Wednesday, 9 April 2014

[CERPEN] Misi Cah Mengorat Acap!

Suatu ketika dahulu,
“Kita suka awak," si budak perempuan memuncungkan mulutnya mendengar luahan si budak lelaki.
“Mana boleh nak suka-suka kita. Mama kita kata, kena belajar dulu. Belajar pandai-pandai jadi enjinyer, baru boleh suka kita," si budak lelaki tunduk sedih bila budak perempuan itu bersuara.

Pada masa sekarang,
“Cah, kau tau tak si Zafran tu dah balik sini balik.“
Isya Solehah angkat kening, “Zafran mana ni?"
"Eh, silap! Kau mana panggil dia Zafran, kau panggil dia Acap."
Isya terus kaku, Acap dah balik sini?! Berdebar gila. Dulu waktu sekolah rendah, Acap sangat sukakan dia tapi dia tak layan sebab dia budak-budak lagi. Masuk sekolah menengah, dia yang sukakan Acap tapi Acap dah tak suka dia!
Habis sekolah, Acap masuk masuk matrikulasi dan kemudiannya masuk ke UPM. Dia pula masuk UPSI lepas habis Form 6. Dah berapa tahun tak jumpa Acap, sebab tu bila si Ros cakap Acap balik sini, dia berdebar. 
“Cah, kau ni menung apa? Dengar tak aku cakap apa tadi?"
“Eh, kau cakap apa?"
“Si Acap kau tu bawak balik awek dia sekali."
Isya buntangkan mata, “Awek?!"
Ros ukir senyum, “Kau suka dia lagi, ek?”
Cah ketawa sambil menggeleng, “Merepek kau, Ros. Bila aku suka dia?”
Ros ketawa, “Kau ingat aku tak tahu? Pinangan Alif kau tolak sebab Acap kan?”
Cah mencebirkan bibir, “Malas layan kau, mak cik! Aku nak balik. Nanti mama aku bising.”
“Cikgu Cah takut mama bising ke nak mengintai anak teruna orang yang baru balik tu? Baik-baik sikit Cah oi, dia dah ada awek.”
Cah terus saja berlalu tanpa berpaling pada Ros, si tukang jahit kampung merangkap kawan baik aku sejak zaman sekolah. Betul ke Acap dah ada awek? Alahai hati, tolong jangan sedih…


Cah tekun memeriksa buku latihan anak-anak muridnya di dalam bilik guru. Suasana agak sepi, memandangkan cikgu-cikgu ramai dah balik. Sedang dia memeriksa buku-buku latihan tersebut, dia terasa bagai diperhatikan dari tepi. Spontan dia berpaling, “Astaghfirullahal’azim! Munirah!”
Munirah yang bertocang dua tersengih, seronok agaknya buat cikgu dia terkejut, “Cikgu Solehah.”
“Kenapa Muni tengok cikgu macam tu? Kenapa tak bagi salam?”
Munirah tersengih lagi, “Eh, Muni minta maaf cikgu. Assalamualaikum, Cikgu Solehah.”
“Waalaikumussalam. Kenapa Muni tak balik lagi? Dah pukul 2.00 petang ni.”
“Ibu tak sampai lagi. Muni pergi toilet kat sana, lalu depan bilik guru nampak cikgu,” Munirah menjawab laju.
Cah senyum, “Muni ingat nombor ibu Muni?”
Munirah menggeleng, “Tak ingat, cikgu.”
“Tak apalah. Jom, cikgu hantar balik rumah.”
“Boleh ke cikgu?” Mata bundar si kecil bersinar-sinar.
“Boleh. Jom,” Cah segera mengemas mejanya dan Munirah senyum selebar yang mungkin.

“Ini ke rumah Muni?” Cah bertanya melihat rumah yang ditunjuk Munirah. Dia kenal sangat dengan rumah ni. Rumah Acap. Macam manalah dia boleh terlupa yang si Munirah ni anak saudara si Acap.
“Aah. Muni tinggal dengan ibu, opah, ayah dengan adik,” spontan Cah ukir senyum mendengar omelan si Munirah.
Baru dia nak bersuara, tiba-tiba Munirah terus keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah tanpa ucapkan apa-apa. Cah geleng kepala, budak-budak kalau dah balik rumah memang gitu kot. Cah hidupkan enjin kereta, baru dia nak tukar gear reverse dia nampak Munirah berlari-lari keluar dari rumah.
“Cikgu Solehah,” Munirah sengih bila dia sampai betul-betul di tingkap tempat duduk kereta Cah.
“Kenapa Muni? Jangan lari-lari, nanti jatuh,” Cah memberi nasihat.
“Ibu cakap terima kasih. Dia bukan tak nak ambik Muni tapi ibu kata pak su nak ambik Muni tapi pak su lupa.”
Cah senyum dalam berdebar. Pak su nak ambik Muni eh? “Cakap kat ibu, tak apa. Dah tanggungjawab cikgu. Cikgu balik dulu eh?”
Munirah angkat tangan, “Eh, cikgu! Sekejap. Tadi ibu kata naiklah dulu. Minum kopi,".
“Tak apalah, Muni. Cikgu nak balik dulu. Nanti mak cikgu marah,“ Cah menolak, lembut.
“Ala..." tak sempat Munirah habiskan ayat, ada suara lelaki menyampuk. "Ayong!"
Munirah berpaling dan terus ukir senyum, “Pak Su!!!
Cah terkedu. Acap tengah berdiri di pintu rumah! Kacaknya dia...
“Cikgu Solehah, itu pak su saya!” Munirah ukir sengih lebar-lebar. Acap dilihat berjalan ke arah keretanya.
Cah keluar dari kereta lalu dia berdiri memandang Acap yang dah pun mendukung Munirah, “Ni siapa Ayong?”
Cah rasa macam kena pijak-pijak. Sampai hati Acap tak kenal dia. Ni Cahlah!
“Ni Cikgu Solehah, cikgu kelas ayong. Cikgu Solehah baik. Dia ajar Bahasa Melayu,” bersungguh-sungguh Munirah bersuara.
“Saya Asyraff Zafran, boleh panggil saya...” tak sempat Acap habiskan ayat, Cah menyampuk.
“Acap. Saya panggil awak Acap, boleh kot,” Cah cuba nak ukir senyum tapi cubaannya tak menjadi bila muka Acap berubah.
Bila tengok Acap diam, Cah pun terus bersuara, “Saya balik dulu, Encik Asyraff. Cikgu balik dulu, Muni.”
“Bye Cikgu!” Munirah melambai manakala Cah terus masuk ke dalam kereta dan terus dia reverse kereta. Entah kenapa dia sakit hati bila tengok muka Acap tu berubah macam tu sekali. Kalau tak suka pun, jangan tunjuk sangat, boleh?

Cah pandang mama yang sedang membuat lepat pisang. Dia tolong tadi tapi lama-lama, dia jadi malas.
“Termenung apa, Cah?”
Cah mengerutkan dahinya lalu dia ukir senyum, “Mama, Acap anak pak cik Hashim tu balik sebab apa?”
“Kenapa nak tahu?” Mama jungkit kening. Amboi, gaya Kiah Propa sangat mama ni.
“Sajalah Cah nak tahu.”
Mama senyum, “Cah ingat mama tak tahu waktu sekolah dulu Cah suka dekat si Acap tu?”
Cah rasa muka dia berbahang, “Mana ada! Mama ni...”
“Cah sayang, mama ni PK Hem sekolah tau dulu. Ingat mama tak tahu?”
“Eleh, dulu je! Cinta monyet je, ma.”
Mama senyum menggeleng, “Mama dengar kata...”
Cah pura-pura tak mendengar, padahal telinganya dibuka luas-luas. Daun pisang yang mama guna untuk bungkus lepat pisang, dia main-main.
“Mama dengar kata Acap tu bawak balik buah hatinya, nak jumpa dengan mak ayah dia.”
Cah terkaku. Betullah apa si Ros tu cakap? “Mama dah tengok buah hati Acap tu?”
Mama menggeleng, “Buat apalah mama tengok buah hati Acap tu, Cah oii. Cah, tolong mama kejap lagi boleh?”
Cah mengangguk, “Tolong apa, ma?”
“Tu ada lepat yang mama dah siap kukus. Cah hantar pergi rumah Acap boleh?”
Cah rasa degupan jantungnya laju tiba-tiba.
“Cah, boleh ke tak? Termenung pulak.”
Cah laju mengangguk, “Boleh.”

