Sunday, 20 April 2014

[CERPEN] Si Jari Cantik

Aku betulkan tudung yang tersarung di kepala. Tudung sarung menjadi pilihan bila ada kelas petang macam ni. Tak ada masa aku nak pakai lawa-lawa. Bukannya ada orang pandang aku pun. Beg sandang aku capai dan terus aku keluar selepas aku matikan suis kipas. Jam di tangan aku kerling. Oh damn! It’s already 2.55. Kelas pukul tiga. Bijak betul time management kau, minah!
Sepanjang jalan nak ke kelas, aku menunduk. Oh, bukan sebab aku pemalu. Dan bukan juga sebab aku ni menjaga pandangan tapi, aku memang macam ni kalau jalan sorang-sorang. Kalau ada member aku yang lain, aku okey je.
“Nerdy!”
Aku berpaling ke belakang. Mulut aku muncungkan, “Nadirah. Bukan Nerdy!”
“Whatev~,” Kyla mengibas selendangnya yang ditiup angin ke belakang, “Aku ingat kau dah pergi kelas.”
“Aku bangun lambat. Sedar-sedar dah 2.30! Dahlah aku tak solat zohor lagi waktu tu! Kalutlah aku! Aku ingat kau dah pergi dulu,” aku berjalan seiring dengan Kyla.
“Aku?” Kyla tuding jari pada diri sendiri, “Aku pergi dulu? Merepek kau, Nerdy!”
Aku ketawa, “Dah tu kenapa lambat?”
Kyla tak menjawab, sebaliknya dia menunjuk ke arah selendang belit-belitnya. Aku menggeleng saja sebelum menunduk. Dah kenal sangat dengan Kyla.
“Oh my Nerdy!” Kyla tiba-tiba menarik tangan aku.
“Kau apahal minah?” Aku pandang Kyla.
“Tengok depan, Nerdy!” Aku pandang depan. Aku terkedu dua saat. Oh my, dia kat depan mata! Dia, si jari cantik!


Aku tunduk mengikat tali sneakers. Aku kalih ke belakang, nyata Kyla masih belum keluar dari surau. Belit selendanglah tu.
“Hazwan! Lama tak nampak kau. By the way, lagu baru kau best wei!”
Aku kalih pandangan ke sebelah kiri surau perempuan. Nyata, dia ada di situ. Dia, si jari cantik bersama er… tak pasti siapa.
“Mana ada. Biasa je. Korang dari mana ni? Dah habis kelas?” Dia ketawa, nada suaranya lembut dan sopan.
“Belum. Kau?” Salah seorang dari orang yang menegurnya tadi tersenyum memandang dia.
“Ada satu lagi, lepas tu bebas!” Dia ketawa.
“Okeylah, wei! Kami masuk dulu,” dia sekadar mengangguk bila kawan-kawannya dah masuk ke surau. Sedang aku asyik memerhatikan dia, tiba-tiba dia berpaling ke arah aku. Cepat-cepat aku bangkit dari duduk. Jangan kantoikan diri sendiri, Nadirah!

Aku termenung, merenung ke luar tingkap. Suara DJ radio universiti yang berkumandang di telefon bimbitku tak mampu menarik minatku. Sedari tadi aku menanti lagu Hazwan keluar radio universiti tapi... hampeh! Aku boikot jugak radio ni karang!
Baru aku nak tutup radio cabuk aku yang ada di atas meja, suara Hazwan mula berkumandang. Tangan aku terhenti sendiri. Bibir tanpa sedar mengukir sengih. Parah sudah Nadirah. Lagu yang berkumandang dari radio itu buat hati aku tiba-tiba sakit. Hati ini berdebar bagai mahu pecah. 
"Kau dah kenapa pegang dada bagai ni?" Kyla angkat kening pandang aku. Bila dia masuk bilik pun aku tak tahu.
Aku pula angkat bahu, "Sakit... tak tahu kenapa."
"Takkan tiba-tiba," dia dah mendekati aku. Riak wajahnya risau.
"Kau bukan tak tahu aku. Setiap kali lagu ni dipasang kat radio, kan ke hati aku ni jadi lain macam?"
Kyla ketawa lalu mengangguk, "A’ahlah. Lagu dia. Baru aku sedar. Kau dah parah ni. Dia artis kot. Kalau artis universiti je, tak apa. Tapi dia artis yang betul-betul artis kot."
Sebaik saja lagu itu habis, aku tarik nafas panjang-panjang, "Itulah masalahnya... dia artis."
Kyla geleng kepala lalu dia tarik kerusi dan terus duduk di sisi aku, “Kau suka dia sangat, kan?”
Aku jungkit bahu. Suka ke? Mungkin. Aku tak pernah rasa macam ini. Dulu aku sekolah perempuan semua, tak jumpa budak lelaki langsung. Masuk matrikulasi, ditakdirkan kelas aku cuma ada empat orang lelaki. Ni masuk universiti, coursemate aku banyak perempuan dari lelaki dan saat kali pertama bertentang mata dengan si jari cantik, terus rasa ini bertamu.
Bila aku kali pertama berjumpa dengan si jari cantik? Aku mulai kenal dengan si jari cantik semenjak aku di tahun satu lagi. Si jari cantik adalah seorang penyanyi Youtube pada tika itu. Mula-mula, aku cuma suka mendengar lagu-lagu yang di-cover olehnya dan aku tak tahu pun dia sebenarnya pelajar di universiti aku.
Sehinggalah suatu hari, si jari cantik memuat naik sebuah video di mana dia memasuki sebuah pertandingan nyanyian di universiti kami. Ada satu bahagian di dalam video itu, jurukamera memfokuskan pada jemarinya yang sedang memetik gitar. Ketika itu, satu perasaan yang pelik mengalir dalam diriku. Saat jari-jemarinya bergerak memetik gitar, dadaku berdebar kencang. Aku tak tahu apa yang terjadi pada diriku ketika itu. Pelik. Rasa itu sangat pelik.
Dalam aku melayani perasaan pelik itu, Kyla terus menjerit mengatakan bahawa si jari cantik itu adalah pemenang pertandingan yang dianjurkan oleh Event Management Club universiti kami dan tanpa aku pinta, Kyla memberitahu aku bahawa si jari cantik bernama Hazwan Mikail dan pelajar tahun dua dalam bidang seni bina.
Dan tanpa pengetahuan Kyla, dalam diamku aku menjadi peminat rahsia si jari cantik.

