bolayan jelah! Heh, kau kata aku perempuan murah, kan? Memang taklah aku nak murahkan diri aku jawab soalan kau.
"Aina..." Akil berdiri di sisi Aina, masih berjarak.
Aina tetap terus membasuh pinggan yang terakhir, langsung tidak dipeduli langsung pada Akil. Sejak kejadian hari tu, memang dia tak bersuara langsung pada Akil. Biarkan dia. Sesuka hati kata orang murah. Macam dia tu mahal sangat. Entah-entah jual kat pasar malam pun, orang tak pandang!
"Kenapa terima peminangan along?"
Peminangan along? Bila along masuk meminang aku? Biarlah, layankan jelah. Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Air yang mengalir dari paip itu dia tutup lantas dia berpaling kepada Akil di sisinya, "Suka hati akulah. Dah along masuk meminang, terima jelah. At least, lepas ni kalau aku nak bergedik dengan along pun, tak adalah orang geli, ye dak?"
Akil ketap bibir. Panas telinganya disindir Aina, "Kenapa along? Dia abang kau, tau tak?"
"So? Abang yang bukan mahram, yang boleh dinikahi. Lagipun apa masalah kau? Tak suka aku jadi kak long kau? Heh, aku pun tak suka ada adik ipar macam kau, tahu?" Aina segera berlalu. Malas nak melayan dah namun lengannya ditarik.
"Jangan terima along!" Akil keraskan suaranya.
Aina pandang lengannya yang dipegang oleh Akil. Berlapik tapi tetap dia mahu menyindir, "Seronok ke pegang lengan orang bukan mahram?!" 
Akil tersentak namun langsung dia tak melepaskan lengan Aina dari genggamannya, "Berlapik."
"Lepaslah, mangkuk! Aku mengadu dekat along, nanti!"
Akil tersentap lalu dia lepaskan tangan Aina! Mengadu dekat along? Kenapa dia tak suka dengar Aina cakap macam tu? Kenapa dia tak sedap hati bila Aina cakap seperti itu? Kenapa?!
"Akil..."
Akil pandang mata Aina yang merenung tajam kepadanya.
"Aku terima along sebab hanya dia yang mampu membayar mahar aku yang kau pandang murah. Murah pada mata kau, mahal pada mata along," Aina terus berlalu usai berkata-kata. Dia tersenyum, puas! Along nak bayar mahar aku? Choi, along nak bertunang dengan orang lainlah. Bukan aku! Akil tertipu. Padan muka!

Emel yang dia cetak semalam dia baca berkali-kali. Bagaikan memahami rasa hatinya, hari ini dia terima email dari pihak Etihad Airlines. Permohonannya untuk bekerja dengan syarikat penerbangan itu telah diterima. Dia mengeluh. Matanya dipejam. Tidak disangka, ketika dia punya masalah hati seperti ini, dia diterima bekerja di negara orang.
Akil mengeluh lagi sekali. Jiwanya kacau. Dia keluar dari rumah pagi tadi dan terus menuju ke coffee house ini, hanya untuk menenangkan jiwanya yang sedang galau. Ah, serabut!
Tiba-tibanya menerawang ke sebuah peristiwa yang berlaku beberapa bulan lepas, di coffee house yang sama. Dia terjumpa dengan Naz, bekas tunangnya!
“Akil," bibir gadis itu terukir senyum manis, “What a coincidence?"
Akil jungkit kening, “You nak apa, Naz?"
Naz duduk di depan Akil, "I cuma nak tegur you, salah ke?"
“Dah tegur, kan? You boleh terus jalan."
“Sejak bila you jadi macam kasar macam ni Akil?"
“Oh, you lupa ke apa yang jadi? You dah lupa apa yang you buat? In case you lupa, you kena tangkap basah dengan kawan baik I sendiri, dua hari sebelum kita menikah! So kalau you jadi I, you rasa I nak ke layan you baik-baik? Boleh pergi mampus, Naz!"
Terkedu Naz apabila Akil mengungkit peristiwa itu namun kemudian bibirnya mengukir senyum, “I tahu you masih cintakan I"
“Eh, bodohlah aku kalau masih cintakan perempuan murah macam kau!"
“Oh, really?! Then tell me why you pilih girlfriend muka macam I?"
Akil kepal penumbuk. Wajah Aina yang bertudung melintas di mindanya, lantas dia bersuara, lantang! “Muka mungkin sama tapi perangai dia sejuta kali ganda lagi elok dari kau!" Meja didepannya ditumbuk dan dia terus berlalu.
Akil raup muka, menghilangkan semua lamunan yang tadi mengganggu mindanya.. Dia mengeluh, kerana nak menafikan apa yang Naz cakap, dia sakitkan hati Aina.
Kerana tak nak Naz kata dia masih mencintai Naz, dia layan Aina kasar. Dia mengeluh lagi. Menyesal pun tak guna Akil, Aina tu bakal jadi milik along...
Emel itu dibaca sekali lagi. Dua minggu lagi tarikh untuk melapor diri. Dia hela nafas. Aku harus pergi...

Sebulan berlalu, Akil masih belum membuka mulut tentang kerja barunya di Dubai. Dia masih tidak tahu nak bermula dari mana. Dia juga sudah berhenti secara rasminya dari AirAsia. Pernah Anim bertanya, kenapa dia asyik cuti saja. Dia cuma sengih saja, tak menjawab.
Akil hela nafas. Boarding pass yang dia cetak tadi dia letak di bawah passport-nya yang ada di atas meja. Dia bangun dari duduknya. Dia harus beritahu juga kepada ahli keluarganya, hari ini! Harus!
Sampai saja di tingkat bawah, langkah kakinya terhenti. Di sofa, dia nampak Aiman dan Aina rancak berbual. Seolah-olah hanya ada mereka di dalam rumah besar ini. Jujurnya, hatinya terasa ngilu saat mendengar gelak tawa mereka berdua.
“Angah, kenapa menung je ni? Tak nak join ke kakak dengan along tu. Dia orang tengah bincang pasal majlis minggu depan," tersentak Akil bila bahunya ditepuk.
Serentak, Akil memaniskan wajah, “Tak apalah, ma. Tak nak kacau dia orang. Majlis dia orang kan? Ayah mana, ma?"
Mama kerut dahi. Majlis dia orang? “Lah, kacau apanya, angah. Ayah ada kat atas."
“Ma, majlis tu hari apa?" Pura-pura dia bertanya sedangkan dia sudah tahu. Masakan tidak tahu, saban waktu Aiman mengingatkan dia padahal Aiman tak tahu, dia takkan hadir pada majlis itu!
“Sabtu minggu depan." 
Akil mengangguk. Berat nak diucapkan namun dia harus memberitahu, “Angah tak ada kat majlis tu kot. Angah dah start kerja dekat Etihad Airlines. Kontrak dua tahun."
“Hah?" Mama nampak benar terkejut, “Kenapa tiba-tiba?"
Akil senyum, “Dah lama apply, ma. Baru dapat." Baru dapat? Tipu! Dah sebulan kau dapat emel tu!
“Bila angah nak pergi?" Mama masih dalam mode tak percaya.
“Angah nak pergi mana?" Suara ayah membuatkan semua yang ada di ruang tamu berpaling kepada Akil.
Akil hela nafas, tenang. “Dubai. Ahad ni."
Aiman dah berdiri, terkejut. Aina buat tak tahu. Pergilah jauh-jauh, tak payah hadap muka dia dah! Namun dalam hati, ada sesuatu yang bagaikan tidak rela Akil pergi jauh...