“Assalamualaikum...” Cah memberi salam buat kesekian kalinya. Tak ada orang bukak pintu pun. Gigih Cah kayuh basikal ke rumah Acap ni. Tak ada orang pun. Si Munirah pun tak ada. Keluar berjalan kot. Ada tetamu jauh kan…
“Waalaikumussalam,” suara lelaki yang menjawab dari belakang buat Cah terus berpaling dan dia rasa lidahnya terbelit sendiri. Acap, berdiri di situ. Di sisinya ada Muni dan seorang perempuan cantik. Cah telan liur.
“Cikgu Solehah!” Munirah lepaskan tangan pak sunya lalu dia pergi mencium tangan cikgunya.
“Muni pergi mana? Penat cikgu bagi salam tau,” hidung Munirah dicuit oleh Cah.
“Pak su bawak Aunty Leya jalan-jalan, Muni ikutlah.”
Cah senyum paksa. Aunty Leya? Ros, hati aku dah berkecai ni...
“Cikgu datang rumah Muni kenapa?” Munirah ukir sengih.
Cah ukir senyum lalu dia pandang Acap, “Mak awak ada kat rumah tak? Mama suruh bagi kuih ni dengan duit kod.”
Acap geleng, “Mak pergi kampung sebelah, ada kematian. Pass kat saya, tak apa kot.”
Cah angguk saja dan terus dia hulurkan tupperware berisi lepat pisang dengan sampul raya yang berisi duit kod kepada Acap.
Acap menyambut lalu dia ukir senyum sinis, “So, Cah jadi cikgu ye sekarang?”
Cah kerut dahi, apahal cara cakap macam nak cari gaduh je orang tua ni? “Aah. Cikgu sekolah rendah. Awak ada masalah ke dengan orang yang kerja sebagai cikgu ni?”
Acap menggeleng namun senyumannya masih senyuman sinis seperti tadi, “Oh, sebelum saya terlupa. Ni Puteri Aleya, kawan saya. Leya, ni kawan sekolah Zaf dulu, Cah.”
Aleya ukir senyum nak tak nak, tangannya dihulurkan, “Leya, Puteri Aleya. Kawan sekerja Zafran, jurutera.”
Cah dah berkerut dahi. Bila masa aku tanya dia, dia kerja apa? Berlagaklah kau tu jurutera? “Isya Solehah. Cah for short, cikgu sekolah rendah biasa. Tak apalah. Saya balik dulu. Nice to meet you, Leya. Muni, cikgu balik dulu, ye?”
Munirah menganggukkan kepalanya, “Jumpa esok, ye cikgu?”
Cah mengangguk dan terus melangkah pergi. Hatinya sebal. Sedih bertandang tanpa diminta. Tiba-tiba ada dua rangkap pantun berkumandang di telinganya, bagai mengejek hatinya yang lara.

Budak-budak bermain lastik
Bermain mereka di tengah padang
Orang yang dia suka sangatlah cantik
Patutlah kita dia tak pandang

Tunduk-tunduk si pengantin baru
Tunduk-tunduk tanda segan
Dalam hati ada rasa cemburu
Sebab bukan kita yang jadi pilihan


“Cikgu Solehah!” Cah angkat muka pandang Cikgu Aini yang dari tadi tersengih-sengih memandang dia.
“Kenapa?”
“Cikgu Solehah duduk kat Kampung Batu Tersusun, kan?”
Cah mengangguk, “Kenapa kak?”
Cikgu Aini sengih lagi lebar, “Nak tanya... kenal tak anak pak cik Hashim? Ahli JKKK kampung cikgu tu.”
“Anak dia ada ramai, semua saya kenal. Kenapa kak?” Sekali lagi Cah bertanya.
“Tak, semalam kan pak cik Hashim tu ada datang kampung kak. Anak dia yang hantar. Orangnya boleh tahan. Kak nak risik-risik, nak buat dia jadi adik ipar.”
Cah pendam rasa. Amboi, Cikgu Aini ni! “Dia dah ada buah hati dah, kak. Dia bawak buah hati dia balik kampung, kenal-kenal dengan mak ayah dia.”
“Mana cikgu tahu?”
Cah ukir senyum tak ikhlas, “Dia kawan sekolah saya dulu. Takkanlah saya tak tahu.”
Cikgu Aini berkerut dahi. Melepas peluang nak dapat adik ipar jurutera...
Cah cebik muka tanpa sedar. Kalau saya ni dia tak pandang, inikan pulak adik akak tu...

Sepanjang hari, Cah terfikir-fikirkan tentang si Acap. Bukanlah dia nak fikir sangat pun tapi dah minda dia ni dok sebut-sebut nama si Acap, harus bayangan pun melintas sama.
Buku latihan Munirah dia buka. Karangan Pak Su Saya yang ditulis Munirah dibaca berulang kali. Karangan empat ayat yang mampu buat Cah senyum sendiri.
Mama saya ada adik lelaki. Adik lelaki mama saya adalah Pak Su Asyraff. Pak Su Asyraff seorang yang tinggi dan berwajah agak kacak. Pak Su Asyraff berkerja sebagai seorang jurutera di ibu kota.
Jurutera… engineer… bisik hati Cah. Dulu, sewaktu Acap pernah luahkan perasaan padanya, dia tolak kerana dia masih mentah. Yelah, apalah seorang budak perempuan yang baru berusia tujuh tahun tahu bagaimana nak membalas rasa suka budak yang tua setahun darinya? Tambah lagi, mama tak suka dia berkawan dengan budak lelaki. Jadi dia reka jawapan kononnya Acap kena jadi enjinyer dulu baru boleh suka dia sebabnya mama suka engineer dan doktor. Entah kenapa. Mind setting mama kot.
Sekarang Acap dah jadi jurutera, boleh tak kalau Cah nak kahwin dengan Acap, mama? Cah geleng kepala. Behave Cah, behave... kalau kau nak kahwin dengan dia, dia nak ke kahwin dengan kau?
Cah geleng kepala lagi sekali. Acap tahu tak agaknya yang dia dah tolak dua pinangan dari Doktor Alif dan seorang jurutera bernama Lutfi, kawan kepada suami si Ros? Kalau kata Acap tahulah, Acap tahu tak kenapa Cah tolak? Cah ukir senyum tawar lalu dia mengeluh perlahan, sebab dari dulu Cah tunggu Acap hantar rombongan dan sekarang Cah masih menunggu… Agak-agak, Acap tahu ke?

Cah tahu ideanya ini gila. Ros pun cakap ideanya gila tapi apa dia peduli. Dia dah tekad. Dia, Isya Solehah atau nama glamour-nya Cah mahu menjalankan satu misi. Misi apa? Misi Cah mengorat Acap. Tak kisahlah apa pun orang cakap, Cah nak mengorat Acap.
Acap dah ada awek? Cah tahu tapi baru awek kan? Belum isteri dia betul-betul, kan?
Bukan niat Cah nak jadi perampas, Cah cuma nak cuba nasib. Untung sabut, timbul, untung batu, tenggelam.
“Cah, kenapa awal sangat bangun hari ni? Selalu lepas subuh, terus sambung tidur,” mama kerut dahi bila Cah keluar dari bilik.
“Nak teman mama pergi pasarlah. Kesian mama pergi sorang-sorang,” Cah ukir sengih.
Mama jungkit kening, “Cah ada buat benda jahat tak bagitahu mama, ye?”
“Mana ada!”
“Dah tu, baik sangat dengan mama ni? Peliklah Cikgu Solehah, oiii. Macam ada udang di sebalik batu.”
Cah mencebik, “Cah baik pun mama dah bersangka buruk.”
“Bukan bersangka buruk tapi mama pelik.”
“Yelah, Cah pergi sambung tidur balik,” ujar Cah, acah-acah nak naik ke tingkat atas dan menyambung tidur.
“Eh, tak payah! Pergi sarung tudung, teman mama pergi pasar,” ujar mama, laju. Cah sengih dalam hati. Tau takut mama...

“Anim?” Cah berpaling pada suara yang menegur mama. Serentak, jantungnya laju mengepam darah.
“Kak Yah, ingat siapalah yang tegur tadi,” mama ketawa memandang ibu Acap, mak cik Ruziyah.
Acap yang ada di sisi ibunya mengukir senyum segaris pada mama. Di sebelah Acap ada si Puteri Aleya. Cah memuncungkan sikit bibirnya. Ikut jugak puteri gemalai ni?
“Cah, panjang benar muncungnya tu? Kenapa? Mama paksa pergi pasar, ya?” Mak cik Ruziyah mengukir sengih. Manis saja anak Anim ni tapi sayang, Acap tak terpikat pulak.
Cah tersentak lalu laju dia menggeleng, “Mana ada, mak cik.”
Mak cik Ruziyah tersenyum, “Sedap kuih lepat pisang Cah hantar hari tu.”
Cah senyum nipis, “Cah hantar aje. Mama yang buat.”
Mama sengih, “Cah ni mana rajin sangat masuk ke dapur, Kak Yah.”
“Mama...” Cah mencebik. Janganlah jatuhkan saham Cah!
“Kalau macam tu, Cah kenalah rajinkan diri macam Leya. Leya ni rajin tau masuk dapur tolong mak cik walaupun dia tak tahu memasak.”
Waktu tu Cah tengok Acap ukir sengih jahat, Leya tu dah senyum sinis. Mama dan mak cik Ruziyah cuma ketawa. Cah rasa hatinya tersiat-siat. Mama pun sama, gelakkan anak sendiri. Sungguh, Cah berjauh hati.

