Sunday, 8 December 2013

[Cerpen] Kalau Dah Jodoh


Aku menyelongkar beg tanganku mencari telefon bimbit yang berbunyi sedari tadi. Dalam kalut-kalut macam nilah ada orang nak call, ada orang nak ajak kahwin. Eh! Tak, main-main je! Aku keluarkan Samsung Galaxy Note 3 yang masih berbunyi. Skrin menunjukkan nama mama yang menelefon, “Hello, assalamualaikum...”
“Awat lambat sangat angkat?” Mama bertanya di hujung talian.
“Alang ada kat airport ni, ha! Kan alang dah habaq kelmarin orang nak pi Johor, ada conference. Awat mama call?”
“Sajalah nak call. Minggu depan balik dak? Adik nak bertunang,” mama bersuara lagi.
“Baliklah! Alang dah mintak cuti seminggu siap. Lama dah rasa tak cuti,” balas aku sambil tersenyum kepada beberapa orang pramugari yang berjalan di depan aku.
“Ha, baguihlah! Dahlah. Mama nak pi Mydin ni. Hati-hatilah kat tempat orang nanti. Assalamualaikum,” ujar mama sebelum mematikan talian.

Aku jawab salam mama dan terus matikan talian. Aku tengok jam di pergelangan tangan. Masih ada lagi sejam sebelum flight aku ke Johor. Aku akui, aku agak sibuk bekerja. Semua orang dah bising tanya bila aku nak kahwin. Pelik sebenarnya, keluarga aku tak bising pun. Orang luar yang lebih-lebih. Tak faham aku.
Novel yang baru aku beli semalam aku keluarkan dari beg lalu terus aku selak ke muka surat yang aku tanda dengan penanda buku. Aku mula membaca dengan penuh tekun.
"Excuse me?"
Aku angkat muka dari novel yang aku baca. Eh, dia ni... macam pernah nampak tapi kat mana?
"Awak ni duduk kat Taman Maidam kan dulu?" Lelaki yang dalam uniform itu mengukir senyum.
Aku kerutkan dahi lalu lambat-lambat aku mengangguk, "Awak ni..." Sengaja aku leretkan suara, meminta dia mengenalkan dirinya.
Dia senyum, "Kita berjiran, remember?" Dia buka kacamata hitam yang menutup matanya.
Serentak, aku tersedar. Baru aku ingat siapa dia sebenarnya! Jiran rumah hujung sewaktu aku tinggal di rumah sewa ketika aku belajar dulu. Terkejut dan segan. Dia ingat lagi kat aku? Oh, man!

Aku terasa nak ketawa sendiri bila teringat yang aku terjumpa dengan mamat tu minggu lepas. Terkejut sampai aku tak sempat nak cakap apa-apa pun dan kebetulan panggilan penerbangan aku sudah berkumandang. Aku cuma sempat cakap ‘nice meeting you here and take care’ sebelum aku melangkah tinggalkan dia.
“Kau kenapa sengih-sengih dari tadi, Lisa?”
Aku matikan senyuman terus, “Saja.”
“Eleh, adalah tu! Aku kenal sangat kau!” Ujar Sara lalu dia duduk di sebelah aku, “Ceritalah wei! Kenapa kau sengih macam orang gila? Kau dah jumpa jodoh kau, eh?”
Serentak, bayangan lelaki dalam uniform tadi terbayang di minda dan terus aku ketawa kuat! Dia jodoh aku? Nama pun tak tau! “Mana adalah! Kau ni banyak tengok drama ni.”
Sara angkat bahu, “Lisa, Nurul kahwin hujung bulan ni, kan?”
Aku angguk, “Yelah! Kau jangan cakap kau tak jadi pergi pulak! Dah rancang baik punya dari hari tu lagi! Nak jumpa budak-budak rumah.”
“Mestilah jadi. Tanya je. Nak confirmation,” Sara sengih lalu dia bersuara lagi, “Budak rumah mostly dah kahwin. Nurul nak kahwin hujung bulan, Shafi dah kahwin dua tahun lepas, Nana dah tunang, Fad yang dulu tak suka lelaki tu pun dah tunang. Kita bila, Lisa?”
“Kau tak payah buat teruk, Sara! Kau tu dah ada Paed!” Aku pukul belakang Sara.
“Paed dah tak sayang aku,” Sara buat muka sedih. Mengadanya lahai!
“Aku cakap kat Paed,” giat aku pada Sara.
“Ala, janganlah! Dia tak sayang aku betul-betul karang, mati aku!”
Aku ketawa, “Sudahlah! Penat layan kau. Aku nak masuk tidur dulu. Nite, Sara!”
“Good night, Lisa! Jangan mimpi aku!”
“Aku pun tak hingin!” Ujar aku sebelum hambur ketawa kuat.