“Kau nak pergi Ahad ni?!” Aiman mengekori langkah Akil yang terus naik ke biliknya selepas membuat semua orang di ruang tamu tersampuk bisu.
Akil mengangguk saja.
“Tunggulah sampai majlis aku Sabtu depan. Takkan tak boleh?”
Akil menggeleng. Tunggu sampai kau bertunang dengan Aina? Memang taklah, along!
“Kau adik aku, angah! Tu hari bahagia aku, takkan kau tak boleh nak spend time untuk aku?”
Akil geleng lagi, “Aku... tak boleh”
Aiman mengeluh! Habis rancangan aku macam mana? Seketika, suasana bilik itu sunyi. Akil capai bagasi dari atas almarinya. Habuk-habuk yang melekat, dia sapu. Lusa dia sudah kena pergi.
“Angah...” serentak Aiman dan Akil berpaling pada pintu. Mama berdiri di muka pintu. Wajahnya sayu.
“Mama...” Akil tersenyum, hambar.
“Angah...” mama mendekati Akil lantas dia renung raut tampan anak tirinya itu, “Jangan pergi, boleh?”
Akil menggeleng. Maafkan angah, mama...
“Sekurang-kurangnya tunggu sampai Sabtu depan, tak boleh ke?” Mama bersuara, penuh berharap.
Geleng lagi, “I can’t, ma. I’m sorry.”
Mama hela nafas. Kecewa. Aiman turut menunduk. Sebelum Akil pergi, dia perlu beritahu perkara yang sebenarnya dulu!

Dan Aiman tak dapat beritahu perkara yang sebenarnya pada Akil. Sebab apa? Sebab Aiman harus bekerja di luar daerah dan malangnya, di tempat itu, network coverage sangatlah teruk. Memang dia tak dapat nak berhubung langsung dengan keluarganya.
Akil hela nafas. Esok dia dah nak ke Dubai. Ada benda yang harus dia lakukan sebelum dia pergi. Dia perlu... minta maaf pada Aina.
Kakinya melangkah ke pintu bilik yang berdepan dengan biliknya. Perlahan, dia mengetuk pintu bilik tersebut.
“Kejap!” Kedengaran suara dari dalam bilik tersebut.
Akil mengukir senyum. Pasti dia akan rindu dengan suara gadis itu nanti.
“Ke...” Aina yang bukak pintu dengan ceria, terus mati keceriaannya, “Kau nak apa?”
“Esok aku dah nak pergi Dubai."
“Then?"
Akil mengeluh. Salah aku ke Aina jadi macam ni? “Aku cuma nak minta maaf."
Aina mengangguk, “Okey."
“Aku doakan kau bahagia dengan along."
“Okey, terima kasih!" Ujar Aina, datar. Dia tak tahu lagi ke aku tipu dia hari tu? 
”Aku tak balik majlis kau dengan along nanti."
“Okey," Aina mengangguk. Confirm tak tahu lagi. Biarlah! “Dah habis dah cakap? Aku nak masuk tidur!”
Akil mengangguk, “Maaf sekali lagi. Assalamualaikum.” Dan dia terus berpaling menuju ke biliknya.
Aina yang masih berdiri di depan pintu biliknya, menjawab salam Akil dengan perlahan. Kenapa dia tiba-tiba rasa bersalah melihat Akil yang sudah pun berlalu ke dalam biliknya? Sejujurnya, dia tak nak Akil pergi ke Dubai. Tak tahu kenapa...

Senyap sunyi. Aina menekur jemarinya di riba. Pagi tadi, Aina tiba-tiba mahu mengikut mama dan ayah menghantar Akil ke lapangan terbang. Akil yang mulanya terkejut, mengukir senyum dalam hati. Aina mahu hantar dia ke lapangan terbang! Dan lebih mengejutkan, Aina menegur Akil. Walaupun sedikit kekok namun tetap buat Akil gembira!
Akil kerling si gadis manis yang sudah mula mengukir nama di dalam hatinya. Senyap saja, bagai tidak kisah saja dia mahu pergi. Tanpa sedar, dia menghela nafas.
"Aina..."
Aina kalih memandang Akil, "Apa?"
Akil cuba sembunyi senyum bila Aina masih sudi memandang wajahnya, "Mesti kau suka kan aku nak pergi Dubai ni?"
"Suka!" Jawab, Aina laju namun hatinya cepat-cepat menafikan. Tak, aku tak sukalah mangkuk! Kau pergi, aku nak bergaduh dengan siapa?
Akil pula rasa macam kena tumbuk. Hailah Aina, kau tak boleh cover sikit ke?
"Kenapa kau pilih Dubai?" Aina pandang Akil yang seperti berkhayal.
Akil tersentak lalu dia jungkit bahu, "Entah! Sebab dulu lepas putus tunang dengan Naz, aku bercuti kat Dubai. Aku jatuh cinta dengan Dubai. Jadi aku pilih Dubai."
Aina mengangguk, "Kau putus dengan Naz, kau lari ke Dubai. Sekarang kau putus dengan siapa sampai kau lari ke Dubai sekali lagi?"
Akil mati kata. Aku lari dari hakikat kau nak bertunang dengan along, Aina...
"Aina... aku..." kata-kata Akil mati saat bahunya ditepuk oleh ayah.
"It's time, angah!"
Akil terus berdiri, menggalas beg sandangnya. Aina turut berdiri, sama. Beratnya hati, hanya Allah yang tahu,
Aina perhatikan saja Akil berpamitan bersama mama dan ayah. Bibir lelaki itu yang mengukir senyum, tanpa sedar membungakan rasa di dalam hati. Seketika kemudian, Akil berdiri di depannya, "Aku pergi dulu."
Aina mengangguk, "Hah, baguslah! Elok-eloklah kat negara orang. Jangan cari pasal dengan orang sana macam kau cari pasal dengan aku!"
Akil jungkit bahu lalu dia mengukir senyum, "Aku cuma cari pasal dengan kau je. By the way..." dia hela nafas, berat, "Tahniah Aina."
Tak sempat Aina tanya tahniah, Akil telah pun berlalu pergi. Aina rasa dadanya sebu tiba-tiba. Dia perlu beritahu sesuatu kepada Akil! Dia nak cakap, bukan dia yang bakal bertunang dengan along! Akil... serunya di dalam hati. 
Akil yang terasa bagai ada yang memanggil, berpaling ke belakang. Dia nampak Aina pegun memandang dia dengan tangan gadis itu memegang dadanya. Sempat dia melambai pada ayah dan mama sebelum kembali berpaling ke depan semula. Tangan di bawa ke dada. Sebak yang ditahan tadi, luruh jua akhirnya. Ada air mata menitis dari kolam matanya, sakitnya rasa cinta bila kecundang kali keduanya. Selamat tinggal, Aina. Semoga kau bahagia...

Sejak Akil pergi, Aina yang dulu bukanlah Aina yang sekarang. Aina jadi tersangatlah pendiam dan banyak termenung. Mama pelik. Ayah pelik. Aiman? Dia tak pelik sebab dia tahu kenapa Aina jadi macam tu. Dia tahu, Aina rindu.
“Along, mama risau tengok kakak. Sejak angah tu pergi Dubai, kakak tu dah macam hilang arah."
Aiman mengangguk, tanda dia juga sedar dengan perubahan Aina sejak Akil bermastautin di Dubai, “Along risaukan si angah tu. Sejak dia sampai Dubai, last dia contact rumah bagitau dia dah sampai. Itu je. Lepas tu, dah tak ada apa-apa berita."
“Apa jadi dengan dia orang berdua tu?" Mama mengeluh.
Aiman senyum, “Bila dekat, bercakaran. Bila jauh, mula rindu-rinduan"
“Maksud along?" Tanya mama dengan muka kelam.
“Ma, along nak masuk meminang kakak, boleh?" Aiman bertanya, serius.
“Hah? Along ni betul ke? Syuhada tu macam mana?"
Aiman laju menggeleng, “Bukan untuk along tapi untuk angah."
Mama terlopong, “Tapi..."
“They loved each other, ma. Trust me," Aiman bersuara, serius walaupun bibirnya terukir senyum.
“Tapi dia orang tu selalu bergaduh. Mama tak rasa kakak akan setuju. Angah apatah lagi. Ayah kamu, nak ke dia bermenantukan anak tiri sendiri?”
Aiman ketawa, “Mama! Mestilah ayah setuju. Along dah pun tanya pada ayah sendiri. Ayah sendiri sebenarnya sedar yang angah dengan kakak tu saling suka tapi ego setinggi langit. Tunggu dia orang nak mulakan, jangan haraplah. Biar kita yang mulakan dulu.”
Mama akhirnya turut ketawa, “Mama ajelah yang lambat sedar ni?”
Aiman mengangguk, “Tapi along nak mintak mama cakap dengan kakak, boleh?”
“Boleh. Nak cakap apa?”
Aiman tersenyum. Akil, nanti kau kena berterima kasih dengan aku!

