Tuesday 10 September 2013

From Alor Star to Kuala Terengganu, I Fall In Love (Naqi-Yaya)


Dia mengerling ke dalam isi bas. Masih banyak tempat kosong yang belum berpenghuni. Dia membetulkan hoodie yang tersarung di kepala. Headphone yang berdentum dengan suara Joel Madden disarung ke kepala.
Dia pandang ke luar tingkap. Masih ada ramai orang di terminal. Matanya tepat memandang perlakuan seorang gadis yang memakai kemeja kotak-kotak. Si gadis kelihatan begitu sedih untuk berpisah dengan seorang perempuan yang dia kira sebagai ibu si gadis.
Bibirnya menguntum senyum sinis. Sedih sangat ke berpisah dengan mak dia? Aku? Mama tak sudi pun nak hantar aku ke terminal. Papa apatah lagi. Dia berbisik sendiri. Tergeleng-geleng kepalanya. Matanya dipejam, rapat. Dia mahu tidur.
Bunyi kerusi terhenyak di tempat duduk di sebelahnya buat dia kembali membuka mata. Dikerling orang di sebelahnya. Si gadis berkemeja kotak-kotak!