Aku sinsing lengan baju kurung hingga ke siku lalu aku mula membasuh pinggan mangkuk yang berlonggok di dalam besen. Orang lain asyik bergembira di depan, aku di bahagian belakang rumah melayan hati.
Cantik adik aku hari ini. Hari pertunangan dia, kan? Haruslah berseri. Mulanya aku rasa gembira untuk adindaku tapi ada timbul sedikit sedih di dalam hati tadi kerana dalam familiku, cuma aku masih belum berpunya dan masih belum berura-ura nak berkahwin. Yang menambahkan luka di dalam hati aku haruslah orang-orang kampung yang tak habis-habis tanya bila nak kahwin, siap ada cakap aku ni memang tak akan kahwin. Ewah, sedap mulut bercakap orang-orang tu! Kasi panas hati jiwa dan raga. Aku baru 26 tahun kot! Bukannya tua sangat lagi pun. Urghhh!
“Mak lang,” bajuku tiba-tiba ditarik dari bawah. Aku lihat anak saudaraku, Daniel sedang tersengih memandang aku.
“Kenapa sayang?”
“Opah panggil. Nak angkap ambar,” Daniel buat gaya nak tangkap gambar. Alahai, budak kecik ni!
“Kalau mak lang tak nak pergi?”
“Tak uleh! Nanti opah mayah,” dia buat muka penuh amaran.
“Yelah, jom!” Terus aku dukung Daniel, “Kenapa abang makin beyat ni?” Tanya aku dengan pelat.
“Abang makan banyiak! Mummy macak cedap-cedap.”
“Bukan banyiaklah... banyak!”
“Banyiak!” Tuturnya mengikut aku lalu segera aku geleng kepala. Dasar pelat! Haha!
Saat aku melangkah ke bahagian depan rumah, keluargaku sudah mula menangkap gambar dengan adikku dan tunangnya. Aku lepaskan Daniel yang sedari tadi meronta-ronta mahu lepaskan diri dari dukungan aku. Bila Daniel berlari pada mummynya aku jadi cemburu. Bila agaknya masa aku akan tiba?
“Er... hai?”
Aku kalih ke tepi pada si dia yang menegur. Aku terlopong! Dia lagi?! Serentak aku angkat tangan, “Hai?”
“Never thought that I’ll be meeting you here,” ucapnya sambil tersenyum.
Aku sengih separuh ikhlas. Kejadah apa dia buat kat sini?! “Yeah, me too.”
“Awak nampak sangat tak selesa bersembang dengan saya kan?”
Aku jeling dia, “Making your own assumption, huh?”
“Based on observation,” dia angkat bahu.
“What are you doing here?” Tanya aku.
“Saya ikut kawan saya je, sepupu dia bertunang. What are you doing here?” Tanya dia pula.
“Rumah saya, mestilah saya ada kat sini,” balas aku.
“Oh...” dia leretkan suara sambil mengangguk. Bibir terukir senyum yang pernah aku lihat sewaktu dia jadi jiranku dulu tapi waktu tu dia senyum dekat budak rumah aku, “Senanglah nanti.”
“Apa yang senang?” Aku pandang dia dengan dahi berkerut.
“Senang saya nak masuk meminang,” bisik dia perlahan.
Aku pandang dia dan aku tersentak. Dekat gila muka dia! “Jauh sikit muka tu boleh? Dekat sana ni. Nanti orang salah faham!”
Dia ketawa, “Akan ada satu hari nanti yang awak tak nak muka saya ni jauh dari muka awak, Lisa!”
 Dia dah melangkah meninggalkan aku yang terkaku. Macam mana dia tahu nama aku?!

Aku meneliti kertas analisis produk yang diberi kepada aku siang tadi. Esok atau lusa, aku harus tunjuk kepada bos aku.
“Babe, kau tak nak makan ke?” Aku panggung kepala saat pintu bilik dibuka. Ema berdiri dengan sengih tak nak mati.
“Nak! Lapar gila!” Aku pegang perut.
“Jomlah pergi makan.”
“Dekat mana?”
“Tempat biasa, yok!”
Aku anggukkan saja. Pintu bilik tertutup terus aku sarung cardigan ungu yang tersangkut dikerusi. Seluar khakis yang tersarung di bahagian bawah badanku, aku betulkan. Kemudian aku capai tudung bawal hitam yang ada di penyangkut lalu aku sarungkan anak tudung sebelum aku letakkan tudung itu di kepalaku.
Aku capai purse dan telefon di atas meja sebelum keluar dari bilikku, “Aku dah siap!” Jeritku pada rakan serumahku yang lain.
“Cepat gila!” Sara yang sedang memakai tudung di depan cermin di ruang tamu buat muka.
“Kau tu lambat, cepat sikit mak cik!” Aku capai remote televisyen lalu aku tukar siaran televisyen.
“Kau tu yang bersiap serupa kerbau,” ujar Ema yang melilit selendang.
“Kerbau...?” Aku kerutkan dahi, “Apa kaitan kerbau dengan aku?”
“Entah. Kan ada istilah mandi kerbau yang maksudnya mandi yang cepat. Kau siap macam kerbaulah sebab kau siap cepat.”
Jawapan dari Ema buat aku terus tergelak besar. Ema ni, bila pandai tu... pandai betul. Bila blur tu, blur sungguh. Sara yang juga dah siap turut menyertai aku ketawakan Ema.
“Sudahlah! Jom!” Ema tarik tangan aku dan Sara yang masih ketawakan dirinya.
“Jom! Jom!” Sara ketawa lagi.