Akil hela nafas. Bayu yang berpuput menyapa pipinya, menyedarkan dia dari lamunan. Ada rindu yang bermukim di hati. Rindu pada dia yang bukan miliknya. Astaghfirullahal’azim! Laju dia beristighfar.
Telefon bimbit di dalam poket dia capai. Di dail nombor rumah yang sudah dia hafal. Dia rindu keluarganya. Sungguh, tak tipu...
“Assalamualaikum...” perlahan dia memberi salam sebaik sahaja panggilannya di angkat oleh orang di Malaysia.
“Waalaikumussalam. Ni siapa, ya? Nak bercakap dengan siapa?”
Akil ketawa mendengar soalan yang diberi oleh orang sana. Dia tahu sangat itu suara siapa, “Anim!”
“Eh...” Anim terjerit kecil lalu dia ketawa kuat! “Angah!!! Is that really you?”
“Angahlah ni. How are you little sister?”
“I am perfectly great! InsyaAllah. Rindu angah!” Anim bersuara.
“Angah pun rindu,” balas Akil dengan senyuman, “Azim ada?”
“Azim main futsal! Ada Anim dengan kakak je dekat rumah ni.”
Senyuman Akil mati, “Kakak tak kerja?”
“Kakak half-day hari ni. Ada kat dalam bilik dia rasanya. Angah nak cakap dengan kakak?” Anim sudah mengukir senyum nakal.
Akil tiba-tiba berdebar. Sudah hampir sebulan dia di sini namun dia tak pernah mengirimkan khabar berita. Bukan kerana dia tak mahu tapi kesibukan yang menyebabkan hasratnya sering terbantut, “Boleh jugak.”
“Kejap! Anim panggilkan kakak!” Akil hela nafas. Dadanya berdebar tiba-tiba...

Aina baru nak melelapkan mata saat pintu biliknya diketuk dari luar. Sambil merengus, dia melangkah ke arah pintu bilik, “Kenapa Anim?”
“Kakak demam ke? Pucat je,” tegur Anim sebaik saja wajah Aina terpampang di depan matanya.
“Kakak okey. Anim nak apa ni?”
Anim sengih lalu dia bersuara, "Kakak..."
"Ada apa Anim?" Aina jungkit kening.
"Ada call...” Anim sengih lebih lebar, “Orang tu nak cakap dengan kakak.”
"Kakak malas nak cakap telefon, Anim cakap jelah kakak tak ada,” Aina berpaling dari muka pintu, nak kembali mendapatkan katilnya.
Anim mengeluh, "Tapi angah nak cakap dengan kakak!"
"Hah, siapa?!" Aina berpaling lipat maut! Akil?!
Anim sengih dalam hati! Yes!!

Aina capai gagang telefon yang ada di meja di tepi tangga. Anim yang turun bersamanya tadi sudah pun masuk ke dapur. Memberi ruang privasi kepada mereka untuk berbicara, agaknya.
Gagang telefon itu dilekapkan pada telinga. Nafas dihela, perlahan, “Assalamualaikum.”
Tiada suara membalas. Lama sebelum telinga Aina mendengar sahutan dari talian sana, “Waalaikumussalam.”
Sesaat kemudian, mereka sama-sama terus senyap. Tidak bersuara.
"Kakak?" Suara di talian itu berhenti seketika sebelum menyambung, "Sihat?"
Aina ketap bibir. Kenapa panggil dia kakak? Panggillah Aina macam selalu, "Alhamdulillah. Sihat. Er... angah?"
"Alhamdulillah, angah sihat. Macam mana majlis hari tu?"
"Okey je. Alhamdulillah,” balas Aina ringkas. Dia tak tahu kenapa dia gugup bila bersembang dengan Akil di talian.
"Tak suka cakap dengan angah?" Tebak orang di talian itu bila sepatah yang dia tanya, sepatah jua si gadis membalasnya. Mungkinlah tak suka cakap dengan dia. Yalah, dah bertunang dengan along, kan?
Aina laju menggeleng. Bukan tak suka cakap dengan angah tapi tak suka Akil bahasakan dirinya angah! "Bukan... bukan tak suka tapi..."
"Akil, cakap dengan siapa? Jomlah! Banyak lagi tempat kita nak berjalan-jalan ni," ada satu suara di talian sana, menyampuk. Suara perempuan. Kata-kata Aina mati terus.
"Sorry, kakak! I’ve got to go! Kirim salam semua. Nanti angah telefon lagi. Assalamualaikum..." dan talian pun mati. Aina rasa kolam matanya panas. Kenapa dia rasa sedih ni?
“Kakak?” Anim pegang bahu Aina yang masih terkaku dengan telefon di tangannya.
“Anim, kakak nak nangis kat bahu Anim boleh?”
“Hah?” Anim tercengang dan tanpa sempat dia buat apa-apa, Aina sudah memeluk dirinya dan terus menangis di bahu Anim.
Anim gosok belakang Aina, perlahan. Di dalam hati dia tertanya-tanya. Apa yang sudah angah buat sampai kakak menangis macam ni?

Akil berjalan perlahan dengan tangan dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Hatinya sedang dihambat rasa bersalah, kerana mematikan panggilan telefon tadi begitu saja. Tanpa sempat Aina membalas apa-apa.
“You ni, termenung je. Tak best ke jalan dengan I?"
Akil tersentak sedikit sebelum mengukir sengih ditegur oleh si perempuan tinggi lampai di sisinya, “Tak adalah. Teringat family."
“You macam ada masalah je. Nak share dengan I?”
Akil lepas nafas. Dadanya sesak. Suara Aina di talian buat dadanya bergetar. Dia harus akui, ada cinta yang berbunga untuk Aina.
“Akil?"
“Kalau you jatuh hati dengan bakal abang ipar or adik ipar you, apa yang you akan buat, Lin?"
Lin jungkit bahu, “Entah, runaway kot."
Akil mengangguk, “But it's tiring."
“But it's painful to look at both of them."
“You cakap macam ada pengalaman," giat Akil.
Lin tersenyum, “Sebab tu I lari ke Dubai, Akil. I jatuh hati dengan tunang adik I."
Akil tercengang. Dia pandang Lin dengan riak tak percaya. Mereka ke Dubai atas sebab yang sama. Adakah ini ketentuan Tuhan?
“You janganlah buat muka macam tu!” Lin ketawa, “Yes, I jatuh hati dengan tunang adik I. Then I lari ke sini dan I langsung tak sangka...”
“What?” Akil jungkit kening.
“Dia kejar I, tinggalkan tunang dia, yakni adik I untuk I. Mulanya I takut nak terima dia but then, I dapat tahu, adik I dah ada kekasih hatinya sendiri. Dan kekasih dia dah pun jadi suami dia sekarang.”
“Macam mana you... I mean dia boleh bertunang dengan adik you?”
“Family matters. Hal orang-orang tua,” balas Lin ringkas. Tak nak memanjangkan cerita.
“So you terima dialah?” Akil jungkit kening.
Baru Lin nak menjawab, bahu Akil dipeluk oleh seorang lelaki, “Kalau dia tak terima aku, aku tak jadi suami dia hari ni, bro!”
Akil ketawa, “Damn, man! Patut dulu kau kalut sangat nak kerja dekat sini. Sebab Lin rupanya!”
“Aku kejar apa yang aku nak, Akil. I’ve lose her, once. Aku tak nak kehilangan dia, sekali lagi.”
Akil terdiam. Luke kejar apa yang dia nak. Aku? Tak sempat kejar, dia dah lari pada yang lain, “You are one lucky guy, Luke!”
Luke angkat bahu, “Yes, I am.”
Akil tersenyum, hambar. Kalaulah boleh dia kejar Aina macam gitu, “Kalaulah aku boleh jadi macam kau, Luke!”
“Hey, dude! Of course you can. Kau, Kapten Akil kot!”
Akil geleng kepala. Di depan Aina, dia bukan Kapten Akil tapi hanya seorang... angah, “Dia tak pandang pangkat kapten tu.”
“Chased her, Akil. You never know what future hold for you,” Lin pula bersuara.
“Dia dah pun bertunang dengan along I, Lin. I can’t... I tak mungkin boleh nak kejar perempuan yang along I dah suka. He’s my brother. He is my everything!” Akil menggeleng.
Luke dan Lin sama-sama terdiam. Luke menghampiri Akil lalu dia tepuk bahu Akil, “Berdoa saja pada Allah, mana tahu ada jodoh kau dengan dia tu.”
Akil senyum separa ikhlas. Yeah right!
“Akil...” Akil pandang Lin yang senyum kepadanya, “Ingat satu benda.”
“Apa?”
Serentak Lin dan Luke bersuara, “Kalau dah jodoh, takkan ke mana...”
Akil geleng kepala, “Dahlah! Jom jalan lagi!”