Cah duduk termenung di tingkap biliknya sambil memandang langit yang gelap, tanpa bintang dan bulan. Ah, bintang dan bulan pun tak mahu layan aku.
Sejak balik dari pasar pagi tadi, Cah diam saja sepanjang hari. Sepatah mama tanya, sepatah Cah jawab. Orang lain juga dia layan begitu. Cah kecewa saat tadi di tertawakan. Teruk sangatkah dirinya? Paling tidak boleh dia terima, sengihan Acap yang jahat tu. Benci!
Tapi dalam benci, Cah tetap suka Acap. Katalah apa pun, hatinya tetap memilih Acap. Hailah Isya Solehah, dalam ramai-ramai lelaki, kenapa Acap?
“Cah?” Pintu biliknya dikuak dari luar lantas Cah berpaling. Mama menapak masuk ke dalam biliknya lalu mama duduk di birai katil, “Cah tak mau makan ke? Dari tadi tak makan. Tak lapar?”
“Cah tak rasa nak makan,” jawab Cah sambil terus memandang langit.
“Cah terasa hati dengan mama ke?”
Cah kalih memandang mama, “Cah ni teruk sangat ke mama?”
Mama terpinga-pinga, “Kenapa Cah tanya macam tu?”
Cah kembali memandang langit. Matanya mulai kabur, “Mama gelak dekat Cah tadi, mak cik Yah pun gelak dekat Cah? Teruk sangat ke Cah ni, ma?”
Mama terdiam. Ya Allah, rupanya anaknya yang bongsu ini berasa hati dengannya. Cah jarang nak terasa hati macam ni, “Cah, kenapa cakap macam tu? Cah tak teruk pun.”
Air mata Cah menitis. Dia terlebih sensitif ke? Mungkin... “Tapi mama gelak dekat Cah, mak cik Yah gelak dekat Cah bila Cah kena bandingkan dengan budak bandar tu. Cah tahu, Cah malas pergi dapur tapi janganlah gelak dekat Cah macam tu. Cah pun tau malu, mama. Mama tak bela Cah pun...”
Perlahan-lahan mama peluk bahu Cah, “Cikgu Solehah sayang, mama gelak tapi tak bermakna mama suka dengan apa yang mak cik Yah tu cakap. Betul, Cah mungkin malas nak masuk dapur tapi Cah tak pernah membantah, merungut bila mama minta tolong Cah. Dia orang tak kenal Cah tapi mama kenal Cah, sejak Cah lahir lagi. Kenapa sedih sangat ni?”
Cah tersedu-sedu di bahu mamanya, “Acap... Acap tu... dia kenapa nak gelakkan Cah? Muka dia, menyakitkan hati... Cah tak suka...”
Mama mengeluh perlahan lalu dia ukir senyum. Cah bukanlah terasa hati sangat dengan dia tapi sebenarnya Cah tak puas hati bila si Acap tu gelakkan dia. Cah... Cah... dari dulu sampai sekarang, memang kamu pandang Acap aje ye?

Cah parker kereta pada tempat yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Beg laptop, beg tangan dan beg berisi buku-buku latihan anak muridnya diambil dari tempat duduk belakang.
Baru dia nak melangkah ke bilik guru, namanya diseru. Kuat dan lantang.
 “Cikgu Solehah!!!”
Bila dia berpaling, senyumannya menguntum saat terpandang Munirah dan tak sampai lima saat senyuman terukir, senyumannya mati apabila bila dia ternampak orang yang sedang memimpin Munirah. Dia akui, dia berdebar-debar tapi pada masa yang sama, dia rasa geram pada orang itu.
“Banyaknya barang cikgu!” Munirah bersuara lagi saat dia sudah pun berdiri di depan Cah.
Cah terus ukir senyum, “Tak banyak pun. Biasa je. Dah, Munirah pergi masuk kelas. Kejap lagi nak perhimpunan.”
Munirah mengangguk lalu dia menyalami tangan pak sunya dan terus berlalu ke kelasnya. Cah berdiri statik memandang Acap yang masih tak berlalu dan sebaliknya terus memandang langkah Munirah yang dah menjauh.
Acap yang sedar dirinya dipandang berpaling memandang Cah, “Kenapa?”
Cah tersentak lalu dia menggeleng, laju. Baik aku masuk bilik guru sekarang. Baru dia nak berlalu, Acap bersuara...
“Do you need my help?”
Cah jungkit kening, tak faham.
“Barang-barang awak tu. Nak saya tolong ke?” Acap melirik pandang barang-barang Cah yang banyak tu.
Cah spontan pandang beg-beg kain berisi buku latihan anak muridnya lalu dia menggeleng, “Tak apa. Terima kasih. Saya boleh angkat sendiri.”
Acap jungkit bahu dan dia terus berpaling nak berlalu tapi tiba-tiba…
“Cikgu Solehah, banyaknya barang cikgu. Nak saya tolong?”
Acap kalih ke belakang. Matanya tajam merenung lelaki yang memakai tag nama Hazruqi itu. Entah kenapa hatinya terbakar saat dia lihat si lelaki berebut nak ambil beg yang ada di tangan Cah.
Lantas dia laju mendekati mereka berdua, “Cah, bagi beg tu dekat abang.”
Si lelaki tersentak. Cah tercengang. Abang? Abang mana? Along aku ada datang ke? “Ab…”
Tak sempat Cah nak bertanya, Acap rampas beg dari tangan Cah, “Jom, abang hantar sampai bilik guru.”
Cah masih lagi terpinga-pinga namun dia tetap mengikut langkah Acap yang laju. Abang yang Acap maksudkan tu... dia ke?

Cah menuruni tangga dengan penuh hati-hati. Di mindanya cuma nampak katil dan bantal. Dia mahu tidur. Letih sungguh hari ni.
Sebaik saja kakinya tiba di anak tangga yang terakhir, dia ternampak Munirah sedang duduk termenung dengan menongkat tangan di dagu, seolah-olah sedang menunggu lalu kakinya laju melangkah ke arah anak saudara Acap itu.
“Assalamualaikum...”
Munirah mendongak lalu dia ukir senyum, “Waalaikumussalam. Eh, Cikgu!”
Cah membalas senyuman Munirah lalu dia labuhkan punggung di sebelah Munirah,“Muni, kenapa tak balik lagi? Ibu tak datang lagi?"
Munirah menggeleng, “Tak lagi. Hari ni ibu suruh pak su ambik tapi pak su tak sampai lagi.”
Tiba-tiba hati Cah berdebar. Pantang si Munirah sebut nama pak sunya, berdebar kemain, “Muni nak cikgu teman Muni sampai pak su datang?"
Munirah mengangguk, “Nak!"
Cah senyum lebar. Nak mengorat pak su, kena mengorat anak buahnya dulu. Chaiyok, Cah!! Misi diteruskan walaupun hari tu dia sakit hati dengan Acap tapi hari ni hatinya berbunga balik. Juga sebab Acap. Ni gara-gara Acap tolong dia angkat buku-bukulah tu. Yang tak best-nya, lepas tu dia kena sindir-sindir dengan Cikgu Aini. Eleh, cemburulah tu tengok Acap tolong Cah.
“Cikgu senyum kenapa?”
Cah terus matikan senyuman lalu dia geleng kepala, “Tak ada apa-apa. Cikgu teringat mak cikgu.”
“Cikgu...”
“Ye?”
“Muni nak tanya, boleh?”
Cah mengangguk sambil memandang si kecil di sebelahnya, “Tanyalah.”
 “Cikgu nak tak jadi mak su Muni?” Munirah tersengih-sengih.
“Hah? Kenapa Muni...” tak sempat Cah habiskan pertanyaannya, ada satu suara menegur.
“Ayong, jom!”
“Pak su dah sampai! Yeay!” Munirah terus angkat beg sandangnya lalu dia berpaling memandang Cah, “Cikgu, nanti cikgu jawab eh soalan Muni? Muni balik dulu, cikgu. Assalamualaikum...”
Waalaikumussalam... jawab Cah dalam hati. Dia berdiri terus dan matanya fokus pada kereta Hyundai Elantra yang berwarna merah itu.
Si pemandu kereta itu, buat tak tahu saja. Yang si anak saudaranya siap jengulkan kepala keluar tingkap nak melambai dia. Cah terfikir balik soalan Munirah tadi. Terasa ingin bertanya balik pada Munirah, ‘Munirah nak tak kalau cikgu jadi mak su Munirah?’