“Eh, ada kedai baju baru bukaklah kat sana!” Ema menunjukkan sebuah butik yang berada di belakangku.
“Jom, pergi tengok!” Sara buat muka teruja dan Ema mengangguk, laju. Aku buat tak tahu saja bila Ema dan Sara sudah berdiri.
“Lisa, tak nak ikut?” Ema pandang aku lalu segera aku geleng.
“Betul?” Sara pula bertanya, meminta kepastian.
“Betul. Aku tak nak ikut!” Aku senyum. Mereka mengangguk saja sebelum berlalu. Aku tengok jam di pengelangan tanganku. Makanan yang kami pesan tadi masih belum sampai. Aku keluarkan telefon bimbit lalu application Unblock Me aku buka. It’s game time, baby!
Baru masuk ke level seterusnya, aku terasa bagai ada orang sedang memerhatikan aku. Aku angkat muka dari telefon bimbit lalu aku pandang sekeliling. Aku kembali menunduk tapi tak sampai lima minit, aku kembali panggung kepala. Sungguh aku rasa diperhatikan. Aku garu pipi yang rasa sejuk dihembus bayu malam.
Baru aku nak kembali menatap skrin telefon, mataku menangkap bayang seseorang yang duduk di depan mejaku. Sungguhlah! Betulkah dia yang berdiri di depanku atau orang lain? Aku pandang dia dan nyata dia turut memandang aku. Diakah yang memerhatikan aku sedari tadi?
Lama kami berbalas pandangan. Dia nyata sekalipun tidak mengalihkan matanya dari memandang aku. Dia bersama rakan-rakannya manakala aku seorang diri. Aku baru terfikir, ini kali ketiga kami berjumpa di tempat berlainan. Aku mula gelabah bila dia mula berdiri dan mula mendekati meja aku. Ala... tak payahlah datang! Kau duduk situ diam-diam tak boleh?
“Hai, Lisa!” Dia tarik kerusi lalu dia duduk di depanku.
“Do you really have to come and greet me?” Tanya aku memandang dia.
“Well, I think it’s kinda rude if I didn’t say hi to you.”
“O... key! Awak dah say hi, so awak boleh balik tempat awak balik,” ujar aku, bersungguh-sungguh.
Dia senyum, “Lisa...”
“Stop smiling like that and stop calling my name like that!”
Dia ketawa, “Why? Terpikat?”
“Euww! Please,” aku buat muka menyampah tapi aku tak nak akui yang aku sedikit terbuai dengan caranya memanggil namaku, “Macam mana awak tahu nama saya?”
“Waktu kita berjiran dulu...” dia leretkan suara lalu dia ukir senyum, “Saya selalu dengar awak dan kawan-kawan menjerit-jerit dari luar panggil orang dalam rumah supaya bukak pintu. Dan saya selalu dengar kawan awak yang bawak kereta waktu tu panggil awak Lisa surirumah. So, saya tahulah nama awak Lisa.”
Okey! Malu gila, okey! Dia dengar kita orang menjerit-jerit dulu. Rasa macam nak menyorok bawah meja pulak, “Kenapa awak betul yakin saya ni Lisa?”
Dia senyum lagi, “Pernah sekali awak sidai baju kat belakang rumah, saya dengar ada orang jerit panggil awak. Lisa! Lisa!”
“Eh, awak mengintai saya sidai baju, eh?!”
“Mana! Dapur saya boleh nampak awak punya kawasan belakang rumahlah,” ujar dia, membela diri.
“Eleh!” Aku buat muka.
“Dulu saya selalu teringin nak tegur awak bila awak keluar rumah waktu saya main sepak takraw kat rumah depan, tapi muka awak masam je. Takut saya nak tegur.”
“Eleh, ye sangatlah tu!” Ujar aku.
“Betullah!” Dia senyum.
“You better go, kawan-kawan awak tengah tengok-tengok kat sini,” ujar aku kepadanya lagi.
“Mestilah dia orang tengok, ada dua orang tu budak rumah saya dulu!”
“Hah!”
Dia ketawa, “Tak apalah. Dia orang dah habis sembang kot. Saya pergi dulu.”
Aku cuma mengangguk. Rasa macam nak halang dia dari pergi. Macam nak tanya je nama dia. Macam nak... eh, dia tiba-tiba berpaling, “Nama saya... awak tak nak tahu?”
Sungguh aku rasa nak tergolek dekat situ jugak! Mana dia tahu aku nak tau nama dia? “Nak bagitahu boleh, tak nak pun boleh!”
Dia senyum, “Zahrin Ferdaus. You can call me Zahrin or Ferdaus or even Ferdi. Up to you.”
Saat dia berpaling, aku pegang dada. Nyata ada debaran di situ. Zahrin. Kapten Zahrin, seruku. Aduh, apa yang aku rasa ni. Sudah terpikatkah aku?