“Nerdy, aku nak pergi beli roti canai. Nak tak?” Kyla jungkit kening memandang aku lantas aku menggeleng.
“Kau tak nak makan ke, weh?”  Aisyah yang baru tiba dengan sepinggan nasi lemak duduk di depan aku.
“Tak lapar. Pagi tadi aku dah makan oat,” aku sengih.
“Diet cakap diet, Nad!” Usik Tinie yang baru tiba dengan sedulang air.
“Banyaklah kau punya diet! Tak mainlah diet-diet, aku sayang lemak-lemak aku kot,” ujar aku sambil ketawa.
Baru Tinie nak membalas, tiba-tiba Aisyah terjerit kecil, “Eh, si jari cantik Nad!”
Spontan aku tegakkan badan. Aku buang pandangan ke kiri. Nyata dia ada di situ bersama-sama rakan-rakannya. Mejanya betul-betul sebelah dengan mejaku. Dadaku berdegup kencang. Alahai, hati... janganlah macam ni!
Dia sangatlah er... kacak di mataku. Tinie dan Aisyah pernah cakap, si jari cantik ni biasa-biasa saja tapi sebab suaranya sedap dan dia pandai main gitar, ramai orang suka. Bagi aku? Haruslah dia kacak! Hari ni pun, dia nampak kacak.
“Wow, untunglah Nad hari ni! Pakai baju warna sama dengan si jari cantik kesayangan!” Suara Kyla yang kuat buat aku rasa nak simbah air sirap limau Tinie ke mukanya! Entah bila dia duduk dekat meja ni, tak tahulah!”
“Suara kau tak boleh perlahan sikit ke, perempuan?” Tanya aku, geram!
Kyla buat muka tak bersalah, “Eleh, bukan orang tahu pun!”
“Kyla!” Aisyah menyiku Kyla.
“What?!” Kyla mencerun pada Aisyah lantas aku menggeleng. Kyla, bukan dia kisah pasal orang.
“Dahlah! Korang makanlah. Aku nak pergi library,” aku galas beg di bahu kiri lalu aku terus berlalu meninggalkan kafe tersebut. Aku pura-pura aku tidak memandang si jari cantik sedangkan aku berbunga-bunga bila mendapat tahu kami sedondon hari ini. Dia memakai baju berwarna merah dan aku juga, berpakaian sama sepertinya.

Aku melepaskan keluhan. Sungguhlah bosan membaca jurnal! Kenapalah pelajar universiti harus membaca jurnal? Aku capai Sony Xperia J yang ada di atas meja lalu aku buka aplikasi Facebook yang ada. Kotak carian aku buka lalu aku taipkan nama Hazwan Mikail di dalam kotak carian tersebut.
Facebook Page milik si jari cantik aku buka, sempat aku mencari status terbaru namun tidak ada. Dulu, Hazwan aku stalk melalui Facebook asalnya tapi sejak dia menjadi penyanyi, Facebook asalnya sudah tidak dapat aku buka lagi kerana semuanya sudah di-private-kan olehnya. Bagaimana dia boleh menjadi penyanyi? Hazwan dilamar oleh sebuah syarikat rakaman sebaik sahaja dia memenangi pertandingan nyanyian yang aku cerita tadi.
Dulu tiada siapa pun tahu siapa dirinya sewaktu dia menjadi penyanyi Youtube tapi sejak dia menjadi artis, semua mengaku Hazwan itu milik mereka. Agak-agak Hazwan tahu tak dalam ramai-ramai peminatnya, ada seorang yang mengikuti dia sejak awal lagi.
“Er, maaf mengganggu!” Satu suara menegur membuatkan aku secara spontan mendongak. Tanpa diminta, aku terkelu tanpa suara. Si jari cantik berdiri di depan aku!
“Cik?!” Dia menggawang-gawangkan tangannya di depan wajahku.
“Eh, sorry! Terkejut sekejap. Penyanyi tegur saya,” balas aku kelam kabut.
Hazwan senyum lalu menggeleng, “Tak apa. Saya nak tanya, awak ada liquid paper tak? Saya nak pinjam boleh?”
Aku lantas mengangguk. Haih, mesti Hazwan ni kata aku minah kalut! Bekas pensil yang ada di atas meja aku selongkar dan liquid paper jenama Pentel itu aku hulurkan padanya, “Ambiklah. Jangan kata pinjam. Nanti awak kena ganti balik.”
Dia ketawa, “Baik. Saya ambik sikit ye?” Ujarnya, lantas mencapai liquid paper yang dihulur oleh aku sebelum berlalu ke mejanya yang betul-betul berhadapan dengan aku.
Aku perhatikan setiap langkahnya sebelum aku kembali memandang kertas jurnal. Dalam hati dah menjerit, Hazwan tegur aku!!! Ya Allah, berdebarnya hatiku! Entah bila pulak dia duduk depan aku. Tadi bukan ke dia ada di kafe dengan kawan-kawannya?
Aku kerling jam di tangan. Dah menghampiri pukul 1.30 tengahari. Aku pandang ke arah lelaki yang duduk di meja berdepan dengan mejaku. Masih fokus nampaknya dia. Aku harus segera pergi, aku ada kelas pada pukul 2.00. Kena bergegas solat juga kerana kelasku sampai pukul 4.00 petang.
Tanpa menunggu lama, aku kemaskan meja dan aku terus tinggalkan si jari cantik yang masih menggunakan liquid paper aku. Tanpa sedar, bibirku mengukir senyum kecil. Anggaplah itu sebagai satu hadiah daripadaku ya, si jari cantik?