Acap kerling Munirah yang duduk di sebelahnya. Sedari tadi si kecil ini diam saja, “Ayong? Kenapa diam?”
Munirah ukir sengih, “Pak su...”
“Ya?”
“Cikgu Solehah tu cantik, kan?”
Acap jungkit kening, “Cikgu Solehah mana ni?”
“Cikg Solehah yang tadi tu.”
Acap sengih. Oh, Cah? “Tak cantiklah dia. Biasa-biasa je.”
“Cantiklah, pak su!” Bentak Munirah.
“Ayong suka ke dia?”
Laju Munirah mengangguk, “Dia baik sangat tapi dia garang. Ayong nak dia jadi mak su Ayong, boleh?”
“Kata tadi dia garang…”
“Memanglah tapi dia baik.”
“Dia ke suruh Ayong cakap macam tu?”
Munirah geleng kepala, “Taklah. Ayong yang nak cikgu jadi mak su Ayong.”
Acap mengangguk perlahan. Dia ukir sengih dalam diamnya.
“Pak su angguk? Kiranya Cikgu Solehah boleh jadi mak su Ayong?”
Acap angguk sekali lagi, “Tapi...”
“Tapi...?”
“Biar pak su yang cakap dengan Cikgu Solehah tu, tau?”
Munirah mengangguk, “Okey, boss!”

Cah merenung kertas warna merah jambu yang diterima dalam kelas tadi oleh Munirah. Bibir nak menguntum senyum namun dia cepat-cepat menyorok senyuman yang nak menguntum itu. Kalau tahu dek orang ni, malu dia.
Coretan di kertas itu dia baca berkali-kali. Hatinya berbunga sendiri.
“Hai, senyum aje Cikgu Solehah? Dapat hadiah dari buah hati ke?” Cikgu Aini menjeling Cah dengan senyuman tak ikhlas. Yelah, hari tu dia minta Cah adjust-kan si Acap, alih-alih si Acap tu datang menolong Cah bawa buku-buku latihan anak-anak muridnya. Berbara hati dia tengok!
Cah berdehem lalu dia seriuskan muka, “Kenapa kak? Tak boleh ke saya nak senyum?”
Cikgu Aini ketawa buat-buat, “Saja tanya. Tanya pun dah tak boleh sekarang, ye?”
“Siapa kata tak boleh? Saya pun bertanya balik tadi,” Cah tersenyum manis. Cikgu Aini membalas senyuman itu ala kadar sebelum keluar dari bilik guru. Cah menghela nafas. Sejak Acap datang tolong hari tu, ada aje Cikgu Aini tu nak menyindir.
Cah geleng kepala. Malas nak memikir pasal Cikgu Aini tu. Tangan Cah laju mencapai pen hitam dakwat cair yang ada di atas meja lalu dia menulis sesuatu di belakang kertas merah jambu yang dia terima tadi. Bibirnya ukir senyum puas saat membaca kembali apa yang dia coretkan.
Cah kemudiannya membaca kembali pantun empat kerat yang diberi oleh Acap. Hatinya kembali berbunga-bunga. Tak sabar nak tunggu petang ni!?

Amir masuk Raja Lawak
Pergi ujibakat dekat Sepang
Petang ni saya nak jumpa awak
Jumpa dekat padang lapang


Cah duduk memeluk lutut sambil memandang ke arah padang yang penuh dengan manusia itu. Biasalah kalau waktu petang di kampung ini, petang-petang mesti ramai orang bermain bola. Aktiviti biasa anak-anak muda dalam kampung.
Dulu sewaktu dia masih remaja, dia juga selalu melepak di situ. Mengusha Acap dari jauh. Kalau mama tanya, dia cuma akan kata dia nak berjalan di sekitar kampung dengan Ros tapi sebenarnya...
“Dah lama tunggu?”
Cah tersentak lalu dia kalih memandang si lelaki yang baru tiba, “Waalaikumussalam. Baru aje. Ada apa nak jumpa saya?”
Pipi Acap rasa berbahang sikit. Malu diperli Cah namun dia cuba mengawal riak mukanya, “Saya tak boleh lama ni.”
Cah mengangguk lalu dia berdiri setentang dengan Acap, “Kenapa awak nak jumpa saya?”
“Saya tak suka apa awak buat sekarang.”
“Hah? Apa yang saya buat?”
"Awak gunakan Muni untuk dekati saya. Awak tak rasa benda tu kejam ke, Cah?"
Cah terdiam. Aku gunakan Muni? "Bila..."
"Muni tu budak-budak, saya tak suka awak ajar dia yang bukan-bukan."
"Saya ajar dia apa? Saya ajar dia subjek Bahasa Melayu je rasanya," Cah dah berkerut dahi. Apa si Acap ni merepek ni?
"Awak ingat saya tak tahu awak ajar Muni yang awak ni bakal jadi mak su dia?"
Cah tercengang. Bila pulak?
"Isya Solehah, awak tu cikgu, cuba tunjuk teladan yang baik. Jangan burukkan nama cikgulah, Cah."
Cah genggam tangannya, geram. Amboi, sedap mulutnya bercakap si Acap ni.
"Satu lagi..." Acap jungkit kening pada Cah lalu senyum sinis, "Awak rasa awak dah habis layak ke jadi mak su Munirah?”
Buk! Acap tercengang. Sengal pipinya bagai tak terasa bila nampak air mata Cah mengalir sebaik saja dia menumbuk Acap.
"Satu, saya tak pernah ajar Muni benda-benda macam tu! Baik awak tanya Muni balik! Saya tau silibus apa yang saya patut ajar dan apa yang tak patut saya ajar! Tak payah nak ingatkan saya pasal kerja saya," Cah tarik nafas panjang lalu dia lepas, menghilangkan sebak, "Dua, saya mengaku, sebelum ni memang saya teringin nak jadi mak su Munirah tapi lepas dah jadi macam ni, maaf! Saya tak hingin nak jadi isteri mamat mulut longkang macam awak! Tak, bukan mulut longkang tapi mulut loji najis! Busuk! Kesian Muni dapat pak su macam awak!" Cah terus berlari tinggalkan kawasan padang lapang itu dengan air mata yang masih berlinang, Benci! Cah benci Acap. Misi Cah mengorat Acap, Cah hentikan serta-merta walaupun misinya tak bermula pun lagi! Cah tak nak dah!
Acap yang baru ditumbuk, ukir senyum. Garang! Cah masih garang macam dulu. Pipi yang terasa sengal, dia usap perlahan. Baru dia nak melangkah pergi, kakinya terpijak sehelai kertas yang berlipat dalam bentuk hati. Pantas dia mencapai lalu lipatan hati itu dia buka. Bibirnya terukir senyum. Acap pandang ke arah Cah pergi tadi. Tunggu sikit masa saja lagi, Cah. Saya akan jadikan awak pendamping saya sampai syurga. Kertas itu dilipat semula lalu dia masukkan ke dalam dompetnya dan terus dia berlalu meninggalkan padang itu.
Uncle Samy jual roti
Jual roti dekat Taman Derga
Wahai Acap si idaman hati
Sudikah awak jadi pendamping kita sampai syurga?


Cah mengesat air matanya yang asyik mengalir dari tadi. Waktu makan malam tadi, mama tnya kenapa matanya bengkak. Dia kata dia tak cukup tidur sebab memeriksa buku latihan anak muridnya.
Oh! Kalaulah mama tahu apa yang terjadi...
Telefon bimbitnya berbunyi lantang. Suara Encik Mimpi dengan Ayuh Tinggalkan Dia berkumandang. Lagu itu dibuat ringtone, konon-kononnya untuk memberi semangat untuk misi yang dia rancang hari itu tapi…
Air mata yang masih mengalir dia kesat lalu telefon bimbit itu dia capai. Nama Ros terpampang di skrin lalu dia menekan butang hijau, “Ros?”
Ros yang ditalian sebelah terkejut dengan suara sengau dan penuh sendu Cah, “Cah? Kau menangis ke selsema ni? Ada apa-apa jadi ke?”
“Ros... Acap...”
“Hah, kenapa dengan mamat bajet tu?”
Air mata Cah laju mengalir, “Dia... dia reject aku. Dia kata aku tak cukup layak jadi mak su Munirah. Misi... misi aku dah berakhir tanpa sempat aku mulakan, Ros. Kenapa aku mesti suka dia, Ros? Kenapa aku sangat-sangat sukakan dia?”
Ros mengeluh keras. Acap bajet ni memang nak kena dengan aku! “Sepatutnya aku yang tanya kau kenapa kau suka sangat dengan mamat bajet tu, Cah!”
Suara Ros yang keras itu melebatkan lagi air matanya. Salah dia sendirikah kerana jatuh suka pada Acap?