Aiman kerut dahi mendengar cerita Anim, “Anim tanya kakak tak kenapa kakak menangis?”
Anim pantas mengangguk. Azim di sebelahnya hanya dikerling sekilas, “Tanyalah. Kakak cuma cakap dia sedih. Sedih sebab apa, Anim tak tahu.”
“Angah cakap apa agaknya pada kakak?”
Anim ketap bibir, “Kakak rindu angah kot.”
Aiman mengeluh, “Rindu tapi tak nak mengaku.”
Anim mengangguk. Azim kalih memandang Aiman dan Anim, “Along, plan along hari tu macam mana?”
Aiman angkat bahu, “Along tunggu mama cakap dekat kakak je.”
“Kalau kakak tak nak macam mana, along?” Anim membetulkan letak tudung di atas kepalanya, “Or angah tak nak.”
Aiman ukir sengih jahat, “Oh, trust me! Mereka mesti nak.”

Aina sedang membaca novel bila pintu biliknya dikuak dari luar. Mama melangkah masuk ke dalam kamar tidur Aina dengan senyuman yang tak lekang di bibir.
"Kakak..."
"Ya, ma?" Aina ukir senyum lalu novel bertajuk Si Mangkuk Tingkat itu dia tutup. Kisah mengenai seorang perempuan yang berkahwin dengan seorang juruterbang. Juruterbang... Akil... Aina cepat-cepat menggeleng. Buang dia jauh-jauh dari fikiran kau, Aina!
"Mama ada benda nak beritahu."
"Apa, ma?"
Mama usap pipi Aina sebelum tersenyum, "Anak mama dah besar."
Aina ketawa, "Dah lama kakak tahu, ma."
"Kakak..."
"Ya, ma?" Aina angkat kening. Kenapa dengan mama ni?
"Kalau mama kata ada orang datang nak masuk meminang kakak, kakak boleh terima?"
Aina kaku. Meminang? "Si... siapa?" 
"Along."
Spontan Aina berdiri, "Along baru lepas bertunang dengan kak Syuhada, mama!"
"Bukan untuk along, kakak," ayah tiba-tiba melangkah masuk ke dalam bilik Aina. Tak betah mendengar suara lirih si anak perempuan itu.
"Dah tu untuk siapa? Kawan along? Kakak tak nak!" Aina laju menggeleng. Masakan dia terima sedangkan hatinya ada nama si dia itu... Teringat balik kawan along yang cuba berkenalan dengannya sewaktu majlis pertunangan along dan kak Syuhada, awal bulan hari tu.
"Bukan untuk kawan along. Tapi..." mama memandang ayah, seolah-olah meminta pertolongan.
Ayah pegang bahu Aina, "Untuk anak teruna ayah yang ada di Dubai sana."
Aina terduduk kembali di birai katil. Tangannya menekup mulut. Untuk... untuk angah?! “Un... untuk... angah?”
“Ya, sayang. Untuk angah!”

Aina tak tahu kenapa dia menerima pinangan keluarga ayah petang tadi. Mungkin kerana sudah ada rasa yang bercambah. Mungkin jua kerana dia sedar ada rindu yang berbunga. Cincin di jarinya diputar-putarkan. Cantik. Cincin bermata satu. Kata ayah, itu cincin tunang arwah ibu Akil.
“Seronok dah bertunang?” Aiman tiba-tiba duduk di sebelah Aina namun masih berjarak.
Aina mencebik, “Tak seronok.”
“Yelah, nak seronok apa? Encik Tunang awak tu tak balik, kan?”
Aina buat muka, “Menyampah along, menyampah!”
Aiman ketawa lalu dia hela nafas, “I’m glad, kakak.”
“Glad for what?”
Aiman senyum, “Sebab kakak yang bakal jadi adik ipar along. I have no worries on who my brother will be marrying to. Not anymore.”
Aina tertunduk, malu. Alahai, along ni, “Along...”
“Hmm...?”
“Nak tanya boleh?”
“Tanya apa, kakak?”
“Angah...” Aina ketap bibir, “I mean Akil... dia tahu ke kakak ni tunang dia? Dia boleh terima ke? Mana tahu dia ada girlfriend kat sana.”
Aiman rasa nak tercekik mendengar soalan Aina lantas dia maniskan wajah, “Dia tahu, kakak. Percayalah cakap along. Dia terima kakak, seadanya kakak walaupun kakak ni macam klon Naz. Dan, angah tu still single lagi. Along tahu. Along dah hidup dengan dia dah 27 tahun. Everything about him, along tahu...” ... except on his feeling for you je along tak tahu. Along pakai teka je. Sambung Aiman dalam hati.
Aina mengangguk. Betul juga kata along. Semua benda tentang Akil pasti along tahu. Suara yang hari tu... er... mungkin tu suara kawan dia kot. Dia orang sightseeing ramai-ramai, kot...

Air mata jatuh menitis. Gambar yang baru dimuatnaik ke dalam akaun Facebook Akil semalam dia tatap lagi. Hancur luluh hatinya. Baru dua hari lepas menjadi tunangan Akil, hari ini Aina dah patah hati.
Cincin di jarinya ditanggalkan, rasa tak layak pakai. Teringat balik jawapan along hari tu! Along tipu! Akil mesti tak dapat terima dia, maka dia muatnaik gambar entah-siapa-perempuan-ni supaya Aina tak letak harapan tinggi!
Aina pegang dada yang terasa sebu. Bertepuk sebelah tangan ni sakit rupanya...
Bencinya rasa ni! Ya Allah, bantulah aku...

Aiman hela nafas. Entah kenapa, wajah Aina yang muram membuahkan rasa tak sedap di dalam hatinya. Apa yang dah jadi sebenarnya?
Azim di sisinya disiku, “Kenapa dengan kakak?”
“Along, Azim rasa plan along tak menjadilah.”
Aiman kerut dahi, “Hah?! Apa yang tak jadinya? Kan dia orang dah bertunang?”
“Then explain this to kakak, along,” Sony Xperia J dihulur pada Aiman. Aiman nyata terbuntang matanya apabila melihat gambar gadis tinggi lampai yang berdiri di sisi Akil yang nyata tersenyum gembira. Alamak, dia dah silap percaturan ke?!
“Anim mana, Azim?”
“Tadi ada orang call. Anim pergi angkat.”
Aiman hela nafas. Dia berlalu meninggalkan Azim yang masih lagi tenang seperti tadi. Dia pulak yang gelabah macam ayam.