“Nah!” Aku panggung kepala saat Kyla menghulurkan sekeping gambar kepada aku. Bila pulak minah ni masuk entah.
 Aku capai gambar itu lalu aku jungkitkan kening, “Gambar apa ni?”
“Tengoklah!” Kyla tersengih-sengih. Mukanya bagai menyembunyikan sesuatu.
Saat gambar itu aku tatap, bagai ada aliran elektrik mengalir di dalam tubuhku. Bulu romaku terasa meremang, dadaku berdegup lebih kencang dari biasa. Aku pandang Kyla yang masih tersengih memandangku, “Mana kau dapat gambar Hazwan ni?”
Kyla jungkit kening, “Hei, jangan pandang rendah pada presiden Kelab Fotografi ni tau? Apa guna aku jadi presiden kalau aku tak ada gambar artis popular dalam universiti kita ni.”
Aku mencebik, “Kenapa bagi gambar ni dekat aku?”
Kyla ketawa, “Tak ada. Hari tu kan sidang redaksi universiti kita ada buat temu ramah dengan Hazwan. Budak kelab aku yang ambil gambar, aku mintak semuanya untuk dipilih, kononnya dan aku pilih yang nampak jari-jemari kesayangan kau tu.”
“Bengong!” Balas aku!
“La, kau patut ucapkan terima kasih tau Nerdy?”
Aku ukir senyum, “Terima kasih Kyla!”
“By the way, malam ni Hazwan ada perform untuk Pentas Seni. Kau turun tak?” Kyla duduk di birai katil aku.
Aku jungkit bahu, “Lab report banyak. Assignments tak siap lagi.”
“Awh, c’mon! Takkan kau tak nak pergi kot! Hazwan kot yang perform. Hazwan!!” Kyla pegang bahu aku lalu digoyangkan bahuku beberapa kali.
Aku teringat peristiwa beberapa hari lepas di mana Hazwan meminjam liquid paper milikku dan sehingga ke saat ini, dia masih tidak mengembalikan liquid paper tersebut padahal sudah beberapa kali dia duduk berhadapan denganku ketika di dalam perpustakaan.
“I’ll pass!”
“Ala, kenapa?!”
“Aku malaslah. Aku tak suka tempat crowded.”
“Ala, kita duduk dekat tempat tak ramai orang. C’mon Nad! Bukan selalu nak tengok dia perform!”
Aku mengeluh, “Fine, we’ll go!”
“Yeay!!” Kyla menepuk tangannya beberapa kali. Amboi, over lebih macam dia yang minat si Hazwan!

Semua orang bersorak, menyeru dan memanggil-manggil namanya. Ada yang naik ke atas pentas memberikan dia bunga. Aku? Hanya mampu tersenyum dari jauh, melihatnya menyanyi dan memetik gitar di atas pentas. 
Seperti biasa, aku menjadi peminat rahsianya yang hanya mampu memerhatikan dirinya dari jauh. Andai aku berdiri di hadapan pentas bersama yang lain, adakah dia akan sedar dengan kehadiranku? Pastilah tidak.
Siapalah aku di matanya. Hanya seorang peminat rahsianya. Aku pandang Kyla di sebelah. Aku amati mulut Kyla yang sedang mengikuti nyanyian Hazwan. Betul-betul menghayati nampaknya.
“Kyla!” Aku bersuara, sedikit kuat dari biasa.
“Hmm...?” Kyla berpaling kepada aku.
“Aku nak balik biliklah! Aku pening,” ujar aku pada Kyla. Sempat aku mengerling pentas. Nyata penyanyi di pentas dah bertukar orang.
“Er... ala, Am nak perform kejap lagi. Tunggu sekejap boleh?” Muka Kyla penuh berharap. Patutlah nak sangat pergi, buah hati kesayangan bakal perform jugak.
“Tak apalah kalau kau nak tengok Am perform. Aku balik sendiri.”
“Tak apa ke?” Kyla pandang aku muka serba salah.
“Tak apa je. Aku dah besarlah.”
“Sorry, Nerdy!” Kyla pegang tangan aku.
“Chill, girl! I’m all cool and please, Nadirah!” Ujar aku lalu tertawa.
Selepas berpamitan dengan Kyla, aku terus berlalu meninggalkan tapak Pentas Seni. Lagipun, Hazwan pun dah habis perform. Aku malas nak tunggu lama-lama. Ketika sudah hampir sampai ke pagar hostel. Aku terdengar dua suara bagaikan sedang bergaduh. Seorang lelaki dan seorang perempuan.
“Nia, stop whatever you do this instant! Saya tak suka apa yang awak buat!” Aku terlopong melihat wajah penuh amarah si lelaki. Hazwan!
“Apa yang saya buat??” Si gadis yang dipanggil Nia bertanya, dengan wajah keliru. Manis berselendang ala Hana Tajima.
“Awak sound semua peminat saya, Nia! What is wrong with you?”
“What is wrong with me? Salah ke apa yang saya buat, Wan? Saya cuma nak jaga kekasih hati saya dari dirampas oleh orang lain,” aku terlopong mendengar kenyataan dari mulut si Nia! Kekasih hati?! Hazwan tu dah ada kekasih hati?! Hatiku bagai dirobek sehingga berdarah. Sakitnya... mencucuk...
Aku cepat-cepat menyedarkan diri aku dan terus berjalan pulang ke hostel sebelum aku melukakan hati aku dengan lebih teruk mendengar perbualan mereka berdua.