“Cah, termenung apa?” Cah tersentak saat bahunya disentuh mama lantas dia menggeleng, “Mana ada Cah termenung.”
“Mana ada konon. Mama panggil dari tadi lagi.”
Cah sengih tak ikhlas. Dah seminggu peristiwa tu berlalu tapi mindanya asyik teringatkan saja peristiwa pahit itu, “Kenapa mama panggil Cah?”
“Mama nak tanya ni.”
“Tanyalah,” Cah mengangguk.
“Sekarang cuti sekolah, kan?”
Cah mengangguk.
“Sabtu minggu depan, Cah free-lah kan? Tak ada program apa-apalah kan?”
Cah kerut dahi, “Dah nama pun cuti sekolah, ma…”
Mama sengih lebar, “Kalau macam tu, mama nak cakap ni.”
“Cakaplah mama. Macam tak biasa cakap dengan Cah.”
“Ish, menjawab aje kerjanya!” Lengan Cah dipukul sebelum mama kembali bersuara, “Hari Sabtu ni, ada orang nak datang merisik.”
“Eh, merisik? Merisik mama?!” Cah terlopong!
“Amboi, mulut! Bukan untuk mamalah!”
Cah tekup mulut, menahan tawa yang mahu meletus, “Dah tu? Untuk siapa? Takkanlah Cah kot.”
“Kenapa pulak takkanlah Cah? Cah sorang je anak dara mama yang tak kahwin lagi. Haruslah datang merisik Cah!”
Ketawa Cah mati. Ah, sudah! Hati ini baru lepas dirobek-robek kot, “Kenapa tiba-tiba je, ma?”
“Dah orang berkenan, Cah. Lagipun, baru merisik. Bukan ajak menikah terus, kan sayang?”
 “Ikut mamalah,” Cah angguk kepala. Lagipun dia fikir, kenapa perlu dia menunggu lagi orang yang dah tak sudi itu? Buat menghabiskan usia dia saja.

Cah membetulkan letak tudung di kepala. Pin di bahu dia betulkan sikit, biar nampak kemas. Pelembab bibir dioles sedikit pada bibirnya, biar tak nampak kering. Dia capai beg tangan lalu terus turun ke bawah.
“Mama! Oh, mama!” Jam tangannya yang ada di atas meja kopi, dia ambil dan terus disarungkan ke pergelangan tangannya.
“Mama kat luar ni!” Suara mama menjerit membawa langkah Cah laju menuju ke luar rumah.
Kelihatan mamanya sedang membakar daun-daun kering, “Cah dah nak pergi ni.”
“Nak pergi mana?”
Cah kerut dahi, “Eh, tadi waktu sarapan kan Cah dah cakap Cah nak ke pekan?”
Mama pulak yang dah berkerut dahi, “Ada ke?”
“Adalah!” Cah buat muka lalu dia tersengih.
“Yelah! Cah nak pergi dengan siapa ni?”
“Sorang jelah. Mama nak ikut ke?”
“Eh, bahayalah Cah jalan sorang diri dekat pekan tu. Bukan Cah tak tahu, dua hari lepas ada kes rogol dekat pekan tu. Dah kena rogol, dibunuh pulak budak perempuan tu,” mama dah mula keluar aura membebel.
“Cah bukan pergi mana pun. Cah nak pergi ke kedai alat tulis je. Lepas tu, Cah baliklah.”
“Tetap bahaya, Isha Solehah!”
Cah mengeluh. Alahai, mama!
“Assalamualaikum...” serentak Cah dan mama berpaling melihat gerangan yang memberi salam.
“Waalaikumussalam, Kak Yah! Jom masuk rumah dulu,” mama dah ukir senyum lebar manakala Cah cuma tersenyum tawar selepas menjawab salam yang diberikan oleh Mak Cik Ruziyah.
“Eh, tak apalah. Datang ni nak tanya, Sabtu ni jadikan majlisnya?”
“InsyaAllah, jadi kak,” mama mengangguk. Cah pula terpinga-pinga. Apa kaitan mak si Acap dengan majlis Sabtu ni? Oh, mungkinlah mama ajak mak cik Ruziyah ni jadi orang tengah gamaknya.
“Cah lawa-lawa ni nak ke mana?”
“Oh, nak ke pekan kejap. Nak beli barang untuk minggu bahasa lepas bukak sekolah nanti,” jawab Cah, sopan.
“Lah, nak ke pekan ke? Kalau macam tu, bolehlah kot Cah tolong mak cik.”
“Tolong apa ya, mak cik?” Cah tiba-tiba berdebar. Ah, sudah! Kenapa dengan jantung aku ni?
“Tolong temankan Acap beli barang-barang untuk majlis Sabtu ni, boleh?"
Cah dah terkedu terus. Teman Acap beli barang untuk majlis Sabtu ni? Apa kaitan mamat bajet tu dengan majlis Sabtu ni? Dia nak bertunang hari tu ke? Mama, Cah tak nak!!! Hari tu dia dah hina Cah kot, “Er..."
“Kenapa Cah?"
Cah ukir sengih, “Cah..."
“Orang tu tak sudi teman Acaplah, mak!" 
Cah berpaling pada suara yang menegur. Acap bersandar elok di Hyundai Elantra. Entah dari mana mamat ni datang, turun dari langit kot!
“Apa pulak tak sudinya? Elok sangatlah Acap boleh teman Cah. Mak cik tak nak dia pergi pekan sorang-sorang. Bahaya tapi lagi molek kalau bawak lagi sorang kawan. Tak elok jugak kalau korang berdua keluar sama-sama ni.”
Acap angguk kepala, “Munirah ada dalam kereta. Nak ajak Leya, dia dah balik Kuala Lumpur tadi.”
“Oh, ada Munirah pun bolehlah dari tak ada langsung. Jaga anak mak cik elok-elok, Acap.”
“Dah tanggungjawab saya, mak cik,” balas Acap sambil tersenyum manis. Cah pula terus mencebikkan bibirnya. Bajet...

Suasana sepi menyelubungi mereka berdua. Mana Munirah? Oh, tadi mak si Acap kata tak ada teman di rumah makanya Munirah dengan rela hati nak menemani neneknya. Makanya, sekarang hanya ada mereka berdua di dalam kereta itu.
"Kenapa diam?" Acap memecah suasana sunyi yang ada di dalam kereta. Tak tahan kot sebab sunyi.
"Kena bercakap ke?"
Acap ukir senyum. Comel Cah macam ni, "Nak pergi pekan kenapa?"
"Beli barang."
"Beli barang apa?"
Cah merengus, "Sibuk kenapa?"
"Sebab nak bersembang."
Cah merengus lagi.
"Nak pergi beli barang apa?" Acap ulang soalan dia sekali lagi.
"Barang untuk minggu bahasa."
"Ooo..." Acap meleretkan suara, "Bukan nak pergi beli barang tunang kita, eh?"
Serentak Cah pandang Acap dan Acap pandang Cah. Cah cepat-cepat buang pandang arah lain, "Cepatlah bawak kereta! Lambat macam kura-kura."
Acap ukir senyum. Garang sungguh Cah ni! “Lah, saya tanya kan?”
“Awak ada hak nak bertanya, saya ada hak untuk tak menjawab soalan awak tu,” balas Cah, berlagak. Amboi, padahal tiru ayat Mika yang ada dalam novel Jadi Milikku?
Acap mengangguk, “Saya nak bertunang Sabtu ni.”
“Dah tu, apa kaitan dengan saya?” Balas Cah. Nak menyakitkan hati akulah tu!
“Saja nak beritahu. Kotlah awak nak cakap tahniah ke apa ke,” ujar Acap. Dia sedar, Cah agak dingin. Mesti sebab kes hari tu.
“Oh, tahnialah!” Balas Cah, acuh tak acuh. Cepatlah sampai pekan! Dalam diam, Acap mengeluh. Alahai, tengoklah apa kau dah buat Asyraff Zafran!

“Awak nak pergi mana, pergilah! Don’t mind me. Saya nak beli barang,” ujar Cah tanpa memandang Acap.
“Lama ke?”
Cah berpaling, “Apa yang lama?”
“Awak masuk dalam tu?” Tanya Acap, serius.
“Entah. Kalau cepat jumpa barang, cepat habis! Kenapa?”
Acap menggeleng, “Tak ada apa. Saya tunggu kat kedai makan depan sana. Nanti dah siap, pergi je dekat saya.”
Cah kerut dahi, “Eh, awak pergilah mana-mana awak nak pergi. Tak payah tunggu saya.”
“Saya nak cari cincin merisik. Saya tak tahu saiz jari bakal tunang saya.”
“Habis, saya tahu?” Cah buat muka.
“Awak punya jari lebih kurang macam jari dia. So mungkin saiznya lebih kurang dengan jari awak,” balas Acap, datar.
“Yelah! Apa-apalah!” Cah terus berlalu masuk ke dalam kedai alat tulis. Acap pula terus berlalu ke kedai makan di seberang jalan.

Cah keluar dari kedai alat tulis dengan tangan penuh dengan beg plastic yang sarat dengan pelbagai barang. Langkah di atur untuk menyeberang jalan namun langkahnya terhenti bila dia terlihat seorang nenek tua  cuba melintas jalan namun kelihatan teragak-agak.
Barang yang dipegang tadi dia letak di tepi kereta Acap lalu dia mendekati nenek itu, “Nenek, jom saya tolong.”
“Terima kasih. Nenek takut nak melintas. Kereta laju-laju,” adu nenek itu saat Cah memegang lengannya.
Cah tersenyum, “Tak apa. Mari saya tolong, ya?”
Nenek tua itu terangguk-angguk mengikut langkah Cah. Pada ketika itu, dia rasa seperti diperhatikan dari jauh. Dia menoleh ke suatu arah dan matanya menikam sepasang mata yang memandangnya lalu dia segera mencebik dan terus dia menjeling si pemerhati, tajam.