Aku pegang dahi yang terasa sakit. Biar betul apa yang mama cakap di talian tadi. Mama tipu ke betul ni? Aku rasa susah nak percaya tapi kalau betul macam mana? Alahai...
“Alang, busy ka? Mama nak tanya sikit ni?” Soal mama saat aku mengambil panggilannya.
“Tak busy sangat. Baru sampai rumah dari ofis. Awat mama?”
“Tadi petang...”
“Ha, awat?” Sampuk aku.
“Eh, cuba jangan menyampuk.”
“Ha! Sorry madam. Hehe...”
Aku dengar mama hela nafas sebelum kembali bersuara, “Petang satni, ada orang mai rumah.”
“La? Dah tu awatnya... baguihlah dia mai rumah, murah rezeki kita,” giat aku sebelum merebahkan pada di atas katil.
“Ish, dia nilah!” Mama mula keluar bunga-bunga bebel.
“Okey, ma. Alang serius. Awat depa mai?”
“Depa mai tanya alang,” ujar mama.
“Ha? Depa tanya apa pasai alang? Depa tu sapa?”
Mama mengeluh, “Tu mama nak tanya. Depa kata depa mak ayah kawan kamu”
Aku bangkit terus dari baringku, “Siapa?”
“Tak ingat nama tapi mak ayah dia dok sebut Ayin?”
Serentak, aku garu kepala. Siapa pulak Ayin ni? “Ayin mana?
“Mana mama tau, depa kata alang kenai anak depan si Ayin tu. Depa mai sebab depa nak merisik alang untuk anak depa.”
“Mama main-main ka?”
“Ya Allah, mama serius ni!”
Aku garu kepala, “Depa salah mai rumah kot. Alang tak kenai siapa Ayin tu.”
“Lah, depa sebut nama Nurlisa Hanani. Bukan tu nama alang ka?”
Aku garu kepala. Betul dah nama aku, “Ma... alang tak kenai siapa Ayin tu!”
“Takpalah, kamu tanya dia sendirilah alang. Satgi mama send kat kamu nombor telefon dia. Mak dia ada tinggai tadi.”
“Ha, okey! Mama tak main-main kan?!” Tanya aku lagi sekali, meminta kepastian.
“Eh, budak ini!” Aku ketawa sebelum aku beri salam dan matikan talian. Persoalan di benakku sekarang... siapa Ayin?
Aku bangkit dari baring lalu aku capai telefon bimbit yang ada di bawah bantal. Nombor yang tersimpan di dalam kotak contact aku cari. Ayin... siapa Ayin ni?
Aku dail nombor itu dan aku lekapkan telinga pada telefon itu tapi sayangnya apa yang aku terima adalah, “Nombor yang anda dail berada di luar kawasan perkhidmatan...”
Aku garu kepala. Misteri sungguhlah si Ayin ni! Aku bangun dari duduk dari atas katil lalu aku ke bilik air untuk mengambil wudhu’. Solat istikharah harus aku lakukan walaupun aku masih tidak tahu siapa Ayin sebenarnya.

Aku tunduk melihat jam di tangan. Sudah pukul 8.40 malam. Batang hidung si Ayin ni masih tidak kelihatan.
Aku teringat kembali mesej dari dia semalam bertanyakan siapakah geranganku yang menelefonnya tidak henti-henti sejak dua hari lepas, ‘Salam. Siapa ni?’
‘Lisa!’ balasku
‘Oh, ada apa ye?’ Ceit, tanya aku macam dah lama kenal.
Aku mula membalas mesej dari dia, ‘Awak ni siapa? Kenapa tiba-tiba hantar rombongan merisik bagai?’
‘Jumpa esok? Dekat Delight Cuisine, boleh?’
Delight Cuisine? ‘Pukul berapa?’
‘Pukul 8.30 malam. Sharp!’
Huh! Sharp sangat! Sampai kesudah batang hidungnya aku tak nampak! Baru aku berkira-kira nak balik, satu susuk tubuh yang aku kenal melangkah masuk ke dalam restoran. Takkanlah dia? Si tinggi lampai itu melemparkan senyum kepadaku lalu dia dekati aku, “What a coincidence, lady!”
Huh, just a coincidence? Dia bukan Ayinlah? Ah, malas nak tunggu lama! Baik blah! “I’m going already!”
Tanpa menunggu dia bersuara, aku berlalu meninggalkan restoran itu. Ciskek punya Ayin! Main-mainkan aku! Aku... tak sempat nak habiskan ayat dalam hati, langkahku dihalang oleh si tinggi lampai tadi!
“Awak ni kenapa Zahrin?”
“Saja,” dia senyum.
“Tepilah!”
“Tak nak!”
“Zahrin!” Suaraku bergetar amaran.
“Our date hasn’t started yet and you’re leaving? Tak kesian kat date awak ni?”
“Huh? Awak merepek apa ni?”
“Lisa, I’m Zahrin Ferdaus. My friends call me Ferdi. My family call me...” dia leretkan suara lalu dia senyum, “Ayin.”
“Hah?” Sungguhlah memang dia yang datang hantar rombongan tu?
“Awak sangat comel!”
“Ini tak kelakar, Zahrin!”
“Saya tak buat lawak pun. I’m damn serious. I want you to be my wife.”
“Awak gila ke? Kita tak kenal satu sama lain, okey? True, kita pernah berjiran tapi waktu tu pun, kita tak pernah bertegur sapa. Cakap hai pun tak pernah, senyum apatah lagi dan hari ni awak tiba-tiba nak saya jadi isteri awak? Gila!” Ujarku, sedikit kasar. Melihatkan dia diam, aku mula melangkah nak berlalu namun suaranya menghentikan langkahku.
“Saya selalu perhatikan awak dulu tapi awak tak pernah tahu. Selalu saya nak tegur awak tapi saya takut. Kalau saya jogging petang-petang, selalu saya nak senyum tapi saya tak berani. Sejak awak pindah ke Taman Maidam, awak curi hati saya!”
Aku berpaling memandang dia. Aku tak tahu apa yang aku rasakan sekarang. Terharu? Ya. Gembira? Ada sikit. Sukakan dia? Mungkin...
“Lepas saya habis belajar dekat KISTAA, saya dah tak jumpa awak. Awak tau tak, hampir setiap hari saya berdoa kepada Allah agar Dia temukan jodoh awak dengan saya. Nama awak, Nurlisa Hanani tak pernah hilang dari bibir dan hati saya. Mungkin awak tak percaya tapi itu hakikatnya. Awak tak tau, saya selalu perhatikan awak di balik langsir rumah saya. Awak nak pergi kelas, awak menyanyi sambil sidai baju... semuanya saya perhatikan. Awak boleh panggil saya stalker or whatever but you believe it or not, I like you. I really do!”
Cair! Sumpah aku cair tak nak beku dah! Masuk blast freezer pun belum tentu aku beku balik. Ya Allah... apa ke sweet sangat mamat ni? “Tapi awak pilot...”
“Maksud awak?” Dia kerutkan dahi.
“Saya tak nak kahwin dengan pilot sebab nanti selalu kena tinggal,” ujarku. Ya, memang aku tak nak kahwin dengan pilot! Nanti aku tak tahan rindu macam mana?
“Jadinya awak tak nak kahwin dengan saya?” Dia pandang aku.
“Tak nak!” Pantas aku menggeleng walaupun hati kata ya. Mulut dan hati tak berjalan dengan seiring ni, haih!
Dia anggukkan kepala beberapa kali, “Fine! Up to you but trust me, Lisa. Kalau dah jodoh kita berdua, awak lari sampai ke Benua Afrika sekalipun, awak tetap akan jadi isteri saya. Kalau dah jodoh kita berdua, sepuluh kali awak menolak, kali yang kesebelas pasti awak tetap akan terima saya dan kalau dah jodoh kita berdua, biar berpisah sepuluh tahun sekalipun, awak akan tetap akan jadi isteri saya. Bear that in mind, Miss Lisa!”
Tak sempat aku nak balas, dia dah berlalu pergi. Aku nak panggil tapi aku macam takut... Zahrin, saya suka awak tapi saya tak suka kenal tinggal.