“Kyla, baik kau datang bilik Nad sekarang!” Aku kerling Aisyah yang mencerun kepada aku. Aku buat tak tahu saja. Kenapa sekarang mereka tiba-tiba membantah keputusan aku sedangkan sebelum ini mereka selalu berkata perasaan suka aku pada Hazwan adalah mengarut!
“Kenapa korang ni?” Aku jungkit kening memandang Aisyah dan Tinie.
“Kau tu yang dah kenapa, Nad? Kenapa kau buang semua gambar Hazwan? Dan kenapa tiba-tiba kau dah tak nak minat si jari cantik kesayangan kau?!” Tinie duduk di sebelah aku.
“Aku rasa, cukuplah sampai sini aku minat dia. Malas dah nak minat-minat orang yang ramai peminat ni,” balas aku, bersahaja.
“Kenapa pelik sangat perangai kau ni?!”
“Tak ada apa yang pelik. Aku okey je!”
“Kau dah tak nak minat Hazwan kot!”
“Lah, dah kenapanya? Aku dah bosan minat dia!”
Habis saja aku menuturkan ayat tersebut, pintu bilik aku dibuka dari luar, Kyla muncul dengan wajah yang terbias penat. Penatlah kot kena panjat tangga hingga ke tingkat empat.
“Where’s your manners, Kyla?” Sindir aku sebelum berlalu ke meja belajar.
“Forget about the manners! Kenapa korang kalut sangat panggil aku ni? Kenapa dengan Nad?”
“Dia kata...” Aisyah pandang aku sebelum menyambung, “... dia yang kata okey? Dia kata dia dah tak nak suka Hazwan lagi!”
"Kau nak berhenti suka dia?" Kyla pandang aku dengan riak tak percaya, “It was just yesterday when we watched him performed!”
Angguk, “Well, yesterday was yesterday. Today is today and the future is yet to come!”
"But why?"
Aku jungkit muka, "Sebab ada perkara yang lagi penting dari mengejar dia."
"Macam...?" Aisyah jungkit kening.
"Pelajaran aku! Tahun ni, dah genap empat tahun aku jadi peminat rahsia dia. Berapa banyak masa aku terbuang sebab mengejar dia. Aku nak fokus pada masa depan aku. Cita-cita aku lebih penting, cinta boleh tunggu," balas aku, tegas.
Suasana senyap seketika sebelum aku terdengar Kyla berbisik, perlahan, "Tapi dia si jari cantik kau..."
Aku melepaskan keluhan tanpa sedar. Dia memang si jari cantik aku tapi... dia bukan masa depan aku.

Sudah hampir sebulan aku berpura-pura melupakan si jari cantik. Ya, aku cuma berpura-pura. Berpura-pura tidak nampak kelibat Hazwan, berpura-pura tidak mendengar lagu-lagunya, berpura-pura tidak mengambil kisah tentang Hazwan dan aku harus akui, sungguh penat menjadi manusia yang berpura-pura. Aku tidak tahu bagaimana mereka yang selalu berpura-pura boleh berpura-pura dengan jayanya.
Sekeping gambar aku keluarkan dari beg sandang aku. Aku mengeluh perlahan. Aku sedar cinta ini tak akan bawa aku ke mana. Gambar Hazwan yang tersenyum itu aku tatap. Terpaku. Berdebar. Sungguhlah ada sesuatu tentang dia yang menambat hatiku bukan sekadar jari jemarinya.
"Hei, termenung apa ni?!"
Tersentak. Gambar di tangan tercampak ke bawah, "Kyla!!!"
"Eh, sorry! Benda apa yang jatuh kat bawah tu?", Kyla dah jengukkan kepala ke bawah.
Aku mengeluh, "Gambar dia..."
"Dia...? Hazwan? Seriously Hazwan?!"
Aku angguk,"Ye, dialah. Kenapa?"
“Aku ingatkan kau dah tak suka dia!”
Aku angkat bahu, “Dahlah. Aku nak pergi ambik gambar dia tu!”
"Nerdy, sebelum kau pergi kan… cuba tengok kat bawah tu, siapa yang pegang gambar tu?"
Serentak hati rasa tak sedap. Takkanlah...? Aku jengukkan kepala ke bawah dan sepantas kilat aku tarik kepalaku ke belakang bila mataku bertentang mata dengan dia. Damn! Kenapa mesti dia? Kenapa mesti Hazwan?!