“Assalamualaikum...” ceria saja suara Akil memberi salam sebaik saja panggilannya bersambut.
“Waalaikumussalam,” lambat-lambat Anim menjawab. Ni macam suara angah? “Angah ke ni?”
“Anim ni, kenal aje suara angah, kan?”
Anim ketawa, “Haruslah.”
“Anim...” Panggil Akil, meleret.
“Apadia?” Anim sengih nakal. Ni mesti nak cakap dengan Cik Tunang tersayang. Meleret sangat panggilnya. Nak pujuk kakaklah tu! Yelah, kakak tu dah macam zombie je sejak dua hari lepas.
“Kakak mana? Angah nak cakap dengan kakak, boleh?" Tanya Akil, berharap.
Anim hela nafas. Dia bersuara, dengan nada kerisauan (saja nak menguji Akil sebenarnya), “Kakak tak nak cakap kot. Entah kenapa sejak semalam, dia macam sedih semacam. Dengan kami pun tak banyak bersembang sangat."
“Kenapa? Gaduh dengan along ke?" Akil bersuara, perlahan. Peliknya kalau Aina bergaduh dengan Aiman.
Anim kerut dahi, “Aik, bukan kakak gaduh dengan angah ke?"
“Lah, angah kan dok kat Dubai ni, macam mana nak gaduhnya? Bercakap pun tak. Kakak tu gaduh dengan along agaknya."
“Kenapa nak gaduh dengan along pulak? Dia orang okey je, bercakap macam biasa. Sebenarnya angah yang buat kakak merajuk ek?" Anim bersuara, nakal.
Akil kerut dahi. Bila pulak aku mengusik budak tu sampai dia merajuk ni? “Kenapa kakak nak merajuk dengan angah pulak?"
“Lah, lagi mau tanya. Angah kan upload gambar angah dengan perempuan mana tu. Kakak marahlah!"
“Hah? Kakak marah? Kenapa dia nak marah pulak?” Akil bersuara, keliru.
Anim dah tepuk dahi, “Ish, mestilah dia marah! Angan kan tu...” tut tut tut... talian mati. Akil garu kepala lagi. Angah kan tu...? Tu apa? Dan... kenapa Aina marah dengan dia?

Di Malaysia,
“Anim, apa Anim buat tadi?” Aiman bersuara, tegas.
“Cakap dengan angah.”
Aiman hela nafas, “I know tapi Anim dah lupa ke? Kita kan pernah janji takkan beritahu angah dengan siapa yang dia bertunang. In fact, along tak bagitahu lagi angah yang dia dah bertunang. Biar along settle, ya?”
“Sorry! Anim tak sengaja! Anim terlupa langsung, “Anim kerutkan hidung. Rasa bersalah berkumpul di jiwanya.
“Tak apalah. Nasib baik along sempat matikan talian tu, Anim.”
“Along tak marah?”
Aiman geleng kepala, “Gila ke apa nak marah adik kesayangan along?”
Anim tarik nafas lega. Tiba-tiba telefon berdering. Anim pandang Aiman, “Anim rasa... tu angah.”
Aiman mengangguk, “Along angkat. Anim pergilah tengok tv ke, bergolek baca novel ke. Buat je apa-apa.”
“Okey, bos!” Tabik diangkat dan dia terus berlalu. Aiman pula, dengan lafaz bismillah... gagang telefon itu dia angkat.

“Anim, sambung balik apa kebenda yang Anim cakap tadi. Tu apa? Tu... apa?” Suara Akil menerjah gegendang telinga Aiman.
“Assalamualaikum, Tengku Akil Hanif!”
Akil terdiam lama sebelum menjerit di talian, “Along! Haha! Rindu nak dengar suara kau!”
“Jawab salam dulu, bro!”
“Waalaikumussalam. Tengku Aiman Haris!”
“Angah!! Aku rindu kau!!” Aiman tiba-tiba menjerit di talian sehingga membuatkan Akil ketawa.
“Bengong!”
“Kau ni dah lupa diri ke apa, ngah?! Tak contact langsung family kat sini! Taulah dekat sana ramai awek cun!”
“Busylah ngek! Ni aku contact lah ni. Lagipun, hari tu ada je aku call rumah. Kau tak ada. Ayah tak ada. Mama tak ada. Sempat sembang dengan Anim and...” Akil telan liur, “Kakak je...”
Aiman dah sengih keji, “Angah, alang-alang kau dah telefon ni. Ada benda aku nak bagitahu kau.”
Akil di Dubai sudah dug dag dug dag. Janganlah along beritahu dia nak kahwin dengan Aina bulan depan. Tolonglah! Mau aku meraung sorang-sorang kat sini, "Benda apa? Kalau cerita cinta kau, aku tak nak dengar."
"Ish, bukanlah! Sebelum tu, aku nak tanya. Siapa perempuan dalam gambar kau kat Facebook tu? Bukan main kau, pergi sana tak sampai berapa bulan dah ada awek."
"Wei, jangan kau menyebar ceritalah, along! Tu isteri kawan akulah. Yang tangkap gambar kami tu suami dia," Akil bersuara, geram, “Nama dia Hazlin, suami dia Luke Dzulkarnain, kawan aku waktu kat sekolah penerbangan dulu.”
"Chill, dude! Kau gelabah sangat kenapa?" Aiman ketawa di dalam hati. Takut aku cakap dekat Ainalah tu! "Kalau kau dengan perempuan tu tak ada apa-apa, baguslah."
"Kenapanya?"
"Nilah aku nak cerita ni."
"Cerita apa?"
"Ayah dengan mama dah tunangkan kau dengan someone."
"Hah?!" Akil yang tadi bersandar terus duduk dengan tegak, "Kau jangan main-mainlah, along! Kerja nak menipu aku je. Kau ingat aku percaya?”
"Kau tak percaya, kau pergi call ayah, tanya ayah sendiri," Aiman bersuara serius.
“Along, aku letak dululah. Aku nak call ayah. Kirim salam semua kat rumah,” ucap Akil, sekali nafas dan tak sempat Aiman membalas, talian dah pun mati. Aiman pula dah sengih lebar-lebar! Ya Allah, permudahkanlah jalanku untuk menyatukan dua hati ini.

Akil meraup muka. Ayah, kenapa buat benda tak bagitahu angah? Sekurang-kurangnya tunggulah Aiman kahwin dengan Aina dulu... sebab kalau waktu Aina dan Aiman dah kahwin, dia mesti dah dapat lupakan Aina...
Perbualan telefon antara ayah dan dia tadi dah membuktikan segala kata-kata Aiman. Dia dah bertunang! Tak sampai seminggu pun. Kata ayah, gadis yang telah menjadi tunangnya itu juga menerima pinangan ayah dengan redha. Dia terima segala-galanya tentang Akil.
Akil mengeluh. Tapi dia... macam mana dia nak terima segala-galanya tentang Nurul? Ya, Nurul. Tunangnya. Nurul apa dia tak tahu. Satu-satunya Nurul yang dia kenal adalah Nurul Aina. Hanya dia...