Aku selak album lamaku. Gambar-gambar zaman belajar itu aku belek. Kemudian aku sampai di sekeping gambar yang aku ambil curi-curi pakai telefon bimbitku lalu aku print di kedai gambar. Gambar Zahrin ketika bermain sepak takraw.
Tak ada siapa tahu yang aku meminati dia dulu. Ya, hampir setiap petang, aku menyorok di balik langsir memerhatikan dia bermain sepak takraw. Tapi lepas dia habis belajar dan tak tinggal lagi di rumah hujung tu, aku pun dah mula lupakan dia.
Aku mengeluh, gambar itu aku sentuh. Sejak kejadian hari itu, aku sudah tidak lagi berjumpa dengan Zahrin. Sejak kejadian hari itu juga, aku sedar... aku sudah mula rindukan dia.
Aku capai telefon bimbit lalu aku cari nama Ayin di dalam senarai nama kenalanku. Lalu butang dail aku tekan. Lama aku menunggu namun tak berangkat. Aku cuba sekali lagi. Di dalam hati terdetik, andai dia tidak mengangkat panggilanku ini... aku akan lupakan dia.
Baru aku nak tekan butang cancel, ada satu suara mencecah gegendang telingaku, “Assalamualaikum...”
“Waalaikumsalam. Ayin...?” Panggilku. Mengadalahkau, Lisa! Siapa bagi kau mandate panggil dia Ayin?
“Lisa?” Suaranya seperti terkejut.
“Awak dah tidur?”
“Kenapa?” Tanyanya, dingin.
“Saya... er...”
“Saya ada flight esok. Kalau awak setakat nak er er dengan saya, tak payahlah,” balasnya, sinis.
Tiba-tiba rasa sentap. Aku telefon nak cakap aku rindu dia dan aku sudi jadi isteri dia. Dia buat macam ni pulak pada aku, “Tak apalah! Sorry ganggu. Assalamualaikum,” tanpa tunggu balasan dari dia. Aku matikan talian.
Aku tak tahu kenapa aku menangis sekarang. Sedih sangat ke, Lisa? Sedihlah! Bila kita dah bukak balik hati kita dekat dia, dia layan kita macam ni pulak. Kita tahulah kita salah... fikirku sendiri sambil mengesat mata yang galak mengeluarkan air.
Telefon aku tiba-tiba melagukan lagu Pencuri yang sudah aku setkan menjadi ringtoneku. Bila aku tengok skrin. Nyata Ayin kembali menelefonku. Heh, ingat aku nak angkatlah! Sorry sikit! Aku reject panggil dari dia dan aku terus matikan telefonku.