Aku lap peluh yang merenik di dahi dengan lengan bajuku. Lantaklah kalau Hazwan kata perangaiku buruk ke apa. Malas nak cover cun depan dia sebab aku sendiri tahu dia sudah berpunya.
“So...” Hazwan leretkan suara dan memandang aku, “Awak nak jumpa saya tadi kenapa?”
Aku kerutkan hidung. Itulah kau, Nadirah! Berani sangat pergi panggil dia tadi! Siap ajak jumpa lagi! Senget kau, Nadirah! Senget!
“I’m waiting...” Hazwan angkat kening.
Saya nak balik gambar tu,” ujar aku sedikit membentak.
Si jari cantik kerut dahi, "Gambar apa?"
"Gambar tadi. Yang jatuh tadi."
"Kenapa nak gambar tu balik?" Dia bertanya. Wajahnya terbias riak nakal!
"Sebab tu gambar saya."
 "Eh, gambar yang jatuh tu gambar yang ada muka saya kot. Kenapa boleh jadi gambar awak pulak? Oh, wait! Saya tahu, awak stalk saya, kan?" Dia jungkit kening dan terus tersenyum, mengejek.
Tiba-tiba aku nampak Hazwan ni kecik besar, kecik besar je! Dia perli aku?! Entah dari mana aku dapat keberanian, gambar yang masih ada di tangannya aku tarik laju, “I was! I was your stalker before but not anymore! You see this picture right here. Say, bye-bye to it!” Seraya aku terus koyakkan gambar yang ada di tanganku kepada beberapa kepingan.
Hazwan tergamam, terus.
“Dulu, saya mungkin peminat awak! Well, I was but not anymore! Saya dah penat nak kejar bayang-bayang! Saya minat awak dari tahun satu dan sampai ke tahun empat. It has been tiring already! Semua tentang awak saya tahu, pasal awak extend semester sebab awak busy dengan hidup awak sebagai penyanyi, pasal awak dengan gitar kesayangan dan saya sangat penat untuk ambil tahu pasal awak! Kenapa entah saya kejar awak? Macam orang bangang dan kenapa saya cakap semua ni pada awak? I want to let you go. I really do tapi kenapa awak keep holding me on?! Oh, I’m exhausted and I’m tired. Belajar pun tak sepenat ini. I’m sorry, Hazwan and... good bye!” Aku raup muka dan terus berlalu, meninggalkan dia
Tak sampai beberapa langkah, aku tersedar. Apa yang aku cakap tadi?! Oh damn, I’ve ruined my life!

Sejak kejadian itu, aku sudah tak bertembung langsung dengan Hazwan. Bukanlah tak pernah tapi aku selalu mengelak. Tipulah kalau aku kata aku dah tak minat dia tapi, lepas apa yang jadi, lebih baik aku berhenti. Tambah sekarang tengah hangat orang bercerita tentang hubungannya dengan seorang gadis dari kursus Perakaunan. Mungkin si Nia tu kot.
Aku? Sekarang untuk melupakan Hazwan, aku lebih banyak habiskan masa dengan buku, kertas laporan dan jurnal-jurnal berkaitan dengan kursus aku. Hidup aku pun banyak dihabiskan dengan perpustakaan dan bilikku semata-mata.
“Nerdy!”
Aku panggung kepala lalu bibir aku mengukir senyum, “Heya, Kyla!”
“Buat apa?”
“Thesis,” balas aku, ringkas.
“Bila kena hantar?”
“Next week. Kau punya dah siap?”
Kyla mengangguk, “Nerdy...”
“Yup?”
“Ada something yang aku nak bagitahu kau,” Kyla memandang aku dengan wajah serius.
Aku angkat kening, “Apa dia?”
“Hazwan...”
Aku mengeluh, “Aku tak nak tahu apa-apa pasal dia.”
“Dia dah berhenti.”
Aku terkejut namun aku pura-pura menulis, “Belajar?”
Kyla menggeleng, “Menyanyi. Hazwan dah berhenti menyanyi.”
Dan ketika itu, mata pensel tekan milikku, patah!

Setahun berlalu, aku, Kyla, Aisyah dan Tinie sudah bergraduat dengan cemerlang. Aisyah dan Tinie, masing-masing sudah bekerja dalam bidang Perakaunan. Aku, juga sudah mula bekerja di sebuah syarikat yang agak terkemuka di ibu kota. Kyla pula sedang meniti hari-hari bahagia untuk menjadi seorang isteri. Antara kami berempat, Kyla dulu yang bakal menyandang gelaran isteri.
        Aku? Entahlah. Kalau ditanya adakah aku masih menunggu si jari cantik, jawapan aku… YA, aku masih menunggu dia walaupun di tidak tahu. Acapkali aku membuka Facebook Page milik Hazwan dan sering aku membaca status-statusnya yang lama. Sejak Kyla memberitahuku yang Hazwan sudah berhenti menyanyi, ada aku mencari kelibatnya di mana-mana namun tidak ketemu. Tak apalah, yang pasti aku mendoakan dirinya agar baik-baik sahaja hendaknya.
       “Kyla, macam manalah si Am tu boleh suka dekat perempuan macam kau, ek?” Aku ketawa bila Aisyah bertanya seperti itu manakala Kyla sudah mencebikkan bibirnya.
“Woi, jangan pandang aku sebelah matalah! Ni Syakila Adzhana tau! Haruslah dia jatuh suka dekat aku,” ujar Kyla separuh berlagak.
Pecah ketawa semua yang ada di dalam bilik itu. Sayangnya, Tinie tak dapat menghadirkan diri pada majlis akad nikah Kyla pada hari ini kerana terpaksa menghadiri kursus. Pada majlis resepsi esok, insyaAllah dia akan datang.
        “Hai, pengantin? Tak siap lagi ke? Pengantin lelaki dah tunggu kat luar tu,” pintu bilik dikuak dari luar mengejutkan kami semua.
“Kejap. Dah siap dah,” sepupu Kyla membetulkan letak veil di kepala Kyla sebelum menyuruh Kyla bangun.
Kami semua turut bangun. Aku yang dilantik Kyla untuk menjadi pengapitnya, mengikuti langkah Kyla yang sopan. Lain sungguh dari kebiasaannya.
Ketika melabuhkan punggung di pelamin, Kyla menyinggung aku yang bersimpuh di sebelahnya, “Nerdy…”
“Apa kau ni? Pengantin tak sopan!” Ujar aku, saja mengusik.
“Sebelum kau nak bebel dekat aku, cuba tengok siapa yang jadi pengapit Am tu.”
Aku jungkit kening pada Kyla. Dari memandang Kyla, aku memandang Am yang sudah duduk berhadapan dengan bapa Kyla dan dari situ aku terlihat dia. Dia yang setahun aku tak dengar khabar beritanya… si jari cantik! Aku terkaku dan tergamam saat matanya menikam mataku. Wajahnya tenang, terbias kematangan dirinya. Aku masih tak percaya, dia ada situ… menjadi pengapit pengantin, seperti aku.