Ralit Acap memandang Cah yang membantu seorang nenek melintas jalan. Bibirnya turut mengukir senyum tanpa sedar. Kebaikannya itu yang menambat hati Acap. Sedari mereka kecil, dia memang kenal Cah sebagai seorang yang baik hati dan comel.
“Kau ni, Acap! Kita orang punyalah bercakap, kau buat bodoh je?” Suara Pit buat Acap mengerlingnya sekilas sebelum kembali memandang Cah.
“Kau suka siapa sebenarnya, Acap? Dengan Aleya, punyalah baik kau layan dia tapi kalau dengan Cah, kirim salam...” Kudin jungkit-jungkit kening.
Acap ketawa. Tadi waktu dia ke kedai makan ini, dia terkejut bila namanya dilaung oleh Pit dan Kudin, rakan sekelas sewaktu zaman persekolahan. Kudin dan Pit yang sama-sama menjadi cikgu di Pahang, kembali ke kampung sempena cuti sekolah.
“Soalan kau tu tak payah ditanya, Kudin. Haruslah dia pilih si Aleya, tengok cara si Acap ni melayan pun dah tahulah,” jawab Pit bagi pihak Acap.
Acap geleng kepala, “Aku, kalau nak pilih isteri... mestilah seseorang yang macam tu,” bibirnya memuncung ke arah yang dia lihat tadi. Si gadis yang dia usha sedari tadi, mengalihkan pandangan, menentang matanya sebelum dia diberikan jelingan tajam oleh Cah.
Pit dan Adi sama-sama berpaling ke arah yang ditunjuk oleh Acap dan mereka sama-sama terlopong. Cah? Acap pilih Cah?

“Awak nak cincin yang macam mana?” Tanya Cah memandang Acap yang sedang termenung memandang cincin yang berderet di balik cermin kaca.
Acap pandang Cah, “Saya tak tahu.”
Cah memuncungkan mulutnya. Ish, mamat ni! Nak membazirkan masa aku ke apa dia ni? “Kalau macam tu, jomlah kita balik! Saya malas nak buang masa. Banyak benda lagi yang saya nak buat hari ni!”
“Eh, mana boleh! Mati saya kena dengan mak saya nanti. Kejaplah, saya nak pilih,” balas Acap.
Cah menjulingkan matanya ke atas. Whatever!
Acap menggeleng melihat kerenah si Cah. Konon suka aku tapi macam musuh je dia layan aku. Oh, lupa! Dia marah lagi pasal hari tu.
 Teringat perbualan dia dan Ros dua hari lepas. Entah dari mana Ros dapat nombor telefon dia pun dia tak tahu. Ros bercerita tentang misi Cah untuk mengorat Acap yang membuatkan dia nak senyum sepanjang malam. Misi mengorat aku konon. Dia tak tahu ke dari dulu memang hati ini dah ada nama dia?
Cah yang garang waktu kecilnya, Cah yang malu-malu bila di zaman remaja dan sekarang, seorang Cikgu Solehah yang matang dan penyayang. 
Teringat kata-kata Ros merangkap kawan baik Cah, “Cah tu terlalu sukakan kau. Aku sendiri tak faham kenapa dia suka kau padahal kau bajet je lebih."
Acap ingat lagi dia ukir senyum waktu tu seraya dia bersuara, “Aku sendiri tak faham kenapa aku terlalu sukakan Cah sedangkan ramai lagi orang lain yang sukakan aku. Aku tak tahu langsung kenapa aku terlalu terlalu sukakan dan sayangkan Cah, Ros..."
“Ei, pilihlah cincin tu cepat! Sengih macam orang gila kenapa?!” Suara Cah yang tinggi buat Acap tersentak. Dia sembunyi senyum yang nak menguntum. Cah yang garang!

Cah geleng kepala, berkali-kali. Tanyalah sepuluh kali pun, dia tetap akan mengatakan tidak.
"Cah tak setuju?" Mak cik Leha bertanya.
Geleng lagi. Betullah, dia perasan sendiri. Selama ini, dia ingatkan Acap sungguh-sungguh dengan 'gurauan'nya. Rupa-rupanya Acap betul-betul bergurau! Cah aje tak faham. Rupa-rupanya, barang-barang yang dia dan Acap beli hari tu memang untuk dia tapi si lelakinya, bukan Acap tapi untuk Muaz, kawan baik Acap.
"Cah..." mama cuba memujuk.
"Cah tak nak! Cah..." Cah kesat air mata yang menitis, "Cah tak nak," Cah berdiri dan terus berlalu. Cah benci Acap! Sungguh, Cah benci Acap!
"Cah! Buka pintu ni!" Cah terus-terusan menangis. Cah benci Acap!
"Cah! Bangun! Apa menangis dalam tidur ni! Cah!" Cah celikkan mata. Air mata yang menitis dia kesat, wajah mama yang penuh kerisauan dia pandang.
"Mama, rombongan tu mana? Rombongan tu dah balik ke?"
"Rombongan mana, Cah? Mana ada rombongan datang, Cah oii! Tulah, tidur lagi waktu senja. Mula mimpi bukan-bukan," mama membebel.
Cah terkebil-kebil, mimpi?! Oh, baru dia ingat! Dia balik dari pekan dengan Acap tadi dah petang sangat. Sampai-sampai rumah je, dia terus tertidur di kerusi rotan. Penat melayan kerenah si Acap yang tiba-tiba nak beli kemeja kerja dialah. Itulah! Inilah! Senget! Pergilah dengan awek kau lain kali, ajak aku kenapa? Bebelnya dalam hati.

Cah bersalam-salaman dengan beberapa orang jemaah wanita yang lain. Malam ini di surau, ada majlis tahlil yang dibuat oleh tok ketua selepas solat Isya’ tadi. Usai bersalaman, Cah bergegas keluar dari kawasan solat wanita.
“Cikgu Solehah!”
Cah yang baru nak menyarung sandal, berpaling ke tepi. Cikgu Hazruqi tersenyum memandang Cah.
“Eh, Cikgu Hazruqi! Ada apa cikgu panggil saya?” Cah mengukir senyum.
“Tak, pasal minggu bahasa minggu depan. Cikgu dah beli barang-barangnya?”
Cah laju mengangguk, “Dah.”
“Oh, satu lagi. Sabtu ni, cikgu datang tak ke majlis saya?” Tanya Cikgu Hazruqi lagi.
Cah laju menggeleng, “Maaf, Sabtu ni ada orang nak datang merisik dekat saya.”
“Oh ye ke? Alhamdulillah. Harapnya kali ni sampai ke jinjang pelamin, ye cikgu?” Cikgu Hazruqi ketawa.
Cah terus tertunduk malu. Apalah Cikgu Hazruqi ni? Sindir-sindir Cah pulak.
Sebelum mereka berpamitan, sempat Cikgu Hazruqi meminta maaf dan Cah hanya ketawa dan mengatakan tidak apa.
"Siapa tadi tu?" Cah menoleh ke arah Acap yang bersandar pada pintu kereta sebaik saja dia melangkah keluar dari surau.
"Kenapa nak tahu?" Balas Cah.
"Sebab dia nampak mesra sangat dengan awak. Saya tak suka!" Acap menekan suaranya. Ya, dia tak suka! 
Cah buat muka, "Siapa pun dia, bukan hal awak. Buat apa awak nak ambil peduli?"
"Buat apa saya ambil peduli? Saya ambil peduli sebab awak tu bakal mak su Munirah," balas Acap, geram.
Cah tersentak lalu dia ukir senyum sinis, "Saya tak nak title mak su Munirah tu! Saya lagi suka pegang title sebagai Cikgu Solehah kepada Munirah. Lagipun, saya ni manalah sesuai nak jadi mak su Munirah. Saya ni kan, tak layak nak berdampingan dengan pak su Munirah."
Cah ingin berlalu namun Acap lebih pantas memintas jalannya, "Saya tak suka awak rapat dengan dia tadi!"
"Eh, suka hati sayalah kalau nak rapat dengan dia pun. Apa kaitannya dengan awak?" Cah buat muka menyampah.
"Ada kaitannya!"
"Tak ada!"
"Ada!"
"Tak ada!"
"Ada!" Suara Acap naik satu oktaf sebelum dia kembali mengendurkan suaranya, "Ada kaitan dengan saya sebab saya tak suka Cah saya rapat dengan lelaki lain. Saya sakit dekat sini," laju Acap menunjukkan bahagian kiri dadanya, "Sakit sangat."
Cah terdiam terus. Mati kata terus. Jantungnya laju mengepam darah. Pipinya rasa kebas. Acap sebut... Cah saya?!