Aina menarik keluar cincin di jari manisnya sebelum kembali menyarung cincin itu. Dia mengeluh. Dia nak putuskan pertunangan ini tapi... apa kata mama, ayah dan along? Dia tak nak jadi perampas ataupun orang ketiga dalam sebuah hubungan.
Bunyi derap kaki menuju ke arah dapur tidak dia pedulikan. Dia malas nak mengambil pusing siapa yang masuk ke dapur tika itu.
"Kakak..."
"Hmm...?" Aina menyahut tanpa berpaling pada Aiman yang tersengih memandangnya.
"Ada orang jauh kirim salam.”
“Siapa?”
“Orang Dubai, kakak...”
Gerakan jarinya yang baru nak menarik keluar cincin di jari tangan kanan, terhenti terus. Dia berpaling pada Aiman yang bersandar bahu pada pintu dapur. Bibir Aiman mengukir sengih lantas dia kembali berpaling ke depan, “Waalaikumussalam.”
“Ai, tak nak tanya benda lain ke?”
“Tanya apa?”
Aiman ketawa, “Tanya... erm ... pasal perempuan yang tangkap gambar dengan angah tu ke.”
Aina diam. Malas nak tanya dan malas nak percaya.
“Perempuan tu nama Hazlin. She is married to angah’s friend in flying academy. Luke Dzulkarnain nama suaminya. The picture was taken by Luke. Angah cuma ada sorang aje tunang, Aina and that is you...”
Aina tersentak. Dah kahwih? Aina rasa darah dah menyerbu ke muka. Sia-sia jelah aku merajuk dan sakit hati dua hari lepas?
“Aik, senyap je? Tak nak cakap apa-apa dekat along ke?”
“Er... nak cakap apa?”
Aiman geleng kepala sambil tersengih. Ego tinggi langit, "Makanya, jangan cemburu-cemburu dah ya, kakak? Kesian angah, nak cakap dengan tunang dia, tunang dia merajuk pulak."
Dush! Sebiji bantal dibaling kepada Aiman yang tersengih-sengih itu, "Malas layan along!"
Aiman ketawa, "Lain kali, jangan buat spekulasi sendiri, kakak. Don't assume, ask."
Aina buat tak tahu saja namun bibirnya tetap menguntum senyum. Si mulut longkang, bila nak call rumah ni? Orang tak sabar nak angkat call awak, tahu?!

Akil raup wajah. Hari ini hari bersejarah antara along dan Aina. Mereka akhirnya bakal diijabkabulkan. 1 Mei, kenapalah mesti tarikh tu yang dia orang pilih? Hari ni hari jadi dia tahu?
Sejak bulan lepas, mama dan ayah asyik memintanya pulang sempena majlis perkahwinan along dan serentak, mahu memperkenalkan dia dengan tunang ‘kesayangannya’, Nurul. Namun dia menolak atas alasan dia harus bertugas pada 1 Mei. Yeah, right!
Akaun Facebook dibuka. Nafasnya dihela. Bahagian Setting ditekan sebelum menekan butang Deactivate. Kenapa dia deactivate? Sebab dia rasa dia masih belum bersedia nak tengok muka Aiman dan Aina sebagai pengantin baru.
Dia hela nafas. Aku kena lepaskan Aina pergi. Lepaskan dia pergi, Akil. Let her... go. Akil tarik nafas panjang. Mungkin jodohnya memang tiada dengan Aina. Dia harus akur, sekarang. Tambahan pula, dia sudah ada Nurul.
Akil mengukir senyum tawar. Cinta itu tak semestinya memiliki, kan? May Allah bless you and your marriage, Aina. Along, do appreciate her well. May Allah grant you happiness in the world and hereafter.
Akil pegang dada yang terasa sakit. Cinta itu apabila tidak berbalas, memang menyakitkan, bukan? Dia tak pasti bolehkah dia mencintai Nurul kelak. Satu yang pasti, dia tak mahu Nurul merasai kesakitan yang dia rasakan. Kesakitan apabila cinta itu tidak berbalas...
Aplikasi Whatsapp dibuka. Nama ayah dicari lantas dia menaip laju, ‘Ayah, I need my fiancee’s contact number. Email can do as well. Do reply ASAP, ayah.
Seminit kemudian dia menerima balasan, ‘kotakkatik89@gmail.com.’
Bibir Akil terukir senyum. What an email, Nurul! Jari jemarinya laju membuka laman web Gmail. Dia harap, Nurul boleh terima cadangannya ini. Dia sangat berharap.

Dua tahun berlalu,
Akil ketawa saat dirinya diterpa oleh seseorang yang telah lama tidak dia ketemu. Pelukan oleh seseorang itu sangat erat hingga dia sendiri hilang rasa untuk bernafas, “Ayah, angah balik for good ni. Janganlah peluk kuat sangat!”
Ayah ketawa, “Dua tahun pergi, langsung tak bagi khabar berita. Cuma panggilan telefon sekali sekala, macam manalah ayah tak rindu, angah!”
“I miss you too, ayah,” balas Akil sebelum memandang wajah manis milik mama. Dia mengukir sengih, “Mama...”
“Anak mama dah makin matang,” tanpa dapat ditahan, air mata mengalir.
“Ala, mama! Janganlah menangis. Angah balik untuk selama-lamanya ni,” pujuk Akil pada mama lantas mama tertawa kecil.
“Ala, mama! Along rasa kecik hati ni,” Aiman yang entah dari mana munculnya memeluk bahu Akil.
“Along!” Akil ketawa lantas dia memeluk Aiman, lama, “Rindu kau, ngek!”
“Rindu kau jugak, ngok!” Lantas mereka sama-sama tertawa.

Akil memandang sekeliling rumahnya yang masih sama seperti dulu. Cantik dan kemas. Mama rajin sungguh hias taman rumahnya. Tiba-tiba ada seorang budak lelaki menerpa ke arah Akil lantas dia memeluk kaki Akil, lama. Akil terus mendukung budak kecil yang dalam lingkungan usia setahun lebih itu.
“Tengku Azad Haikal!” Suara yang nyaring dari pintu buat Akil terus pandang ke arah itu dan dia terkedu.
Aina!
Aina yang mencekak pinggang juga sudah tergamam. Tangan yang tadi mencekak pinggang sudah lurus ke bawah.
Akil!
Aiman yang baru keluarkan bagasi Akil dari dalam kereta tersenyum. Akhirnya, mereka bertemu semula!

“Kakak,” Akil ukir senyum sambil mendekati Aina yang masih terkaku.
Aina yang baru nak ukir senyum terus tak jadi mengukir senyum. Kakak? Seriously he called me kakak? “Ajad, jom ikut mama!” Budak kecil yang dipanggil Ajad itu terus dia tarik dari dukungan Akil.
Akil tercengang. Apa masalah Aina ni? Taulah tak suka aku pun.
“Dah, tak payah fikir sangat si kakak tu. Jom masuk,” tepukan mama di bahunya buat dia tersentak.
Azim dan Anim menjerit kesukaan saat Akil melangkah masuk ke dalam rumah. Aina mencebikkan bibirnya. Urghh! Kenapa panggil kakak?
“Aina, kenapa ni?” Aina kalih pada kak Syu yang menyentuh bahunya.
“Tak ada apa-apa.”
Syu ketawa, “Akil dah balik tu.”
“Biarlah kat dia.”
Syu geleng kepala, “Kenapa marah sangat ni?”
“Dia panggil Aina, kakak kot! Grr!!” Aina ketap bibir, geram.
“Ala, apa salahnya dia panggil kakak?” Kak Syu bertanya lagi.
Aina geleng kepala,”Nothing kak. Not a thing!” dan dia terus masuk ke dalam bilik air.