Selesai majlis akad nikah Kyla tadi, semua tetamu yang hadir, dijamu makan oleh keluarga Kyla. Kyla tak habis-habis menggiat aku sejak majlis akad nikah dia tadi.
“Suka tak jumpa si jari cantik kau tu?” Kyla ukir sengih.
Aku ukir senyum manis, versi plastik lalu aku bersuara, “Kyla, kalau kau bukan pengantin, memang dah lama aku sumbat kau dengan bunga telur.”
Kyla ketawa, namun masih terkawal. Nak jaga saham depan mak mertualah tu, “Eleh, suka cakap suka, Nerdy!”
“Dahlah! Aku nak balik. Layan kau, sakit otak aku.”
“Yelah, baliklah! Esok, jangan lupa datang. Kalau tak aku tumbuk muka kau,” Kyla terkekeh-kekeh ketawa.
“Kau ni, Kyla…” Aisyah menggeleng kepala, “Sungguhlah aku tertanya-tanya kenapa Am pilih kau.”
“Woi!” Kyla menjegilkan mata dan kami bertiga terus ketawa.
Usai berpamitan dengan Kyla dan suaminya, aku dan Aisyah beriringan ke kereta kami yang diparkir di luar rumah Kyla, “Kyla nampak bahagia, kan?”
Aku senyum, “Yup, nampak sangat bahagia.”
“Kau bila lagi, Nad?”
Aku jungkit bahu, tak menjawab. Kebetulan, ketika itu aku dan Aisyah sudah pun sampai di tempat parkir kereta Aisyah.
“Kau still tunggu si jari cantik ke, Nad?”
Tergamam aku disoal seperti itu oleh Aisyah.
“Dulu, kau lepaskan perasaan suka kau dekat dia sebab pelajaran. Hari ini, setelah setahun, korang dipertemukan semula. Kau tak rasa ini petunjuk dari Dia ke, Nad?”
“Aku tak tahu, Aisyah. Dia tak kenal aku macam mana aku kenal dia.”
Aisyah senyum sebelum membuka pintu kereta, “Dulu, aku selalu tertanya-tanya macam mana kau boleh suka dia tanpa kenal orangnya dan yang paling aku tak percaya, kau jatuh suka hanya kerana jari jemarinya, bukan kerana wajahnya atau suaranya.”
Aku ketawa, “Kau tak percaya, aku lagi tak percaya.”
“Nad, he’s here. Allah pertemukan kau dengan dia semula di sini. Grab the chance, will you?”
“Tengoklah macam mana. Dahlah, pergi balik nuh!” Aku cuba membuang rasa kekok yang tiba-tiba datang.
Aisyah jungkit bahu dan dia berpamitan dengan aku sebelum keretanya laju membelah jalan raya.
“Nak balik dah?”
Tersentak aku saat ditegur dari belakang. Bila aku berpaling, Hazwan sedang berdiri dengan tangannya menyeluk saku baju melayunya. Bibirnya terukir senyum manis.
“Tak nak jawab soalan saya?”
“Nak baliklah ni,” gumam aku. Aish, apa mamat ni buat dekat sini?
“Sihat?”
“Alhamdulillah, still living. Ada apa, ya?” Aku bersuara, pura-pura tenang.
Dia geleng kepala, “Tak ada apa. Saja nak tanya khabar. Tak nak tanya saya sihat ke tak?”
Aku spontan menggeleng, “Tak nak.”
Dia ketawa, “Okeylah, tak nak kacau awak. Esok masih ada. Awak pergilah balik. Dah lewat ni. Hati-hati, ya?”
Dia mula melangkah nak berlalu namun spontan bibirku menyebut namanya, “Hazwan!”
“Ya?” Dia berpaling.
“Kenapa...” aku ketap bibir, “Kenapa berhenti menyanyi?”
“Sebab saya dah hilang seorang peminat setia saya…” jawabnya sebelum meninggalkan aku, terpinga-pinga.