Peristiwa pada Khamis malam Jumaat itu masih terkenang-kenang di dalam mindanya. Perkataan Cah saya itu bagaikan terngiang-ngiang di telinganya. Dia tak tahu kenapa tapi dia rasa macam sambung semula misi dia mengorat Acap tu tapi...
Cah mengeluh. Nak teruskan apa? Hari ni ada orang nak datang merisik. Walaupun dia ada hak untuk mengatakan tidak tapi apa kata orang nanti kalau sekali lagi dia menolak. Dulu jurutera datang, doktor datang. Dua-dua dia tolak untuk Acap. Yang kali ni, dia tak tahu kerja sebagai apa tapi kalau dia tolak pulak, orang kampung mesti melabelnya sebagai memilih. Eh, biarlah kalau dia nak memilih pun! Hidup dia, kan?
Cah cepat-cepat menggeleng. Mulalah tu nak buat idea luar alam. Cah renung wajahnya di depan cermin. Hari ni Acap pun akan bertunang. Bertunang dengan si Puteri Aleya tu kot.
Nak bertunang pun sempat jual minyak, Acap? Suka sangat mainkan hati Cah.
“Cah, dah siap ke?” Mama jengulkan kepala dari luar ke dalam bilik.
“Dah. Rombongan tu dah sampai ke?”
“Sudah.”
Cah angguk kepala. Dia perhatikan dirinya sekali lagi dalam cermin. Cah, terima saja risikan kali ini. Ikhlaskan hati. Mungkin betul, Acap itu bukan jodoh Cah, “Jom, mama!”
Mama senyum dan mengangguk. Bila Cah tiba di ruang tamu. Orang pertama yang dia nampak adalah mak cik Ruziyah dan orang kedua yang dia nampak adalah... Acap?! Apa dia buat kat sini?
 “Ma, kenapa Acap ada kat sini?” Bisik Cah pada mama di sebelahnya.
“Lah, mestilah dia ada. Kan dia yang datang merisik?”
“Hah?!” Cah terjerit. Jantungnya laju berdegup dan tiba-tiba, Cah rebah tak sedarkan diri.
Top of Form
Cah buka mata yang terasa kelat. Cahaya lampu yang terang membuatkan matanya sedikit mengecil, menahan silau.
“Cah, dah sedar ke?” Suara mama menegurnya buat dia segera bangkit dari baringnya.
Cah mengangguk, “Cah pengsan ke, ma?”
Mama mengangguk, “Lama sungguh Cah pengsan. Risau mama.”
Cah sengih, “Maaf. Cah pun tak sangka nak terpengsan.”
“Cah pengsan kenapa? Sebab nampak Acap ke?”
Cah tertunduk malu. Kenapa dia pengsan? Entah, mungkin betullah kot. Sebab dia ternampak si Acap.
“Cakap pasal Acap. Ni, tunang kamu ada bagi sesuatu sebelum rombongan balik tadi,” mama hulurkan sebuah bungkusan berbalut cantik.
Cah kerutkan dahi. Tadi cakap pasal Acap. Ni cakap pasal tunang pulak, “Tunang siapa pulak ni?”
“Ya Allah, Cikgu Solehah! Tunang kamulah! Si Asyraff Zafran tu!”
Cah tekup mulut. Cah dah bertunang dengan Acap? “Cah... tunang Cah... Acap?”
“Sudah! Nah, ambik barang ni! Kesian Acap tu. Tadi dia nak tunggu sampai Cah sedar dari pengsan tapi Cah macam tak nak bangun aje.”
Tangan Cah terketar-ketar menyambut huluran mama. Acap bagi?
“Satu lagi!” Mama yang tadi nak keluar, berpaling ke belakang memandang Cah, “Tadi Acap ada telefon Cah. Nanti return balik call si Acap tu.”
Cah yang terkaku, makin beku. Apa yang dah jadi ni?

Cah membuka bungkusan yang diberi Acap tadi lalu bibirnya menguntum senyum. Kertas merah jambu yang berlipat membentuk hati. Dia kenal kertas itu. Selain daripada kertas itu, ada sehelai selendang cantik yang dia pernah lihat pada hari dia keluar bersama Acap hari itu.
Cah teringat semula perbualan dia dan Acap pada hari itu.
“Nak beli ke?” Cah berpaling pada Acap yang entah bila berdiri di sisinya.
Cah geleng, “Tak semua yang kita nak, kita boleh dapat. Selendang ni, cantik. Sangat cantik tapi saya tak boleh nak beli.”
“Kenapa pulak?” Acap jungkit kening.
“Harga selendang ni RM25. Duit tu, dari saya beli selendang ni, baik saya simpan untuk masa depan saya. Selendang ni cantik tapi saya tak rasa berbaloi kalau saya beli.”
Acap mengangguk cuma. Unik sungguh pemikiran Cah baginya. Cah tak seperti perempuan lain yang pastinya.
Telefon Cah berbunyi tiba-tiba, melarikan semua ingatannya tadi. Segera dia capai telefon itu lalu bibirnya menguntum senyum membaca mesej yang dihantar oleh Acap.

Pergi Kelantan dengan Pak Itam
Pergi sana beli buah pauh
Macam mana awak boleh pitam?
Buat saya risau dari jauh

Jemari Cah laju membalas mesej dari Acap. Bibirnya menguntum senyum bahagia. Inikah rasanya bila cinta berbalas?

Bintang-bintang berkerdip di langit hitam
Di temani awan dan bulan terang
Macam mana saya tak pitam?
Dah awak hantar rombongan meminang.

Beberapa minit kemudian, Acap membalas mesej Cah yang membuat Cah ketawa bagai nak gila.

Malam ini bulan terang
Terangnya sampai ke kampung seberang
Mestilah saya hantar rombongan meminang
Kalau tidak Cah nanti diambil orang

Cah laju menaip balasan untuk mesej Acap. Bibirnya masih terukir senyum manis.

Saya nak tidur dulu. Malas nak berbalas pantun.
 Assalamualaikum wahai Encik Tunang Cah

Sebulan berlalu, Cah dan Acap akhirnya disatukan di dalam sebuah majlis sederhana namun tetap meriah.
Walaubagaimanapun, hati Cah bagai disiat-siat bila terlihat si Puteri Aleya tak berenggang langsung dengan suaminya. Acap pula, bagai terlupa bahawa Cah adalah pengantin untuk majlis hari itu.
“Cah, kenapa dengan suami kau tu? Bukan main mesra bersembang dengan si Leya tu.”
Cah kerutkan hidung. Malas nak menjawab. Dia sendiri pun tak faham kenapa suami dia tu dok mengendeng dengan si Leya tu. Patut tak agak-agak dia buat misi Cah mengorat suami sendiri? Urghh!! Dia teringat balik perbualan dia dengan Ros tadi sebelum akad nikah bermula.
“Cah, misi berjaya tak?” Tanya Ros pada Cah yang menunduk menahan debar.
Cah ukir senyum lalu dia mengenyitkan mata, “Sejak aku enam tahun lagi, misi dah berjaya!”
Tapi sekarang, dia tak percaya dengan jawapan tu. Dia rasa misi tu tak pernah berjaya. Ceit!
“Cikgu Solehah?”
Cah menoleh dan terus dia ukir senyum manis. Cikgu Hazruqi datang dengan membawa sebuah bungkusan hadiah yang agak besar, “Cikgu Hazruqi, sorang je? Orang rumah mana?”
“Tak dapat datang. Morning sickness,” ujar Cikgu Hazruqi, separa berbisik.
Baru Cah nak ucap tahniah, dia terasa pinggangnya dipeluk. Acap ukir senyum semanis madu, “Tahniah dari kami berdua.”
“Terima kasih. Tahniah juga untuk awak berdua, semoga kekal hingga ke syurga, insyaAllah,” ucap Cikgu Hazruqi, ikhlas.
Cah tolak tangan Acap yang melekat di pinggangnya, “Terima kasih, cikgu. Cikgu, jemputlah makan ya?”
Cikgu Hazruqi mengangguk sebelum berlalu ke khemah yang tersedia di halaman rumah Cah. Tanpa mempedulikan Acap, Cah juga cuba nak berlalu. Rimas! Geram! Menyampah! Benci! Semua ada!
“Eh, nak pergi mana?” Acap pegang lengan Cah bila Cah cuba nak berlalu.
“Terjun lombong,” jawab Cah, sinis.
Acap kerutkan dahi, “Kenapa dengan Cah ni?”
“Orang nak naik, solat! Lagipun, kendurinya dah nak habis. Cah nak tukar baju! Rimas, tahu?!” Cah bersuara, garang sebelum menarik lengannya yang dipegang Acap.
Acap hela nafas. Something is wrong with Cah lalu dia pandang Ros yang sedang mencerun memandangnya. Keningnya dijungkit, seolah-olah bertanya kenapa?
Ros mendekati Acap lalu dia buat muka menyampah, “Kalau kau bukan suami Cah, memang kena pelangkunglah kau dengan aku! Dah jadi suami orang pun menggatal. Kalau tak reti jaga hati isteri, tak payah menikah! Grrr!”
Acap kerutkan dahi. Apa yang dah jadi ni?
“Zaf...” Acap berpaling pada Leya yang memanggilnya.
“Kenapa Leya?”
“Parents Leya dah nak balik. Leya pun nak balik jugak. Tahniah ya, Zaf...” Puteri Aleya ukir senyum tak berapa ikhlas. Yelah, orang yang dia suka tak suka dia balik. Redha ajelah bila si Zafran ni memilih si cikgu sekolah rendah yang biasa-biasa itu jadi isterinya. Nak merampas? Hello! Leya tak nak dicap perampas, okey?!
“Oh, okey! Terima kasih Leya, sudi datang dan maaf, Zaf tak...” Acap serba salah pada si Aleya sebenarnya. Mestilah, sehari selepas dia bertunang dengan Cah, si Leya ni meluahkan perasaan. Gelabah ayam jugak dia menolak!
“It’s okay! Tak semua yang kita nak, kita akan dapat. Leya balik dulu.  Kirim salam pada Cah...” ucap Aleya sebelum berlalu meninggalkan Acap yang masih serba salah.
“Bro!”
Acap berpaling pada along Cah yang memeluk bahunya, “Kenapa along?”
Along senyum lalu dia menepuk pipi Acap, “Isteri kau tu cemburu tahu, kau asyik bercakap dengan si Aleya tu. Si Cah tu, kau tak pedulikan langsung. Faham sikit perasaan isteri kau tu, bro!”
Acap pandang tingkap bilik Cah yang terbuka. Oh, Cah cemburu ke?! Kenapa tak cakap? Mana Acap tahu!