Akil senyum saja melihat makanan kegemarannya yang penuh di atas meja makan, “Ni semua mama masakkan untuk angah?”
Mama mengangguk, “Tapi bukan semua mama masak. Ada yang Aina masakkan tahu?”
Mati terus senyuman Akil ketika itu. Oh, Aina ada masak juga? Harus untuk along, kan?
Seketika kemudian, hampir semua isi rumah sudah duduk di meja makan. Aina mengambil tempat di sisi Akil.
Akil pandang Aina, “Kenapa tak duduk sebelah along?”
Aina pandang Akil balik, “Apahal kena duduk sebelah along pulak?”
Akil kerutkan dahi, “Tak manislah duduk sebelah angah, kakak!”
Aina kerutkan dahi juga, “Apa yang tak manisnya? Kalau duduk sebelah along tu lagi tak manis, tahu?!”
Baru Akil nak membalas, kerusi di sebelah Aiman ditarik oleh Syuhada dengan Ajad dalam dukungannya. Eh, ni siapa pulak? Takkan pengasuh Ajad? Lawa sangat nak jadi bibik pun.
“Kenapa angah pandang kak Syu macam tu?” Tegur Azim. Serentak, semua memandang dia, termasuklah si Aina.
“Tak...” Akil terasa gugup, “Angah just wondering, siapa er... dia sebenarnya.”
Aiman sengih, “Oh, lupa! Kenalkan, ini Syuhada, isteri along. Syu, inilah Akil a.k.a. angah.”
Akil terpempan lantas dia berdiri, “Wait! What?! How can she become your wife?”
Aimam pulak tercengang, “Kenapa pulak dah?”
“Kenapa along madukan Aina?”
Aina tersentak lantas dia berdiri, “Kau merepek apa ni?”
Akil terkejut dengan bahasa Aina lantas dia buat muka, “Kau tu kan isteri along! Kenapa kau izinkan along kahwin lain?”
Serentak semua yang ada di meja makan terjerit kecil, “Hah?!”
Aiman terus berdiri, “Eh, kejap! Angah, kau dah salah faham! Biar along terangkan.”
Akil dan Aina serentak memandang Aiman.
“Betul. Aku ada meminang Aina, angah,” Aiman hela nafas, “Tapi aku meminang Aina bukan untuk aku tapi untuk kau. Aina sebenarnya tunang kau, ngah.”
“Say what?!” Akil terjerit kecil, “Kau merepek apa ni? Tak mungkinlah aku bertunang dengan Aina. Aku bertunang dengan Nurul.”
Aina tarik lengan baju Akil mengadap dirinya, “Apa maksud kau tak mungkin kau bertunang dengan aku? Kau tak naklah bertunang dengan aku?!”
“Yelah! Tak mungkinlah aku bertunang dengan kau padahal dulu kau yang mengaku kau terima peminangan along!”
“It was a sarcastic answer, for God’s sake!”
“What?!” Akil dah buat muka kelam.
“I Mei, dua tahun lepas. Kau hantar emel dekat aku, mintak aku tunggu kau lagi dua tahun supaya kau dapat terima aku sebagai tunang kau! Aku tunggu kau dekat dua tahun, Akil! I was not expecting you to say something like that, today!” Aina menggeleng lantas dia meninggalkan meja makan.
“Apa yang jadi sebenarnya ni?” Akil pandang semua yang ada di meja makan.
“Tunang kau, Nurul. Nurul Aina, yakni adik tiri kau.”
“Maksudnya...” Akil pandang Aiman, tajam, “Aku memang dah lama bertunang dengan Aina?”
“It has been two years, angah! She has waited for you for two years!”
“Aku ingat dia wife kau!”
Aiman geleng kepala, “Dia tak pernah jadi wife aku, ngah!”
“Kenapa kau tak cakap nama betul Aina dekat aku?!”
“Siapa yang cakap tak nak kenal dengan tunang dia hari tu? Bukan kau ke?! Plus, aku suruh balik waktu wedding aku tu sebab aku nak kau tahu siapa tunang kau! Tapi kau tak balik pun,” Aiman bersuara pula.
Akil tak tahu dia nak menangis ke nak menjerit sekarang, “Damn! Aku dah sia-siakan dua tahun, long!”
Aiman ukir sengih keji, “Kau yang mintak sapa suruh?!”
Akil pandang mama dan ayah masih tersampuk bisu, “Ma, ayah, possible tak buat wedding ceremony this weekend?”
“Hah?!!”
"Sebelum nak ada wedding ceremony ke apa ke, pergi pujuk cik adik manis tu dulu," Aiman jungkit-jungkit kening.
Akil tercengang dua saat sebelum dia sengih. Oh, Aina tengah merajuk...

Tok! Tok! Tok! Bunyi ketukan pintu buat Aina mencerunkan pandangan pada pintu bilik. Siapa agaknya tu?!

"Aina?"
Aina yang tadi bersandar pada kepala katil terus duduk tegak. Suara Akil...
"Aina, we need to talk!"
"Tak mau!"
Akil bersandar pada pintu bilik Aina. Jet lagged naik flight masih ada. Tadi tak rasa sangat, ni berdiri di depan bilik Aina, sorang-sorang terus terasa, "Aku balik Dubailah macam gini!" Sengaja, dia mahu memprovok Aina.
"Baliklah! Ingat aku heran ke?" Balas Aina, geram! Pergilah balik! Nak balik sangat!
"Aku balik sana nanti betul-betullah macam ni! Ada tunang pun tunang tak nak layan aku."
Aina ketap bibir! Geram! "Tadi kau sendiri kata tak mungkin aku ni tunang kau!"
"Aku mana tahu yang kau dengan along tak ada apa-apa. Kau jugak yang tipu aku dulu," balas Akil.
"Siapa suruh buat jahat dengan aku? Aku tipulah kau, mana aku nak tahu kau percaya sampai ke sudah! Aku ingat along dah bagitahu kau yang aku ni tunang kau!" Aina sudah berdiri lalu dia duduk bersandar di pintu biliknya.
"Mana ada aku buat jahat dengan kau!"
"Habis panggil aku perempuan murah tu tak jahat lagi?" Bentak Aina.
"Kan aku dah mintak maaf?"
"Sorry won't heal the pain," balas Aina bersahaja.
"I was..." Akil telan liur, "Aku, waktu tu sangat cemburukan kemesraan kau dengan along. Aku... cemburu. Aku tak suka. Tapi malam tu, waktu kau tarik jari aku, aku suka tapi pada masa yang sama, aku malam. Aku rasa kau curang dengan along. Aku tak nak along rasa sakit yang aku rasa, dicurangi orang yang disayang."
Aina ketap bibir, "Aku mana ada apa-apa dengan along!"
"I know!" Akil bersuara. "Aku yang buat spekulasi sendiri. Aku samakan kau dengan Naz padahal kau sebenarnya berganda-ganda lebih baik dari dia."
Aina kesat air mata yang entah bila mengalir.
"Aina..."
"Apa?"
"Kahwin dengan aku? Dua tahun aku kat Dubai, tak pernah sesaat pun aku lupakan kau. Aku nak kau jadi pendamping aku, aku nak kau jadi ibu kepada anak-anak aku. Aku nak kau jadi kekasih hati aku. Aku nak kau jadi segala-galanya untuk aku. Only you. I'm not good with words. Yang aku tahu, aku sayang kau, aku cintakan kau, aku sentiasa rindukan kau dan aku nak kau jadi milik aku. Kahwin dengan aku?"
Aina tercengang dua saat bila dilamar seperti itu, "Kalau aku tak nak?"
Aina kemudian terdengar Akil mengeluh, "I guess aku memang kena balik Dubai balik kot."
Akil bangkit dari duduknya. I guess Aina tak nak kahwin dengan aku kot. Letih tunggu aku dua tahun kot. Baru dia berjalan setapak ke depan. Pintu bilik Aina dibuka. Sempat dia berpaling.
"Kau jangan nak mengada balik Dubai balik! Aku nak kahwin dengan siapa nanti?!" Aina mencerun marah.
Akil tergamam sebelum mengukir senyum kelegaan, "Aku acah je tadi buat-buat nak balik Dubai!"
Aina buat muka, "Dah, nak turun! Lapar."
Sewaktu Aina melintasi Akil yang masih berdiri kaku, Aina terdengar suara Akil berbisik, "I love you, Aina..."
Terus langkahnya mati dan wajahnya memerah! Akil dah sengih nakal melihat wajah Aina yang memerah. Sungguhlah aku tak sabar nak kahwin dengan budak ni!