Majlis resepsi perkahwinan Kyla dan Am sangat meriah. Tak menang tangan ahli keluarga Kyla menyambut kehadiran tetamu. Aku perhatikan saja Kyla dan Am yang sedang memotong kek. Terdetik dalam hati yang aku jua ingin mengikat tali hubungan dengan orang yang aku cinta tapi masalahnya, calon pun tak ada.
“Kenapa termenung?” Aku pandang dia yang menegur. Eh, mamat ni! Dari tadi lagi dok mengekor aku.
“Awak tu kenapa dok mengikut saya?”
“Saja,” balasnya, selamba sebelum ukir senyum.
“Duduk jauh-jauhlah sikit. Tu, peminat-peminat awak tu asyik pandang je!” Tekan aku kepadanya bila dia duduk rapat di sisi aku. Ramai juga perempuan-perempuan yang datang kenduri Kyla ni asyik pandang Hazwan. Yelah, bekas artis kan? Ada juga yang memandang aku sinis. Ewah, bajet aku nak sangat duduk sebelah mamat senget ni!
“Biarlah kat dia orang tu. Saya nak duduk sebelah dengan orang yang saya minat.”
“Hazwan…”
“Yes?”
“Stop it already! Saya tak suka awak buat macam ni dekat saya,” aku mengeluh. Tipu! Part of it aku suka, and another part of it, aku tak suka!
“Apa yang saya buat?”
“Apa yang awak nak dari saya?”
“You!”
“Hazwan,” suaraku bergetar amaran.
“Saya nak awak! Titik!” Dia bingkas bangun dan meninggalkan aku. Ceh, nak aku konon tapi blah macam tu je!
Seketika kemudian, ada sebuah lagu berbunyi dari khemah kugiran. Lagu terakhir yang Hazwan cipta sebelum dia berhenti menjadi penyanyi. Lagu yang bertajuk, Si Ratu Hati.
Hei si peminat rahsia
Sampai bila kau mahu berahsia
Menjadi peminatku
Tanpa aku tahu?

Kau pasti tidak tahu
Aku juga peminat rahsiamu
Dalam diamku
Aku turut memerhatikanmu

Hey si peminat rahsia
Aku ingin meluahkan rasaku
Tapi ku tak tahu bagaimana
Walau ku tahu
Kau juga menyukai diriku

Sengaja aku menegurmu
Kononnya ingin meminjam penamu
Tapi sebenarnya aku ingin mendengar suaramu
Yang lunak dan merdu

Hey si peminat rahsia
Aku ingin meluahkan rasaku
Tapi ku tak tahu bagaimana
Walau ku tahu
Kau juga menyukai diriku

Kau gelar aku si jari cantikmu
Tapi kau tak tahu
Aku gelar dirimu
Si ratu hatiku

 Hey si peminat rahsia
Aku ingin meluahkan rasaku
Tapi ku tak tahu bagaimana
Walau ku tahu
Kau juga menyukai diriku

“Nad.”
Aku kalih memandang Aisyah dan Tinie yang baru tiba, “Korang…”
“Dia tengah meluahkan perasaan, Nad. Lepas kes kau koyak gambar depan dia, dia datang jumpa kita orang. Meminta tolong dari kami, macam mana nak ambil hati kau semula. Sebenarnya…” Aisyah ketap bibir lalu memandang Tinie.
“Sebenarnya apa?” Tanya aku, berdebar.
“Am tu sepupu Hazwan. Hazwan dah lama suka kau, Nad. Sejak kali pertama dia nampak kau waktu orientasi. Lagu yang baru dia nyanyi tu, lagu yang dia cipta khas untuk kau.”
“Hah?!” Aku bangkit dari dudukku, “Tipu!”
“Tak! Sumpah aku tak tipu! Hazwan tak tahu kau pun suka dia, sampailah dia jumpa gambar dia yang tak sengaja kau jatuhkan tapi sayang, waktu tu…” Tinie hela nafas, “Tapi waktu tu, kau cakap kau dah penat suka dia. Dia tak sangka, niat dia yang nak mengusik, menaikkan darah kau.”
Aisyah mengangguk, “Kita orang sangat terkejut bila dia datang jumpa kita orang. Bertanya itu ini tentang kau. Sebab hari tu, kau cakap kau nak lupakan perasaan suka kau dekat dia, kami suruh dia lupakan dulu kau, kejar cita-cita dia dulu dan baru cari kau semula. Dia kata dia takkan lupakan kau tapi dia jadikan kau sumber inspirasi untuk capai cita-cita dia dan hari ini, dia kembali mencari kau selepas cita-citanya tercapai.”
Aku diam, tak bersuara. Bagai tersampuk bisu.
“Setiap lagu yang dia cipta. Setiap bait-bait kata yang dia lagukan, setiap petikan gitarnya, dia tujukan untuk kau. Dulu, dia jadi penyanyi, sebab kau! Dia nak kau dengar lagu dia walaupun dia tak tahu kau sukakan dia atau tak dan dia berhenti menyanyi pun sebab…”
Aku memotong kata-kata Aisyah, laju, “Sebab aku. Dia berhenti sebab aku kata aku dah penat nak ambil tahu pasal dia. Sebab aku kata aku penat kejar dia…”
“Salah!” Serentak, kami bertiga berpaling. Dia berdiri di situ dengan tangannya menyeluk poket baju melayunya.
“Apa yang salah?” Aku bertanya. Aisyah dan Tinie pula sudah berlalu meninggalkan Hazwan denganku, berbicara sendirian.
“Saya berhenti menyanyi bukan sebab awak…” Dia hela nafas, “Saya berhenti menyanyi sebab saya nak berhenti. Menyanyi, main gitar. Itu semua hobi saya tapi cita-cita saya. Saya mengaku, saya jadi penyanyi dulu sebab nak tarik perhatian awak tanpa saya tahu, awak sebenarnya dah lama sukakan saya walau hanya melihat saya memetik gitar di Youtube.”
“Awak tahu?” Aku jungkit kening.
“I’m glad to have Am as my cousin, Dira.”
Dira! Did he called me Dira? “Kenapa panggil saya Dira?”
“Kyla cakap, Dira tu nama manja awak dengan orang yang punya ikatan kekeluargaan dengan awak. Jadi, boleh tak saya nak ada ikatan dengan awak supaya saya boleh terus panggil awak Dira?”
"Sebelum tu, mana Nia? Girlfriend awak dulu?"
"Bila masa saya ada girlfriend?" Dahinya berkerut.
"Saya pernah nampak awak bergaduh dengan lepas Pentas Seni. So, mana dia?"
Dia ketawa, besar, "Dia bukan girlfriend saya. Kami kawan je cuma dia lebih-lebih mengaku girlfriend. Kenapa? Cemburu?"
"Eh, tak ada masa!"
Hazwan ukir senyum seketika sebelum kembali serius semula, "So, jawapan awak?"
Aku tersenyum malu, “Meet my parents. Biar mereka yang buat keputusan untuk saya.”
Dan Hazwan tersenyum lebar mendengar jawapanku...