Kata-kata mama di talian buat aku nak marah pada si Zahrin Ferdaus tu! Sesuka hati ayam dia je hantar rombongan peminangan ke rumah aku! Nombor dia terus aku dail. Dulu kemain dingin dengan aku, ni hantar rombongan pulak!
“Assalamualaikum, Zahrin!” Suaraku aku tegaskan, bagi dia tahu aku sedang bertegas dengannya.
“Waalaikumsalam, Lisa...” aku dapat rasakan dia sedang tersenyum, “Kenapa awak telefon? Rindu saya?”
“Buat apa nak rindu awak?! Kenapa awak hantar rombongan ke rumah saya? Awak ingat saya nak terimalah?”
“Saya hantar rombongan sebab saya nak kahwin dengan awak. Mama awak dah terima pun peminangan saya.”
Aku mengeluh, “Awak ni kenapa, Zahrin?”
“Saya tahu awak marah lagi sebab hari tu, kan?”
Aku terdiam lalu aku picit dahi yang terasa berdenyut. Marah? Aku tak marah. Sedih? Mungkin ada sikit. Kecewa? Banyak sangat tapi dia tak tahu, “Kenapa saya perlu marah ye?”
“Sebab saya layan awak dingin malam tu tapi saya mamai waktu tu. Saya tak sengaja,” balasnya.
“Whatever!”
“Lisa...”
“Apa?”
“Be my baby, please?”
Aku terdiam di talian. Suaranya romantis, buat aku cair... hailah hati, senang betul kau jatuh hati, kan?
“Saya bukan baby. Saya dah 26 tahun, okey?”
Dia mengeluh, “Then, awak nak saya cakap apa?”
Aku ukir senyum. Mengalahlah tu, “Zahrin Ferdaus...”
“Yes?”
“Can I be your wife?”
Dan aku dengar tawanya, panjang. Tawa yang aku anggarkan sebagai tawa gembira. Sungguh, aku terasa kegembiraannya.
“Awak...” lembut suaraku memanggil namanya.
“Ye?”
“Saya tak pandai nak bercinta-cinta tau,” ujar aku. Betullah! Mana pernah aku bercinta dulu. Minat sana sini adalah.
Dia ketawa, “Tak apa kalau awak tak pandai. Dah kahwin nanti, saya ajar awak bercinta, okey?”
“Kalau saya tak pandai jugak?” Dugaku.
“We’ll have forever, Lisa.”
Aku senyum. Hari tu aku merajuk, dia pujuk. Nyata, jawapan untuk solat istikharah aku dua malam lepas, terjawab hari ini. Mungkin aku patut terima Zahrin Ferdaus sebagai pemilik tulang rusukku.

Tanganku digenggam erat oleh adikku, memberi semangat. Di depan sana, dia sudah duduk dengan baju Melayu putih. Kacak! Hanya itu yang mampu aku katakan.
Lafaz akad dilafazkan oleh abang sulungku dan dia dengan tenang melafazkan lafaz kabul yang menyatukan kami sebagai suami isteri, “Aku terima nikahnya Nurlisa Hanani binti Abdul Rahman dengan mas kahwinnya RM 120.00 tunai...”
Saksi-saksi yang ada di situ, mengesahkan lafaz kabul yang diucapkan oleh Ayin. Air mata meleleh ke pipi. Alhamdulillah, hanya sekali lafaz, aku jadi miliknya walaupun pernah berkali-kali aku menafikan kehadirannya.
Dulu, saat dia sudah tidak tinggal lagi di Taman Maidam, aku sangkakan sudah tiada peluang lagi untuk kami berjumpa. Nyata, percaturan Allah itu sungguh indah. Dia yang dulu cuma lelaki yang aku pandang di balik tirai pintu kini sudah menjadi suamiku. Kalau dah jodoh, biar seribu tahun terpisah, pasti akan bertemu jua.
Dia dekati aku yang sedang duduk bersimpuh di pelamin yang dihias ringkas. Dia duduk di hadapanku. Bibirnya terukir senyum, “Assalamualaikum isteri saya...” Perlahan dia tarik tanganku lalu dia sarungkan cincin bermata satu di jari manisku.
Aku capai seutas jam tangan yang ada di sisiku lalu aku pakaikan di tangan kanannya dan terus aku tunduk mencium tangannya. Saat aku angkat muka, aku balas senyumannya, “Waalaikumsalam suami saya...”
Dia kenyitkan mata lalu dia cium pipi kanan dan kiriku lalu dia bisikkan sesuatu kepadaku, “I love you, Lisa...”
Sumpah, aku rasa nak pengsan atas pelamin sekarang!