Aina buat muka, “Warnanya tak cantik!”
“Apa yang tak cantik? Lawalah ni!”
“Aina nak merah pastel, bukan merah garang ang ang!”
Akil angkat bahu. Malas melayan.
“Tengku Akil Hanif!”
Masih tidak peduli.
“Baby, jangan kawan dengan ayah tau bila dah lahir nanti! Ayah jahat, suka buli ibu.”
Akil ketawa melihat muncung si isteri yang sudah ke depan, “Macam Donald Duck!”
Aina berpaling nak meninggalkan Akil namun Akil terlebih dulu memeluk Aina dari belakang, “Merajuk ye?”
Senyap, “Alahai. Comelnya isteri saya merajuk!”
“Yelah, nanti abang tukar warna merah pastel.”
Serentak bibir Aina mengukir sengih, “Yeay! Thank you, abang!”
Akil ketawa. Sungguh dia tak menyangka Nurul yang dia suruh tunggu selama ini adalah Aina. Walaupun dua tahun tersia-sia begitu saja, tapi dia tetap bersyukur kerana akhirnya tetap Aina yang menjadi isterinya.
Ingat lagi peristiwa dia memujuk Aina yang merajuk gara-gara dia cakap bukan-bukan sewaktu dia balik dari Dubai itu. Nasib baik rajuknya tak berpanjangan, kalau tidak tak tahulah lagi berapa lama dia harus tunggu untuk menjadi suami Nurul Aina.
“Abang!” Aina cubit pipi Akil, kuat, “Penat Aina cakap, abang tak dengar?!”
“Aduh, sakit sayang!” Akil menepis tangan Aina lantas digosok-gosok pipi yang ditarik oleh Aina itu.
Aina dah gelabah, “Sakit sangat ke?”
Angguk.
Aina ketap bibir lalu dia mencium pipi Akil yang dia tarik tadi, “Sorry!”
Akil ketawa lalu dia kembali memeluk Aina, “Yeay, abang dapat kiss!”
“Tipu!”
“Mana... mengelat sikit je!”
Aina buat muka sebelum memeluk suaminya erat, “Aina sayang abang...”
“Abang pun...” Akil tunduk mengucup ubun-ubun Aina, “Sayang sangat dekat Aina.”
Aina senyum. Ya Allah, terima kasih temukan Akil dengan aku. Kekalkanlah hubungan kami hingga ke syurga-Mu kelak. InsyaAllah...


p/s: yeay!! Dah tamat dah! Maaf kalau ada yang tak suka dengan ending ni. Banyak kurang cerpen ni sebenarnya. Maaf andai ada kurang, ada yang terlebih. Yang tak best, yang tak syok dan lain-lain. Saya cuma manusia biasa yang tak sempurna :) Selamat membaca semuanya...




56 comments:

  1. besssssttt! hihi. terbaaaaaaikkkk!

    ReplyDelete
  2. Memang berbaloi baloi tunggu. Tq dear. Pueh ati den...yeahhhhh akhirnya akil da aina. Teruskan usah untuk yerus berkarya

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome. terima kasih. insyaAllah...

      Delete
  3. Gila x suka....
    terbaik niiiiiii....
    Sangat(sejuta x) best
    cerita yg bagus
    ending yg sgt baik
    Sangat puas hati......
    10 *.......
    TAHNIAH........

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih :) haha
      saya rasa masih biasa-biasa saja, terima kasih sekali lagi :)

      Delete
  4. 2 tahun tu lama ngeeeekkk.. hati aku ni pun dah terasa ngiluuuuuu menanggung rindu.. hahaha.. finally, happy ending... banyak part boleh tmbah n make it as a novel or mini novel nih.. hahha. bnyak jugak klise but who care! yang penting aku suka... muahhh muahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...kau ni, macam tahu-tahu je cerita ni bakal jadi mini novel/novel haha. oh, sangat klise cerita ni. yang penting, dah habis...legaaaaaaaaaaaaa

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. uly ct rulyah5 May 2014 at 10:49

    Yeaa..finally dpt full n3 Alhamdulillah bez sgt2 dpt baca kesudahan cite angah n kakak..gud job Juwa! Mucho ♥

    ReplyDelete
  7. double a. hehehe. eh aina keje apa ek

    ReplyDelete
  8. bestttttttttttttt.....terbaiklah...............

    ReplyDelete
  9. Pjgnya cerpen ni.. Apa2 pun mmg best sis.. Congrates.. Keep it up.. =D

    ReplyDelete
  10. Apa yg xbestnye?
    Best sgt.hihi

    ReplyDelete
  11. Hurm berbintang2 kak ita bagi ... bagusssss

    ReplyDelete
  12. Nak SE boleh?? Hehehe, best sangat....^^

    ReplyDelete
  13. norhartini tinie5 May 2014 at 14:29

    best sgt......

    ReplyDelete
  14. suka sgt.. sgt... sgt... gila2 bestnya... tahniah

    ReplyDelete
  15. sangat BEST :D
    *Koji pulak xD*

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. best sngt! :) thanks kak Najwa ;)

    ReplyDelete
  18. besttt !!!! walaupun penuh liku akhirnya bersama gam ,suka la dgn keluarga ni .meriah je ,

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. best...saya suka..tadi baca separuh dengan hset..balik rumah terus sambung di laptop..

    ReplyDelete
  21. Best sgt2..thniah njwa.. Sentiasa trtggu2 karya awk..mga dikurniakan lbh byk ilham :-) great job!!! ;-)

    ReplyDelete
  22. Sweet auwm auwm. Suka sgt! :)

    ReplyDelete
  23. Best sangat.. walaupun klise tpi tetap sedap dibaca.. lain writer lain olahannya walaupun plot cerita lebih kurng.. hehe.. tahniah btw! Kesian si angah.. 3rugi 2 tahun

    ReplyDelete
  24. Sweeetttt tahapppp gabaaannnn...benci ahh ceni....

    ReplyDelete
  25. Nice story n lovely ending.... (bebaloi 2 tahun Aina tunggu.... :-))

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. Wah cerpen akak tak penah mengecewakan. Tapi bila nak sambung cerpen yg dia jumpa dalam bus tu?

    ReplyDelete
  28. Nak lagi please akak.. @___@

    ReplyDelete
  29. Nk cite seminggu tu.adeh.stress lak jd juruaudit ni.huhuhu

    ReplyDelete
  30. Cerpen pling best dlm dunia...

    ReplyDelete
  31. Suke sangat dear tp nk minta satu plz avoid ending preknen and mesra2 gitu. Cliche sgt. Ur writing skills sgt bagus. Olahan watak masih kurang details but u catch up dengan plot yg sgt cantik. Gaya penceritaan bwrsahaja and dialog very catchy. I'm ur new fan.

    ReplyDelete
  32. Bestt......nak Agi..

    ReplyDelete
  33. Najwa..dah lma x bca tulisan awk..huhu.. Rndu!

    ReplyDelete
  34. tu lah mulut jangan cakap x suka...
    dan lain kali jangan suka serkap jarang ja...
    cemburu biarlah bertempat...
    tapi memang bestttt.... meletop walaupun sanggup tunggu 2 tahun ...

    ReplyDelete
  35. Xsabar nak tnggu najwa punye next novel kluar...😊😊😊

    ReplyDelete
  36. bestttt gileeee !! kalau buat novel meletoopp nii ! good job

    ReplyDelete
  37. Jalan cerite best.
    Harap awak dpt jadi penulis novel in the future.
    Hope u write another cerpen soon!
    Cant wait for it!

    ReplyDelete
  38. wow tahniah sbb dpt hasilkan karya yg awesome macam ni. dalam byk byk cerpen yg saya baca, saya rasa ni yg paling best. good job ��

    ReplyDelete
  39. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  40. The best arghπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  41. The best arghπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  42. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  43. Thanks . cerita yg menarik . ermm . naz n aina tu kembar eh? Prtma fikir durank kembar sbb tk mustahil sbb aina ad adik kmbr .

    ReplyDelete