“Dira…”
“Yup?” Aku memandang dia yang menonton televisyen. Suara Encik Mimpi berkumandang dari peti televisyen.
“Kenapa panggil saya si jari cantik?”
Aku sengih, “Sebab saya suka jari awak.”
"Kenapa suka jari saya?" Dia meletakkan dagunya di atas kepalaku. Aku jungkit bahu, Jari jemarinya aku sulamkan dengan jari jemariku.
"Lah, bagitahulah kenapa?"
"Entah, sebab cantik kot. Jari awak runcing. Cantik sangat."
Dia ketawa, "Dah tu, kenapa awak tak suka Encik Mimpi tu? Jari dia pun cantik jugak, runcing jugak."
Aku turut ketawa sebelum membawa jari jemari yang bersulam dengan jari jemariku ke atas ribaku, "Sebab saya suka jari awak dulu. Lagipun, Encik Mimpi tu tak buat hati saya dug dag dug dag macam awak buat. Tengok je jari awak, jantung saya ni lain macam aja jadinya. Plus, takkanlah saya nak suka jari Encik Mimpi bila jari Encik Suami saya lagi cantik?”
“Yelah awak tu!” Dia buat muka.
 “Betullah! Awak, si jari cantik milik saya. Selamanya milik saya."
Dia ketawa lalu dia tarik jari jemari kami yang bersulam tadi dekat dengan bibirnya, "Nasib baik awak suka jari saya dulu, kalau tak... tak dapatlah saya jadi suami seorang Nadirah."
"Alah, so sweetlah suami saya," aku ukir sengih lebar. Hailah si jari cantik, selalu saja buat aku terbang-terbang.
“Dira…”
“Hmm?”
“I love you, si ratu hati.”
Aku sengih, “I love you too, si jari cantik kesayangan saya.”
"Eh, lupa!" Tiba-tiba dia terjerit kecil.
"Lupa apa?" Aku pandang dia. 
"Sekejap tau, Dira!" Dan dia berlalu ke tingkat atas dan tak sampai seminit kemudian dia sudah kembali ke sisi aku.
"Pergi mana?" Tanya aku sebelum mengelap peluh di dahinya. Amboi, pergi sekejap je tapi peluh bukan main.
"Nah! Saya nak pulangkan ni balik!" Dia hulurkan sesuatu kepada aku lalu dia sengih, "Dah lama sangat saya simpan."
"Liquid paper saya!"
"Sorry I took a long time to return it to you."
Aku senyum, "Kenapa pulangkan semula?"
"Dulu saya simpan sebab saya jadikan benda ni pembakar semangat saya. Sekarang saya pulangkan sebab saya dah ada awak, pembakar semangat saya yang sebenar-benarnya."
"Amboi, awak nak beli jiwa saya ke apa ni?"
"Tak payah beli, dah dapat pun."
"Eleh, berlagak!" Aku ketawa.
Dia turut ketawa lalu dia tarik bahuku dekat dengannya. Jari jemarinya aku tarik dan aku sulamkan kembali. Aku eratkan, agar tidak terlepas sulaman jari kami. Dalam hati, aku berdoa pada Yang Esa agar sulaman jari jemari kami biarlah sentiasa bertaupan hingga ke syurga. InsyaAllah…

21 comments:

  1. Sweet je abg wan.hahaha

    ReplyDelete
  2. Senyum2 sndiri bila baca.manis mcm gula2 :)

    ReplyDelete
  3. Suka suka suka....sweettttttt sgt

    ReplyDelete
  4. Tersengeh sengeh seseorg jer baca... best... tunggu cerpen Aqil dgn Aina plak..
    Hihi..P ^_^

    ReplyDelete
  5. Suka..swet sgt2...x pernah menghampakan. ..

    ReplyDelete
  6. Alolo sweetnye si hazwan ngan nad ni :)

    ReplyDelete
  7. wah...so sweet...trbaik...
    -nur-

    ReplyDelete
  8. alahaiii .. best cngt cite nii .. <3 :D

    ReplyDelete
  9. Ohmaii...... Sweet sgt... Buat saya tersenyum sambil membacanya..... Thumbs up utk cikwriter!

    ReplyDelete
  10. hahaha... najwa... dia memang pembakar semangat yer.. SIAP JADI INSPIRASI TULIS CERPEN LAGI

    ReplyDelete
  11. waaa..LIKE LIKE LIKE!!!
    sweet je hazwan aka si jari cantik..hehe..
    good job kak najwa..

    ReplyDelete
  12. Terbaek...suke sangt...tertibe tringt kt si admire sye........hurm...

    ReplyDelete
  13. sweet sgt2...mcm ada kaitan dgn hdup sya jew...hehe

    ReplyDelete
  14. Mcm pernah alami je bab mluahkan prasaan tu..best la ending dia.bahagia jgk akhirnya

    ReplyDelete
  15. sweetnye mcm lolipop sguni!! 😆😆😆

    ReplyDelete