“Assalamualaikum...” Acap menolak daun pintu. Dia terpaku lama melihat rambut panjang milik Cah yang sudah lama dia tak nampak. Kali terakhir dia nampak rambut Cah adalah ketika darjah enam. Itulah kali terakhirnya. Masuk sekolah menengah, Cah dah berhijab.
Cah yang sedang menyikat rambut menjeling Acap sekilas sebelum dia kembali menyisir rambutnya.
“Cah dah mandi?”
Cah angguk.
Acap duduk di birai katil. Nak cakap apa ni? Nampak cemburu sungguh si Cah ni! Hailah, Cahku sayang! Dah jadi isteri Acap pun, garang dia tu tak tone down langsung!’
“Cah, sini duduk sebelah Acap kejap,” panggil Acap lembut bila Cah dah bangkit nak menuju pintu.
Cah yang tak jadi nak berlalu, berjalan mendekati Acap lalu dia labuhkan punggung di sisi Acap.
“Cah bahagia kahwin dengan Acap?”
Cah kerutkan hidung. Bahagia? Choi, baru menikah pun dia bakar hati. Nak bahagia dekat mana?
Acap mengeluh. Alahai, tak bahagia ke Cah? “Cah sayang Acap?”
Senyap.
 “Cah benci Acap ke?" Acap kerling Cah yang sedari tadi diam.
Geleng.
“Cah tak suka Acap?" 
Geleng lagi. Acap tahan senyum yang nak menguntum di bibir.
“Cah marah Acap?
Cah pusing pandang Acap lalu dia angguk, “Sangat marah."
Acap ukir senyum, “Cah marah kenapa?"
“Kenapa Acap main tarik tali dengan Cah? Sekejap suka, sekejap macam tak suka. Saja nak main-mainkan hati Cah?"
Senyuman Acap semakin lebar lalu dia capai tangan Cah dan terus digenggam erat, “Acap bukan nak main-mainkan hati Cah. Acap suka Cah, dari kita kecik. Cah sendiri tahu..."
“Dah tu, Puteri Aleya tu?"
Acap sengih, “Leya tu cuma rakan sekerja Acap, Cah. Eh, dah jadi bekas rakan sekerja. Cah tahu kan, Acap dah tukar tempat kerja?”
Cah angguk.
Acap kembali menyambung bicara, “Dulu, saja Acap gunakan dia nak tebak hati Cah."
Cah memuncungkan mulutnya, “ Habis yang tadi tu buat tak tahu kat Cah tu kenapa?”
“Kenapa? Cah cemburu?”
Cah jeling Acap, “Mestilah!”
Acap ketawa lalu dia peluk bahu Cah, “Sorry. Acap tak sensitif pasal itu. Maaf sangat-sangat.”
Cah hela nafas. Dia nak tahu sesuatu, “Dulu Acap pernah kata Cah tak layak jadi mak su Munirah tu tapi kenapa...?”
"Cah memang tak layak jadi mak su Munirah sebab Cah dah terlebih layak untuk jadi mak su kepada Munirah dan..." Acap leretkan suara.
“Dan...?" Cah pandang Acap.
Acap senyum manis, “Dan tersangatlah layak dan sesuai jadi isteri Asyraff Zafran."
Cah terus tertunduk malu.
“Cah...”
“Ya?”
“Cah nak tak hidup dengan Acap selama-lamanya?”
Cah laju mengangguk, “Nak!”
Acap ketawa, “Oh, lupa pulak! Munirah ada pesan sesuatu untuk Cah.”
“Dia pesan apa?” Cah pandang wajah Acap yang kacak.
“Dia kata...” Acap leretkan suara sebelum mengukir senyum, “Cikgu Solehah kalau dah kahwin dengan pak su, tak boleh garang-garang. Nanti berdosa!”
Cah mencekak pinggang, “Tu Munirah yang pesan ke Acap yang sengaja buat pesanan?”
Acap ketawa saat Cah memukul bahunya. Tahu aje isteri dia ni! “Cah...”
“Ya?”
“Bila nak jalankan misi Cah mengorat Acap?”
“Hah?! Mana tahu ni?” Cah terlopong.
“Ros bagitahu,” Acap sengih.
Cah tunduk merenung jari. Malu mak, noks!
“Cah...”
“Ya?” Cah pandang Acap saat tangan Acap memegang kedua-dua belah pipinya.
Acap perlahan-lahan dekatkan wajahnya pada wajah Cah lalu dia kucup lembut dahi Cah, “Malam ni, Acap nak jalankan satu misi.”
Cah pandang Acap dengan pandangan keliru. Nak buat misi apa pulak? “Misi apa?”
“Misi mencairkan Cah garang...” bisik Acap perlahan sebelum mencium pipi Cah.
“Gatal!” Cah pukul dada Acap dan Acap ketawa sebelum memeluk Cah.
“Acap sayang Cah...”
Cah tersengih dalam pelukan Acap, “Cah pun sayang Acap...”
Misi Cah mengorat Acap? Dah berjaya dengan jayanya! Doakan misi Cah untuk jadi ibu, berjaya pulak ya?!

p/s: at last! Maaf atas segala kekurangan! Semoga terhibur! Sayang semua
J Oh, sedar tak? Dalam ni tak ada lirik lagu. Saya buat kelainan sikit dengan selitkan pantun yang tak berapa nak pantun. Haha! Credit to Aryssa Najwa untuk cover yang comel gila-gila. Thank you my twin.

28 comments:

  1. Sukaaaaa sangaaat.. comey la Cah & Acap... 😍😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...comel macam writer dia. kuangkuangkuang :D

      Delete
  2. Akhirnya misi berjaya.tahniah cah.hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha. misi acap berjaya tak agaknya? :3

      Delete
  3. Najwa sayangggg....olorrrr sweetnya cah ngan acap. Mummy suka bangattttt. Good piece!!!!

    ReplyDelete
  4. Tik tok tik tok
    Sukaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Tahniah yunk. Bestt
    Tak pernah mnghampakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha....twin, thank you for the cover. sangatlah comel <3

      Delete
  5. Pengsan yg x tahan tu..hahahaha...

    ReplyDelete
  6. ada je dendeng kat situ... hihiih goodjob dear...

    ReplyDelete
  7. mcm selalu, x mengecewakan... 2 thumbs up! ;D

    ReplyDelete
  8. nak terkoyak dah muka ni baca cah n acap!!!! comel gilaaa aahhhhh...

    ReplyDelete
  9. Wahh..comel sgt..hehe..senyum je memanjang.. Good job najwa! =)

    ReplyDelete
  10. whaaa...like..like..like..terbaik kak najwa..

    ReplyDelete
  11. cik najwa tulis cerita apa pun still berjaya buat kite sengih sesorang. hihi.

    ReplyDelete
  12. Congrats Sis . Keep it up .

    ReplyDelete
  13. Comel lo tajuk sekali dgn jalan ceritanya! Sweet tahap diabetes nyah! Hahak~ gud job writer. Keep it up.. ♥♥♥

    -annissa

    ReplyDelete
  14. Rasa nak menangis gak bile cah kne gelak kt pasar tu..to naseb happy ending..haha..sweet cah ngn acap..

    ReplyDelete
  15. Haih..melting2..

    ReplyDelete
  16. Adeh... cah pengsan sbb terkejut yg amat....jeles dgn cikgu Hazruqi terus nak tolong cah yer acap... terus jadi abang yer.... best...

    ReplyDelete