“Kau! Sejak bila bercinta dengan jiran rumah hujung ni? Kemain rahsia dari kita orang kan?” Shafi yang sedang mendukung anaknya memukul bahuku. Kawan serumahku yang lain cuma ketawa besar.
Aku sengih saja, “Mana ada aku bercinta dengan dia pun. Dulu tengok gitu-gitu je tapi kalau dah jodoh, nak buat macam mana.”
“Amboi, tengok gitu-gitu sangat!” Nana yang datang dengan tunangnya menggiat aku. Terjerit mereka hari tu bila aku khabarkan yang aku bakal berkahwin dengan bekas jiran kami dulu. Siap boleh gelakkan aku!
“Eh, kita orang nak pergi makan dulu! Later gosip lagi tau!” Nurul ketawa. Mereka semua berlalu ke khemah yang telah disediakan. Masing-masing sudah punya pasangan sendiri. Harapnya tak berpecahlah kami nanti...
“Fikir apa?” Tangan kananku tiba-tiba digenggam erat. Aku kalih ke tepi, Encik Pilot kesayangan sedang tersenyum.
“Tak ada apa-apa. Terfikir cerita dulu-dulu...”
Dia tarik tanganku lalu dia kucup lembut, “Alhamdulillah, now you’re mine!”
Aku ketawa, “Cheesy!”
“Kata nak belajar bercinta...” dia leretkan suaranya.
Aku kerutkan hidung, “Siapa nak bercinta dengan awak pun?”
“Eh, mestilah awak! Takkan saya nak bercinta dengan tiang lampu. Awakkan isteri saya?”
Aku senyum, “Yelah, kita bercintalah...”
Dia ketawa lalu dia tarik tanganku mengikuti langkahnya. Betullah kata orang, cinta itu lebih manis bila dengan yang halal...

"Kenapa awak kena pergi?" Tanya aku sambil memandang dia yang sudah menyarung kasut hitam berkilatnya.
"Sebab ini kerja saya, sayang."
"Tapi..."
"Tapi apa?"
Aku gigit bibir, "Saya tak habis lagi bercinta dengan awak."
Dia senyum lalu dia tarik pipiku, "We'll have forever, sayang.”
Aku pegang tangannya lalu aku renung mata hitamnya, "Can I hold you?" Tanya aku. Wajah terasa panas, malu sebenarnya tapi betullah, aku tak habis lagi bercinta dengan dia. Baru dua minggu kami berkahwin. Dia sudah mahu pergi bawak kapal terbang dia tu. Sedihnya!
"Of course you can, baby!" Tanpa aku tunggu lama, aku peluk tubuhnya yang berdiri di depanku. Huwaa! Dia tak pergi lagi aku dah rindu, macam mana ni?
"Saya tak suka awak pergi!" Bisik aku kepadanya.
"Trust me, baby. I hate to go too," balasnya sambil membalas pelukanku. Lama sebelum dia kembali melepaskan aku, “Tunggu saya, ye sayang?”
Aku anggukkan kepala, “Kalau tak tunggu awak, saya nak tunggu siapa?”
Dia senyum, “I love you, sayang...”
“I love you too, hubby!” Aku tunduk mencium tangannya.
Saat dia melangkah pergi, air mata aku menitis di pipi. Alahai, cengengnya Puan Nurlisa ni. Susahnya kalau kahwin dengan pilot. Sebaik sahaja tubuhnya masuk ke dalam van putih yang menjemputnya, van it uterus berlalu tanpa sempat dia melambai aku. Makin lebat air mataku turun. Huwaa! Nak Ayin!
Telefon bimbitku di atas meja kopi tiba-tiba berbunyi. Lalu segera aku capai telefonku aku capai. Nama Suamiku Sayang tertera di skrin. Saat aku tekan butang hijau, suaranya mencecah gegendang telingaku. Air mata mengalir lagi. Ah, rindu! Suara dia tak sedap, betul tapi masih mampu buat aku menangis. Oh, suami... cepatlah balik ke sisiku!

All my bags are packed, I'm ready to go
I'm standin' here outside your door
I hate to wake you up to say goodbye

But the dawn is breakin', it's early morn
The taxi's waitin', he's blowin' his horn
Already I'm so lonesome I could die

So kiss me and smile for me
Tell me that you'll wait for me
Hold me like you'll never let me go

'Cause I'm leaving on a jet plane
I don't know when I'll be back again
Oh, babe, I hate to go

“Lisa, tunggu saya balik ye?”
“I will... cepat balik tau. Saya dah rindu,” luahku dalam sedu...
“Saya pun. Sayang awak. Dah, tak nak menangis.”
Aku kesat air mata, “Sayang awak jugak...”
“Saya letak telefon dulu, tau? Nanti sampai Indonesia saya call awak balik, ye?”
Aku iakan saja sebelum dia mematikan taliannya. Aku duduk di atas sofa. Aku dah rindu dia...

Aku peluk baju uniformnya yang sudah aku gosok. Rindu makin membuak-buak. Hari ni, hari ketiga dia pergi. Kononnya hari tu dah sampai Indon nak call aku, tanam tebu kat bibir dia ni! Jumpa awek Indonlah tu, terus lupa isteri kat Malaysia.
Bau minyak wangi yang selalu dia pakai ada di uniform itu. Aku yang sembur tadi, kononnya nak merasai kehadirannya di sisiku. Inilah sebabnya kenapa aku tak nak kahwin dengan pilot! Aku ni jenis tak tahan rindu, tau!
“Rindu saya?” Aku terasa bagai ada suaranya berbisik di telingaku.
Aku mengangguk, “Rindu sangat...”
“Saya pun rindu awak...” bisik suaranya itu lagi.
Aku mencebik, “Tipu... kalau rindu kenapa tak pernah call saya. Tipu!” Air mata meleleh di pipi.
Tiba-tiba ada tangan yang mengesat air mataku, “Kenapa menangis, sayang?” Dia! Dia ada di depanku dengan wajah terbias penat. Masih dalam uniform kerjanya.
“Bila awak balik?” Aku bersuara! Terkejut!
“Tadi...” Dia cuba memeluk aku tapi aku lebih pantas menolak dirinya!
“Awak jahat!”
“Eh, kenapa?” Dia kerutkan dahi.
“Janji nak telefon tapi awak mungkir janji! Tak nak dekat dengan awak dah!” Aku jauhkan diri darinya.
“Tak nak dekat dengan kita tapi peluk baju kita,” giatnya tapi baru dia lebarkan senyum, baju dia yang ada dalam pelukanku aku campak kepada dia!
“Ambik balik baju awak tu! Tak nak peluk dah!” Aku bersuara, merajuk! Aku berdiri dan berkira-kira nak berlalu pergi tapi tak sempat bila dia peluk aku dari belakang.
“Saya memang sengaja tak nak telefon awak.”
Aku cuba lepaskan tangannya dari memeluk aku namun dia lebih cepat mengeratkan pelukannya, “Saya tak nak dengar suara awak bila saya ada kat sana... saya takut saya sakit. Saya takut saya rindu sampai saya sakit. Kalau dengar suara awak, saya mesti rasa nak balik waktu jugak! Mana boleh macam tu. Sayang faham kan?”
Aku mengangguk, “Tapi lain kali, janganlah berjanji. Dahlah saya call tak dapat. Saya risau! At least, mesej saya!”
“Sorry, honey! Ni kan saya dah balik?”
“Memanglah tapi esok-esok awak pergi lagi.”
“Kan dah kerja saya? Untuk awak dan anak-anak kita jugak nanti,” bisiknya.
Aku senyum lalu mengangguk. Nasiblah Lisa, kahwin dengan pilot. “Yelah!”
“Awak...”
“Hmm...?”
“Saya rindu...” bisiknya, menggoda lalu dia membalikkan tubuhku mengadap dia.
“Pergi mandi dulu!” Aku peluk lehernya.
“Ala...”
“Mandi dulu, ye?” Aku kedipkan mata.
Dia sengih, lebar, “Okey!” Pap! Dicempungnya aku tiba-tiba.
“Eh, turunkan saya! Nak bawak saya pergi mana ni?”
“Kata nak mandi,” dia kenyitkan mata lalu dia bawa aku masuk ke bilik air. Hailah! Suami siapa ni? Namun dalam hati, aku panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana menemukan aku dengan dia kembali. Sungguhlah, aku tak mahu yang lain selepas dia. Biarlah jodoh Nurlisa Hanani hanya dengan Zahrin Ferdaus saja sampai ke Jannah. InsyaAllah.

-TAMAT-






20 comments:

  1. Wah memula takde ape2...masuk part rindu2 tu memang dah cair ahkak ni tau...oh ferdiku ....hahahaha

    ReplyDelete
  2. Waaaaa.. Love u ayin :-P

    -athirah-

    ReplyDelete
  3. So sweet...cair sungguh diri ini.

    ReplyDelete
  4. bak kate damia JBC meltingggg..haha

    ReplyDelete
  5. sweet thap diabetes hahahah.... superb as always kak najwa :D

    ReplyDelete
  6. Best cerita ni...

    ReplyDelete
  7. best3...mmg sweetz giler cerpen ni..he3..mmg cair betul time baca cter ni.. :)
    -nurulfatin

    ReplyDelete
  8. Best...sangt....sngt....sngy

    ReplyDelete
  9. x biasanya baca hero sweet dari ko najwaaaa... butttt... i very like it.. walau plot koman tp olahan ko ada signature y tersendiri... nway teruskan usaha keh.... aku sntiasa menyokong ko dri belakang tepi tengah depan.. heh

    ReplyDelete
  10. so so so... sweetttttt

    ReplyDelete
  11. tahniah... sy ni cerewet jgak klaw pilih writer. sbb zaman skrg bnyak yg x berkualiti. asal main siap n cerita yg d guna common sangat. but u did a gud job. cerita common tpi best nya terasa. keep it up. i wish to read a novel from u.. kbaii..

    ReplyDelete
  12. Zahrin Ferdaus? Oh myyyy! Seriously?

    Actually dulu masa saya form 4 masa tahun 2014, ada sorang budak baru namanya Muhd Akmal Firdaus, tapi dia lebih suka if people call him Zahreen. Dia asalnya sekolah kt Kelantan tpi dia pndah Kedah coz Kelantan banjir.Dia ni agak dingin orgnya, but one day, he treat me differently, sweet jugak lah, melting jugak time tuuu xD Cerita ni kna sgt ngan saya coz loghat utara memang saya selalu guna, dh nama pun org Kedah. And I call my mom mama. Hahaha.. Tapi tu la, kat dlm cerpen Alang, x sesuai ngan saya. Saya anak sulung, so dh biasa dpanggil kakak. And adik saya lelaki.. Tapi memang feelinglah bca cerpen ni coz hmpir sama ngan saya.

    Sorry pnjg sgt, excited la katakan~

    ReplyDelete